PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, July 13, 2009

  • Bersempena dengan sambutan 100 hari pemerintahan PM yang ke – 6 ini, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru…..dan lain – lain lagi. …
  • Terbukti sekali lagi, bahawa BN dibawah pemerintahan seorang lagi PM yang hanya megutarakan satu lagi gimik politik bagi mengaburi mata rakyat daripada realiti sebenar ketidakadilan sistem pemerintahan yang diterajui Umno ini. Tetapi , bentuk perlaksanaannya tidak di war-warkan secara telus.
  • Bayangkanlah , betapa ramai dari kalangan rakyat dapat mengecapi diskaun 20 peratus caj tol andaikata ianya hanya berkuatkuasa keatas mereka yang menggunakan ‘smart tag’ atau ‘touch n go’ dan itupun untuk caj yang ke 81 kali dan keatas??? Dan , berapa ramai pulak yang selama ini tidak menggunakan lebuhraya langsung , tetapi terpaksa membayar caj konsensi yang kerajaan buat bersama perjanjian berat sebelah mereka bersama PLUS??? Adakah ini yang dimaksudkan langkah ‘mesra rakyat’ ??? Bunyi memang kuat tapi kesannya amat kecil !
  • Selanjutnya, pengumuman untuk menawarkan sejumlah 44000 rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada penyewa sekarang ini untuk membelinya , seharusnya diperluaskan keseluruh negara , bukan hanya di Wilayah Persekutuan . Tidakkah dia sedar, dia harus berlaku adil kepada semua ..bukannya untuk segelintir rakyat sahaja!
  • Ketidakseimbangan dalam layanan memang telah BN buktikan sepanjang pemerintahan 55 tahun mereka. Sebelum ini pun memang telah terbukti bagaimana layanan pusat kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang. Bagaimana, majoriti rakyat di negeri pembangkang ditidakkan hak mereka hanya kerana fahaman politik yang berbeza. Bagaimana rakyat yang menyokong parti pembangkang tidak disalurkan bantuan sewajarnya melalui JKK yang sah , tapi penyokong mereka diperuntukkan bantuan melalui JKKP???
  • Seterusnya …Satu lagi pengumuman melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru. Saya menyarankan agar kerajaan lebih perihatin di dalam isu ini. Persoalan yang sebenarnya adalah …Mengapa semakin ramai rakyat menceburi bidang perniagaan secara kecil -kecilan?
  • Kita sendiri dapat menyaksikan pertambahan yang ketara peniaga kecil sekarang ini dimerata – rata tempat. Adakah ini disebabkan oleh pakej ransangan RM 60 billion yang gagal sehingga menyebabkan penguncupan ekonomi secara berterusan ? Dan adakah dengan mendapat diskaun ini , peniaga kecil ini dapat pulak menurunkan harga jualan mereka untuk dinikmati oleh majoriti rakyat seterusnya?
  • Selain itu Najib turut mengumumkan kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini. Alasannya ialah kerana ramai individu yang terpaksa menyewa teksi seharian selain daripada terpaksa berdepan dengan kenaikkan harga minyak. Jika itu yang menjadi persoalannya, mengapa kerajaan tidak secara terus melihat bagaimana untuk menyelesaikan kenaikkan kos-kos ini , bukannya menambahkan lagi beban yang sedia ada.
  • Tidak cukupkah permit teksi yang ada sekarang ini diatas jalan sehingga mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pelanggan yang kuasa membeli mereka semakin menurun setiap hari disebabkan oleh kenaikkan harga barang dan kos sara hidup…..Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.
  • Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang. Ini secara amnya akan meningkatkan lagi penggunaan motosikal dikalangan remaja dan meningkatkan pertumbuhan mat – mat rempit .
  • Walhal , jika mengikut perangkaan JKKR , kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikallah yang paling tinggi selama ini , disebabkan tahap keselamatan yang rendah. Seharusnya Najib lebih mengutamakan untuk mengurangkan kos sara hidup agar lebih ramai rakyat terutamanya golongan remaja berkemampuan memiliki kereta sendiri. Kereta nasional kita sepatutnya lebih murah kerana ianya dibuat dalam negara sendiri dan menggunakan sumber asli dari negara kita sendiri…
  • Inilah sebahagian daripada pakej ‘mesra rakyat’ yang diwar –warkan oleh media pro BN hari ini .. yang lebih tepat sewajarnya di terjemahkan sebagai satu lagi gula – gula politik untuk mengaburi mata rakyat atas kepincangan yang lebih ketara seperti isu rasuah berprofil tinggi , isu kadar jenayah yang semakin hari semakin menghimpit kita , isu ketidak adilan pembahagian royalti minyak, isu kenaikkan kos sara hidup , isu kontrak sosial yang semakin hangat , isu kerajaan negeri Perak dan lain – lain lagi……

3 comments:

basikal tua said...

UMNO berperangai macam pemjajah ..divide and rule dan iandah khabar dari rupa ... 1Malaysia konon tapi sebenarnya berperangai macam penjajah spt nak laksanakan malayan union dulu.. nak rampas hak2 kerajaan negeri ..royalti minyak kelantan dsbnya..

Anonymous said...

Tuan,saya orang PAS tapi kecewa dgn PAS bila Hj. Hadi dgn Nasha buat hal pasal kerajaan perpaduan baru2 ini,lepas tu ketua pemuda PAS Pusat pula buat hal,tak pasal2 pi jumpa puak2 UMNO,saya tak pernah miss pilihanraya kecil tapi Manek Urai saya tak pi langsung sebab sudah hilang mood,bukan saya sorang jadi mcm ni tapi ramai lagi yg serupa mcm saya,saya rasa PAS dah berpecah lani,tuan sedar dak benda ni berlaku?saya cuma nak minta pandangan tuan, harap maaf..

rosidi hussain said...

Terima kasih .. saya dah maklum dalam meeting kawasan saya pasal perkara ni.. Insya Allah kita jangan jadi nasi tambah .. tambah tahil lagi kot atas.. kita ni gheja dalam jamaah macam tu lah.. kena sabag banyak.. ikut mcm Bg Mad kita .. setiap gheja buat kita dinilai oleh Allah.. kekeruhan bekerja dan berdakwah secara berjemaah adalah lebih baik daripada kejernihan berdakwah sorang diri.. jgn terlalu ikut emosi .. ada orang PAS duduk dalam jamaah buat gheja dalam jamaah... ada orrang PAS hanya semangat bila dekat2 ngan pilihanraya .. ada orang PAS hanya bijak di kedai kopi.. ada orang PAS duduk makan angin masa pilihanraya kecik bukan buat kerja pun.. ada orang PAS hanya berbangga ngan status ahli lamanya .. macam2 style dalam jamaah kita yang kita sayang ni ..semuanya ada peranan sebagai ahli Jamaah Islam ... Jadi bersabarlah Insya Allah kita adalah hamba Allah yang sentiasa berfikir dan bekerja untuk Islam .. bukan bercakap sahaja...