PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, November 27, 2009

AKU MELIHAT ISLAM TANPA ORANG ISLAM DI BARAT DAN AKU MELIHAT ORANG ISLAM TANPA ISLAM DI TIMUR

Salam ... Du`at sekelian...

Dunia dah nak kiamat .. dunia dah terbalik.. pelik bin ajaib.. begitulah keadaan dunia hari ini.. Di negara barat.. apabila dikaji dan diteliti .. kita dapat melihat indeks rasuah mereka bertambah meningkat dan baik .. kadar kemiskinan negara mereka menurun.. tahap kebersihan mereka Masya Allah.. teramat baik.. toilet pun mungkin kita sanggup bersila dan makan di situ.. tahap kesedaran dan moral mereka mengenai apa2 isu amat tinggi.. human right.. menghijaukan bumi.. peperangan.. keadilan.. kesihatan.. tengok sahaja di Eropah.. Sweden .. Swirtzeland.. Australia dll.. sedangkan di sini ..orang Islam teramat sedikit.. minoriti.. tetapi amalan Islam muncul di sini..

Tetapi cuba lihat di negara2 Timur pula.. rata-rata negara umat Islam.. indeks rasuah cukup teruk .. jatuh merudum .. apatah lagi tahap kebersihan.. Allahu Akbar.. rasa tak lalu langsung.. toilet macam apa ye... tak sanggup nak sebut.. nak termuntah.. begitu juga dengan tahap kesedaran dalam pelbagai isu ..teramatlah lemahnya.. kenape ye... sedangkan orang Islam sebagai majoriti.. di Pakistan.. di Malaysia.. di Indonesia... di Mesir.. dll... tetapi amalan Islam tiada dalam hati sanubari mereka untuk dizahirkan..

Renungilah bersama wahai sahabatku....

3 comments:

Qorie Afifi said...

Yang bukan Islam mengambil sistem2 Islam untuk dikaji kemudian AMALKAN sedangkan sebilangan org Islam pula tak pernah mahu mengkaji sistem Islam dan kemudian mencampakan jauh2 sistem Islam tanpa mengamalkannya.

Di Malaysia dan negara Islam lainnya bukan hanya hukum Isla dilupakan malah KALENDAR ISLAM pun dah ramai org Islam lupa dan melupakan. Akibat dari melupakan kalendar Islam ini maka sejarah2 yang berlaku di dalam kalendar Islam dilupakan dan tidak diteruskan sebagai sebuah warisan.

Di thailand mereka masih gunakan kalendar budha hingga hari ini , kalau kita tanya tarikh kalendari org putih kat sesetengah org thai depa akan gelangkan kepala cakap " me chai ' yang bermaksud tak tau.

Masuklah kamu dengan kedua-dua belah kaki kamu ke dalam Islam .....

Islam adalah sebuah cara hidup yang perlu diamalkan bukan di pampang di dinding rumah sebagai hiasan : saya pun Islam jugak.....

Qorie Afifi said...

Surah Al-Maidah dalam ayat ke - 3 Mahfumnya :


" Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi mu agama mu dan telah Aku cukupkan nikmat Ku bagi mu dan Aku redho Islam itu menjadi agama mu "

Islam adalah sebuah agama yang disempurnakan oleh Allah kepada umat manusia. Kesempurnaan Islam tidaklah hanya terletak kepada perkara Tauhid dan Fekah semata-mata malah Allah juga melengkapkan Islam ini menjadi sebagai sebuah addeen iaini sebuah sistem kehidupan yang dilengkapi dengan hukum dan perundangan yang termaktub di dalam al-quran dan hadis.

Islam adalah sebuah cara hidup. Sebagai sebuah cara hidup maka Islam dilengkapi dengan kepelbagaian sistem bemula dari sistem Taharoh ( bersuci ) hinggalah kepada sistem perkebumian jenazah iaini sebuah sistem dari awal kehidupan hingga akhir kehidupan sebagai seorang manusia telah dijelaskan oleh Allah melalui al-quran dan rasulNya.

Antara sebab mengapa Islam itu penting kepada manusia adalah kerana HANYA ISLAM YANG MAMPU MENGURUS SETIAP PERBEZAAN ANTARA MANUSIA.

Allah menjadikan manusia maka Allah juga menurunkan Islam sebagai pengurus kepada manusia itu sendiri. Sesiapa yang gagal menguruskan Islam ke dalam dirinya bererti dia juga gagal mengikut sistem pengurusan yang telah ditetapkan.

Setiap manusia itu berbeza antara yang lain , setiap bangsa juga berbeza dgn bangsa yang lain dan hanya Islamlah yang mampu mengabungkan semua perbezaan ini. Hanya Islam yang mampu menjadi pengurus kepada perbezaan ini.
Maka janganlah di besarkan tentang bangsa kerana sebuah bangsa pasti gagal menguruskan perbezaan didalam bangsanya tetapi hanya Islam yang wajib diambil sebagai pengurus kepada perbezaan di dalam sesebuah bangsa kerana sifat Islam itu adalah menyatu dan sama sekali tidak akan bercerai-berai.

Jika ada kemunduran di dalam sesuatu bangsa maka ambilah Islam sebagai pengurus kepada kemunduran bangsa itu. Biarlah Islam yang menguruskan kemunduran sesuatu bangsa.

Dengan melihat kepada "MASA" sesungguhnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian kecuali golongan yang beriman dan golongan yang sentiasa menyuruh ke arah kebaikan.

Di dalam Islam juga terkandung kepelbagaian sistem hidup maka biarlah Islam itu yang menguruskan kelahiran , biarlah Islam itu yang menguruskan hebahan kepada sebuah kelahiran dengan disunatkan akikah pada hari yang ke tujuh dengan ketetapan 2 ekor kambing pada anak laki-laki dan seekor kambing pada anak perempuan.

Ambillah Islam itu sebagai pengurus kepada sebuah perkahwinan dan ikutilah sesuatu yang telah di halalkan dalam sesebuah majlis perkahwinan dengan meninggalkan sesuatu yang telah di haramkan Allah di dalam sesebuah perkahwinan. Inilah yang dinamakan sistem di dalam Islam.

Islam telah mengariskan semua sistem untuk semua perkara yang ingin manusia lakukan. Kenapalah sesebuah bangsa itu harus berada di dalam kekufuran setelah mereka mengetahui bahawa Islam itu adalah sebuah cara hidup............

rujuk kepada : http://bincangpetang.blogspot.com/2009/11/fungsi-islam-terhadap-perbezaan.html

Qorie Afifi said...

renungan :Maksud Surah Al-Imran ayat ke 7

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.