PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, July 28, 2009

ANDA GAGAL MELALUI PROSES TARBIYAH YANG BERKESAN SEKIRANYA....

Salam ... Du`at yang dihormati....

  • Kegagalan tarbiyah boleh terjadi ketika proses tarbiyah sedang berjalan, tetapi juga boleh terjadi di awal proses. Persimpangan persepsi tentang tarbiyah memberi kesan besar dalam membawa substance atau pengisian tarbiyah sebenar sejak dari awal proses tarbiyah lagi. Kita dapat menyimpulkan lima kesalahan persepsi tentang tarbiyah.
  • Pertama, tarbiyah dipandang semata-mata sebagai penyampaian bahan. Oleh sebab itu, yang dimaksudkan dengan sudah atau belum 'menyampaikan bahan' adalah sudah atau belum memperdengarkan atau menyajikan bahan tersebut kepada mad'u. Di sisi yang lain, mutarobbi merasa sudah mendapat bahan jika sudah pernah mendengar pengisian. Persepsi ini menyederhanakan tujuan tarbiyah sebagai pengawal dalam pembentukan fikrah dan harakah.
  • Kedua, persepsi bahawa murobbi adalah segalanya bagi mad'u adalah hal yang dianggap 'aib' bagi penganut 'mazhab' ini apabila mad'u memiliki kemampuan yang lebih baik daripada murobbi dalam beberapa bidang. Persepsi ini menyebabkan alternatif yang terjadi adalah pilihan buruk di antara hal-hal buruk berikut:
  • 1.Mad'u menjadi kerdil bagai katak di bawah tempurung.
  • 2.Mad'u memberontak dan sentiasa terjebak dalam ketidakpuasan.
  • 3.Mad'u berkembang selari dengan tarbiyahnya, tetapi memiliki batas yang jelas, iaitu setinggi kemampuan murobbinya dan mustahil melebihinya.
  • Ketiga, tarbiyah dianggap sebagai proses doktrin dan dominasi. Murobbi menerapkan persepsi keberhasilan tarbiyah adalah ketika mad'u memiliki 'kesetiaan', tsiqah dan menjadi pendukung murobbi.
  • Keempat, sistem dan methode tarbiyah dipersepsikan sebagai hal yang baku. Contohnya berdasarkan pendekatan waktu, berurutan, dan terlampau `stict` atau `rigid`. Pendekatan ini menyebabkan seseorang yang memiliki potensi yang lebih besar tidak dapat mengambil yang lebih besar. White board, dan teknikal lain dianggap sesuatu yang harus ada. Sedangkan seminar, diskusi, tayangan, dan teknologi penyampaian lainnya tidak digunakan kerana dianggap mengurangi 'nilai' tarbiyah. Akibat lainnya adalah bahan disampaikan tidak berdasarkan keperluan mad'u.
  • Kesalahan yang kelima adalah kecenderungan untuk melakukan 'cloning' murobbi atau fotokopi murobbi. Kecenderungan hobi, syu'ur, selera, kegemaran dan beberapa hal yang sebenarnya merupakan privacy murobbi tiba-tiba menjadi muwashofat dan ukuran keberhasilan tarbiyah.
  • Selamat bertarbiyah.....

No comments: