PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, November 11, 2009

JIN NOTI vs MANUSIA NOTI ..


Salam .. Du`at sekelian...

Cuba teka gambar sape di atas ni.. Ni lah gambar pelakon utama filem panas di pawagam sekarang ni.. Jin Noti.. Mawi Ani.. Eeeeiii tak sangka ye.. sekarang ni Mawi dah jadi pelakon no.. Filem plak diberi nama.. Jin Noti.. Jin yang nakal...

Para Du`at sekelian.. Allah menjadikan manusia dan jin di atas dunia ini dengan satu tujuan.. iaitu untuk beribadah kepadaNya.. untuk meng`abdikan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta. Saya rasa semua dah tahu ayat mana yang telah menyebut perkara di atas ini.. Oleh itu.. kita perlu mengetahui bahawa selain daripada manusia yang diciptakan Allah di atas dunia ini, Allah juga mencipta Jin di atas dunia ini dengan sama tujuan dengan kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepadaNya..

Jin pun macam manusia juga.. Ada manusia baik ada manusia jahat.. begitu juga Jin.. Ada Jin baik dan ada Jin jahat.. Ada manusia Islam dan ada manusia kafir .. Begitu jugaklah Jin.. Ada Jin Islam ada jugak Jin kafir.. Ada manusia Islam yang bersolat dan ada manusia Islam yang tidak bersolat.. Jin pun sama.. Ada Jin Islam yang bersolat ada yang tidak bersolat.. Ada manusia yang beribadah ada manusia yang tidak beribadah .. Jin pun samalah.. ada Jin yang sentiasa beribadah kepada Allah dan biasalah ada jin yang tak mau beribadah kepada Allah.. yang engkar kepada arahan Allah...

Ada manusia yang suka kacau tempat tinggal Jin.. Begitu jugaklah .. ada jugak jin yang suka ganggu tempat tinggal manusia.. Ada manusia yang suka melawak dan mengusik .. Jin pun ada jugak yang suka melawak dan mengusik.. Manusia ada yang berkawan dan bersahabat dengan jin begitu jugalah di sebaliknya, ada jin yang ambil manusia sebagai kawannya.. Ada manusia yang menjadikan jin sebagai `pembantu`nya, dan ada jin yang telah menguasai manusia sehingga menjadi khadamnya...

Ada manusia Islam yang berjaya berdakwah kepada Jin kafir supaya memeluk Islam macam nabi bersama Abdullah Ibn Mas`ud berdakwah kepada Jin di satu tempat yang sekarang ni dikenali sebagai Masjid Jin di Mekah,.. dan begitu jugak ada jin Islam yang berdakwah kepada manusia kafir supaya beriman kepada Allah..

Pendek kata.. manusia ada aqal dan nafsu..jin pun sama ada aqal dan nafsu.. 2 x 5.. 5 x 2 .. .. Ada manusia noti .. ada jin noti... cuma kita tak nampak jin ..tapi jin nampak kita.. iaitu jin mata satu.. sua sue kemuning.. sua sue kemuning.. he he...

Wassalam...

No comments: