PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, September 30, 2009

APA PANDANGAN ANDA ... TULISAN INI...


Pastikan Warisan Dunia serlahkan warisan Melayu

RAKYAT Malaysia pastinya berbangga apabila Bandaraya Melaka dan Georgetown disenaraikan sebagai antara 27 warisan dunia seperti yang terpapar di dalam laman sesawang Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu whc.unesco.org.

Pengiktirafan sebagai Bandar Bersejarah Selat Melaka (Historic Cities of the Straits of Malacca) telah dicapai dalam Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia kali ke-32 di Bandar Quebec, Kanada pada 7 Julai lalu. Sehingga tahun ini se- banyak 878 tapak Warisan Dunia di 145 buah negara telah disenaraikan mengikut kategori tertentu iaitu 679 warisan budaya, 174 warisan semula jadi dan 25 lagi campuran kedua-dua unsur budaya dan semula jadi.

Namun, ketika kita gembira atas pengiktirafan tersebut beberapa perkara berkaitan kedudukan Melaka dan Georgetown sebagai warisan dunia kebanggaan rakyat Malaysia perlu diteliti.

Adakah kedua-dua tempat bersejarah itu benar-benar menampilkan sejarah, jati diri dan asal-usul negara bangsa ini?

Mengapa sehingga kini nama Georgetown tidak ditukar kepada nama asalnya iaitu Tanjung Penaga? Usah nanti timbul nada sinikal dalam kalangan masyarakat antarabangsa bahawa warisan dunia yang dikalungkan kepada bandar ketiga terbesar di Malaysia itu sebenarnya tidak ubah seperti warisan penjajah.

Nama asal bagi Tanjung Penaga yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara itu wajar 'dikembalikan' semula apatah lagi dengan semangat ulang tahun ke-51 kemerdekaan negara ini tidak lama lagi.

Jika sebelum ini kita berjaya memberi citra tempatan kepada nama-nama jalan di bandar itu seperti Beach Street kepada Lebuh Pantai, Acheen Street (Lebuh Acheh), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Armenian Street (Lebuh Armenia), mengapa tidak pada Georgetown?

Dalam masa yang sama sejarah asal- usul Tanjung Penaga juga perlu diperbetul.

Dakwaan kononnya Francis Light yang 'membuka' Tanjung Penaga sehingga turut tercatat dalam laman ensiklopedia bebas Wikipedia samalah seperti memadamkan sejarah sebenar asal-usul kewujudan Tanjung Penaga sebagai warisan dunia.

Bukankah sikap tidak sedar diri Light menaikkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis pada 11 Ogos 1786 itu adalah bukti jelas akan tindakan penjajah yang telah 'merampas' tanah hak milik orang Melayu?

Ini kerana jauh lebih awal daripada kedatangan Light sudah sedia ada penempatan masyarakat Melayu dengan sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial tempatan yang tersendiri. Nama-nama seperti Nakhoda Kecil atau Ismail, Datuk Setia, Datuk Kramat dan Haji Mohammad Salleh sebagai antara pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu tempatan yang telah tercatat dalam pelbagai sumber sejarah sejak awal 1700-an lagi tentulah tidak adil dilupakan begitu sahaja.

Selain itu, pemuliharaan warisan budaya dan sejarah Melayu di Tanjung Pe- naga dan Melaka perlu dipergiat dengan kerjasama pihak kementerian berkaitan, muzium, arkib, pihak korporat, badan- badan bukan kerajaan (NGO), sarjana, budayawan dan sejarahwan tempatan mahupun luar negara.

Kepelbagaian bentuk tinggalan warisan seni, budaya dan sejarah yang bukannya berasal dari wilayah rumpun dunia Melayu hasil daripada pertembungan budaya kedua-dua kawasan itu dengan dunia luar tidak harus menenggelamkan budaya Melayu. Sebaliknya, usaha mengimbangi nilai-nilai budaya asing dan tinggalan penjajah yang banyak terdapat di Melaka dan Tanjung Penaga dengan etos budaya Melayu wajar sekali dilaksanakan.

Sebagai permulaan, sebuah kompleks perkampungan, istana atau kota Melayu di kedua-dua tempat tersebut perlu ditubuhkan sebagai tanda kewujudan bangsa Melayu yang sebenarnya tidak pupus walaupun berdepan dengan pelbagai jenis budaya asing.

Syor ini tidak keterlaluan kerana sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu di wilayah rumpun Melayu (Malay Archipelago) ini pernah muncul menjadi bangsa maritim atau kelautan yang berkait rapat dengan aktiviti perdagangan antarabangsa.

Malah, unsur kebudayaan dan kesenian Melayu sama ada dalam bentuk warisan ketara (tangible heritage) seperti seni bina mahupun warisan tidak ketara seperti seni silat atau seni berbahasa perlu lebih ditonjolkan melalui siri-siri pameran bertaraf antarabangsa, persembahan, bengkel, diskusi budaya malah jualan cenderamata.

Langkah ini perlu agar citra warisan budaya Melayu itu lebih terserlah sebagai aset berharga yang membawa kepada relevannya Melaka dan Tanjung Penaga sebagai Warisan Dunia yang tidak lupa mengangkasa warisan akal budi, falsafah dan pemikiran tinggi bangsa Melayu.

MOHD ARIF ATAN

Universiti Malaya.

No comments: