PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, July 16, 2009

MANEK URAI KEPALA BATAS : KEPADA PAS.. PENGAJARAN TERBAIK DARI KEMENANGAN TIPIS INI..

  • Salam... pendakwah yang dihormati sekelian...

  • Sebagai ahli Jamaah Islam..apa yang berlaku di Manek Urai ..perlu muhasabah.. atau post mortem.. Bagi saya lebih mudah untuk kita semua meladani daripda tunjuk ajar Al Quran itu sendiri iaitu surah An Nasr, surah yang ke 110, ayat 1-3 untuk kita menilai kembali prestasi kerja buat kita di Manek Urai ini...

  • Antara pengajaran daripada kemenangan tipis PAS di MU ini ialah:--
  • Formula gabungan dalam Pakatan Rakyat masih belum mantap (mantop).. masih longgar. Kita masih bergerak secara bebas.. membawa diri masing-masing.. PAS cara PAS //PKR cara PKR//DAP cara DAP.. Walaupun kita tak perlu meniru corak kerjasama BN tetapi "Kerjasama BN" dari semua kalangan mereka, penuh ide dan strategi ada plan A dan B.. dan seterusnya kita kena ambil yang positif dan belajar.

  • BN telah mengorak langkah awal, utk mencetuskan isu dalaman PAS semacam tak sehaluan di saf hadapannya. Sudah di gemburkan di mass media... tetapi kita media yang pro Pakatan Rakyat tak nampak boleh menandingi media jahat pro UMNO ni.. Kalau PAS bertanding hanya harakah sahaja yang membuat liputan luas untuk menangkis serangan daripada media UMNO.. Begitu jugak kalau PKR bertanding.. paper keadilan sahaja nampak yang bersungguh2 bersilat melawan bedilan UMNO ... Bila DAP bertanding, Roket sahajalah yang terpaksa membedil musuh... Tidak nampak kesatuan cara .. step.. strategi.. plan yang tersusun bagaimana berhadapan dengan media bila berlakunya satu2 pilihanraya kecil... Elok perlu diseminarkan perkara ini...
  • Sudah nampak kelibat-kelibat dan bayang-bayang sifat dan sikap angkuh di kalangan segelintir pemimpin PAS sendiri.. (kalau salah tolong maafkan) pada PRK kali ini seolah-olah semua boleh tangani tanpa pertolongan sahabat-sahabat dari tempat lain. Kita perlu jemaah yang ukhwah nya kuat.
  • Saya tak nak menuding jari kepada sesiapa pun cuma sebagai muhasabah.. we cannot deny that we have internal problem.. Kita ada masalah dalaman tapi kita tak pandai bendung (damage control)
  • Tidak perlu sempitkan minda dengan mengatakan BN guna itu dan ini, perlu ada sikap terbuka melihat kedalam diri apa sumbangan kita pada rakyat yang belum kita buat.
    Yang paling penting pada saf hadapan PAS JAGA MULUT dan BEFIKIR SEDALAM DALAM NYA sebelum BERKATA-KATA, kita semua adalah manusia biasa.
  • Bagi saya mungkin ada sedikit kesilapan dalam meletakkan tema pilihan raya berkenaan dengan cuba melokalitikan pilihan raya berkenaan dan tidak mahu ianya dilihat sebagai pilihan raya nasional. Ini bertentangan dengan skop perjuangan Pas itu sendiri yang bersifat nasional yang memakai slogan Pas for All.

  • Isu pembangunan yang dibawa oleh BN sedikit sebanyak telah terkesan kepada pengundi muda bermula daripada saluran 3, 4, 5 dan 6..kalau ada 7..7 lah... Jadi saya berpandangan bahawa segala penbangunan infrastruktur yang di bawah bidang kusa kerajaan negeri perlu dilaksanakan dengan segera bukannya tunggu masa pilihanraya sahaja barulah kelang kabut nak bagi sumbangan rakyat termiskinlah... nak buat rumah fakir miskinlah... sumbangan kpd sekolah agama rakyatlah... dsbnya.

  • Kita terlalu.. orang kata `over confident`.. dengan keegoan kita ... perintah dah 18 tahun dah.. 20,000 ribu orang turun semasa penamaan calon... pandang kecil kepada kemampuan lawan... tidak berstrategi... follow up kerja kurang memuaskan... dan mungkin banyak lagi..

  • Apa pun ..suara daripada lubuk hati saya mengatakan .. ada unsur-unsur penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya ini.. kalau sekiranya wujud gejala kezaliman ini, ia bermaksud memanglah UMNO cukup2 hebat dalam menipu rakyat sehinggakan kita sendiri tak boleh trace penipuan tersebut.. Saya bukan bermaksud untuk menutup kelemahan kita.. tapi ini hanya suara hati saya sahaja.. mungkin betul dan mungkin salah...

  • Berbalik kepada ayat Al Quran surah An Nasr : 1-3, sebagai rumusan, marilah kita sama2 mengambil pengajaran daripada ayat ini.. Apabilala telah datang kepada mu pertolongan Allah dan kemenangan dan kamu melihat ramai di kalangan manusia secara beramai-ramai masuk atau sokong agama Allah ini, maka hendaklah kamu semua bertasbihlah memuji Allah dan memohon ampun kepadanya.. sesungguhnya Allah maha penerima taubat...

  • Oleh itu janganlah kita sombong dan bangga diri dengan sedikit kemenangan yang Allah berikan kepada kita semua.. Kita masih mempunyai tanggungjawab kita kepada Allah untuk memujiNya dan beristighfar kepadaNya.... Wassalam...

1 comment:

pastikan said...

Salam,

Pasal manek urai.
PAS seolah2 tak bersungguh2 utk lawan kerana mungkin yakin akan menang - Alhamdullillah menang. Tapi menang tipis.
BN mampu rapatkan jurang undi kerana salah satu faktor utama ialah berjaya letak calon yang sangat sesuai......

hanya pendapat

Wassalam