PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, September 30, 2009

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK... SIRI KE 2..


Salamm... Duat yang dikasihi sekelian.....

Hari ni dah 11 Syawal.. sebahagian daripada kita dah selesai puasa 6 .. Alhamdulillah.. Ada juga dalam proses.. tak selesai lagi.. aku pun sama jugak .. confirm tak selesai lagi.. baru 2 hari.. he... he... baru nak masuk 3 hari.. man.. man... bang... Insya Allah.. istiqamah ..kena bagi selesai 6 hari jugak ... macam tahun2 lepas...

Apa yang aku nak cite pada korang kali ni... sedikit kenangan dok bagi tazkirah dalam bulan Ramadhan lalu... Tahun ni kat 35 kali aku bagi tazkirah ramadhan.. pecah rekod dunia.. Ramadhan 29 hari aje.. macam mana boleh sampai 35 kali... ha.. cerite die.. termasuk ngan kuliah subuh.. termasuk jugak ngan kuliah asar.. masa Qiyamullail dan I`tikaf 10 malam terakhir.. bukan setakat di Pulau Pinang sahaja.. termasuk jugak di negeri `Kedah Sejahtera`.. sampai kughuis badan ni... Tapi ok... aku `enjoy` semua ni... moga2 aku berubah.. Islam memimpin perubahan...

Satu hari dalam bulan Ramadhan .. aku menerima call daripada Ketua PKR cabang Kepala Batas.. minta aku teman dia pi rasmi majlis penyampaian bantuan faqir miskin di sebuah masjid di kawasan Penaga... Kawasan jajahan takluk aku tu.. Jadi aku pi teman dia.. Nak cite ni.. masjid ni .. sejarah dia.. orang PAS tak boleh masuk langsung .. Gedegang punya masjid ni..

Jadi selepas aje Zaini berucap.. dia minta aku bagi tazkirah.. aku pun bercakap lah lebih kurang 10-15 minit.. Yang aku ingat .. aku tak cakap pun pasai Pas Umno Pas Umno... Aku peghingat kepada semua .. supaya jadi hamba Allah yang konsisten beramal kerana Allah .. Jangan hanya beramal kerana Ramadhan semata-mata... Lepas tu ..tup..tup.. dalam masa tak sampai 10 minit.. aku terima sms berbelas-belas daripada rakan2 PAS kawasan tu.. ada yang takbir... ada yang tulis ..tanda kemenangan.. DUN Penaga... Alhamdulillah .. ada yang minta aku jadi penyampai kuliah tetap di masjid tu... Aikkkk lain macam ni.. hatiku berkata..

Mungkin inilah yang dikatakan .. dakwah.. dan kena tepat pada sasarannya.. hari ni pulak aku terima call daripada kawan-kawan .. kata yang pengerusi masjid yang kuat UMNO gedegang tu nak join Pakatan Rakyat dah... Alhamdulillah... Dengan pertolongan Allah.. aku berdoa supaya beliau masuk PAS atau PKR kerana Allah .. ikhlas keranaNYA... bukannya kerana sebab-sebab lain...

Jadi ... TAK KU SANGKA BUAH NANGKA JADI BUAH CEMPEDAK.... Takbir.. Allah merancang segala-galanya.... bersambung...

APA PANDANGAN ANDA ... TULISAN INI...


Pastikan Warisan Dunia serlahkan warisan Melayu

RAKYAT Malaysia pastinya berbangga apabila Bandaraya Melaka dan Georgetown disenaraikan sebagai antara 27 warisan dunia seperti yang terpapar di dalam laman sesawang Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu whc.unesco.org.

Pengiktirafan sebagai Bandar Bersejarah Selat Melaka (Historic Cities of the Straits of Malacca) telah dicapai dalam Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia kali ke-32 di Bandar Quebec, Kanada pada 7 Julai lalu. Sehingga tahun ini se- banyak 878 tapak Warisan Dunia di 145 buah negara telah disenaraikan mengikut kategori tertentu iaitu 679 warisan budaya, 174 warisan semula jadi dan 25 lagi campuran kedua-dua unsur budaya dan semula jadi.

Namun, ketika kita gembira atas pengiktirafan tersebut beberapa perkara berkaitan kedudukan Melaka dan Georgetown sebagai warisan dunia kebanggaan rakyat Malaysia perlu diteliti.

Adakah kedua-dua tempat bersejarah itu benar-benar menampilkan sejarah, jati diri dan asal-usul negara bangsa ini?

Mengapa sehingga kini nama Georgetown tidak ditukar kepada nama asalnya iaitu Tanjung Penaga? Usah nanti timbul nada sinikal dalam kalangan masyarakat antarabangsa bahawa warisan dunia yang dikalungkan kepada bandar ketiga terbesar di Malaysia itu sebenarnya tidak ubah seperti warisan penjajah.

Nama asal bagi Tanjung Penaga yang dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara itu wajar 'dikembalikan' semula apatah lagi dengan semangat ulang tahun ke-51 kemerdekaan negara ini tidak lama lagi.

Jika sebelum ini kita berjaya memberi citra tempatan kepada nama-nama jalan di bandar itu seperti Beach Street kepada Lebuh Pantai, Acheen Street (Lebuh Acheh), Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Armenian Street (Lebuh Armenia), mengapa tidak pada Georgetown?

Dalam masa yang sama sejarah asal- usul Tanjung Penaga juga perlu diperbetul.

Dakwaan kononnya Francis Light yang 'membuka' Tanjung Penaga sehingga turut tercatat dalam laman ensiklopedia bebas Wikipedia samalah seperti memadamkan sejarah sebenar asal-usul kewujudan Tanjung Penaga sebagai warisan dunia.

Bukankah sikap tidak sedar diri Light menaikkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis pada 11 Ogos 1786 itu adalah bukti jelas akan tindakan penjajah yang telah 'merampas' tanah hak milik orang Melayu?

Ini kerana jauh lebih awal daripada kedatangan Light sudah sedia ada penempatan masyarakat Melayu dengan sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial tempatan yang tersendiri. Nama-nama seperti Nakhoda Kecil atau Ismail, Datuk Setia, Datuk Kramat dan Haji Mohammad Salleh sebagai antara pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu tempatan yang telah tercatat dalam pelbagai sumber sejarah sejak awal 1700-an lagi tentulah tidak adil dilupakan begitu sahaja.

Selain itu, pemuliharaan warisan budaya dan sejarah Melayu di Tanjung Pe- naga dan Melaka perlu dipergiat dengan kerjasama pihak kementerian berkaitan, muzium, arkib, pihak korporat, badan- badan bukan kerajaan (NGO), sarjana, budayawan dan sejarahwan tempatan mahupun luar negara.

Kepelbagaian bentuk tinggalan warisan seni, budaya dan sejarah yang bukannya berasal dari wilayah rumpun dunia Melayu hasil daripada pertembungan budaya kedua-dua kawasan itu dengan dunia luar tidak harus menenggelamkan budaya Melayu. Sebaliknya, usaha mengimbangi nilai-nilai budaya asing dan tinggalan penjajah yang banyak terdapat di Melaka dan Tanjung Penaga dengan etos budaya Melayu wajar sekali dilaksanakan.

Sebagai permulaan, sebuah kompleks perkampungan, istana atau kota Melayu di kedua-dua tempat tersebut perlu ditubuhkan sebagai tanda kewujudan bangsa Melayu yang sebenarnya tidak pupus walaupun berdepan dengan pelbagai jenis budaya asing.

Syor ini tidak keterlaluan kerana sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu di wilayah rumpun Melayu (Malay Archipelago) ini pernah muncul menjadi bangsa maritim atau kelautan yang berkait rapat dengan aktiviti perdagangan antarabangsa.

Malah, unsur kebudayaan dan kesenian Melayu sama ada dalam bentuk warisan ketara (tangible heritage) seperti seni bina mahupun warisan tidak ketara seperti seni silat atau seni berbahasa perlu lebih ditonjolkan melalui siri-siri pameran bertaraf antarabangsa, persembahan, bengkel, diskusi budaya malah jualan cenderamata.

Langkah ini perlu agar citra warisan budaya Melayu itu lebih terserlah sebagai aset berharga yang membawa kepada relevannya Melaka dan Tanjung Penaga sebagai Warisan Dunia yang tidak lupa mengangkasa warisan akal budi, falsafah dan pemikiran tinggi bangsa Melayu.

MOHD ARIF ATAN

Universiti Malaya.

Tuesday, September 29, 2009

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK...


Salam ... Para Duat sekelian...

Ramadhan dah berlalu dengan seribu kenangan .. Kita perlu mengekalkan momentum Ramadhan sepanjang masa hidup di atas muka bumi ini.. Kita adalah hamba Allah bukannya hamba Ramadhan semata-mata...

Pa da 1 Syawal yang lalu.. aku diminta untuk berkhutbah di Makaz PAS Negeri menggantikan Tuan Hj Md Sabu.. Pada peringkat permulaan .. aku macam nak tolak .. sebab dah menjadi kebiasaan .. aku bersolat sunat Aidil Fitri di masjidku .. Masjid At Taqwa Taman Bertam Indah Kepala Batas.. Masjid paling aktif di Pulau Pinang (masuk bakul angkat sendiri... soli ha... tak caye singgah le di masjid ni).. Aku seronok beraya dengan sesahabat di tempatku ini... Tapi apa kan daya aku kepunyaan masyarakat (soli.. ha.. sekali lg angkat bakul sendiri).. Public interest should be prevail ..

Aku menerime dengan hati yang berat.. Hari tu aku pakai baju raya satu sut dengan bersampin sekali .. Aku rasa aku yang paling smart sekali.. rupa2nya lagi ramai yang lebih smart daripadaku....

Apa yang aku nak cerite pada korang semue... apa yang aku catit .. aku tak baca langsung... aku berkhutbah ikut sedap mulut aku aje.. 6 rukun khutbah aku jaga sungguh2.. takut tak cukup.. tengok2 45 minit dah dalam 2 khutbah tu... selesai aje aku berkhutbah.. makmum mai seghebu aku , depa nak salam dengan aku.. sampai aku tak boleh buat apa2 .. ada yang bertakbir.. ada yang bergenang ayak mata... aku pun sama jugak.. hati kecik ku berkata .. memang style macam ni ka.. aku pernah berkhutbah raya di tempat lain sebelum ni ..tapi tak macam ni pun.. ada yang mai peluk .. ada yang mai cium pipi aku pun ada.. sampai mic yang melekat kat baju rayaku pun tak sempat aku cabut.. sampai nak terjerut leherku..

TAK KU SANGKA NANGKA JADI CEMPEDAK.... bersambung...

TAN... XXX... TUN...


TAN


Umno Telok Kemang terus mendesak agar Ketua Bahangian Umnonya Tan dicalonkan sebagai calon Umno ke PRK Bagan Pinang. Walhal, Tun masih tidak berganjak dengan pendiriannya agar Tan mengundurkan diri dan memberi laluan calon yang lebih bersih bertanding. Bagi Tun jika Tan dicalonkan , alamatnya berkuburlah Umno di PRU 13 nanti, kerana baginya Tan tidak bersih dan Tun tidak mahu keputusan PRK Permatang Pasir berulang.

Tapi, wajarkah Tun memberi buah fikirannya mengenai isu bersih atau tidak seseorang itu. Kerana selepas pemilihan parti Umno pada 1987 yang menyaksikan hampir-hampir Tun tersungkur ditangan Tengku, politik wang berbunga..Lupakah Tun, sistem kuota yang diperkenalkannya setelah itu telah membuahkan politik wang dalam Umno. Dan tidak mustahil bila Umno disuburkan oleh mereka-mereka yang korup dek kerana sistem kuota ini. Jadi wajarkah Tun untuk mempertikaikan integriti orang lain apabila Tun sendiri tidak bersih. Dan selama Tun menerajui parti Umno, Tun tidaklah pula hendak membenteras politik wang dalam Umno, Tun sendiri yang mengakui kegagalan Tun. Walhal, dizaman Tun jugalah ,Tan menjadi amat popular dan disenangi hampir semua perwakilan sehinggakan Tan mendapat undi tertinggi sebagai Naib Presiden dalam pemilihan Umno.

Jadi apabila Tun memberi komen dan mendesak agar pucuk pimpinan menolak Tan, semakin ramai pula yang menyokong Tan. Tan boleh mempertikai telahan Tun dalam isu ini, ambil contoh Ali Rustam yang masih berjaya mengekalkan kerusi Menteri Besarnya walaupun terbukti bersalah menggunakan wang baru-baru ini. Ketua Pemuda juga terlepas dari hukuman walaupun terbukti menggunakan wang, jadi bagi Tan tiada apa yang salah jika Tan terus menjadi wakil ke PRK Bagan Pinang. Jika ahli-ahli Umno masih boleh menerima KJ dan Ali , mengapa pula mereka tidak boleh menerima Tan sebagai calon. Padahalnya, Tan memang diterima baik oleh rakyat Bagan Pinang kata Ketua Pemuda Umno Bagan Pinang.

TUN


Walau siapa pun yang akan dicalonkan kelak, Bagan Pinang akan menyaksikan satu lagi persaingan yang sengit antara pemimpin Umno dan proksi-proksi mereka melobi untuk menjadi calon ke pilihanraya kecil nanti.

SPR PERLU BERTINDAK : PROSEDUR UNDI POS BERCANGGAH DENGAN PERKARA 8 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..



PRU 12 pada tahun 2008 di Bagan Pinang menyaksikan kekalahan teruk PAS kepada BN melalui undi Pos. Dari 5, 191 kertas undi yang dikeluarkan, PAS hanya mendapat 1,189 undi manakala calon BN 3,080 undi.

Sekali lagi pada 11 Oktober 2009 nanti, mungkinkah igauan buruk akan terus berlaku kepada PAS untuk undi-undi pos ini nanti? Ataupun berkat doa dan pertolongan dari Allah, BN yang sebelum ini menang selesa akan mengalami kejutan kali ke 8 dan tersungkur di Bagan Pinang?

Apapun yang terjadi, sistem pengundian pos ini haruslah dikaji SPR jika betul-betul inginkan ketelusan dan mendapat keyakinan dari rakyat. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihanraya seharusnya meneliti perjalanan pengundian pos ini dengan lebih terbuka dan mengenal pasti kelemahan - kelemahan Undi Pos secepat mungkin agar PRU 13 nanti akan lebih telus dan dihormati rakyat. Dan bukannya bertindak seakan-akan lidah BN. Langkah mengadakan PRK dihari cuti umum merupakan permulaan yang baik, dan SPR seterusnya bertindak lebih baik dengan membaikpulih sistem Undi Pos yang ketinggalan zaman ini.

Tuesday, September 22, 2009

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA : POST MORTEM PRK N 11 PERMATANG PASIR

· Hari mengundi : 25hb Ogos 2009 (Selasa)
· Penamaan calon : 17hb Ogos 2009 (Isnin)- Lebih kurang 10,000 penyokong Pakatan Rakyat telah hadir termasuk pimpinan utama Pakatan Rakyat.
· Peratus keluar mengundi : 72.78 % (Kurang 9.5% daripada PRU 12 lalu)
· Lebih 2/3 daripada jumlah 9.5% pengundi yang tidak turun mengundi adalah pengundi PAS dalam PRU 12 lalu)
· Jumlah keluar mengundi : 14768 (65 % daripada jumlah pengundi telah mengundi PAS)
· Pada peringkat awal sehingga pukul 1 tengahari, hanya 51% peratus sahaja pengundi yang keluar mengundi sehinggalah petugas2 PR ditugaskan masuk ke dalam kampong semula mengerahkan pengundi2 keluar mengundi.
· 4 UPU mencatat peratusan pengundi PAS yang tinggi melebihi 70 %, dimulakan dengan Kg Cross Street : 75%, Kubang Semang : 74%, Permatang Pauh : 71%, Sama Gagah : 70%, Pmtg Tengah : 69%, Tanah Liat Mk 8 : 66%, Bukit Indera Muda : 60%, Kg Pelet : 57% dan Permatang Ara : 56%
· Trend sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat masih tinggi dan tidak berubah sejak PRU 12 yang lalu berdasarkan sokongan menggalakkan di 3 UPU yang mempunyai ramai pengundi Cina iaitu Kg Cross Street, Permatang Pauh dan Sama Gagah.
· Sokongan pengundi Melayu paling tinggi dicatatkan di UPU Kubang Semang yang mempunyai bilangan peratusan pengundi Melayu yang paling ramai iaitu 93%.
· Hanya 2 saluran yang kalah iaitu saluran 1 (dah agak ) di UPU Permatang Ara dan Bukit Indera Muda , meneruskan tradisi kekalahan saluran yang sama ini pada PRU 12 lalu. (Nak buat macam mana, senior citizen)
· Undi PAS : 9618 (kurang 1386 undi berbanding PRU 12)
· Undi BN : 5067 (kurang 504 undi berbanding PRU 12)
· Majoriti : 4551 (kurang 882 undi berbanding PRU 12)

MUQADDIMAH

1. Alhamdulillah PAS telah memenangi PRK N 11 Permatang Pasir dengan majoriti yang amat bergaya.

2. Kemenangan ini merupakan satu anugerah Allah `Azzawajalla kepada semua pendokong Islam dalam memastikan PAS terus maju dan menonjol di Pulau Pinang.

3. Kemenangan ini juga sekurang-kurangnya menutup mulut atau mengkafankan UMNO terus daripada cubaan bangkit semula daripada beberapa siri kekalahan dalam PRK.

4. Kemenangan bergaya ini juga menenggelamkan UMNO daripada terus mengatakan mereka menang moral di Manek Urai dengan mengurangkan majoriti sehingga 65 undi sahaja.

5. Ia juga sebagai pencetus semangat baru kepada semua pimpinan di setiap peringkat untuk bergerak dengan lebih baik lagi bagi menempatkan PAS Pulau Pinang seiring sejalanan bersama parti parti lain dalam Pakatan Rakyat.

6. Kemenangan ini juga sudah pastilah satu ujian daripada Allah kerana untuk mengisi kemenangan adalah lebih susah dan mencabar daripada untuk mencapai kemenangan.

FAKTOR-FAKTOR KEMENANGAN PAS

1. Biiznillah.. kita menang.
2. Pas mempunyai ahli-ahli dan penyokong-penyokong tegar yang begitu kuat memberi sokongan kepada PAS sejak 3 penggal pilihanraya yang lalu lagi.
3. Daripada 9618 undi yang diperolehi oleh PAS, saya boleh andaikan seperti berikut :
· 1200 adalah undi daripada ahli PAS
· 1800 adalah undi daripada ahli PKR
· 2000 adalah undi daripada ahli keluarga PAS dan PKR yang tidak menjadi ahli PAS/PKR (atau mungkin juga ahli UMNO yang tidak disedari oleh mereka atau mungkin pengundi condong) tetapi mengundi PAS sejak 3 penggal yang lalu selepas era reformasi 1998.
· 2800 adalah undi daripada pengundi tegar PAS!!!!!!
· 1818 adalah undi daripada bukan Islam (undi Cina)
4. PAS mempunyai pengundi tegar yang ramai dan sekurang-kurangnya undi popular yang PAS boleh perolehi adalah undi yang diperolehi pada PRU 11 pada tahun 2004.
5. Isu-isu yang diputarkan dan di`highlight`kan oleh pimpinan PAS dalam tempoh kempen begitu berhasil dan menyebabkan UMNO tidak berupaya untuk menangkis dengan baik isu-isu tersebut.
6. Masalah peribadi calon BN yang kontroversi merupakan salah satu faktor penyumbang besar kepada kemenangan PAS dalam PRK N 11 Permatang Pasir ini.
7. Pembongkaran Bar Council mengenai kesalahan disiplin iaitu pecah amanah calon BN juga menjadi factor pencetus kepada kemenangan PAS.
8. Peranan Unit IT ditambah pula dengan sokongan dan bantuan media alternative serta bloggers PR patut dipuji.
9. Bantuan yang begitu memberansangkan daripada pimpinan-pimpinan utama Pakatan Rakyat sehinggakan TGNA, TGHA, DSAI, LGE, LKS dan banyak lagi pimpinan lain yang turun padan beberapa kali untuk memenangkan calon PAS.

10. Program pemuda yang begitu padat dan sesuai dengan cita rasa warga muda seperti bengkel motosikal, BBQ, sepak raga bulat, sukaneka dll.
11. Komitmen Muslimat PAS dengan wanita PKR dalam memancing undi rumah ke rumah juga tidak boleh dinafikan juga sumbangan mereka.
12. Bantuan dan tunjuk ajar yang teramat baik daripada Pimpinan PAS Pusat dan PAS Negeri-negeri dalam melicinkan tugas2 pilihanraya seperti culaan undi, pembahagian tugas, penyelarasan tugas dll.
13. Kejayaan pasukan gerak saraf PAS menangkis perang saraf UMNO dan BN.
14. Kewibawaan calon PAS terserlah dan sukar di pihak lawan mencari kelemahannya.
15. Peranan pemimpin kita di peringkat `grass root` yang amat dipercayai oleh kaum Cina.
16. Kehebatan pemimpin `grass root` yang menguasai `kepala-kepala` kaum Cina sejak 10 tahun lalu.
17. Perang saraf yang tepat pada sasaran dan sesuai pada masanya.
18. Peranan dan Jasa Datuk Hj Hamdan Abd Rahman kepada pengundi Permatang Pasir.
19. Jentera parti yang lebih tersusun dan diperkemaskan serta dipertingkatkan dari hari ke hari sehinggalah hari mengundi.
20. Program turun padang MP PAS juga factor penyumbang.
21. Bantuan kewangan daripada individu-individu.
22. Doa yang berterusan daripada Ulamak2 dan mereka yang dizalimi oleh UMNO dan BN.

PELUANG

1. PRK N11 Permatang Pasir merupakan peluang keemasan PAS Pulau Pinang untuk belajar memantapkan gerak kerja yang lebih meyakinkan dalam membawa PAS menonjol di Pulau Pinang.
2. Menguji kepimpinan baru BPPNPP dalam mengurus jentera pilihanraya dengan lebih baik dan sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan pilihanraya bila-bila masa sekalipun.
3. Kepimpinan PAS Pusat boleh menilai dan mengenali dengan lebih dekat lagi kepimpinan bawahan dalam merangka dan menyusun jentera pilihanraya.
4. Peluang untuk melihat samada gelombang dan momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat masih berterusan atau meningkat sejak PRU 12 yang lalu.
5. Peluang kepada kepimpinan di semua peringkat di Pulau Pinang untuk mengambil pengalaman dan menimba ilmu daripada PAS Negeri Pembantu dari luar.
6. Pembakar semangat menuju kepada PRU 13 akan datang.
7. Peluang untuk membuktikan wakil PAS boleh member sumbangan kepada kerajaan negeri melalui beberapa jawatan yang dijanjikan seperti YDP MAIPP dll.

MASALAH

1. Peraturan SPR dan Polis yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten seperti penggunaan barung dalam 50 meter dari pusat mengundi, khemah parti untuk urusan semakan pemilih, urusan kereta pengundi, pemantau SPR, wakil polis dalam SPR dll.
2. Peraturan permit yang menyusahkan.
3. Pihak polis yang tidak mahir undang-undang pilihanraya.
4. Penyokong BN yang melakukan provokasi dan beremosi.
5. Kesesakan jalanraya.
6. Provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
7. Pendokong PAS yang tidak terlibat dalam mana-mana organisasi PAS menyebabkan tindakan yang mereka lakukan dalam kempen tidak bertepatan dengan kehendak JOPRK
8. Hari mengundi pada hari bekerja merupakan factor peratusan keluar mengundi menurun 10%.
9. Kawalan keselamatan yang tidak terurus dan teratur oleh pihak polis menyebabkan berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini seperti pergaduhan, pertengkaran dll.
10. MP Padang Serai, Gobalakrishnan telah diperlakukan seperti binatang pada hari penamaan calon sehingga seluarnya terkoyak dan talipinggang terputus dikasari oleh pihak polis.
11. Seterusnya beliau telah didakwa pada hari berikutnya , 18hb Ogos 2009 di Mahkamah Bukit Mertajam di bawah seksyen 353 Kanun keseksaan di atas tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 2000.00 yang disediakan oleh peguam PAS. 8 peguam telah mewakilinya.
12. Kumpulan pemuda BN daripada luar terutamanya daripada Kepala Batas yang berpakaian kuning telah melakukan provokasi dengan menunggang motosikal secara merbahaya walaupun dalam keadaan kesesakan yang teruk pada hari mengundi.


PENUTUP

Walaupun kita telah memenangi PRK N 11 Permatang Pasir ini namun kita perlu menerima hakikat bahawa kita hanya mengekalkan kerusi yang telah sedia ada.. Dari segi angka dan bilangan kerusi DUN, PAS masih mengekalkan satu kerusi DUN berbanding dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat lain.. Seolah-olah kita tiada apa-apa keistimewaan berbanding dengan mereka.

Insya Allah dengan kemenangan bergaya dalam PRK N 11 Permatang Pasir, sekurang-kurangnya ia menjadi pembakar semangat kepada seluruh ahli PAS Pulau Pinang untuk bangkit dan terus mengorak langkah memenangi lagi beberapa kerusi DUN di Pulau Pinang ini. PAS perlu menonjol dan berusaha sedaya upaya untuk mengambil tempat UMNO di hati rakyat Pulau Pinang terutamanya umat melayu Islam .. Takbir …

Tahniah kepada semua pimpinan PAS Pusat dan Negeri-negeri Kawasan serta MTD permatang Pasir yang bertungkus lumus untuk memenangkan calon PAS Us Salleh Man dalm PRK N 11 Permatang Pasir… Semoga Allah `Azzawajalla memberkati usaha kalian…


Rosidi Hussain 27/8/09

Ikhlas dari Hj Rosidi Hussain
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Jawatankuasa JIPRK dan JOPRK N 11 Permatang Pasir
Penyelaras Pasukan Pembantu Negeri PRK N 11 Permatang Pasir
PAS Legal Team Coordinator PRK N 11 Permatang Pasir

Monday, September 21, 2009

SOLI-SOLI.. MANYAK2.. TAK UPDATE BLOG.. BERKABUNG.. BERI LALUAN PADA MADRASAH `RAMADHAN`.. BUKA KITAB.. REMINDER TO ALL OF US..

Salam Awal Syawal....

Kepada para pengunjung sekelian... saya menyusun sepuluh jari.. kerana tak dapat update blog saya sejak sebulan yang lalu.. Macam-macam hal yang berlaku.. nak kata kalut pasal Permatang Pasir baru-baru ni.. tak lah sangat.. tapi entah .. tiba-tiba aje.. tak sempat nak update...

PRK Permatang Pasir dah selesai ... Alhamdulillah ..kita menang bergaya .. Saya pulak diamanahkan mengetuai Jawatankuasa post mortem PRK Permatang Pasir oleh BPPNPP.. Oleh kerana masih dalam suasana Syawal.. saya belum buat meeting lagi .. `Alakullihal saya dah siap 7 helai pandangan saya sebagai guideline kepada AJK postmortem nanti...

Allah terus mencipta ujian untuk kita semua dengan kedatangan PRK Bagan Pinang di N 9 pada 11 hb Oktober nanti... Penamaan calon pulak pada 3hb Oktober.. PAS akan bayar `deghau` pulak... Sebelum ini orang N 9 bantu Penang.. Jadi di Bagan Pinang .. Penang kena bantu sungguh2 bagi memastikan kemenangan di pihak PAS yang mewakili PR.. Tapi... teruklah sikit.. undi pos 1/3 daripada pengundi berdaftar...

Ramadhan pulak berlalu dengan seribu kenangan .. Dengan perasaan sayu dan hiba.. kita merelakan Ramadhan meninggalkan kita dengan kalungan ``TAQWA`` di batang leher kita serta dalam hati kita semua... Kita perlu serius.. tak boleh dah main-main dengan amalan kita kepada Allah... Janganlah kita hanya beramal kerana Ramadhan semata-mata.. Kita perlu beramal sebagai hamba Allah yang beramal sepanjang tahun bukannya bermusim-musim... Yang lepas tu lepaslah.. kita tutup buku dan diari lama dan kita buka buku baru... Boleh kot no.. mesti boleh ma....

Syawal pulak dah masuk hari ke 3.. puasa 6 pun belum mula lagi.. saya pulak sejak syawal pertama lagi..dok sakit perut sahaja .. sehari 5-6 kali.. makan silap sangatkah.. pulun raya sakankah... tak taulah.. tapi diharapkan kita semua dapat meraikan kemenangan kita dengan `aidul fitri ini dengan kalimah-kalimah pujian dan syukur kepada Allah `Azzawajalla....

Selepas ini ...tunggu tulisan mengenai postmortem PRK Permatang Pasir.. Wassalam....