PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, November 24, 2009

KENAPA UMNO TAKUT PRK KOTA SEPUTIH???

KOTA SEPUTEH

KOTA SEPUTEH

Umno akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong.

Umno seboleh-bolehnya ingin mengelakkan diri dari melalui satu lagi pilihanraya kecil kerana keadaan BN sekarang ini yang amat kritikal disebabkan oleh beberapa insiden yang melanda kepimpinan setiap parti komponen BN yang lain.

Parti bangsa Cina terbesar didalam BN sekarang berhadapan dengan konflik kepimpinan yang serius dan tidak mungkin dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga untuk menghadapi pilihanraya kecil sekarang. Dan tidak mustahil juga mereka akan kehilangan undi dari kaum cina di Kota Seputeh yang semakin jelak dengan tingkah laku pemimpin - pemimpin MCA.

Krisis MIC pula walaupun tidak kedengaran dimasa ini, tetapi masih lagi menghantui BN selagimana ianya diterajui oleh Samy Vellu. Kaum India walau dimana mereka berada masih tidak mungkin berpaling kembali kepada MIC dan episod duka kaum India selama 52 tahun diterajui Samy Vellu tidak mudah dilupakan oleh mereka. MIC akan terus ditolak oleh kaum India sehinggalah Samy Vellu bersara dari politik Malaysia.

Pemimpin Umno pula terus dihantui oleh krisis perempuan Mangolia yang mati dibunuh iaitu Altantunya. Terbaru, kes ini semakin menarik setelah penyiasat persendirian yang kontroversi sebelum ini dengan 2 afidavit yang berbeza mengenai penglibatan Datuk Seri Najib dengan kes kematian Altantunya kembali menyerang keperibadian PM ini dan Datuk Seri Najib seboleh-bolehnya mahu mengelakkan ianya dipolitikkan di Kota Seputeh dan menjadi tatapan umum seluruh Malaysia. Selain itu kes mendiang Teoh Beng Hock juga menjadi semakin diingati setelah beliau dikeluarkan semula dan siasatan kematiannya disiasat kembali. Dengan senario sekarang ini yang menjadi tidak menentu, Umno/BN amat khuatir dengan reputasi mereka dirobek oleh Pakatan Rakyat.

Selanjutnya, walaupun Umno/BN mengatakan bahawa Kota Seputeh adalah kubu kuat mereka, satu lagi pilihanraya kecil seboleh-bolehnya ingin dielakkan mereka sekarang ini memandangkan akan senario politik semasa yang bertentangan dengan populariti Umno/BN. Tambah memeritkan lagi, kejayaan kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Ustaz Azizan dari Pas sekarang ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat jika pilihanraya kecil diadakan didalam waktu yang terdekat. akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong.

Umno seboleh-bolehnya ingin mengelakkan diri dari melalui satu lagi pilihanraya kecil kerana keadaan BN sekarang ini yang amat kritikal disebabkan oleh beberapa insiden yang melanda kepimpinan setiap parti komponen BN yang lain.

Parti bangsa Cina terbesar didalam BN sekarang berhadapan dengan konflik kepimpinan yang serius dan tidak mungkin dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga untuk menghadapi pilihanraya kecil sekarang. Dan tidak mustahil juga mereka akan kehilangan undi dari kaum cina di Kota Seputeh yang semakin jelak dengan tingkah laku pemimpin - pemimpin MCA.

Krisis MIC pula walaupun tidak kedengaran dimasa ini, tetapi masih lagi menghantui BN selagimana ianya diterajui oleh Samy Vellu. Kaum India walau dimana mereka berada masih tidak mungkin berpaling kembali kepada MIC dan episod duka kaum India selama 52 tahun diterajui Samy Vellu tidak mudah dilupakan oleh mereka. MIC akan terus ditolak oleh kaum India sehinggalah Samy Vellu bersara dari politik Malaysia.

Pemimpin Umno pula terus dihantui oleh krisis perempuan Mangolia yang mati dibunuh iaitu Altantunya. Terbaru, kes ini semakin menarik setelah penyiasat persendirian yang kontroversi sebelum ini dengan 2 afidavit yang berbeza mengenai penglibatan Datuk Seri Najib dengan kes kematian Altantunya kembali menyerang keperibadian PM ini dan Datuk Seri Najib seboleh-bolehnya mahu mengelakkan ianya dipolitikkan di Kota Seputeh dan menjadi tatapan umum seluruh Malaysia. Selain itu kes mendiang Teoh Beng Hock juga menjadi semakin diingati setelah beliau dikeluarkan semula dan siasatan kematiannya disiasat kembali. Dengan senario sekarang ini yang menjadi tidak menentu, Umno/BN amat khuatir dengan reputasi mereka dirobek oleh Pakatan Rakyat.

Selanjutnya, walaupun Umno/BN mengatakan bahawa Kota Seputeh adalah kubu kuat mereka, satu lagi pilihanraya kecil seboleh-bolehnya ingin dielakkan mereka sekarang ini memandangkan akan senario politik semasa yang bertentangan dengan populariti Umno/BN. Tambah memeritkan lagi, kejayaan kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Ustaz Azizan dari Pas sekarang ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat jika
pilihanraya kecil diadakan didalam waktu yang terdekat.

No comments: