PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI KEPALA BATAS : WAHAI PEMIMPIN, INGATLAH MATI..


  • Assalamu`alaikum.... Pendakwah yang dihormati...
  • Lihatlah gambar di atas.. nampak macam dah mati.. tapi tak mati lagi ni.. sedang tidur nyenyak di dalam masjid Sungai Peria, Manek Urai.. Sape ni... Nak kenal.. Namanya Tuan Haji Semperna bin Din.. Terkenal seluruh Kepala Batas dan kawasan sewaktunya dengan nama Mr Sam atau Hj Sam.. bekas pemuda UMNO Perlis.. tukang koyak poster PAS setiap kali pilihanraya.. Dulu dengaq saja nama PAS.. berdesing di telinga.. phiewwww.... pantang orang PAS lalu depan.. nak bergocoh sokmo.. masa belajar di `U` dulu.. beliau dikenali di kalangan kekawannya sebagai penyokong kuat UMNO..
  • Para Du`at sekelian.. Nak tahu tak Hj Sam .. macam mana sekarang ni.. dah jadi orang Masjid dah.. tiap-tiap subuh kelibatnya yang paling awal.. boleh dikatakan setiap kuliah di Masjid At Taqwa Taman Bertam Indah , beliau hadiri.. dok depan pulak tu.. cuma satu aje ... kelemahannya.. dia cepat lena .. tak sampai lima minit.. mesti lena .. Mailah sapa pun penceramah termasuk yang garang2 .. satgi tengok2 ..tup..tup lena dah.. la awat jadi macam tu.. mungkin tekanan darah rendah kot... Saya yang kadang2 berkuliah di hadapannya .. rasa suara kuat jerkah bukain main dah.. tapi dia lena jugak ... Hj ..Hj... `alakullihal... Hj Sam tidak mahu kekal dalam satu parti yang dikenali sebagai ``dulu kini dan selamanya``..
  • Alhamdulillah... sekarang ni Hj Sam dah jadi orang kuat PAS Kepala Batas dah... menjawat Bendahari PAS Taman Bertam Indah, Kepala Batas.. maksudnya beliau sahaja yang layak pegang jawatan ni.. sebab amanah sungguh dia ni.. contohnya baru2 ni semasa bertugas di Manek Urai.. Hj Sam bawa dua(2) beg duit.. satu duit sendiri.. satu lagi isi duit Jamaah.. tak mau bagi campug .. kata dia.. Kalau kita .. duit kita duit kita.. duit jamaah duit kita jugak.. tu yang kadang2 timbul fitnah dalam jamaah kita ni... Jalan sikit kira duit jalan sikit kira duit.. lepas belanja urusan Jamaah kira duit.. setiap kali mesyuarat ..tanpa disuruh Hj Sam akan bentang penyata kewangan Cawangan...
  • Dalam PAS Kawasan Kepala Batas.. Hj Sam diamanahkan menerajui Komiti Jawatankuasa Teknikal Pembangunan KOMTIF PAS Kepala Batas.. Insya Allah saya yakin Hj Sam boleh melakukan yang terbaik untuk PAS dalam mencari Mardhatillah.. Kadang2 tu aku terfikir seorang diri.. kawan2 ku yang terlampau `berlagak` dan berbangga dengan status `ahli lama`..`30 tahun dah aku jadi ahli ` `aku lebih senior daripada hang` `aku mai daripada keluarga PAS sejak aku beranak lagi`` tapi depa2 ni aku lihat tak tegha mana pun penglibatan mereka dalam Jamaah .. dan kadang2 tu menimbulkan masalah pulak kepada Jamaah.. Ada yang jadi `tunggui` saja dan `menyemak` saja kepada Jamaah kerana pelbagai `controversial act`.. `hang orang baru dalam PAS hang kena belajag banyak lagi`.. Inilah kerenah kehidupan berjamaah.. Kepada Hj Sam.. bersabarlah walaupun baru saja menjadi ahli ..very committed person.. very firm person.. sometimes funny person.. kadang-kadang tengok motor kapcai dia di masjid pun.. kita rasa sejuk aje hati ni... Aaii.. Hj Sam guna ilmu apa ni.. Motor dia ..kalau parking di Masjid .. kunci letak di motor sekali pun..confirm tak hilang dah.. AAiii.. Pelik ni...
  • Kembali kepada gambag Hj Sam dok tengah tidog di atas.. saya teringat gambar As Syahid Tuan Guru Ibrahim Libya yang mati dibunuh oleh rejim UMNO kira2 30 tahun yang lalu ..saya masih kecil pada ketika itu... apa yang saya nak berkongsi dengan pembaca sekelian ... kita semua adalah pemimpin samada pemimpin besar atau pemimpin kecil..pemimpin kepada diri sendiri mahu pun kepada keluarga dan juga dalam kerja2 parti dan masyarakat.. Walau apa jua status pemimpin yang ada pada kita.. kita pasti akan MATI.. Mati adalah pasti tak kira dalam apa jua keadaan sekali pun..
  • Pastikah bila kita akan mati?.. Di mana??.. Bagaimana bentuk kematian kita??? Berapa ramai orang yang mati oleh kemalangan, pembunuhan dan kematian mengejut, tanpa sebarang amaran awal... Wahai pemimpin... Ingatlah !!! Mati itu datang secara tiba-tiba... Hanya apabila pemimpin mengingati mati, urusan hidup dan politiknya akan dibuat dengan rasa takut kepada Allah.. Sejarah telah menyaksikan bagaimana amanah dan professionalnya ``ahli politik`` lampau yang sentiasa ingat mati seperti Rasulullah saw.. Abu Bakar As Siddiq.. Umar Al Khattab.. Usman bin Affan.. Ali bin Abi Talib..dan Umar Ibn Aziz (sekadar menyebut beberapa nama) memimpin, mengurus dan mentadbir keluarga, rakyat jelatan dan negara..
  • Wassalam...

No comments: