PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, July 22, 2009

SOROTAN DIARI YDP KEPALA BATAS


  • Salam .. Du`at sekelian..
  • Sebelum saya menulis artikel baru .. elok sekiranya kita flash back semula kerja buat YDP Kawasan kepala batas ni.. Saya nak menilai kembali apa yang telah saya lakukan setakat hari ini di Kepala Batas.. Mungkin di peringkat awal ni banyak mesyuarat daripada kerja-kerja lain ..Tapi mesyuarat pun penting dan teramat penting untuk kita meneruskan gerak kerja secara jamaie ini...
  • Terkadang tu saya rasa Kepala Batas ni belum `kick off` lagi ni.. Tapi di celah2 tu ada beberapa program `high impact` antaranya :
  • Pada 26 hb Julai ini ..hari Ahad .. satu program peringkat Kebangsaan iaitu Wacana dan Perhimpunan Pekerja yang akan diadakan di Kompleks dan Stadium Bertam bermula 8 pagi hingga ke ceramah di sebelah malam... Abang Mad Sabu... Presiden... Sdr Anuar Tahir... dan YB Yusmadi Yusuff.. Dr Mansor TKM akan rasmi di sebelah pagi... Sdr Shahrir orang kuat MTUC ... Ni nak habag kat hampa semua .. Hampa mai la ramai-ramai bagi penuh dewan dan stadium tu.. Barulah kita boleh tawan Kepala Batas dan Dun-Dun lain dalam Parlimen Kepala Batas.. Bila ramai ni ..sekurang2nya orang2 kite di peringkat grass root tu semangan lah sikit.. Mai na jangan tak mai ...
  • La lupa pulak sehari sebelum tu, pada 25 hb Julai hari Sabtu.. PAS Cawangan saya pulak anjur Kem Ukhuwwah Masjid Taman Bertam Indah ... 50 orang ahli usrah dah confirm akan sertai.. kami buat di Lata Celak Baling nu.. jauh dari sini.. saja la buat jauh jauh sikit.. jauh dari hiruk pikuk hingar bingar bising mising suasana kota raya macam kepala Batas tu .. Hiiii..
  • Pada 1 hb Ogos .. Pemuda PAS Kepala Batas menguruskan bas .. untuk menyertai demonstrasi besar-besaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)..
  • Baru dapat maklumat tada masa meeting tadi.. Pemuda PAS negeri menganjurkan satu ceramah roadshow mansuhkan ISA pada 25 hb Julai ini di Padang awam Taman Guar perahu Penanti... Ramai pemimpin hadir.. Sebagai pre launching program pada 1 Ogos nanti di Kuala Lumpur...
  • Cuma saya nak tulis balik sekarang ini apa kerja yang yang telah saya lakukan semenjak memegang jawatan YDP Kepala Batas dan TPJ 3 BPPNPP selama 2 bulan ini..
  • 22 hb Julai 2009... Mesyuarat Khas BPPNPP mengenai beberapa program utama negeri spt Wacana pekerja .. Roadshow mansuhkan ISA.. Ceramah di seluruh negeri dll... Kuliah maghrib di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh...
  • 21 hb Julai 2009... mesyuarat Mukhaiyyam Cawangan dan kuliah maghrib di Bertam Putra ..yang dikendalikan oleh Cawangan Bertam Putra...
  • 20 hb Julai 2009... Pertemuan dan majlis Pakatan Rakyat Parlimen Kepala Batas yang diadakan di Dewan Sri Serdang.. ramai yang hadir dari PKR dan PAS.. Alhamdulillah banyak agenda yang dibincangkan ...tapi tok leh gi tahu ..rahsia kerajaan... Kuliah maghrib di masjid Bandar Perda yang diuruskan oleh sahabat Cawangan bandar Perda...
  • 19 hb Julai 2009... Berada di kampung Padang Lalang, Bukit Mertajam .. menyelesaikan masalah mengenai tanah yang diambil kerajaan dalam projek double tracking Gamuda... malam kuliah di surau Sembilang Pantai Seberang Jaya...
  • 17 - 18 hb Julai 2009... Berada di Kuala Lumpur dan kemudian menyertai demo di bangunan Plaza Masalam di Syah Alam membantah SPRM di atas kematian Tan Beng Hock.. nasib baik tak kena tangkap.. hari tu saja 7 orang kena tangkap... dan lari... kemudian menyertai mesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat ...mesyuarat lajnah Tarbiyah dan Perkaderan...
  • 16 hb Julai 2009... mesyuarat dewan harian BPPNPP..agenda ..tok leh gi tau.. rahsia..
  • 14 hb Julai 2009.. Saya bersama2 Ketua cabang PKR Kepala Batas, Sdr Zaini Awang melawat Permatang Tinggi C.. Permatang Bertam ... Permatang Sintok .. melihat dan mengambil maklumat mengenai sistem perparitan...
  • 12 hb Julai 2009... Menjadi salah seorang pembentang kertas kerja dalam program Public speaking Course anjuran Pemuda PAS Kepala Batas di dewan bakau Tua...
  • 11 hb Julai 2009... Diwawancara oleh wartawan menegenai visi dan misi setelah dilantik sebagai YDP dan TPJ Penang....
  • 10 hb Julai 2009... Pagi berceramah di Kolej Perubatan USM kepala batas... sebelah malamnya mesyuarat harian PAS kepala Batas... banyak agenda yang dibincangkan.. Shhhhhh... Diam...
  • 9 hb Julai 2009... Menghadiri mesyuarat pertama BPPNPP.. pembahagian tugas... saya diamanahkan sebagai pengerusi Lajnah tarbiyah dan Perkaderan Negeri.. Huh... sakan ni.. Mungkin pemuda boleh tolong kot.. Insya Allah ..
  • 8 hb Julai 2009... Bicara tanah projek double tracking...
  • 4 - 7 hb Julai 2009... Berada di manek Urai .. rujuk tulisan terdahulu .. semua ada ...gambag pun ada... Kawasan Kepala Batas menghantar 42 orang wakil .. ramai tu...
  • 2 hb julai 2009... Ceramah di Taman Pauh Indah bersama dengan Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man...
  • 1 hb julai 2009... Mengadakan pertemuan dengan SU kawasan dan juga SU Kerja yang baru dan juga drebar2 yang nak ke Manek Urai ... Alhamdulillah semua turun .. tepat masa pulak tu... Bedak apa yang ada .. segala kos perjalanan dan sebagainya...
  • 30 hb Jun 2009.. Bersama dengan NYDP Kawasan dan PSU 1 Kawasan .. bertolak ke Lata Celak, Kupang baling... survey nak buat Tamrin Qiyadi kawasan....
  • 28 hb Jun 2009... Menghadiri program Sinar kasih yang dirasmikan oleh Tuan Speaker, Hj Halim di masjid paya keladi.. pemberian hamper kepada fakir miskin yang dikendalikan oleh JKKKN Paya Keladi.. Thanks a lot Mr Bukhari... Menghadiri Karnival Durian di Balek Pulau... sebelah malam berkuliah di Masjid Bertam Indah...
  • 27 hb Jun 2009... Merasmikan mesyuarat agung cawangan baru Guar Kepah...
  • 26 hb Jun 2009.. Taklimat kepada petugas Manek Urai peringkat Kepala Batas.. Alhamdulillah ramai hadir...
  • 25 hb Jun 2009... menghadiri dan mempengerusi mesyuarat cawangan PAS TBI..
  • 24 hb Jun 2009... memberi kuliah Maghrib di Masjid Permatang Janggus..
  • 23 hb Jun 2009... Menjadi naqib Usrah Cawangan PAS TBI...
  • 21 hb Jun 2009... Berceramah dalam satu majlis student IPT di Nahdhoh... menghadiri Sukan rakyat di Pasir Gebu, Penaga... Mesyuarat kabinet Pertama BPPNPP...
  • 20 hb Jun 2009... Merasmikan dua cawangan baru.. Bertam Putra dan Taman Sri Menerong..
  • 19 hb Jun 2009.. Mesyuarat PAS Kepala Batas di Pejabat kawasan...
  • 18 hb Jun 2009.. Mengadakan pertemua suai kenal dengan DAP di Hotel Sri Malaysia ... NYDP dan SU kawasan hadir sekali...
  • 17 hb Jun 2009... taklimat manek Urai di P 1000 oleh JPN.. pembahagian tugas...
  • 16 hb Jun 2009... berceramah di surau Paya keladi .. Dapat tembuih jugak kubu kuat depa... lepas tu mesyuarat JPN plak.. meeting sok mo...
  • 13 hb Jun 2009... memberi ceramah motivasi kepada pelajar UPSR dan PMR di masjid bandar Perda anjuran JKKKN...
  • 27 Mei - 12 Jun 2009... Mengerjakan Umrah.. Rujuk tulisan terdahulu.. macam2 cerite...
  • 26 hb Mei 2009... Usrah cawangan ..
  • 24 hb Mei 2009... Merasmikan program sinar kasih di lahar Tiang.. pemberian hamper kepada fakir miskin... melawat 25 cawangan bersama SU Kawasan samapi ke petang.. sebelah petang menghadiri mesyuarat BPPNPP...
  • 22 hb Mei 2009... Mesyuarat harian Kawasan...
  • 17 hb Mei 2009.. Dialog bersama dengan Muslimat dan pemuda kawasan...
Sekian Wassalam.....

3 comments:

Anonymous said...

Maaf Ustaz, lari tajuk,saya yang jahil nak bertanya sedikit..seorang wanita dijatuhkan hukuman 6 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan baru-baru ini atas kesalahan meminum arak, adakah hukuman itu menurut hukum Islam?

rosidi hussain said...

sudah tentu tidak.. ikut hukun islam ..jika terbukti ie seperti kes tersebut melalui pengakuan salah.. maka hukumannya samada 40 rotan (ikut pandangan Saidina Ali ra) atau 80 rotan (pandangan majoriti Ulamak)... Wallahu `alam..

dulu_PAS_la_ni_PAS said...

http://www.jejariaccess.com/blog/?p=1530