PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, October 01, 2009

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK... SIRI KE 3


Salam ... Duat sekelian..

2 hari lepas aku terima call daripada beberapa kawan yang memintaku mencari beras dan beberapa makanan keperluan dapur untuk mereka yang memerlukan di kawaqsan Parlimen Kepala Batas .. ada juga yang call tu daripada bangsa India.. samada daripada PKR mahu pun daripada kelab penyokong Pas kaum India.. yang meminta sumbangan untuk Deepavali yang akan datang.. Masa tu aku terfikir, aku perlu sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan suasana sebegini pada setiap masa dan ketika...

Lalu aku pun menghantar sms kepada lebih kurang 20 orang kenalan rapatku.. samada di sekitar Pulau Pinang mahu pun di Kuala Lumpur... memohon bantuan berupa beras 5 kilo sebanyak 1o kampit atau nilaian wang yang sama dengan 10 kampit beras.. Dalam masa 10 minit sahaja ..Alhamdulillah aku dah mendapat jaminan dan persetujuan daripada sebahagian daripada mereka untuk bersama2 denganku menaja 100 kampit dan wang tunai lebih kurang rm 500..

Semalam aku dah bedak-bedak dah kat mereka yang memerlukan di kawasan Penaga 13 kampit beras... Aku pi hantag sendiri .. puas hatiku... Barulah terfikir.. ramai lagi yang berada di keliling pinggangku ..mereka yang amat-amat memerlukan bantuan seumpama ini...walaupun sedikit sahaja .. atau sekampit kecil sahaja yang dapat disumbangkan kepada setiap rumah.. tetapi sekurang2nya ia mengingatkan ku .. jangan dok berlagak sangat .. jangan dok sombong sangat kat orang lain... kita ni sapa.. kaya kita samakah dengan kayaNya Allah `Azzawajalla.. mewahnya kita samakah dengan mewahnya Abdul Rahman bin `Auf Radhiyallahu`anhu...

Pada saat ini .. dalam keretaku ada lagi 50 kampit beras.. 100 bungkus gula... tenggelam kereta aku.. esok aku kena beli lagi dengan duit sumbangan yang aku dah dapat 30 kampit beras lagi... esok juga .. ada seorang ustazah nak mai hantag di rumah ku 10 kampit lagi.. lusa ada orang nak bagi lagi 10 kampit ..nak hantag pi letak kat pejabat aku.. Lepas ni satu pejabat aku .. pejabat loyar.. penuh beras .. jadi macam stor barang pa...

Jadi Alhamdulillah... dengan sokong kawan-kawan di belakang tabir ini... Insya Allah menyemarakkan lagi suasana mahabbah sesama umat manusia....

Jadi AKU TAK SANGKA BUAH NANGKA JADI BUAH CEMPEDAK... hanya melalui usaha kecil melalui sms sahaja .. Allah `Azzawajalla melorongkan ku dengan balasan yang sebegini... Alhamdulillah.. hanya Allah jualah yang perlu disyukuri....

No comments: