PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, November 14, 2009

KEMUNGKARAN UMNO KEPADA RAKYAT MALAYSIA


Salam .. Du`at sekelian..

Dibawah ini ada beberapa fakta yang saya ambil daripada tulisan rakan-rakan lain ..yang saya rasa.. amat perlu kepada kita semua supaya ingat semua ini.. kerana kegagalan UMNO memerintah negara selama ini amat ketara dan tidak boleh dimaafkan sama sekali sehingga menyebabkan rakyat dan negara malaysia dilihat tidak bermaya dan terpaksa tunduk kepada negara kecil, Singapura walaupun suatu ketika dulu merupakan sebahagian daripada Malaysia..

Mari kita lihat satu persatu kemungkaran UMNO kepada rakyat Malaysia....

1. Siapa yang menyerahkan Singapura kepada Cina Lee Kuan Yew? - UMNO

2. Siapa yang menjual air murah dan beli semula mahal kepada Singapura? - UMNO

3. Siapa yang menyerahkan ratusan ekar tanah tadahan air Kota Tinggi kepada Singapura sehingga kawasan itu dikawal oleh tentera Singapura? - UMNO

4. Siapa yang menjual jutaan tan pasir Johor kepada Singapura sebelum ini? - UMNO

5. Siapa yang dayus melihat jet2 pejuang tentera Singapura melampaui sempadan udara Johor dan Pahang? - UMNO

6. Siapa yang kecut melaksanakan jambatan bengkok yang berupaya menjunamkan prestasi perlabuhan Singapura? - UMNO

7. Siapa yang jual saham syarikat kepentingan Malaysia (kesihatan, telekomunikasi) kepada Singapura? - UMNO

8. Siapa yang tunduk kepada tekanan Singapura dalam kes Maybank membeli bank Indonesia? - UMNO

9. Siapa yang membuka hak secara global termasuk Singapura dan Israel untuk membeli kepentingan tanah Johor dalam Wilayah Iskandar? - UMNO

10. Siapa yang menYerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura? - UMNO

11. Siapa yang tunduk kepada tekanan Singapura dalam kes tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura? - UMNO

12. Siapa yang gagal meruntuhkan rumah api Singapura dan membina rumah api milik Malaysia di Pulau Pisang? - UMNO

13. Siapa yang sanggup mendaratkan khazanah minyak rakyat Kelantan ke Songkla, Thailand? - UMNO

14. Siapa yang takut kepada Singapura dalam duit EPF pekerja Malaysia di Singapura? - UMNO


Wassalam....

3 comments:

Qorie Afifi said...

Siapalah kita di bumi Malaysia kalau bukan ahli Umno , begitulah Umno melihat rakyat. Rakyat mana yang di dahulukan kalau tidak rakyat yang berahlikan Umno. Di borang TEKUN pun kadang2 ada yang kena ambik sign ketua cawangan umno dulu sebab nak pastikan sememangnya ahli sahaja yg akan terima.

UMNO ditubuhkan untuk membela Melayu tapi penubuhan manakah yang akan membela Islam?

Di Malaysia Melayu adalah Islam. Itulah kata-kata dewan bahasa dan pustaka dan juga beberapa insan Melayu yang lain.

Agama diturunkan adalah sebagai jalan hidup dan salah satu tujuan agama diturunkan juga adalah ujian kepada sesuatu bangsa.

Melayu di Malaysia ada sesetengahnya terus menjadi Melayu , sesetengahnya memang mahu menjadi Islam dan sesetengahnya Melayu pun tak berapa Melayu dan Islam pun tak berapa Islam. Golongan yang terakhir inilah yang sering buat kacau bilau dalam masyarakat Melayu.

Mai kita lihat sikit pasai JKKK yang anta sentuh hari tu :

JKKK atau dikenali juga dengan nama Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung adalah peranan utama untuk membentuk kerajaan kecil yang memerintah negeri.

Ini selaras dengan kemenangan sesebuah parti sekiranya perti tersebut dapat menawan mana-mana negeri maka JKKK yang akan dibentuk adalah satu perkara yang harus di pandang serius.

Namun setelah hampir 11 bulan pelayaran Pakatan Rakyat menerajui pemimpinan negeri istilah JKKK masih digunakan tanpa mengantikan kepada istilah lain yang menyebabkan berlaku kekeliruan dan sering sindir-menyindir samada JKKK (P) atau JKKK(N).

Seharusnya perkara sebegini tidak muncul sekiranya raf pentadbiran negeri dilakukan seawal mungkin sebelum PR memenangi mana-mana negeri. Bagi saya , JKKK yang di bawah pentadbiran PR boleh digantikan dengan nama JKKS ( Jawatankuasa Kemajuan & Kawalan Setempat ) atau akan disebut JKS Jawatankuasa Kemajuan Setempat.

Dengan pengantian istilah sebegini akan mengelak kekeliruan antara JKKK yang sedia ada dan JKKS yang baru dibentuk oleh PR.

Menyentuh tentang isu negeri Perak saya melahirkan rasa kagum saya kepada pihak BN yang telah mengubah nasib mereka dengan memandang satu pesanan yang sering kita dengar :
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu yang mengubahkannya sendiri "
Harapan saya pihak PR tidak akan mengigit jari kerana kelemahan 'pertahanan' haruslah diakui dan dengan pengambilan Perak oleh BN seharusnya dijadikan garis panduan kepada negeri-negeri lain.

HARI INI MEMANGLAH MILIK KITA TETAPI HARI ESOK KITA BELUM TAHU MILIK SIAPA.......

Kelemahan kerajaan negeri akan mudah dinilai bila kita melihat JKKK (N) tidak bekerja seperti mana yang diharapkan.

Dengan prinsip 'main tangkap muat' pihak PR telah bersetujui membentuk sebuah kerajaan kecil yang bermula dari kampung dengan mereka yang kurang mahir memahami sebuah pentadbiran. Maka disinilah titik tolak jatuhnya PR dalam arena politik Malaysia.

Semoga PR terus berjaya dan BN pula semakin mara..pu ........

rosidi hussain said...

satu cadangan yang baik.. ana akan majukan dalam mesyuarat negeri

Qorie Afifi said...

JKKK SEBAGAI KERAJAAN KECIL SIRI KE-2

Pengerusi JKKK yang mempengerusikan JKKK adalah dianggap sebagai Adun dalam kawasan tersebut. Sedangkan ahli jawatankuasa yang lain adalah dianggap sebagai exco dalam kerajaan kecil tersebut.

Kegagalan fungsi JKKK dalam satu-satu bahagian ataupun kawasan adalah merupakan titik awal berlakunya kegagalan sesebuah kerajaan. Inilah hakikat politik yang bermukim di Malaysia.

Fungsi JKKK adalah titik pertama sebuah pentadbiran kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar dan luar biasa.

Bagi mereka yang tidak dapat melihat perkara ini akhirnya mereka memulaukan JKKK ataupun mereka tidak akan membentuk sebuah JKKK yang mantap yang mempunyai peranan dan sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Ramai ahli JKKK tidak menyedari hal ini dan akhirnya mereka merosakan sebuah peluang dan fungsi yang cukup besar yang telah diberikan kepada mereka.

Ada diantara ahli JKKK yang seumpama pesakit di sebuah hospital iaitu menunggu sesuatu disuapkan ke mulut atau hanya terbaring di katil rawatan sambil berdoa menunggu hukuman sebuah rawatan.

Ada juga di kawasan-kawasan yang telah dimenangi namun tiada sesiapa pun yang mahu tampil untuk memikul tanggungjawap sebagai JKKK.

Bererti di kawasan itu mereka cuba hancurkan sebuah kerajaan kecil yang seharusnya mereka bentuk bagi mengawal kemajuan dan keselamatan kampung yang telah dimenangi.

Kenapa hal seperti ini berlaku dan tiada siapa sedar? Kerana mereka malu tidak bertempat dan malas tidak bermasa.

Malu untuk tampilkan diri bagi menjadi sebahagian dari sebuah kerajaan dan malas untuk berbakti pada masa yang sangat-sangat diperlukan.

Inilah sebuah jawapan kepada jatuhnya sesebuah kerajaan.

Dengan melihat perkara ini adalah sebagai sebuah perkara serius maka pembentukan semangat baru bagi melahirkan JKKK yang menepati sasaran haruslah dilakukan.

Kepada yang telah dilantik menjadi JKKK janganlah berpeluk tubuh dan kepada yang selama ini menyembunyikan diri , ayuh keluar. JKKK adalah sebuah kerajaan kecil , JKKK harus menunjukan sebuah perpaduan dan kesefahaman yang tinggi diantara ahli-ahlinya , JKKK harus tahu peranan dan fungsi mereka kepada masyarakat.

Hari esok sekiranya kita mengeluh kerana kehilangan sebuah kerajaan janganlah kita menyesal kerana pada hari ini kita tidak pernah melakukan seperti mana yang harus kita lakukan.

Akhirnya , kita juga sama seperti mereka………….mengatok dulang paku serepih , mengata orang rupanya kita yang lebih.

ELOK JUGA KALAU DIBAWA MESYUARAT NEGERI ...