PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, November 16, 2009

ALAHAI... JKKK.. DI MANA SILAPNYA...

Salam.. Du`at sekelian ..

Ini gambar kawan saya.. blogger Qorie Afifi.. dulu semasa kat sekolah dulu ..dikenali sebagai Roy.. boleh tahan dia ni.. Alhamdulillah la ni.. berserban berjubah.. dengar kata dua cawangan dah.. Di bawah ni adalah tulisannya .. Ikutilah pandangannya mengenai JKKK..

JKKK atau dikenali juga dengan nama Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung adalah peranan utama untuk membentuk kerajaan kecil yang memerintah negeri.

Ini selaras dengan kemenangan sesebuah parti sekiranya perti tersebut dapat menawan mana-mana negeri maka JKKK yang akan dibentuk adalah satu perkara yang harus di pandang serius.

Namun setelah hampir 11 bulan pelayaran Pakatan Rakyat menerajui pemimpinan negeri istilah JKKK masih digunakan tanpa mengantikan kepada istilah lain yang menyebabkan berlaku kekeliruan dan sering sindir-menyindir samada JKKK (P) atau JKKK(N).

Seharusnya perkara sebegini tidak muncul sekiranya raf pentadbiran negeri dilakukan seawal mungkin sebelum PR memenangi mana-mana negeri. Bagi saya , JKKK yang di bawah pentadbiran PR boleh digantikan dengan nama JKKS ( Jawatankuasa Kemajuan & Kawalan Setempat ) atau akan disebut JKS Jawatankuasa Kemajuan Setempat.

Dengan pengantian istilah sebegini akan mengelak kekeliruan antara JKKK yang sedia ada dan JKKS yang baru dibentuk oleh PR.

Menyentuh tentang isu negeri Perak saya melahirkan rasa kagum saya kepada pihak BN yang telah mengubah nasib mereka dengan memandang satu pesanan yang sering kita dengar :
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu yang mengubahkannya sendiri "

Harapan saya pihak PR tidak akan mengigit jari kerana kelemahan 'pertahanan' haruslah diakui dan dengan pengambilan Perak oleh BN seharusnya dijadikan garis panduan kepada negeri-negeri lain.

HARI INI MEMANGLAH MILIK KITA TETAPI HARI ESOK KITA BELUM TAHU MILIK SIAPA.......

Kelemahan kerajaan negeri akan mudah dinilai bila kita melihat JKKK (N) tidak bekerja seperti mana yang diharapkan.

Dengan prinsip 'main tangkap muat' pihak PR telah bersetujui membentuk sebuah kerajaan kecil yang bermula dari kampung dengan mereka yang kurang mahir memahami sebuah pentadbiran. Maka disinilah titik tolak jatuhnya PR dalam arena politik Malaysia.

Semoga PR terus berjaya dan BN pula semakin mara..pu ........

Pengerusi JKKK yang mempengerusikan JKKK adalah dianggap sebagai Adun dalam kawasan tersebut. Sedangkan ahli jawatankuasa yang lain adalah dianggap sebagai exco dalam kerajaan kecil tersebut.

Kegagalan fungsi JKKK dalam satu-satu bahagian ataupun kawasan adalah merupakan titik awal berlakunya kegagalan sesebuah kerajaan. Inilah hakikat politik yang bermukim di Malaysia.

Fungsi JKKK adalah titik pertama sebuah pentadbiran kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar dan luar biasa.

Bagi mereka yang tidak dapat melihat perkara ini akhirnya mereka memulaukan JKKK ataupun mereka tidak akan membentuk sebuah JKKK yang mantap yang mempunyai peranan dan sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Ramai ahli JKKK tidak menyedari hal ini dan akhirnya mereka merosakan sebuah peluang dan fungsi yang cukup besar yang telah diberikan kepada mereka.

Ada diantara ahli JKKK yang seumpama pesakit di sebuah hospital iaitu menunggu sesuatu disuapkan ke mulut atau hanya terbaring di katil rawatan sambil berdoa menunggu hukuman sebuah rawatan.

Ada juga di kawasan-kawasan yang telah dimenangi namun tiada sesiapa pun yang mahu tampil untuk memikul tanggungjawap sebagai JKKK.

Bererti di kawasan itu mereka cuba hancurkan sebuah kerajaan kecil yang seharusnya mereka bentuk bagi mengawal kemajuan dan keselamatan kampung yang telah dimenangi.

Kenapa hal seperti ini berlaku dan tiada siapa sedar? Kerana mereka malu tidak bertempat dan malas tidak bermasa.

Malu untuk tampilkan diri bagi menjadi sebahagian dari sebuah kerajaan dan malas untuk berbakti pada masa yang sangat-sangat diperlukan.

Inilah sebuah jawapan kepada jatuhnya sesebuah kerajaan.

Dengan melihat perkara ini adalah sebagai sebuah perkara serius maka pembentukan semangat baru bagi melahirkan JKKK yang menepati sasaran haruslah dilakukan.

Kepada yang telah dilantik menjadi JKKK janganlah berpeluk tubuh dan kepada yang selama ini menyembunyikan diri , ayuh keluar. JKKK adalah sebuah kerajaan kecil , JKKK harus menunjukan sebuah perpaduan dan kesefahaman yang tinggi diantara ahli-ahlinya , JKKK harus tahu peranan dan fungsi mereka kepada masyarakat.

Hari esok sekiranya kita mengeluh kerana kehilangan sebuah kerajaan janganlah kita menyesal kerana pada hari ini kita tidak pernah melakukan seperti mana yang harus kita lakukan.

Akhirnya , kita juga sama seperti mereka………….mengatok dulang paku serepih , mengata orang rupanya kita yang lebih.

1 comment:

Qorie Afifi said...

Ana cuma mampu buka cawangan tapi anta dah pegang kawasan :)