PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, July 27, 2009

ANAK SULUNGKU DAH BESAR PANJANG.. AKU DENGANNYA MACAM RAKAN SEBAYA... AKHLAKNYA MESTI `A`...



Salam Du`at sekelian....


  • Dua tiga hari ni... aku terlampau letih.. very exhausted..orang putih kata... tiga empat program aku kena sertai.. Tapi aku berasa `enjoy` dengan aktiviti penuh setiap hari.. Lari sana.. lari sini.. Pedeghah sana... pedeghah sini...

  • `Alakullihal... di celah-celah kesibukan setiap hari dengan aktiviti cawangan kawasan dan Negeri teringat kepada anakku yang sulung.. waris kuatku yang akan menyambung kerja buatku selepas ni.... Sebelum ni aku banyak masa bersamanya .. ulang kaji pelajarannya ..

  • Namanya Muhammad Suhail.. seakan nama seorang sahabat.. suara pun dah gaghok dah.. ketua pengawas sekolah dia.. kelas A dari darjah satu sampai darjah 6 sekarang ni.. mewakili nasyid sekolah .. Ketua Kadet .. guru2 sekolah kata perangai anak aku ni macam orang2 tua tapi malu2 lagi.. macam ayah dia kot.. hebat dia ni.. dulu aku tak macam dia.. Pelajaran dia ok lahh.. Ada harapan dapat 5 A dalam UPSR akan datang..

  • Dia tinggi sungguh.. Orang kata renjong.. tinggi panjang.. tak tau lah dia ikut sapa ..aku tak lah renjong sangat... Mungkin mai daripada kedua-dua Tok Wan dia.. Pakai kasut saiz lapan ..aku saiz tujuh aje... baru2 ni bawa dia ke Komtar .. ada pertemuan dengan Mr CM.. saja la nak bersama2 dengan dia .. sebab tak banyak masa dengan dia... Aku sembang2 dalam kereta ..tanya pasai pelajaran dia .. Dia kata pelajaran akademik ok tapi diniyah tak berapa ok.. Aku tanya dia madah Diniyah dapat berapa yang dikatakan tak ok tu... Dia kata dapat B aje.. dalam hatiku B tu ok la.. nak macam mana lagi.. Cuma kalu boleh tu A la.. Aku pun tak mau tekan dia sangat2.. yang penting Akhlaknya OK .. A.. dan hidup sentiasa beragama dan beramal soleh.. dapat ulang alik pi masjid pun jadilah...

  • Bila sampai di komtar .. semua orang tanya dia ... tingkatan berapa dah.. bila dia bagi tau kata darjah 6 .. depa kata la ingat tingkatan 3 dah.. kalau dengan Us Soid Ketua DUPPP.. dia lebih tinggi sekaki lebih daripada Us Soid pa... agak2 aku le.. macam tu lah...

  • Sejak 2 menjak ni.. aku kurang masa dengan dia .. Dulu aku sentiasa mengulang kaji pelajaran dengannya.. lani kurang banyak dah... walaupun begitu aku harap dia menjadi insan berguna kepada masyarakat..akhlaknya baik.. Walau pun mungkin dia tak boleh dapat 5 A pun dalam UPSR ni ..aku redha..aku pasrah.. ... Tapi akhlaknya mesti A........

1 comment:

your son said...

insyaalah,kena selalu belajar, ulang kaji kt rumah dan paling penting ialah keberkatan dan keredhaan ALLAH