PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, July 29, 2009


Keadaan perkembangan politik di Pulau Pinang..

  • Kerajaan PR di Pulau Pinang pun tak terlepas dari cubaan untuk menjatuhkannya.. Macam-macam mereka lakukan.. Cuma di Pulau Pinang ini.. ia agak berbeza dengan negeri-negeri lain.. Antaranya Melayu adalah minoriti dan pendekatan PAS bagi pandangan saya ia menjurus kepada dakwah dan kebajikan serta mengambil tempat UMNO untuk menjuarai dalam pembelaan Isu-isu faqir miskin yang banyaknya adalah dari kaum Melayu..
  • PAS adalah kompenan parti terpenting dalam PR.. Jangan melihat kepada satu kerusi yang PAS menang dalam pilihanraya umum lalu menunjukkan PAS lemah atau pun PAS tidak boleh menyumbang atau berperanan dalam kerajaan PR di PP... tetapi melihat dengan lebih jauh peranan PAS ...`Satu`tidak bererti sedikit.. `satu` lebih banyak daripada kosong.. Di belakang `satu` itu ada beratus ribu ahli PAS yang komited dan konsiten dalam perjuangan..
  • Kita juga berperanan sebagai `check and balance` dalam kerajaan PR di Pulau Pinang.. PAS yang bersifat sebagai sebuah parti Islam tidak boleh lari daripada berperanan sebagai pendakwah kepada orang lain termasuk dalam PR..
  • Perkara maksiat, mungkar dan mazmumah perlu ditegur dan tak boleh bertolak ansur dalam hal ini, maka PAS berperanan menyampaikan pandangan seperti ini melalui saluran yang betul..
  • PAS perlu mempunyai ahli dan pemimpin atau calon dalam pilihanraya yang mempunyai personaliti yang amat baik.. berkepemimpinan.. berwawasan.. berkarisma.. berakhlak mulia.. beramanah.. mudah didekati oleh masyarakat.. barulah PAS boleh menjadi `champion` dan berperanan dengan lebih baik dalam kerajaan PR di Pulau Pinang walaupun PAS di pihak minoriti.Inilah modal dan aset besar PAS yang tak boleh disangkal oleh sesiapa pun.
  • Keadaan Melayu Pulau Pinang khususnya yang pernah menjadi isu nasional suatu masa dulu..Penduduk Melayu di Kepala Batas lebih kurang 73%.. Cina 22%.. India lebih kurang 4% lebih.. Rata-rata penduduk Melayu Kepala Batas banyak tertumpu di kawasan Penaga .. Lebih kurang 87% penduduk Penaga adalah kaum Melayu yang bekerja sebagai nelayan ..Pak tani di bendang.. Selebihnya ..yang muda-muda .. ramai bekerja di kilang-kilang di kawasan Prai, Mak Mandin, Bayan Lepas dan ada juga yang bekerja di kawasan perindustrian Tikam Batu, Sungai Petani... Kawasan Bertam dan Pinang Tunggal lebih kurang 65% adalah melayu..

    Pihak kita ada membuat kajian mengenai Kenapa Melayu di Pulau Pinang agak tertinggal sedikit di belakang berbanding dengan kaum lain di Pulau Pinang:
  • Pimpinan melayu sebelum ini ada yang tidak bertanggung jawab dan tidak memainkan peranan yang sebenar sebagai pembela nasib bangsa. Akhirnya melayu Pulau Pinang merasa diri mereka adalah golongan minoriti yang tidak dipedulikan.Pada zaman kerajaan BN di Pulau Pinang orang melayu merasa diri ditindas oleh kerajaan yang dikatakan kerajaan Cina - sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri pada masa itu adalah Melayu, majoriti anggota kerajaan pusat adalah Melayu, majoriti pegawai PBT adalah Melayu
  • Orang Melayu merasa terpinggir di negeri sendiri di Pulau Pinang ini - kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal, sedangkan tanah-tanah Melayu jugalah yang dibangunkan.
  • Pemimpin BN khususnya UMNO walaupun berada dalam kerajaan pada masa itu tidak boleh memainkan peranan dalam membela nasib melayu untuk memiliki rumah dengan harga yang munasabah.Pimpinan politik melayu sentiasa juga membawa isu perkauman .. melayu tertindas.. melayu ketinggalan.. melayu mundur.. tapi result masih tidak membanggakan..
  • Cakap tak serupa bikin..Kadang-kadang tu pemimpin terlalu menggembar gembur .. kita ni minoriti.. orang melayu layak menerima bantuan kerajaan - hanya kerana dikatakan minoriti .
  • Pemimpin –pemimpin politik dalam kerajaan sebelum ini pentingkan diri sendiri dan poket sendiri - bercakap bukan main kononnya membela kaum bumiputera, sedangkan bila diberi projek untuk kepentingan bumiputera, dialah yang sapu bersih ke dalam poketnya .
  • Pemimpin-pemimpin politik melayu sebelum ini tidak bersatu walaupun satu parti - kerana selalunya perancangan untuk kepentingan Melayu oleh kerajaan akan terbantut diperingkat exco-exco Melayu sendiri, masing-masing dengan idea masing-masing, akhirnya perancangan untuk orang Melayu tidak tercapai, kemudian dituduhnya pegawai kerajaan tidak buat kerja.
  • Pemimpin-pemimpin melayu sebelum ini tidak ikhlas menolong melayu satu bangsa - “…kerana kamu logo bulan, aku tidak akan tolong…”, percayalah, mentaliti begini masih wujud di Pulau PinangPemimpin-pemimpin politik melayu tidak bersatu walaupun sama agama – Bagi mereka politik segala-galanya.
  • Pemimpin politik tidak bekerjasama dengan pegawai kerajaan - kerana pegawai kerajaan kerja untuk rakyat, apa yang untuk rakyat yang tidak masuk poket, maka tak perlulah beri kerjasamaPAS pada pandangan masyarakat Islam di Pulau Pinang dan penduduk Pulau Pinang amnya..PAS akan mendapat tempat dalam hati masyarakat melayu Islam dan juga bukan Islam kerana terbukti wakil-wakil PAS boleh bekerja bukan bercakap sahaja macam pemimpin Melayu BN sebelum ini.. PAS boleh berperanan dengan lebih baik dalam kerajaan PR di Pulau Pinang kerana kita menjadi Islam sebagai `foundation` dan landasan utama dalam hidup ini..

    PAS Pulau Pinang pada era pemerintahan Pakatan Rakyat...

    1. PAS merupakan salah satu parti utama Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
    2. PAS telah memberi sumbangan yang tak berbelah bahagi kepada kemenangan PR di Pulau Pinang samada melalui sikap musyawarah, tolak ansur, tegur menegur melalui saluran sebenar, tiada `politiking` dan lain-lainnya.
    3. PAS telah memberi khidmat dan kerjasama yang baik sekali kepada kepimpinan Ketua menteri sekarang ini.
    4. PAS tidak pernah menimbulkan suasana yang tidak harmoni sesama parti Pakatan Rakyat.
    5. PAS bekerja dengan ikhlas secara penuh berhati-hati walaupun rakyat Pulau Pinang khususnya melayu Islam masih belum memberi sepenuh sokongan kepada PAS.
    6. PAS memalui JKKKN dan Ahli majlis PBT terus bekerja dengan penuh dedikasi...
    7. PAS Pulau Pinang sentiasa befikir dan berusaha untuk meletakkan PAS sebagai pengganti kepada UMNO pada pandangan rakyat melayu islam.. kerana setakat hari ini kaum melayu islam Pulau Pinang masih mengatakan nasib Melayu masih terpinggir dan diketepikan daripada kepimpinan kerajaan negeri.
    8. PAS bukanlah parti perkauman tetapi pada pandangan kaum melayu ..mereka masih mengharapkan PAS daripada parti2 lain dalam Pakatan Rakyat untuk memartabatkan kaum melayu Pulau Pinang..
    9. PAS mengharapkan kerajaan negeri terus berurusan dengan pihak kami secara langsung tanpa pembabitan orang tengah atau parti2 lain demi kesinambungan dan pemantapan kerjasama serta merealisasikan semangat Pakatan Rakyat..
    10. PAS memerlukan beberapa wadah dalam kerajaan negeri atau syarikat kerajaan negeri untuk menarik perhatian rakyat Pulau Pinang terutamanya masyarakat Melayu.. Dengan itu masyarakat akan melihat dan boleh menilai prestasi PAS di negeri yang kita cintai ini...
    11. PAS mengharapkan hasil pertemuan semua organisasi PAS samada sayap utamanya .. pemudanya ... muslimatnya dengan kerajaan negeri dipandang serius oleh kerajaan negeri bukannya hanya melepaskan batuk ditangga sahaja atau dipandang sebelah mata sahaja..
    12. PAS amat berharap supaya kerajaan negeri dapat menonjolkan PAS dengan cara meletakkan peranan PAS mengetuai badan2 utama kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)..
    13. PAS amat berharap supaya kerajaan negeri jangan melihat kepada satu kerusi yang PAS menang tetapi PAS mengajak kesemua komponen PR di Pulau Pinang supaya melihat jauh ke hadapan kepada sokongan rakyat secara bersepadu kepada PR dalam pilihanraya ke 13 akan datang.
    14. Pada pengamatan PAS .. kalau sekiranya kita nak melihat rakyat memberontak dan menentang PR dalam pilhanraya akan datang maka ..lakukanlah seperti yang berlaku sekarang ini...
    · Perlantikan pengerusi dan ahli JKKKN yang tidak menetap di tempat tersebut.
    · Perlantikan JKKKN yang tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat setempat.
    · Perlantikan JKKKN yang tidak melalui perbincangan Majlis PR.
    · Pembentukan JKKKN di satu2 kawasan tidak diketahui dan disedari oleh penduduk tempatan..
    · Tidak memberi `priority` atau keutamaan kepada pendduduk setempat untuk memilih calon JKKKN yang mereka kenal dan boleh bekerja untuk mereka..
    · Perlantikan JKKKN melalui kouta parti sehinggakan satu2 parti itu mengambil `orang luar` mengisi kouta partinya walaupun beliau bukan anak tempatan dan tak tahu buat kerja.
    · Elaun JKKKN dan ahli PBT terlalu rendah seperti sekarang ini
    · Pemimpin PR `bermaharajalela` di pejabat-pejabat kerajaan negeri , mengarahkan pekerja2 dan staff kerajaan negeri mengikut arahan mereka .. berperangai macam perangai UMNO dan BN dulu... atau lebih teruk daripada UMNO dan BN sebelum ini...
    · Pimpinan PR berkelakuan seperti UMNO dan BN seperti `mark up price qoutation` tertentu.. terlibat rasuah.. sombong kepada rakyat.. terlalu biadap.. janji tak tepati...tidak menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat atau ahli majlis dsbnya... Apabila satu orang buat ..ia memberi kesan kepada orang lain...
    · Masalah melayu(buat masa ini) tak ditangani dengan sebaik mungkin.. Orang melayu akan marah ditambah pulak ia dicanang oleh UMNO...
    · YDP MAIPP tak diberikan kepada PAS kerana PAS adalah parti Islam dan dilihat di sebelah PR adalah parti Islam melayu.. mereka masih mengharapkan PAS sebagai penggerak dan penyelamat bangsa melayu PP yang berjumlah seramai 40% daripada keseluruhan penduduk PP.
    · Gejala maksiat dan sosial masih berleluasa..
    · Masalah besar melayu PP tak boleh selesai seperti masalah kubur Jelutong, tanah melayu Tanjong Tokong yang diambil oleh UDA.. dll..
    · Masjid masih tidak boleh diaktifkan supaya lebih beroperasi..

Mungkin inilah yang dikatakan POLITIK SAWIT>>>

1 comment:

pastikan said...

Salam saya buat saudara & semua,

Izinkan saya beri komen berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan oleh saudara.

Dalam bekerjasama jangan hanya menguntungkan satu pihak yang lain..yang mengambil kesempatan atas kekuatan kita ( kelemahan di mata mereka). Jangan terlalu percaya...PAS perlu lebih proaktif & jangan hanya berHARAP bulan tidak akan jatuh keriba.

Saya ialah warga Islam-Melayu yang cintakan kebenaran & kedamaian.
Saya sokong perjuangan PAS, tetapi saya mula sangsi....

Sekian, terima kasih.

Wassalam.