PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, October 01, 2009

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK... SIRI KE 4..


Salam .. Pendakwah yang dihormati sekelian...

Kelmarin Allah `Azzawajalla telah menghantar tentera-tenteranya kepada manusia dunia ini.. Seluruh dunia terasa dengan bedilan-bedilan peluru-peluru daripada tentera Allah ini yang berupa ombak Tsunami.. ribut taufan Ketsana dan gempa bumi serta banjir besar... Ombak Tsunami berlaku lagi tapi kini di Kepulauan Tsunami .. gempa bumi berlaku lagi di Padang, Sumatera.. Ribut yang bernama Ketsana di Laos, Kemboja, Vietnam dan Utara Malaysia.. dan dijangka ribut ini akan berterusan sehingga seminggu ini..

Lebih kurang pukul 3.30 ptg kelmarin.. aku terima call daripada ahli Cawanganku.. aku panggil kat beliau, Zul Nasi Lemak.. bagitau..rumah beliau kena ribut.. Aku bergegas ke rumahnya.. Dilihat.. rumahnya teruk jugak.. sebahagian bumbung rumahnya terpelanting ..tercabut seolah disepak oleh angin ribut.. sebahagian dinding rumah runtuh.. Terkejut jugak aku tengok .. Bisik hatiku... Hebat tentera Allah yang berupa angin ribut ini...

Yang respectnya aku pada Zul.. Zul tenang aje.. riak mukanya.. selambe aje... Aku bisik kat Zul supaya Zul tenangkan zaujahnya.. kerana dilihat pada peringkat awal riak muka zaujahnya agak `sedih` di atas musibah atau dugaan ini... Selepas tak beberapa lama YB Datuk Lan sampai ... dia sedekah kat Zul sedikit.. Bila masuk aje waktu asar.. tika nak beredar.. aku pun sedekahlah sikit kat Zul.. sedikit bantuan kecil daripada ku kepada sahabat yang sentiasa menemaniku ketika bertazkirah atau berkuliah di masjid2...

Apa yang nak dikongsi bersama... walaupun sumbangan daripada PAS Cawanganku tak seberapa berbanding sumbangan YB Datuk Lan ..tapi aku yakin sumbangan daripada ahli2 Pas dan masjid TBI yang mengekori selepas itu, melebihi berlipat kali ganda daripada apa yang telah disumbangkan oleh YB Datuk Lan... Inilah yang dikatakan berkat .. atau ada barakahnya kalau kita sentiasa bersabar dengan dugaan daripada Allah kepada hidup kita selama kita di atas muka bumi ini.. Ahli dan penyokong PAS `meneghu` untuk membantu Zul.. hebat-hebat ahli PAS Kepala Batas ni... tak macam UMNO.. yang hanya mengharap dan bertongkat kepada orang lain sahaja....

Jadi tak ku sangka BUAH NANGKA JADI BUAH CEMPEDAK... di sebalik ujian yang menimpa Zul, aku yakin Zul bertambah komited dengan perjuangan Islam.. dan Insya Allah rumah Zul akan dapat disiapkan sepenuhnya dengan bantuan2 daripada sumber2 yang tak disangka2.. Fahamilah ayat seribu dinar... wahai sahabatku... Zul...

No comments: