PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, November 16, 2009

BLOGGER ... GOBLOG LU..

Salam .. pendakwah yang dikasihi.

Di zaman IT dan dunia informasi tanpa sempadan ini.. di kala sekali klik 3 trillion maklumat tersebar ke seluruh dunia.. bual-bual kosong di kedai kopi di suatu ketika dulu, sekarang ini telah tersebar menjadi satu persepsi yang seterusnya menjadi satu informasi yang mampu menarik attention masyarakat dan ummah seluruh dunia.

Tulisan blogger juga tak kurang hebatnya dalam kancah penyebaran maklumat pantas sekarang ini.. Tulisan-tulisan blogger ini .. entah benar atau pun tidak.. telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia tanpa apa-apa kawalan.. telah berada dalam medan informasi arus perdana tanpa disedari.. out of control..

Cuma sebagai sempadan kepada kita semua sebagai blogger yang sering menulis dalam blog masing-masing.. berhati-hatilah.. janganlah kita melampaui batas.. janganlah kerana tertarik dengan isu-isu sensasi sanggup menjadi nasi tambah kepada berita2 yang tak sahih.. jangan cuba mengadu domba.. jangan menabur fitnah.. jangan `create` suasana havoc dalam masyarakat terutamanya sekali masyarakat Islam..

Apa2 pun renungilah ayat-ayat Allah berkaitan dengan perkara ini .. Cuba lihat.. Surak Al `Alaq : 3-5, bagaimana Allah mengingatkan kita supaya kita sentiasa membaca dan pada masa yang sama memahami bahawa Tuhanlah yang yang Maha Mulia Yang mengajar manusia dengan pena.. Yang mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu..

Daripada ayat ini..pengajarannya ialah :
  1. Sebelum kita sebagai blogger menulis.. kita perlu ada ilmu.. melalui perkataan `bacalah`.. jangan dok `ceghodong` ikut sedap mulut dan jari jemari kita sahaja...
  2. Menulis pulak .. mestilah dengan nama Allah.. yang bermaksud menulis kerana Allah.. ikhlas kerana Allah.. Jadi sebelum menulis ..bacalah ... Bismillah dulu bang oooiiiii... barulah kita menulis perkara2 kebaikan sahaja...
  3. Menulis atau penulisan merupakan wasilah dakwah yang antara lain yang paling berkesan.. Al Quran sendiri sekarang ini adalah dalam bentuk tulisan setelah dikumpulkan sejak zaman Sahabat lagi.. jadi tak boleh dinafikan lagi bahawa hasil tulisan kita ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada pembaca2.. Tulisan ada kalanya lebih tajam dari mata pedang itu sendiri..
  4. Menulis juga bermaksud ..kita nak memberi tahu perkara yang tidak diketahui oleh masyarakat.. Kita nak memberi satu input baru..
Apabila kita menulis dan sudah tentulah penulisan ini terus beredar dan beredar dari satu tempat ke tempat yang lain.. tersebar di luar kawalan kita dan akhirnya membentuk satu persepsi yang dipegang oleh masyarakat secara amnya.. lalu membentuk satu pegangan yang kuat di kalangan ahli masyarakat yang akhirnya ia mampu menarik perhatian dan `attention` ummah seluruh dunia..

Bayangkanlah .. tulisan yang kita tulis itu adalah perkara baik.. perkara positif.. perkara maaruf.. perkara mahmudah.. Allahu Akbar... Subhanallah.. sudah tentulah balasannya.. balasan pahala yang berlipat-lipat kali ganda....

Jadi .. berpandukan ayat di atas.. kita semua perlu mengambil iktibar supaya kita tidak menulis di dalam blog kita ikut sesuka hati sahaja.. kita tak nak menjadi blogger yang menulis dengan tidak mempunyai fakta yang lengkap.. kita tak nak menjadi blogger yang menulis kerana dendam.. kerana wang.. kerana mencari populariti.. Jadi kita tak nak menjadi blogger yang goblog.. yang samseng.. yang hentam semberono sahaja..

Sekian ...Wassalam...

3 comments:

Qorie Afifi said...

Semuanya berbalik kepada Iman....kalau nak buat sesuatu tanyalah IMAN jangan tanya kat AIMAN kerana IMAN dapat mengimbangi kita TAPI kalau nak buat sesuatu kita pi tanya kat AIMAN...maka AIMAN akan jawap : AIMAN TAK KISAH...........tu yang duk celaru tu...

rosidi hussain said...

tp ..just.. to inform you all.. Aiman .. adalah my nephew.. one more lawyer in making..next month.. saya akan hantar dia masuk UIA ..tempat saya dulu... Insya Allah he will replace my position in my legal firm.. takbir.. berniaga kena jugak bang oooiii..

Qorie Afifi said...

alhamdulillah........