PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, October 29, 2009

DON`T DO THIS AT HOME...


Salam ..Du`at sekelian....

PAS adalah kenderaan .. ISLAM adalah matlamat... PAS adalah wadah untuk mencapai matlamat yang suci ini... Kita jaja perkara sejak dahulu lagi.. Dalam diri PAS ini mungkin ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.. sebabnya kenderaan memanglah ada cacat celanya.. Tu biasalah... Semua ahli jamaah telah memahaminya...

Bila kenderaan.. ada drivernya.. ada orang duduk di sebelah driver.. ada penumpang.. semua berperanan.. tayar juga ada peranannya.. ada bunga ke tak ada bunga tayar pun ada peranannya... kalau tak ada bunga .. kenderaan boleh jatuh longkang .. Maksudnya semua berperanan...

Apabila driver letih dan tak larat nak bawa kenderaan tu.. orang lain boleh ganti.. dengan syarat orang lain tu ada lesen memandu.. Wiper kenderaan juga ada peranannya .. kalau tidak .. bila datangnya hujan lebat.. tak nampak jalan .. susah pulak.. boleh terjejas pergerakan kenderaan tersebut.. enjin terlebih utamalah.. kalau tiada enjin .. pakai tak bergerak langsung kenderaan tu..

Semua ni ..saya berpendangan ..banyak daripada orang kita dah faham... saja saya nak ulang2 lagi.. takut kita ni lupa.. kan ..melayu mudah lupa...

Oleh itu.. dalam mengharungi ribut taufan Tsunami yang berlaku dalam PAS sekarang ini ..yang mungkin boleh diertikan sebagai mehnah.. ujian.. sengaja ditimbulkan.. mainan musuh Islam.. terikut2 dengan parti2 lain yang tidak soleh.. terpedaya dalam perangkap musuh.. hasil sikap gelojoh.. hasil daripada sikap yang terlampau slow dan lembek.. dan sebagainya... ,,, saya berpandangan.. marilah kita .. rai merai.. hormat menghormati dalam suasana mahabbah dan ukhuwwah yang kuat... dan penggabungan kita dalam Jamaah ini bukan penggabungan Individu atau Syakhsiyy tetapi penggabungan Jamaie...

Renungilah bersama ..wahai ..Rosidi dan pembaca sekelian... Wassalam...

Wednesday, October 28, 2009

LAAAAAAAA..... DAH TUTUP BUKU LAMA ..... KENAPA BUKA BALIK.... JANGANLAH BEGITU... WAHAI PEMIMPINKU...


Salam ..Pendakwah yang dikasihi sekelian...

Aku dah tulis dua artikel sebelum ni ... selepas apa nak sebut ni..krisis terbarukah..(ada juga yang tak nak sebut).. apa pun..krisislah tu.. apabila TGNA melenting kali yang ke berapa..ntah aku pun dah tak ingat dah... pasai ...ieeee...aku nak sebut dah rasa mengekelan dah... sebab krisis lama tu dah tutup buku dah ...kenapa timboi balik...heran aku... heran....

Dalam dua artikel tu yang `too general` ... sebenarnya aku meminta semua `amilin PAS di Pulau Pinang supaya bersabar dan bertenang ..dan jangan menjadi token nasi tambah pulak.. 1 jadi 10..50 jadi 1000.. aku tak mau macam tu... tapi aku masih ditanya soalan bertalu-talu daripada ahli2 di peringkat grass root... jadi jawapannya .. aku bagi tau depa macam ni....

1. Yang masalah dulu dulu tu (UG dsbnya..tak nak sebut) .. dah katop buku dah..tutup dah diari lama tu.. yang tu semua orang dah bermaaf-maafan dah.. semua orang, pemimpin dah setuju... diselesaikan dengan cara yang terbaik ..

2. Krisis keyakinan kepada kepimpinan memang telah wujud sejak sekian lama tapi masih berada dalam keadaan terkawal ..under control... berdasarkan kefahaman dan kekuatan ukhuwwah dan mahabbah dalam PAS..

3. Kesemuanya boleh diatasi dengan kebijaksanaan (panjang kalau nak cerita )

4. Kalau timbul lagi.. selesaikan dengan cara mushawarah..

5. Boleh angkat telefon.. telefonlah sapa2 pun yang dikatakan bermasalah... Hasan Ali kata ..kalau ana ada di London sekalipun .. kalau Tok Guru panggil balik..ana akan balik...

5.. Jangan guna media untuk menghentam parti atau pemimpin parti (dah banyak kali dah bagi tau)

6.. Pemimpin parti...jangan sombong.. PAS berada dalam keadaan sekarang ini bukannya kerana seseorang individu tapi kerja buat secara berjamaah.. jangan dok kata aku punya pengaruhlah PAS berjaya pada hari ni..tak boleh ...sombong... tu...

7.. Musuh Islam telah berjaya memperdayakan PAS ..

8.. Musuh musuh Islam memang suka melihat PAS TIDAK BERSATU.. yang ni semua kerja depa... jangan kata musuh kita hanya UMNO saja.. tapi lebih daripada tu.. mungkin yang berada di celah kangkang kita pun ada .. yang dok ada di sebelah kiri kanan kita pun ada...

9.. Akhirnya saya berpandangan .. dalam momentum sokongan rakyat sekarang ini.. saya ambil senario di Penang..PAS hanya boleh menang di Permatang Pasir sahaja.. dan akan kalah teruk di tempat-tempat lain berbanding pilihanraya 308 yang lalu... Maka wahai pemimpin di Pusat... saya merayu dengan sepuluh jari ... kasihanilah kami di bawah ini...

Wassalam....

Monday, October 26, 2009

PRESIDEN TELAH BERSUARA.... KENAPA KITA TAK TAHU.....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _

Sunday, October 25, 2009

JANGAN SOMBONG SEBAGAI PEMIMPIN DAN AHLI JAMAAH ISLAM.. SATU RENUNGAN..


Salam .. Du`at sekelian..

Apa dia jamaah ni.. ha... Jamaah tu gapo dio..ha.. Jamaah ti hok sapo.. ha.. Jamaah ni korje macam mane .. ha.. Apa yang syok sangat buat kerje Jamaah ni ha.. Awat hampa tak buat kerja sorang2 ha.. Jamaah ni , ape tujuan dia..ha.. Awat perangai tak elok sangat bila buat kerja-kerja jamaah ni ha.. apa pasai kita cakap tak serupa bikin ha.. kata nak ubah dunia dengan Islam ..Islam for All... Islam untuk satu dunia ..Islam membentuk Akhlak mulia...

Macam2 kita kata ..tengok2 tup tup... tup tup.... kita sendiri yang tidak berakhlak mulia dalam kerja buat dalam Jamaah... Ni nak tanya gapo dio Jamaah ni ....

JAMAAH ADALAH KERJA RAMAI-RAMAI.. BETUL?
JAMAAH ADALAH KERJA SUKARELA DAN KEBAJIKAN.. YANG BAYARANNYA SYURGA?
JAMAAH ADALAH KERJA YANG BERMATLAMAT ISLAM DAN MARDHATILLAH..?
JAMAAH ADALAH AL WALA`?

JAMAAH ADALAH KEPIMPINAN ?
JAMAAH ADA DALAMNYA AHLI DAN PEMIMPIN?
JAMAAH ADALAH THIQAH?
JAMAAH ADALAH KEPUTUSAN ATAU QARAR KEPIMPINAN DALAM MESYUARAT?

JAMAAH ADALAH TASAMUH?
JAMAAH ADALAH TANASUH?
JAMAAH ADALAH TADHHIAH ATAU PENGORBANAN?
JAMAAH ADALAH `PUBLIC INTEREST` MELEBIHI `PERSONAL INTEREST`?

JAMAAH ADALAH SATU PASUKAN YANG MEMBAWA `TITLE` ISLAM?
JAMAAH ADALAH AKHLAK YANG MULIA?
JAMAAH ADALAH UKHUWWAH ISLAMIAH?
JAMAAH ADALAH MAHABBAH DAN BERKASIH SAYANG?

JAMAAH ADALAH KERJA DAKWAH?
JAMAAH ADA MATLAMAT STRATEGI DAN SASARAN?
JAMAAH ADALAH SYURA?
JAMAAH ADALAH AL FAHMU DAN AL`AMAL ?

JAMAAH ADALAH PERGERAKAN JIHAD DAN TARBIYYAH?
JAMAAH ADALAH PERJUANGAN MENEGAKKAN SYARI`AT ALLAH?
JAMAAH ADA KAITAN DENGAN AMAL JAMAIE DAN ISTIQAMAH?
JAMAAH ADALAH SATU KOMITMEN MEMBAWA PERJUANGAN RASULULLAH SAW?

JAMAAH ADALAH KEKUATAN?
JAMAAH ADALAH KELEBIHAN?
JAMAAH ADALAH KESINAMBUNGAN KERJA ANBIYA`?
DAN JAMAAH ADALAH SATU JALAN DAKWAH?

MAKA SUDAH PASTILAH WUJUD KEASLIANNYA DAN PENYELEWENGANNYA...

SEBENARNYA....

TIADA DALAM JAMAAH SIKAP EMOSI...
TIADA DALAM JAMAAH SIKAP SOMBONG..
TIADA DALAM JAMAAH SIKAP MENDABIK DADA...
TIADA DALAM JAMAAH MELENTING TAK TENTU PASAL...

TIADA DALAM JAMAAH MAKI HAMUN SESAMA AHLI DAN PEMIMPIN..
TIADA ISTILAH MERAJUK DALAM JAMAAH..
TIADA ISTILAH TAWAKUF DALAM JAMAAH..
TIADA ISTILAH BERCUTI DALAM JAMAAH...

TIADA ISTILAH MEMALUKAN SAHABAT DALAM JAMAAH...
TIADA ISTILAH MERADANG TAK TENTU PASAL DALAM JAMAAH..
TIADA ISTILAH GOPOH GAPAH DALAM JAMAAH...
TIADA APA YANG UNTUNG DUNIAWI DALAM JAMAAH...

TIADA ISTILAH `DOK SAJA` DALAM JAMAAH..
TIADA ISTILAH `PEGHONGOIH` PEMARAH BENGIS DALAM JAMAAH...
TIADA ISTILAH `TUNGGU DAN LIHAT` DALAM JAMAAH..
TIADA DALAM DIARI DAN KAMUS AHLI JAMAAH UNTUK LARI DARI JAMAAH...

Maka, sesungguhnya perjuangan meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini melalui sebuah jamaah yang bergerak dalam satu `team` dan satu pasukan ini berhadapan dengan keasliannya dan penyelewengannya..

هل نحن نفهم هل نحن نفهم ما معنى طريق الدعوة؟
ما معنى طريق الدعوة بين الأصالة و االاءنحراف؟

Friday, October 23, 2009

MANA-MANA PUN.. ADA MASALAH..


Salam... Du`at sekelian..

Mana-mana pun ada masalah.. dok sorang-sorang ada masalah.. dok ramai-ramai pun ada masalah.. tak kahwin rasa macam ada masalah.. dah kahwin lagi banyak masalah.. Duduk dalam NGO ada masalah jugak .. duduk dalam politik memang dah ..tak boleh lari dari masalah.. yang dok mai ..kiri kanan.. atas bawah..luag dalam..

Dok di Malaysia ..ada masalah .. dok di Lubnan ada masalah jugak.. Dok di Amerika pun ada masalah jugak .. Dok di Mekah pun tak boleh lari daripada berhadapan dengan masalah... Duduk di office ada masalah jugak.. duduk di rumah pun ada masalah jugak .. pok ...pet..pok...pet.. Duduk dalam parlimen pun bermasalah jugak .. duduk di luar Parlimen pun masalah jugak... Buat baik pun orang kata ..buat jahat lagi..lagi la orang kata .. maksudnya ada masalah lah tu..

Dok saja pun orang tak suka.. buat kerja banyak pun orang tak suka.. masalah ... masalah ... masalah ... masalah... Kenape ye???

Sebenarnye aku nak cerite kat pembaca semua mengenai satu isu yang begitu sensasi sekarang ni... tapi aku tawakuf dulu... Bila aku KIV sat... hatiku memberontak dengan suara...

TULISLAH.. TULISLAH ...HANG TAKUT APA...
TAK KAN NAK BIAG KAT PUAK-PUAK TU SAJA YANG TULIS...
TULISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
TULISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
TAPI .. AKUUUUUUUUUU... NAK BAGI CHANCE DULU KAT DEPA KA.... ISHHHH
MASALAH NI...

So..kita sentiasa dikelilingi oleh masalah.. memang betul pun.. kita dilahirkan dalam keadaan keluh kesah... Keluh kesah tu bermasalah lah bang oooiiiiii.... Jadi sebagai pedoman untuk semua.. .. Sebelum kita menulis ... berfikirlah dahulu .. Jadi aku sebagai pemimpin kepada diriku dan masyarakat... kira habis pikiag dah..walaupun di peringkat awal nak tulis isu sensasi tersebut.. aku mengambil keputusan seperti berikut..

AT THE MOMENT , I HAVE DECIDED NOT TO WRITE ANYTHING BECAUSE I DON`T WANT TO CREATE `MASALAH`.... SORRY YE BANG.. BUAT MASA NI AJE..

Jadi .. Apa isu sensasi tu... lu pikirrrrrrrrrrrrr la sendiri ... atau tanya blogger `Penjual Ubat`..

Wassalammmmmmmmmmmmmmmmm...... Mungkin budak di atas aje yang tak ada masalah...

Thursday, October 22, 2009

LA NI BARU UMNO TAU.. MACAM MANA PR TADBIR PENANG... SEBELUM NI DEPA DOK MENTEKEDAGHAH DUIT RAKYAT..

Pulau Pinang Juga Dipuji Jabatan Audit Negara

Selain Selangor, Pulau Pinang turut mendapat pujian dari Ketua Audit Negara dengan laporan kewangan negeri yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding laporan tahun 2007 sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam pembentangan di Parlimen, baru-baru ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbangga dengan pujian berkenaan.

Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akaunbiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.

Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.

“Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.

“Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah ‘Penang Economic Monthly’ di sebuah hotel di sini, semalam.

:Guan Eng berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malahan laporan Ketua Audit Negara.

Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.

“Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.

“Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri,” katanya.

DAH UMNO... MACAM NI LAH PERANGAI DEPA...NAK JOIN LAGI KA??


Najib, 'kelucahan ringan' dan rasuah Umno


Bahasa-bahasa pertuturan Melayu selalunya mencerminkan adab dan budi pekerti yang tinggi. Kita sering mengguna istilah berlapik untuk menyebutkan sesuatu khasnya yang melibatkan alat kelamin, sama ada lelaki mahu pun wanita.
Iklan




Tapi, Perhimpunan Agung Umno kali ini sekali lagi disulami gelak tawa, gara-gara Presiden Umno, Najib Razak berhasil menyulam unsur kelucahan lewat ucapan penutupnya. Petang 16 Oktober menjadi saksi bahawa bukan sedikit kenyataan ini diulang-ulang oleh Najib Razak.
Antaranya, Najib kerap mengulang-ulang sebutan nama seorang pemimpin kulit hitam, bersama Nelson Mandela; pejuang Apartheid di Afrika yang bernama Dakote.


"Namanya D-A-K-O-T-E ..." Najib terdiam sejenak selesai dia mengeja abjad D-A-K-O-T-E satu-persatu sambil menanti reaksi para perwakilan. Tidak lama selepas itu meledaklah ketawa besar perwakilan setelah menyedari gurauan lucah itu.


Paling mengejutkan, Najib tergamak menyebutkan perkataan 'anu' lelaki dengan jelas di hadapan orang-ramai secara langsung setelah didesak para perwakilan sendiri.
Najib boleh memilih untuk tidak menyebut atau boleh juga terus menyebut nama pemimpin itu sekali lalu dan terus merujuk kepada perjuangan menentang sistem yang tidak adil itu.
Jika Najib menyebut hal ini sekali lalu tanpa berniat menyerapkan unsur kelucahan dalam ucapannya para perwakilan pun tidak akan terikut-ikut rentak kelucahan itu dan mereka pun tidak terfikirkan hal kelucahan yang cuba digambarkan oleh Najib itu.


Batang Berjuntai


Tapi, Najib tetap menyebutkan menyebutkan hal itu. Malah, dalam pilihan raya kecil di Batang Berjuntai, ucapan Najib turut mengheret pengertian batang berjuntai dengan alat kelamin lelaki dengan sengaja.


Kita pun tertanya-tanya, dalam fikiran Najib, ada apa yang berselirat dalam kepala dia sebenarnya selain komisen kapal selam Scorpene?


Dalam perhimpunan agung Umno tahun lalu Najib menyentuh sekilas hajatnya untuk nikah sekali lagi. Tetapi, malangnya, menurut kata Najib, 'kilang lama' tidak mengizinkannya membuka 'kilang baru'. 'Kilang lama' merujuk Rosmah, sementara 'kilang baru' merujuk isteri baru.


Dalam perkembangan lain, ketika menyentuh hal jenaka lucah bersama Dato' Ishak, Najib mengulas semula kenangan lalu bersama rakannya itu.


Kata Najib, jika ada letupan maka rakannya itu berpesan agar jaga 'anu' masing-masing terlebih dahulu. Najib, sempat bergurau, iaitu dia rasa risau kalau-kalau rakannya menjaga anunya jika ada letupan itu. Tidaklah diketahui, adakah letupan itu seperti ledakan bom C4 bunyinya?
Terdahulu, dalam ucapannya, Ishak bercerita bahawa Najib pernah bertanya kepadanya setelah dengar letupan itu: "Ishak, apa kita nak buat?" Lalu soalan itu disambut Ishak, "... raba telur you."
"Saya tanya, ada (anu) Dato'?" kata Ishak kepada Najib. "Dia (Najib) menjawab ada (anu) Hak."
Tambah Ishak lagi, gurauan itu beliau kemukakan sebagai alasan - bahawa menjadi suatu kewajipan untuk Perdana Menteri memiliki 'anu'. Apa kes dan apa kejadahnya gurau-gurauan seperti ini?
Semua bentuk gurauan lucah seperti ini, walaupun masih tersirat, tapi ia mahu dibawa ke arah mana sebenarnya? Lawak Abu Nawas ada inti pengajaran juga. Lawak lucah Najib nak diambil pengajarannya daripada sudut mana agaknya? Najib Razak adalah anak Pahang, Ahli Parlimen Pekan.


Cukuplah dengan MB Pahang Adnan Yaakob yang membuat isyarat lucah secara terbuka dengan tangannya dalam salah satu kempen pilihan raya dulu. Tindakan itu, sudah cukup memalukan anak Pahang.


Najib juga turut merujuk program anjuran mereka yang dibuat di Kg Janda Baik berulang kali. Ada apa dengan Kg Janda Baik? Apakah Najib ada 'seseorang' pula di sana?
"Janda..yang baik ...," kata Najib lagi dengan lirik mata dan senyum simpul, seperti membayangkan ada kerakusan dan dahagakan ketawa, sorak-sorai hadirin perwakilan.
Borang keahlian Umno hilang?


Tamat isu lucah. Timbul isu lain. Mutakhir ini, Umno ghairah menyebut bahawa parti itu mahu jadi sebuah parti inklusif. Ini menunjukkan, mereka tidak mahu lagi dilihat sebagai parti elit, lagi eksklusif.


Tapi, hakikatnya Najib sendiri terpaksa mengakui bahawa parti itu dahulunya pernah bersikap tidak meraikan orang-orang luar yang ingin menjadi ahli.
"Ada kes sampai hilang borang di pejabat," kata Najib lagi. "Sampai tiga kali hilang borang untuk menjadi ahli Umno."


Penyakit hilang borang ini rupa-rupanya menjadi masalah Umno yang berat juga. Apatah lagi, kesan wabak ini merayap lalu merebak ke kampus universiti.
Di kampus, masih kedengaran isu-isu seperti mahasiswa tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kampus dengan sebab borang yang dijual amat mahal atau siswa gagal mendapatkan tandatangan dekan fakulti dalam borang tersebut.


Masa untuk Umno menilai semula sikapnya sudah tiba. Ketika Najib mengusulkan supaya sistem kuota dihapuskan sehinggalah ke tahap pemilihan Presiden Umno, beliau juga mesti selesaikan kes hilang borang ahli Umno termasuk kes siswa yang gagal bertanding dengan sebab gagal mendapat pengesahan, tandatangan dekan fakulti dalam borang.


Isa Samad dan rawatan rasuah yang bersifat eksklusif


Pendirian Umno tentang isu rasuah juga agak lemah. Pertamanya, Umno tidak mengguna kalimah rasuah sebaliknya 'politik wang'. Istilah ini tidak tepat.


Jika sebelum ini Najib mahukan Umno menjadi sebuah parti inklusif, maka ia mestilah inklusif dari sudut pengertian rasuah juga.


Contohnya, jika seseorang yang bukan ahli Umno mengamalkan rasuah, maka mereka dihukum mengikut hukum negara. Sebaliknya, dalam kes Isa Samad, mantan MB Negeri Sembilan itu hanya dihukum parti dan hukum negara tidak pula dihukum ke atasnya.
Rasuah di dalam Umno menjadi penyakit yang mana rawatannya bersifat eksklusif dan bukan inklusif. Ini bermakna, non-Umno akan dihukum negara, sebaliknya orang Umno itu akan dihukum parti. Hukuman ke atas 'perasuah Umno' pun menjadi eksklusif.
Manakala hukuman ke atas 'perasuah non-Umno' bersifat inklusif. Ini tidak adil. Najib perlu peka terhadap maksud inklusif dan eksklusif yang beliau maksudkan.
Jangan Najib hanya melihat isu inklusif ini cuma terhad kepada topik 'outreach' untuk mendapatkan jumlah ahli Umno saja. Lalu, dalam hukuman ke atas Umno dan 'non-Umno' masih lagi ada bezanya.


Umno, 'parti Islam' yang tiada pendirian jelas mengenai isu rasuah
Umno sebagai 'parti Islam' (kununnya 'parti Islam' mengikut tafsiran Najib) tiada pendirian jelas ke atas penerima rasuah.


Walaupun Najib mengaku bahawa Umno adalah parti Islam, tapi parti tersebut bukan mengambil sumber agama sebagai suatu hukuman yang jelas, khasnya yang berhubung dengan jenayah rasuah ini.


Hadis nabi menyebut bahawa 'perasuah' dan 'penerima rasuah', (ar-Rasyi wal Murtasyi) kedua-duanya berada dalam neraka. Ini bermakna, Islam melihat kedua-duanya adalah penjenayah. Maka, untuk itu, kedua-dua mereka (Rasyi, perasuah dan Murtasyi, penerima rasuah) wajib dihukum.


Tetapi Umno cuma hukum 'perasuah', manakala 'penerima rasuah' tidak dihukum. Di situlah kesilapan Umno. Hukum hakam ekonomi berfatwa, "Di mana ada permintaan, maka di situ ada penawaran." Pasaran industri rasuah ini boleh dikembangkan lagi dengan hukum hakam, fatwa sebegini...


"Di mana ada perasuah, maka di situlah akan ada penerima rasuah, di mana ada permintaan untuk dirasuah, maka di situ juga akan ada penawaran untuk merasuah."


Tetapi, sekali lagi, Umno hanya menghukum perasuah seperti Isa Samad dan mereka tidak menghukum 'penerima rasuah' daripada Isa. Inilah masalah besar 'parti Islam' Umno.


Pada 16 Oktober lalu, ketika Najib berkata, bahawa bahawa Isa Samad itu telah insaf, dan kembali ke pangkal jalan serta tidak mengkhianati parti, para perwakilan itu pun bertepuk tangan dengan gembira, dan raikan dengan penuh rasa terharu bersarang di dada.
Nanti dulu... para perwakilan itu mungkin bertepuk tangan kerana terharu dengan sebab Isa Samad sangat setia kepada partinya.


Tetapi, antara perwakilan itu, ada juga barisan penjenayah yang telah menerima suapan demi suapan sebelum ini. Mereka ini bukan cuma menerima suapan Isa malah menerima suapan daripada calon-calon para pimpinan Umno sebelum ini.


Jadi, ketika para perwakilan Umno bertepuk tangan tatkala Najib berkata Isa telah pun kembali ke ribaan parti, maka penjenayah (penerima rasuah) ini bertepuk tangan kerana gembira. Dan, gembira mereka ini perlu dibedah siasat dalam banyak tafsiran juga.


Para perwakilan (penjenayah - penerima rasuah) yang bertepuk tangan kerana gembira sebab terharu terhadap kesetiaan Isa itu, menghadapi sindrom tahap bengap yang keterlaluan. Bani Murtasyi yang pertama ini perlukan suntikan ilmu, hikmah, kebenaran dan perlu mendidik mereka dengan sabar.


Yang paling 'cerdik' ialah para perwakilan (penjenayah, penerima rasuah) yang gembira kerana Isa (mantan perasuah) telah kembali pangkuan parti rasuah. Mereka ini geliga, amat berkualiti dalam melakukan kejahatan demi kejahatan yang berkesinambungan tanpa titik noktahnya.
Setiap iringan tepuk tangan mereka sungguh dalam maknanya. Mereka tahu perasuah boleh berterusan merasuah dan perasuah adalah sumber wang Umno. Isa, mungkin terus beri wang, projek melimpah-ruah dan mencurah-curah dalam poket, kantung mereka.


Para perwakilan Bani Murtasyi kedua (penjenayah-penerima rasuah) inilah yang mungkin tepuk tangan dengan girang, gembira meraikan kehadiran semula Isa dalam Umno. Mungkin mereka ini yang paling banyak terima habuan rasuah Isa sebelum ini? Bagaimanapun, mereka akan selamat daripada Najib.

Wednesday, October 21, 2009

PEKENA `KOPI KERIS BERSILANG`.. KOPI BUATAN UMNO??? PATUT TAK SEDAP..

Salam semua... Du`at yang dihormati...

Alhamdulillah ... selepas sahaja program usrah cawangan dan masjid aku berjaya `relaunched` atau dilancarkan semula selepas bercuti hampir dua bulan, aku berasa lega sungguh. Apa yang aku khuatir dan bimbang.. takut2.. 5 usrah yang berjaya ditubuhkan sebelum ini...dah tak dapat digerakkan semula... maklumlah ..kadang2 kita ni..hangat2 taik ayam..

Walaupun pelancaran semula usrah malam ini yang disusun oleh sdr Marzuqi..orang kuat TBI yang juga blogger PASTBI pada mulanya melalui tayangan slide presentation program KUMBI yang telah berjaya diadakan sebelum Ramadhan lalu..tetapi oleh kerana LCD masjid hilang.. maka pelancaran hanya melalui pengisian oleh Naqib utama , Al Fadhil Ustaz Zawawi dalam satu majlis usrah gabungan pada malam tadi... Tu pun..hebat..pengisian yang menarik.. Insya Allah semua ahli usrah termotivate dengan sendirinya untuk menjadi penggerak kepada program cawangan dan Qaryah masjid..

Apa yang nak diceritakan pada korang... selepas sahaja selesai program tu semalam... lebih kurang 15 ahli usrah kami.. keluar..minum...minum.. di luar.. di Kiosk Bertam... Ada yang makan Chicken Chop.. ada juga yang order makan ubi kayu rebus... macam la tak besa makan ubi kayu...macam2 jenis minuman yang di order.. Cuma aku sorang saja yang order kopi.. pekena pulak kopi keris bersilang... nak kata sedap tak lah sedap sangat... biasa aje.. kopi Radix sedap lagi...

Cuma bila balik ke rumah barulah terpikiag balik... macam ada makna di sebalik nama kopi keris bersilang.. rasa rasa macam ada kaitan dengan UMNO.. sebab lambang UMNO memang keris bersilang... PATUT LA TAK SEDAP.... he...he...he.. Apa yang yang ada kaitan dengan UMNO memang tak serasi dan tak sedap...

Wassalam..

Tuesday, October 20, 2009

JANGAN TERPEDAYA DENGAN UMNO.. PEMBOHONG BESAR.. MEREKA TAK AKAN BERUBAH...

Salam .. Du`at sekelian...

Amboooiiii... bukan main pulun 1lady Malaysia ni... Najib cakap depan lain.. tindakan lain.. depan muka bukan main manis.. belakang macam ulag ayag.. depan macam pijak semut tak mampuih.. belakang dok berteghejai dengan kes Al Tantuya... depan berlakon bukan main tapi belakang.. dok cari `kantau` atau lubang macam mana nak pekena rakyat.. kurang axxx betoi...



Tengok gambar ni lagi sakit hati.... dengan merah mulut dia...dengan senyum sumbing dia... tapi sebenarnya dialah pemecah belah masyarakat.. konsep 1 malaysia tu tak ada pun istimewanya.. tak lain tak bukan ...just to get support back from Malaysian.. Dia cedok habih yang Pakatan Rakyat nak buat.. Bukannya ada idea pun dia ni... 16hb Sept telah di isytihar sebagai National day.. Ni asalnya idea kita ..idea PR...

Kalau betul2 lah 1Malaysia... bagi balik Perak kat PR.. Yang hang dok kacau depa ni ..apa pasai..
Zaman hang .. bila YB hilang saja..tup..tup.. timboi.. sokong BN.. Hang ni pandai berlakon no.. Balasubramaniam hilang.. timboi sokong kerajaan... Posmen Perak hilang.. timboi.. sokong UMNo... macam2lah benda pelik berlaku..

Jadi Jangan percaya kata UMNO akan berubah... Depa tu Pembohong Besar...

Wassalam...

Saturday, October 17, 2009

1Malaysia? how about 1Islam...since there's only 1 God, 1 Prophet (pbuh) and 1 Heaven, AS A REMINDER TO SHABUDIN WHO POLITICISE THE ISSUE OF YDP MAIP

Salam.... Pendakwah yang di hormati...

Eeeeeiiii... tak malunya Shabudin .. berperangai macam tu... terhegeh-hegeh..gila jawatan.. berlawanan dengan konsep tok ayah dia sendiri yang memperkenalkan 1Malaysia.. pemecahbelah masyarakat Islam di Penang... malu... malu.. ..aku malu.... tapi ..orang politik macam dia ni bukannya tau malu...merugikan .. tapi dia tak kira... kira nak bagi pecah belah PR di Penang tapi kita pun smart jugak...

APA YANG DIA NAK....
  1. PECAH BELAH PR DI PENANG...
  2. NAK PEGANG LAGI JAWATAN YDP MAIPP...
  3. KATA PR DERHAKA PADA AGUNG
  4. KUASA
  5. DUIT YANG BANYAK
  6. TUNJUK KATA DIA PANDAI BERPOLITIK
  7. TUNJUK DIA BOLEH LAGI PUSING2 DAN MAIN2 KEPALA AGAMAWAN DAN PEGAWAI KERAJAAN DI PENANG..
  8. UMNO TERUS KUASAI MASJID
  9. UMNO TERUS ADA DUIT MELALUI PUZ
  10. TERUS ADA LINK DENGAN AGUNG DAN TYT
  11. TUNJUK KATA DIA SAKIT HATI BILA PAS DAN PR DILIHAT MENTADBIR PENANG.
  12. JAWATAN TU SEUMUG HIDUP, KALAU BOLEH...
SEDANGKAN... KITA...
  1. RELAX AJE....
  2. KITA TAK KEBULUG PUN JAWATAN TU MACAM DIA..
  3. SERAH PADA KEBIJAKSANAAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENGOLAH ISU INI SEBAIK MUNGKIN
  4. KITA KATA DIA... AWAT LAH ..TERHEGEH-HEGEH SANGAT NI.. MACAM CICAK TERPUTUIS EKOG AJE...
  5. KITA KATA KAT DIA LAGI... HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG
  6. KITA NAK KATA KAT DIA LAGI... AWAT LA DOK KEMARUK KUASA SANGAT NI..
  7. BUAT KERJA MACAM BIASA..
  8. PI MASJID LAGI TAK MACAM DIA... DOK KIRA NAK SURUH UMNO PEGANG MASJID AJE TAPI TAK BUAT APA2 PUN LEPAS TU.. DIA SENDIRI PUN TAK PI MASJID WALAUPUN RUMAH KAT MASJID...
  9. NAK JAGA KEPENTINGAN ISLAM DI PENANG TAPI DIA TAK MAU SIGN CEK BAYAG SEMUA ELAUN DAN GAJI PEGAWAI2 MASJID..
  10. NAK KATA KAT DIA.. BN TERENGGANU BILA AMBIK ALIH KERAJAAN NEGERI MINTA SENATOR PAS LETAK JAWATAN TAPI GUAN ENG TAK MINTA PUN SENATOR BN LETAK JAWATAN LEPAS DAPAT KUASA
  11. KAMI PIKIAG SEMUA TU... DIA TU TAK PIKIAG BENDA2 MACAM NI..JENIS TAK TAU MALU KAT SAPA2 PUN ... KAT ALLAH PUN TAK MALU...DOK KIRA PERUT BUNCIT DAN KOCEK DIA AJE...
Kita ni umat Islam... Kita tak ramai di Pulau Pinang ni.. Ramai dah berhijrah ke ke Kedah dan Perak... Lagi kuranglah bilangan kita di Pulau Pinang ni... Kita kena jaga kepentingan Islam melebehi segala2nya.. Politik .. politiklah.. jangan terlampau over sangat .. Ingat sama kita ni sapa atas dunia.. Aku tak tau la dia pikiag dak benda macam ni....

So aku nak bagi tau kat dia.. 1Malaysia? how about 1Islam...since there's only 1 God, 1 Prophet (pbuh) and 1 Heaven, AS A REMINDER TO SHABUDIN WHO POLITICISE THE ISSUE OF YDP MAIP...

Friday, October 16, 2009

WAKE UP CALL FOR PAKATAN RAKYAT : PASCA BAGAN PINANG... SIRI KE 2


Salam ... Du`at sekelian...

5. Seterusnya kita yang telah berada dalam saff perjuangan Islam sejak sekian lama hendaklah sentiasa sedar bahawa kita adalah hamba Allah... kita tidak boleh bersikap seperti UMNO.. sombong... Kita adalah hamba Allah yang sentiasa takut kepadaNYA... sentiasa berjuang untuk mencari keredhaanNYA.. beramal dengan apa yang ada dalam Al Quran dan Al Hadith..dan sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan kematian ... Kita berjuang di atas kalimah Islam ini melalui wadah PAS ini bukan mengharapkan balasan keduniaan tetapi dengan bermatlamat kesenangan di Akhirat nanti..

Kita berwawasan menjangkau dunia fizikal di hadapan mata kita ini... lebih daripada itu.. Kita lebih daripada itu.. Kita bekerja untuk rakyat adalah ikhlas kerana Allah.. bukan nya seperti mana UMNO ..yang lebih mementingkan perut buncit dan poket seluar mereka sahaja... Oleh itu janganlah kita bersikap sombong seperti UMNO kerana sombongnya UMNO kepada ALLah dan manusia menyebabkan, mereka ditolak dalam 308 general election baru2 ini... Kita berkeyakinan kita yaani PAS dan PR dapat mengambil tempat UMNO dan BN dalam hati rakyat Malaysia tetapi kita tidak boleh sesekali bersikap dan berperangai sombong seperti mereka ...

bersambung... nak masuk Maghrib dah... Wassalam...

WAKE UP CALL FOR PAKATAN RAKYAT - PASCA BAGAN PINANG

logo Pakatan Rakyat
Salam... Du`at sekelian...

Setelah membaca beberapa tulisan berkaitan dengan politik Malaysia terutamanya selepas keputusan Prk Bagan Pinang, saya berpandangan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pendokong2 PAS terutamanya, dalam mengharungi suasana `political environment` yang kian mencabar.

1. Political environment di Malaysia masih di takok yang lama atau ada sedikit perubahan selepas 308 general election dan dalam tulisan saya sebelum ini saya menyebut sebagai suasana politik `ghairu solehah` atau `unmatured political environment`. Kita semua perlu akui keadaan ini. Walaupun mungkin pelbagai bentuk usaha yang telah dilakukan oleh kita yang berada dalam PR mahupun NGO serta badan2 antarabangsa untuk memulihkan demokrasi dan keadilan dalam politik Malaysia ini tetapi rakyat Malaysia masih terbelenggu, terpengaruh atau masih tak dapat melepaskan diri daripada rasuah politik, materialistik, ugutan, penyelewengan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, racial sentiment, ketidakadilan liputan media dan banyak lagi yang saya rasa tak perlu dihuraikan dengan terperinci di sini.

2. PR yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR mempunyai kelebihan daripada BN yang ditunjangi oleh UMNO yang merupakan parti perkauman. MCA dan MIC juga parti perkauman . Begitu juga parti baru BN , Makhal Sakti juga parti perkauman. Kita membawa mesej parti berbilang bangsa yang berbeza dengan BN. BN terus menerus membangkit isu perkauman dan UMNO terus membangkit isu melayu ditindas untuk menarik sokongan melayu. PR pula cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa isu perkauman sudah tidak mendapat tempat di Malaysia ini.. ???? Persoalannya sejauh manakah ia berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia melalui pendekatan seperti ini di kala BN masih mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda berbanding dengan PR....

3. BN hanya boleh ditewaskan melalui satu lagi barisan iaitu dalam konteks sekarang ini adalah Pakatan Rakyat. PR akan didaftarkan. Mungkin awal tahun depan . Satu perkembangan yang positif.

4. Suasana sekarang ini, ada negeri diperintah oleh PR, ada negeri diperintah oleh BN. Kerajaan pusat pula ditadbir oleh BN dengan sokongan tak sampai 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat. Ada YB PR, ada YB BN, ada senator PR, ada senator BN.. begitulah seterusnya.. Oleh itu, pasca 308 yang lalu, rakyat telah mula dan boleh menilai dan boleh memberi `credit` kepada wakil rakyat yang betul-betul bekerja dan memberi perkhidmatan yang efektif kepada rakyat.. Jaga-jagalah wahai pemimpin PR terutamanya wakil rakyat PR... bekerjalah untuk rakyat ...bukannya untuk mengisi perut kamu yang semakin membuncit...

5. ... bersambung dalam siri akan datang... WAKIL RAKYAT PR, JANGAN BERSIKAP SOMBONG KEPADA RAKYAT....

Wassalam...



Thursday, October 15, 2009

IF WE WANT TO REPLACE UMNO BN IN THE HEART OF MALAYSIANS.. SO DO NOT BEHAVE LIKE THEM...





Salam ... ni gambar dalam program bantuan kepada kaum India di kampung Kovil.. kepala Batas 2 hari lepas ... Aku dikerumuni .. ada yang panggil datuk pun ada kat aku.. mungkin kulit kita semacam dgn depa kot.. depa ingat aku ni Datuk Murugiah kot... nasib baik la .. pakai kopiah.. kalau tidak .. tak tau la apa nak jadi...

Cuma nak diceritakan ...selain kita bagi sumbangan berbentuk `kebendaan` yang merupakan tanggungjawab asasi kita semua... cuma kita tak boleh bergantung 100% kepada cara sebegini sahaja untuk membawa mesej `PAS` kepada mereka .. Berdasarkan keputusan PRK Bagan Pinang.. aku berpandangan, kita perlu memberi ilmu kepada mereka... maksudnya kita perlu memberi maklumat yang tepat mengenai halatuju PAS bersama dengan PR di Pulau Pinang... Apa yang kita perjuang.. apa kesalahan BN kepada rakyat.. apa yang telah doseleweng oleh BN kepada rakyata. dan banyak lagi...

Apa yang penting... DO NOT BEHAVE LIKE UMNO/BN IF WE WANT TO GET CONTINOUSLY SUPPORT FROM MALAYSIANS... So renungilah bersama ..para Du`at sekelian... perjuangan kita masih jauh...

Wassalam...

Sunday, October 11, 2009

ANDA DAN FAMILI .. DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI KE JAMUAN AIDIL FITRI DAN RUMAH TERBUKA PAS KEPALA BATAS & KOMTIF PADA 18-10-09 HARI AHAD, 2-5 PTG...

Salam....

Kepada Tan Sri... Puan Sri... Datuk ... Datin... Tuan-tuan..Puan-puan.. kepimpinan PAS Negeri, Kawasan dan cawangan2 serta kepimpinan PR dari PKR dan DAP... tak lupa juga rakan taulan dalam UMNO dan BN.. rakan2 NGO Pulau Pinang dan Kedah Darul Aman dan kesemua pelawat dan pembaca blog ini... saya mewakili kesemua kepimpinan PAS Kawasan Kepala Batas menjemput ke ...........................

MAJLIS JAMUAN AIDIL FITRI DAN RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN KEPALA BATAS

PADA :
18HB OKTOBER 2009

HARI :
AHAD

JAM :
2.00 -5.00 ptg

TEMPAT :
Di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kepala Batas, Taman Sepakat
(bertentangan dengan kedai Din ikan bakar)

.... Mai la na.. jangan tak mai.... hari last tu ..bulan Syawal...

Tuesday, October 06, 2009

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK... SIRI KE 6


Salam ... Du`at sekelian....
Alhamdulillah... hari ni saya dah dapat membahagi-bahagikan beras dan gula kepada ..lebih kurang 30 orang di kawasan Bertam dan Kampung Kovil yang terletak dalam perlimen Kepala Batas...
Rupa2nya masih ramai lagi ..mereka2 yang boleh dikategorikan ..
ORANG YANG AMAT MEMERLUKAN BANTUAN.. samada yang tiada pekerjaan tetap.. baru kena berhenti kerja... rumah yang kena bencana alam ..seperti ribut... banjir... ada yang rumah nak runtuh pun ada.. ada yang OKU .. ibu tunggal... janda anak ramai... fakir.. miskin... tegar... ada yang anak nak sambung belajar di IPT dalam dan luar negara.... dan banyak lagi...
Dari pemerhatian saya ... ketika bergerak dari rumah ke rumah .. membawa beras dan gula petang tadi.. saya dapati mereka ini berasa amat terharu dengan kunjungan saya dan kawan2 yang lain... Ada yang tunduk hormat kat kami... ada yang hampir menangis... ada yang adu pelbagai masalah.. dan lain-lain lagi... Kita dengar dulu apa masalah mereka tu .. Kita tak janji apa2 kat mereka ... bahaya ... Kita hanya bagi tau kat depa.. Ini hanyalah sedikit sumbangan daripada PAS supaya sama2 dapat hidup dalam keadaan baik selesa sekurang2nya...
TAK KU SANGKA BUAH NANGKA JADI BUAH CEMPEDAK... usaha yang kerdil sebegini mendapat response yang amat menggalakkan daripada mmereka yang ingin memberi bantuan mahu pun yang menerima bantuan ... Di rumah saya pun masih ada lagi beras .. Di pejabat saya pun ada lagi.. Insya Allah saya akan tunaikan kewajipan untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh penderma2 semua dengan sebaik mungkin... Thanks a lot to all of you ... bersambung......

Monday, October 05, 2009

KAH...KAH...KAH.. HE...HE...GELI HATI..AZEEZ BALING..BUAT LAWAK BODO..BAGI MALU LU PUNYA KOMPENI AJE... HE...HE..


Aku tak tahan .. tengok muka mamat ni... kah.. kah... macam budak2.. he...he aku tak tahan .. macam hero hundustan.. buat lawak bdo plak.. ingat rakyat Malaysia ni tongkoi kayu yang hanyut di pantai PD ke... he... he... depan TV hang boleh berlagak la... iiiisssshhhh.. hampa tumpang gelak lah... kah...kah...kah... your political carfeer will be tarnished by this unmatured act.. New political era bang ooooiiiii...
Malulah sikit kat Allah... hang dapat berapa juta ringgit selepas menjadi pelakon utama pada 3hb hari tu... Si Upin tu bagi berepa kat hang???

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK... SIRI KE 5



Salam .. Du`at sekelian... MANSUHKAN ISA... MANSUHKAN ...ISA... HARAM ...


Baru-baru ni aku berkesempatan berada 2 hari Bagan Pinang... Jumaat dan Sabtu.. program full.. Di sebelah pagi , aku singgah di KL dulu.. jumpa orang kuat PAS KL... sembang dengan dia 5-6 jam .. sehingga bersambung selepas Jumaat di masjid Al Ghufran.. Pinggiran TTDI.. dekat rumah Datuk Hassan Ali...


Sebelah petang berada di Bagan Pinang..N 9.. mengahadiri press Conference.. masuk kampung di Bagan Pinang .. jumpa dengan pengundi awam .. melawat UPU Teluk Kemang di mana PAS PP bertugas bersama dengan Terengganu... pada tgh malam penamaan calon.. aku ditugaskan meneliti borang penamaan calon kita .. Tn Hj Zul, PJ N 9.. Aku teliti sungguh-sungguh .. takut silap nanti .. naya aku nanti .. orang akan salahkan aku plak... nama PP buruk plak nanti.. lepas aku check .. aku check lago ...lagi dan lagi ... lagi dan lagi... berbelas2 kali.. sampai aku puas hati... melihat suasana pantai Pd... lama dah aku tak sampai di pantai PD ni... last sekali .. tahun 2004.. masa tu aku buat family day di sini...


Apa yang aku nak cite pada korang ... serangan saraf jentera pilihanraya kita kali ini berjaya memerangkap UMNO dan UBN sehingga mereka terpaksa melantik calon recycle .. calon order lama yang tidak disukai oleh Tun det.. ISA Samad.. he..he..he.. Aku melihat suasana persiapan untuk menyerang BN kali ini begitu rapi.. dengan motto .. bersama kehendak rakyat.. aku yakin rakyat Bagan Pinang akan mengajar calon rasuah BN dan UMNO ini pada 11hb Okt ini...


Persiapan media kita walaupun zahirnya nampak biasa sahaja.. tapi melalui penangan Ketua Media kita yang namanya aku kena rahsiakan .. aku melihat sendiri bagaimana beliau dengan begitu komited dan konsisten dengan idea yang sofistikated dan kehadapan menjadikan pasukan media alternatif dan mainstrem mengikut telunjuknya... hebat... hebat... hebat..... Aku pun tak boleh buat macam dia... Dia boleh pastikan setiap jentera media bermesyuarat pada pukul 4 pagi... Anda semua boleh buat ka macam dia buat... Hampa tidog aje.. mengeghoh kuat plak tu....Depa buat kerja bukan main.. kalah kita... kita cakap aje pandai .. kadang2 tu merajuk plak tu... alahai ... buat malu kompeni aje...


Jadi .. TAK KU SANGKA BUAH NANGKA JADI BUAH CEMPEDAK.. walaupun 2 hari di sana.. tapi aku dapat permata yang amat berharga... sepanjang menolong persiapan kertas calon Bagan Pinang .. aku mendapat pengalaman yang teramat berguna daripada pasukan media PAS ini yang aku boleh gunakan di tempat aku... bersambung .. malam esok aku pi ke bagan Pinang dengan delegasi Kepala tas plak .. tolong doa ye.. bagi PAS menang... ISLAM dapat dimartabatkan...

Thursday, October 01, 2009

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK... SIRI KE 4..


Salam .. Pendakwah yang dihormati sekelian...

Kelmarin Allah `Azzawajalla telah menghantar tentera-tenteranya kepada manusia dunia ini.. Seluruh dunia terasa dengan bedilan-bedilan peluru-peluru daripada tentera Allah ini yang berupa ombak Tsunami.. ribut taufan Ketsana dan gempa bumi serta banjir besar... Ombak Tsunami berlaku lagi tapi kini di Kepulauan Tsunami .. gempa bumi berlaku lagi di Padang, Sumatera.. Ribut yang bernama Ketsana di Laos, Kemboja, Vietnam dan Utara Malaysia.. dan dijangka ribut ini akan berterusan sehingga seminggu ini..

Lebih kurang pukul 3.30 ptg kelmarin.. aku terima call daripada ahli Cawanganku.. aku panggil kat beliau, Zul Nasi Lemak.. bagitau..rumah beliau kena ribut.. Aku bergegas ke rumahnya.. Dilihat.. rumahnya teruk jugak.. sebahagian bumbung rumahnya terpelanting ..tercabut seolah disepak oleh angin ribut.. sebahagian dinding rumah runtuh.. Terkejut jugak aku tengok .. Bisik hatiku... Hebat tentera Allah yang berupa angin ribut ini...

Yang respectnya aku pada Zul.. Zul tenang aje.. riak mukanya.. selambe aje... Aku bisik kat Zul supaya Zul tenangkan zaujahnya.. kerana dilihat pada peringkat awal riak muka zaujahnya agak `sedih` di atas musibah atau dugaan ini... Selepas tak beberapa lama YB Datuk Lan sampai ... dia sedekah kat Zul sedikit.. Bila masuk aje waktu asar.. tika nak beredar.. aku pun sedekahlah sikit kat Zul.. sedikit bantuan kecil daripada ku kepada sahabat yang sentiasa menemaniku ketika bertazkirah atau berkuliah di masjid2...

Apa yang nak dikongsi bersama... walaupun sumbangan daripada PAS Cawanganku tak seberapa berbanding sumbangan YB Datuk Lan ..tapi aku yakin sumbangan daripada ahli2 Pas dan masjid TBI yang mengekori selepas itu, melebihi berlipat kali ganda daripada apa yang telah disumbangkan oleh YB Datuk Lan... Inilah yang dikatakan berkat .. atau ada barakahnya kalau kita sentiasa bersabar dengan dugaan daripada Allah kepada hidup kita selama kita di atas muka bumi ini.. Ahli dan penyokong PAS `meneghu` untuk membantu Zul.. hebat-hebat ahli PAS Kepala Batas ni... tak macam UMNO.. yang hanya mengharap dan bertongkat kepada orang lain sahaja....

Jadi tak ku sangka BUAH NANGKA JADI BUAH CEMPEDAK... di sebalik ujian yang menimpa Zul, aku yakin Zul bertambah komited dengan perjuangan Islam.. dan Insya Allah rumah Zul akan dapat disiapkan sepenuhnya dengan bantuan2 daripada sumber2 yang tak disangka2.. Fahamilah ayat seribu dinar... wahai sahabatku... Zul...

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK... SIRI KE 3


Salam ... Duat sekelian..

2 hari lepas aku terima call daripada beberapa kawan yang memintaku mencari beras dan beberapa makanan keperluan dapur untuk mereka yang memerlukan di kawaqsan Parlimen Kepala Batas .. ada juga yang call tu daripada bangsa India.. samada daripada PKR mahu pun daripada kelab penyokong Pas kaum India.. yang meminta sumbangan untuk Deepavali yang akan datang.. Masa tu aku terfikir, aku perlu sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan suasana sebegini pada setiap masa dan ketika...

Lalu aku pun menghantar sms kepada lebih kurang 20 orang kenalan rapatku.. samada di sekitar Pulau Pinang mahu pun di Kuala Lumpur... memohon bantuan berupa beras 5 kilo sebanyak 1o kampit atau nilaian wang yang sama dengan 10 kampit beras.. Dalam masa 10 minit sahaja ..Alhamdulillah aku dah mendapat jaminan dan persetujuan daripada sebahagian daripada mereka untuk bersama2 denganku menaja 100 kampit dan wang tunai lebih kurang rm 500..

Semalam aku dah bedak-bedak dah kat mereka yang memerlukan di kawasan Penaga 13 kampit beras... Aku pi hantag sendiri .. puas hatiku... Barulah terfikir.. ramai lagi yang berada di keliling pinggangku ..mereka yang amat-amat memerlukan bantuan seumpama ini...walaupun sedikit sahaja .. atau sekampit kecil sahaja yang dapat disumbangkan kepada setiap rumah.. tetapi sekurang2nya ia mengingatkan ku .. jangan dok berlagak sangat .. jangan dok sombong sangat kat orang lain... kita ni sapa.. kaya kita samakah dengan kayaNya Allah `Azzawajalla.. mewahnya kita samakah dengan mewahnya Abdul Rahman bin `Auf Radhiyallahu`anhu...

Pada saat ini .. dalam keretaku ada lagi 50 kampit beras.. 100 bungkus gula... tenggelam kereta aku.. esok aku kena beli lagi dengan duit sumbangan yang aku dah dapat 30 kampit beras lagi... esok juga .. ada seorang ustazah nak mai hantag di rumah ku 10 kampit lagi.. lusa ada orang nak bagi lagi 10 kampit ..nak hantag pi letak kat pejabat aku.. Lepas ni satu pejabat aku .. pejabat loyar.. penuh beras .. jadi macam stor barang pa...

Jadi Alhamdulillah... dengan sokong kawan-kawan di belakang tabir ini... Insya Allah menyemarakkan lagi suasana mahabbah sesama umat manusia....

Jadi AKU TAK SANGKA BUAH NANGKA JADI BUAH CEMPEDAK... hanya melalui usaha kecil melalui sms sahaja .. Allah `Azzawajalla melorongkan ku dengan balasan yang sebegini... Alhamdulillah.. hanya Allah jualah yang perlu disyukuri....