PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Sunday, July 12, 2009

2013 .. LEMBARAN BARU KEPADA RAKYAT MALAYSIA


Kereta Abe Uji.. YB Manek Urai

  • Jumaat 15 March 2013 , jam menunjukkan pukul 6:15 pagi. Kami baru selesai menunaikan sembahyang suboh berjemaah dan bersiap – siap untuk menuju ke Putra Jaya. Timbalan Pesuruh Jaya PAS negeri membaca doa selamat agar perjalanan kami diberkati ALLAH sepanjang masa. Rombongan 2 biji bas yang ditempah khas untuk ke Kuala Lumpur ini diatur oleh Naib Ketua Cawangan.

  • Semua yang hadir pagi itu masih lagi teruja dan seakan tidak percaya dengan perkembangan yang berlaku seminggu yang lalu. ALLAH telah memakbulkan doa seluruh rakyat Malaysia, yang semakin jelek dan benci dengan BN , mambolehkan satu titik sejarah berlaku pada tanggal Selasa 5 March 2013, Pakatan Rakyat menang majoriti kerusi Parlimen dengan menyapu lebih kurang 200 daripada 212 kerusi yang dipertandingkan.


  • Pada hari ini Jumaat 15 March 2013, satu lagi sejarah akan berlaku, buat pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia dan dunia amnya akan menyaksikan seorang Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan khutbah Jumaat khas di Masjid Putra Jaya. Siapa sangka , seorang Perdana Menteri buat julung kalinya, mampu memyampaikan khutbah Jumaat secara langsung hari ini. ALLAHUAKBAR…..


  • Tidak mahukah kita menyaksikan perkara ini terjadi nanti ??? Tidak mahukah kita melihat satu perubahan menuju Mardathillah ??? Tidak mahukah kita sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang yang beragama Islam mempunyai hak dan undang – undang Negara yang berlandaskan hukum-hukum dari ALLAH ??? Mahukah kita berterusan ditindas oleh kegobrokkan mereka – mereka yang dari dulu lagi secara terang terangan menolak perlaksanaan hukum – hukum dari ALLAH ???

  • Alangkah baiknya jika selepas 2013 nanti , tidak ada lagi timbul masaalah – masaalah seperti rasuah , masaalah sosial remaja Islam , masaalah tingginya kadar jenayah di Malaysia hasil daripada keberkatan pemerintahan secara Islam yang diterajui oleh PAS Malaysia. Alangkah baiknya 2013 nanti , anak – anak kita tidak lagi terdedah dengan bentuk gejala sosial yang lebih teruk lagi. Tidak ada lagi judi dan arak secara terang – terangan. Tidak ada lagi remaja merempit sepanjang malam, tapi digantikan dengan lebih ramai remaja bertahhajud. Tidak ada lagi pusat atau rumah urut yang secara terang – terangan di berikan permit atas dasar pemerintahan sekular BN !

  • Seluruh rakyat Malaysia tak kira fahaman agama mereka akan menikmati keadilan yang belum pernah mereka rasakan sebelum ini setelah undang – undang Islam terlaksana di Malaysia ini.Jadi, marilah kita bersama – sama berganding bahu membetulkan saf kita , agar seimbang dan sekata berjuang demi hak ALLAH yang selama ini kita abaikan. Yang selama ini di kotak - katikan oleh cara pemerintahan sekular BN hampir 55 tahun. Mungkin ada yang beranggapan mustahil untuk PAS memerintah dalam masa terdekat ini…tapi ingat “ALLAH Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Bangsa Itu Jika Mereka Sendiri Tidak berusaha Untuk Mengubahnya” .
  • Wallahualam….

No comments: