PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, October 22, 2009

LA NI BARU UMNO TAU.. MACAM MANA PR TADBIR PENANG... SEBELUM NI DEPA DOK MENTEKEDAGHAH DUIT RAKYAT..

Pulau Pinang Juga Dipuji Jabatan Audit Negara

Selain Selangor, Pulau Pinang turut mendapat pujian dari Ketua Audit Negara dengan laporan kewangan negeri yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding laporan tahun 2007 sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam pembentangan di Parlimen, baru-baru ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbangga dengan pujian berkenaan.

Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akaunbiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.

Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.

“Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.

“Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah ‘Penang Economic Monthly’ di sebuah hotel di sini, semalam.

:Guan Eng berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malahan laporan Ketua Audit Negara.

Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.

“Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.

“Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri,” katanya.

1 comment:

Qorie Afifi said...

Satu petikan dari artikel lama :

JKKK atau dikenali juga dengan nama Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung adalah peranan utama untuk membentuk kerajaan kecil yang memerintah negeri. Ini selaras dengan kemenangan sesebuah parti sekiranya parti tersebut dapat menawan mana-mana negeri maka JKKK yang akan dibentuk adalah satu perkara yang harus di pandang serius.

Namun setelah hampir 11 bulan pelayaran Pakatan Rakyat menerajui pemimpinan negeri istilah JKKK masih digunakan tanpa mengantikan kepada istilah lain yang menyebabkan berlaku kekeliruan dan sering sindir-menyindir samada JKKK (P) atau JKKK(N). Seharusnya perkara sebegini tidak muncul sekiranya raf pentadbiran negeri dilakukan seawal mungkin sebelum PR memenangi mana-mana negeri.

Bagi saya , JKKK yang di bawah pentadbiran PR boleh digantikan dengan nama JKKS ( Jawatankuasa Kemajuan & Kawalan Setempat ) atau akan disebut JKS Jawatankuasa Kemajuan Setempat. Dengan pengantian istilah sebegini akan mengelak kekeliruan antara JKKK yang sedia ada dan JKKS yang baru dibentuk oleh PR.

Dari Kamar Abu Hurairah : Dorm L