PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, July 04, 2009

NOSTALGIA.. BEKAS BENDAHARI KELAB UMNO WASHINGTON..



NOSTALGIA …..

Hampa ingat dak lagi masa kecik – kecik dulu taon 70’ an, berapa punya buaih kita dulu??? Balik – balik sekolah teruih terejun sungai , balik sekolah , takdan buang baju teruih main bola, kerabat pokok nyok , main guli ,main wau , kayuh gerek turun gon??? Tungging buyung memang kita terer … ingat tak ???

Tak pernah pun kita seriau nak balik ghumah malam – malam lepaih mengaji Quran , jalan tepi kuboq. Tak pernah pun kita seriau nak pi main jauh dari ghumah , lari balik ghumah kot ataih ban …… Syok oi….Tu zaman masa kita kecik – kecik lagi.

Zaman masa mak pak kita kebanyakkannya masih sokong UMNO, masa mak pak rasa betapa amannya Malaysia masa tu. Masa tu jiran kita, hindu ka, cina ka, siam ka , somanya ada timbang rasa , dok sama – sama cari makan, aman – damai ( lepaih 13 mei la ni ).

Tapi , bebudak la ni … Hampa berani ka nak bagi anak – anak hampa pi main jauh dari ghumah??? Hampa sanggup dak lepaih anak hampa keluaq ghumah pi tusyen kat puji kayuh gerek sorang – sorang ??? Sanggup dak hampa biaq depa pi kedai kat pekan kepala batas sorang – sorang pi beli rempah??? Aku tak sanggup…tak tau la hampa??? Rempit blambak dah la ni, ragut toksah habag la, baru 2 minggu sudah , depa ragut jiran aku dalm pagak ghumah..depa pon berani semacam dah la ni ! Syabu kot ???

Yang aku tau , la ni , polis dok sebok buat benda lain …sebab ada orang dok paksa depa buat benda lain ! La ni silap pakai kale baju pon kena tangkap…bakaq lilin pon kena gak, tulih ‘C4’ , ‘Puaka’ dan ‘Alxxxxuxa’ ataih dinding pon salah dah la ni ! Makin lama makin terok dah la ni , rakyat marhein macam kita la ni dalam ketakutan . Kita patut rasa selamat bila ada polis, tapi la ni kalau nampak polis kita pulak takut. Tak tau la sampai bila lagu ni…Yang aku tau selagi ada depa yang dok ataih tu dok kuda soma benda macam reta pak depa , termasuklah polis..selagi tu la kita takkan aman.

Wallahualam…..

No comments: