PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, July 30, 2009

Sebelas Muslim Menjadi 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia(2008)

Majalah Time kembali menampilkan 100 tokoh paling berpengaruh di dunia tahun 2008. Di antara 100 tokoh tersebut, terdapat 11 tokoh Muslim, mulai dari ahli politik, cendikiawan, sampai artis.

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang sekarang menjadi pemimpin Pakatan rakyat di Negera kita, Anwar Ibrahim menjadi tokoh Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Dari 100 orang tokoh, ia berada di posisi ke-9. Disusul kemudian oleh pimpinan pejuang Syiah Irak, Muqtada al-Sadr pada posisi ke-13.

Mengomentari masuknya al-Sadr ke jejeran 100 tokoh paling berpengaruh dunia versi majalah Time, mantan komandan pasukan AS di Irak, Letnan Jenderal Sanchez mengatakan, Sadr berhasil menarik simpati kalangan masyarakat miskin Syiah di mana ia berhasil memengan kendali stabilitas di selatan Irak.

Setiap tahun, majalah Time memilih 100 tokoh dunia yang dianggap paling populer karena telah mengubah dunia, menjadi lebih baik atau lebih buruk. Tahun 2008, adalah tahun kelima pemilihan 100 tokoh paling berpengaruh veris majalah Time. Dan tokoh yang menduduki posisi puncak adalah Dalai Lama, tokoh masyarakat Tibet yang saat ini kembali memicu kontroversi di kalangan akademisi dunia.

Sementara tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia antara lain, Madeeha Hasan Odhaib-satu- satunya Muslimah yang masuk dalam 100 tokoh itu-dianggap telah menjadi pelopor bagi kalangan Muslim di Irak.


Madeeha Hassan, 37, disebut sebagi 'Bunda Theresa dari Baghdad' karena perempuan mengabdikan seluruh energinya untuk membantu warga Irak yang menjadi pengungsi. "Sementara Madeeha masuk dalam daftar majalah Time, masih banyak perempuan lainnya seperti dia yang bisa ditemui di Irak, " tulis Ratu Rania dari Yordania mengomentari terpilihnya Madeeha.

Setelah Madeeha, Muslim yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia adalah Mehmet Oz, penulis yang juga seorang dokter bedah. Nama Oz yang keturunan Turki itu, beberapa tahun belakangan ini namanya sangat popoler dan media Amerika kerap menempatkannya di posisi pertama, dalam deretan dokter paling terkenal.

Setelah Mehmet Oz, ada Muhammad "Mo" Ibrahim pengusaha bidang komunikasi asal Inggris keturunan Sudan. Ibrahim, 61, menunjukkan kepeduliannya terkait pemerintahan yang bersih dan akuntabilitas institusi-institusi di negara asalnya. Untuk itu ia mendirikan Ibrahim Foundation.

Novelis Amerika berdarah Afghanistan, pengarang novel best seller "The Kite Runner", Khalid Hosseini juga menjadi salah seorang Muslim yang masuk dalam 100 tokoh dunia majalah Time, ia berada di ranking ke-66.

Wednesday, July 29, 2009


Keadaan perkembangan politik di Pulau Pinang..

  • Kerajaan PR di Pulau Pinang pun tak terlepas dari cubaan untuk menjatuhkannya.. Macam-macam mereka lakukan.. Cuma di Pulau Pinang ini.. ia agak berbeza dengan negeri-negeri lain.. Antaranya Melayu adalah minoriti dan pendekatan PAS bagi pandangan saya ia menjurus kepada dakwah dan kebajikan serta mengambil tempat UMNO untuk menjuarai dalam pembelaan Isu-isu faqir miskin yang banyaknya adalah dari kaum Melayu..
  • PAS adalah kompenan parti terpenting dalam PR.. Jangan melihat kepada satu kerusi yang PAS menang dalam pilihanraya umum lalu menunjukkan PAS lemah atau pun PAS tidak boleh menyumbang atau berperanan dalam kerajaan PR di PP... tetapi melihat dengan lebih jauh peranan PAS ...`Satu`tidak bererti sedikit.. `satu` lebih banyak daripada kosong.. Di belakang `satu` itu ada beratus ribu ahli PAS yang komited dan konsiten dalam perjuangan..
  • Kita juga berperanan sebagai `check and balance` dalam kerajaan PR di Pulau Pinang.. PAS yang bersifat sebagai sebuah parti Islam tidak boleh lari daripada berperanan sebagai pendakwah kepada orang lain termasuk dalam PR..
  • Perkara maksiat, mungkar dan mazmumah perlu ditegur dan tak boleh bertolak ansur dalam hal ini, maka PAS berperanan menyampaikan pandangan seperti ini melalui saluran yang betul..
  • PAS perlu mempunyai ahli dan pemimpin atau calon dalam pilihanraya yang mempunyai personaliti yang amat baik.. berkepemimpinan.. berwawasan.. berkarisma.. berakhlak mulia.. beramanah.. mudah didekati oleh masyarakat.. barulah PAS boleh menjadi `champion` dan berperanan dengan lebih baik dalam kerajaan PR di Pulau Pinang walaupun PAS di pihak minoriti.Inilah modal dan aset besar PAS yang tak boleh disangkal oleh sesiapa pun.
  • Keadaan Melayu Pulau Pinang khususnya yang pernah menjadi isu nasional suatu masa dulu..Penduduk Melayu di Kepala Batas lebih kurang 73%.. Cina 22%.. India lebih kurang 4% lebih.. Rata-rata penduduk Melayu Kepala Batas banyak tertumpu di kawasan Penaga .. Lebih kurang 87% penduduk Penaga adalah kaum Melayu yang bekerja sebagai nelayan ..Pak tani di bendang.. Selebihnya ..yang muda-muda .. ramai bekerja di kilang-kilang di kawasan Prai, Mak Mandin, Bayan Lepas dan ada juga yang bekerja di kawasan perindustrian Tikam Batu, Sungai Petani... Kawasan Bertam dan Pinang Tunggal lebih kurang 65% adalah melayu..

    Pihak kita ada membuat kajian mengenai Kenapa Melayu di Pulau Pinang agak tertinggal sedikit di belakang berbanding dengan kaum lain di Pulau Pinang:
  • Pimpinan melayu sebelum ini ada yang tidak bertanggung jawab dan tidak memainkan peranan yang sebenar sebagai pembela nasib bangsa. Akhirnya melayu Pulau Pinang merasa diri mereka adalah golongan minoriti yang tidak dipedulikan.Pada zaman kerajaan BN di Pulau Pinang orang melayu merasa diri ditindas oleh kerajaan yang dikatakan kerajaan Cina - sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri pada masa itu adalah Melayu, majoriti anggota kerajaan pusat adalah Melayu, majoriti pegawai PBT adalah Melayu
  • Orang Melayu merasa terpinggir di negeri sendiri di Pulau Pinang ini - kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal, sedangkan tanah-tanah Melayu jugalah yang dibangunkan.
  • Pemimpin BN khususnya UMNO walaupun berada dalam kerajaan pada masa itu tidak boleh memainkan peranan dalam membela nasib melayu untuk memiliki rumah dengan harga yang munasabah.Pimpinan politik melayu sentiasa juga membawa isu perkauman .. melayu tertindas.. melayu ketinggalan.. melayu mundur.. tapi result masih tidak membanggakan..
  • Cakap tak serupa bikin..Kadang-kadang tu pemimpin terlalu menggembar gembur .. kita ni minoriti.. orang melayu layak menerima bantuan kerajaan - hanya kerana dikatakan minoriti .
  • Pemimpin –pemimpin politik dalam kerajaan sebelum ini pentingkan diri sendiri dan poket sendiri - bercakap bukan main kononnya membela kaum bumiputera, sedangkan bila diberi projek untuk kepentingan bumiputera, dialah yang sapu bersih ke dalam poketnya .
  • Pemimpin-pemimpin politik melayu sebelum ini tidak bersatu walaupun satu parti - kerana selalunya perancangan untuk kepentingan Melayu oleh kerajaan akan terbantut diperingkat exco-exco Melayu sendiri, masing-masing dengan idea masing-masing, akhirnya perancangan untuk orang Melayu tidak tercapai, kemudian dituduhnya pegawai kerajaan tidak buat kerja.
  • Pemimpin-pemimpin melayu sebelum ini tidak ikhlas menolong melayu satu bangsa - “…kerana kamu logo bulan, aku tidak akan tolong…”, percayalah, mentaliti begini masih wujud di Pulau PinangPemimpin-pemimpin politik melayu tidak bersatu walaupun sama agama – Bagi mereka politik segala-galanya.
  • Pemimpin politik tidak bekerjasama dengan pegawai kerajaan - kerana pegawai kerajaan kerja untuk rakyat, apa yang untuk rakyat yang tidak masuk poket, maka tak perlulah beri kerjasamaPAS pada pandangan masyarakat Islam di Pulau Pinang dan penduduk Pulau Pinang amnya..PAS akan mendapat tempat dalam hati masyarakat melayu Islam dan juga bukan Islam kerana terbukti wakil-wakil PAS boleh bekerja bukan bercakap sahaja macam pemimpin Melayu BN sebelum ini.. PAS boleh berperanan dengan lebih baik dalam kerajaan PR di Pulau Pinang kerana kita menjadi Islam sebagai `foundation` dan landasan utama dalam hidup ini..

    PAS Pulau Pinang pada era pemerintahan Pakatan Rakyat...

    1. PAS merupakan salah satu parti utama Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
    2. PAS telah memberi sumbangan yang tak berbelah bahagi kepada kemenangan PR di Pulau Pinang samada melalui sikap musyawarah, tolak ansur, tegur menegur melalui saluran sebenar, tiada `politiking` dan lain-lainnya.
    3. PAS telah memberi khidmat dan kerjasama yang baik sekali kepada kepimpinan Ketua menteri sekarang ini.
    4. PAS tidak pernah menimbulkan suasana yang tidak harmoni sesama parti Pakatan Rakyat.
    5. PAS bekerja dengan ikhlas secara penuh berhati-hati walaupun rakyat Pulau Pinang khususnya melayu Islam masih belum memberi sepenuh sokongan kepada PAS.
    6. PAS memalui JKKKN dan Ahli majlis PBT terus bekerja dengan penuh dedikasi...
    7. PAS Pulau Pinang sentiasa befikir dan berusaha untuk meletakkan PAS sebagai pengganti kepada UMNO pada pandangan rakyat melayu islam.. kerana setakat hari ini kaum melayu islam Pulau Pinang masih mengatakan nasib Melayu masih terpinggir dan diketepikan daripada kepimpinan kerajaan negeri.
    8. PAS bukanlah parti perkauman tetapi pada pandangan kaum melayu ..mereka masih mengharapkan PAS daripada parti2 lain dalam Pakatan Rakyat untuk memartabatkan kaum melayu Pulau Pinang..
    9. PAS mengharapkan kerajaan negeri terus berurusan dengan pihak kami secara langsung tanpa pembabitan orang tengah atau parti2 lain demi kesinambungan dan pemantapan kerjasama serta merealisasikan semangat Pakatan Rakyat..
    10. PAS memerlukan beberapa wadah dalam kerajaan negeri atau syarikat kerajaan negeri untuk menarik perhatian rakyat Pulau Pinang terutamanya masyarakat Melayu.. Dengan itu masyarakat akan melihat dan boleh menilai prestasi PAS di negeri yang kita cintai ini...
    11. PAS mengharapkan hasil pertemuan semua organisasi PAS samada sayap utamanya .. pemudanya ... muslimatnya dengan kerajaan negeri dipandang serius oleh kerajaan negeri bukannya hanya melepaskan batuk ditangga sahaja atau dipandang sebelah mata sahaja..
    12. PAS amat berharap supaya kerajaan negeri dapat menonjolkan PAS dengan cara meletakkan peranan PAS mengetuai badan2 utama kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)..
    13. PAS amat berharap supaya kerajaan negeri jangan melihat kepada satu kerusi yang PAS menang tetapi PAS mengajak kesemua komponen PR di Pulau Pinang supaya melihat jauh ke hadapan kepada sokongan rakyat secara bersepadu kepada PR dalam pilihanraya ke 13 akan datang.
    14. Pada pengamatan PAS .. kalau sekiranya kita nak melihat rakyat memberontak dan menentang PR dalam pilhanraya akan datang maka ..lakukanlah seperti yang berlaku sekarang ini...
    · Perlantikan pengerusi dan ahli JKKKN yang tidak menetap di tempat tersebut.
    · Perlantikan JKKKN yang tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat setempat.
    · Perlantikan JKKKN yang tidak melalui perbincangan Majlis PR.
    · Pembentukan JKKKN di satu2 kawasan tidak diketahui dan disedari oleh penduduk tempatan..
    · Tidak memberi `priority` atau keutamaan kepada pendduduk setempat untuk memilih calon JKKKN yang mereka kenal dan boleh bekerja untuk mereka..
    · Perlantikan JKKKN melalui kouta parti sehinggakan satu2 parti itu mengambil `orang luar` mengisi kouta partinya walaupun beliau bukan anak tempatan dan tak tahu buat kerja.
    · Elaun JKKKN dan ahli PBT terlalu rendah seperti sekarang ini
    · Pemimpin PR `bermaharajalela` di pejabat-pejabat kerajaan negeri , mengarahkan pekerja2 dan staff kerajaan negeri mengikut arahan mereka .. berperangai macam perangai UMNO dan BN dulu... atau lebih teruk daripada UMNO dan BN sebelum ini...
    · Pimpinan PR berkelakuan seperti UMNO dan BN seperti `mark up price qoutation` tertentu.. terlibat rasuah.. sombong kepada rakyat.. terlalu biadap.. janji tak tepati...tidak menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat atau ahli majlis dsbnya... Apabila satu orang buat ..ia memberi kesan kepada orang lain...
    · Masalah melayu(buat masa ini) tak ditangani dengan sebaik mungkin.. Orang melayu akan marah ditambah pulak ia dicanang oleh UMNO...
    · YDP MAIPP tak diberikan kepada PAS kerana PAS adalah parti Islam dan dilihat di sebelah PR adalah parti Islam melayu.. mereka masih mengharapkan PAS sebagai penggerak dan penyelamat bangsa melayu PP yang berjumlah seramai 40% daripada keseluruhan penduduk PP.
    · Gejala maksiat dan sosial masih berleluasa..
    · Masalah besar melayu PP tak boleh selesai seperti masalah kubur Jelutong, tanah melayu Tanjong Tokong yang diambil oleh UDA.. dll..
    · Masjid masih tidak boleh diaktifkan supaya lebih beroperasi..

Mungkin inilah yang dikatakan POLITIK SAWIT>>>

Tuesday, July 28, 2009

ANDA GAGAL MELALUI PROSES TARBIYAH YANG BERKESAN SEKIRANYA....

Salam ... Du`at yang dihormati....

  • Kegagalan tarbiyah boleh terjadi ketika proses tarbiyah sedang berjalan, tetapi juga boleh terjadi di awal proses. Persimpangan persepsi tentang tarbiyah memberi kesan besar dalam membawa substance atau pengisian tarbiyah sebenar sejak dari awal proses tarbiyah lagi. Kita dapat menyimpulkan lima kesalahan persepsi tentang tarbiyah.
  • Pertama, tarbiyah dipandang semata-mata sebagai penyampaian bahan. Oleh sebab itu, yang dimaksudkan dengan sudah atau belum 'menyampaikan bahan' adalah sudah atau belum memperdengarkan atau menyajikan bahan tersebut kepada mad'u. Di sisi yang lain, mutarobbi merasa sudah mendapat bahan jika sudah pernah mendengar pengisian. Persepsi ini menyederhanakan tujuan tarbiyah sebagai pengawal dalam pembentukan fikrah dan harakah.
  • Kedua, persepsi bahawa murobbi adalah segalanya bagi mad'u adalah hal yang dianggap 'aib' bagi penganut 'mazhab' ini apabila mad'u memiliki kemampuan yang lebih baik daripada murobbi dalam beberapa bidang. Persepsi ini menyebabkan alternatif yang terjadi adalah pilihan buruk di antara hal-hal buruk berikut:
  • 1.Mad'u menjadi kerdil bagai katak di bawah tempurung.
  • 2.Mad'u memberontak dan sentiasa terjebak dalam ketidakpuasan.
  • 3.Mad'u berkembang selari dengan tarbiyahnya, tetapi memiliki batas yang jelas, iaitu setinggi kemampuan murobbinya dan mustahil melebihinya.
  • Ketiga, tarbiyah dianggap sebagai proses doktrin dan dominasi. Murobbi menerapkan persepsi keberhasilan tarbiyah adalah ketika mad'u memiliki 'kesetiaan', tsiqah dan menjadi pendukung murobbi.
  • Keempat, sistem dan methode tarbiyah dipersepsikan sebagai hal yang baku. Contohnya berdasarkan pendekatan waktu, berurutan, dan terlampau `stict` atau `rigid`. Pendekatan ini menyebabkan seseorang yang memiliki potensi yang lebih besar tidak dapat mengambil yang lebih besar. White board, dan teknikal lain dianggap sesuatu yang harus ada. Sedangkan seminar, diskusi, tayangan, dan teknologi penyampaian lainnya tidak digunakan kerana dianggap mengurangi 'nilai' tarbiyah. Akibat lainnya adalah bahan disampaikan tidak berdasarkan keperluan mad'u.
  • Kesalahan yang kelima adalah kecenderungan untuk melakukan 'cloning' murobbi atau fotokopi murobbi. Kecenderungan hobi, syu'ur, selera, kegemaran dan beberapa hal yang sebenarnya merupakan privacy murobbi tiba-tiba menjadi muwashofat dan ukuran keberhasilan tarbiyah.
  • Selamat bertarbiyah.....

Monday, July 27, 2009

ANAK SULUNGKU DAH BESAR PANJANG.. AKU DENGANNYA MACAM RAKAN SEBAYA... AKHLAKNYA MESTI `A`...



Salam Du`at sekelian....


  • Dua tiga hari ni... aku terlampau letih.. very exhausted..orang putih kata... tiga empat program aku kena sertai.. Tapi aku berasa `enjoy` dengan aktiviti penuh setiap hari.. Lari sana.. lari sini.. Pedeghah sana... pedeghah sini...

  • `Alakullihal... di celah-celah kesibukan setiap hari dengan aktiviti cawangan kawasan dan Negeri teringat kepada anakku yang sulung.. waris kuatku yang akan menyambung kerja buatku selepas ni.... Sebelum ni aku banyak masa bersamanya .. ulang kaji pelajarannya ..

  • Namanya Muhammad Suhail.. seakan nama seorang sahabat.. suara pun dah gaghok dah.. ketua pengawas sekolah dia.. kelas A dari darjah satu sampai darjah 6 sekarang ni.. mewakili nasyid sekolah .. Ketua Kadet .. guru2 sekolah kata perangai anak aku ni macam orang2 tua tapi malu2 lagi.. macam ayah dia kot.. hebat dia ni.. dulu aku tak macam dia.. Pelajaran dia ok lahh.. Ada harapan dapat 5 A dalam UPSR akan datang..

  • Dia tinggi sungguh.. Orang kata renjong.. tinggi panjang.. tak tau lah dia ikut sapa ..aku tak lah renjong sangat... Mungkin mai daripada kedua-dua Tok Wan dia.. Pakai kasut saiz lapan ..aku saiz tujuh aje... baru2 ni bawa dia ke Komtar .. ada pertemuan dengan Mr CM.. saja la nak bersama2 dengan dia .. sebab tak banyak masa dengan dia... Aku sembang2 dalam kereta ..tanya pasai pelajaran dia .. Dia kata pelajaran akademik ok tapi diniyah tak berapa ok.. Aku tanya dia madah Diniyah dapat berapa yang dikatakan tak ok tu... Dia kata dapat B aje.. dalam hatiku B tu ok la.. nak macam mana lagi.. Cuma kalu boleh tu A la.. Aku pun tak mau tekan dia sangat2.. yang penting Akhlaknya OK .. A.. dan hidup sentiasa beragama dan beramal soleh.. dapat ulang alik pi masjid pun jadilah...

  • Bila sampai di komtar .. semua orang tanya dia ... tingkatan berapa dah.. bila dia bagi tau kata darjah 6 .. depa kata la ingat tingkatan 3 dah.. kalau dengan Us Soid Ketua DUPPP.. dia lebih tinggi sekaki lebih daripada Us Soid pa... agak2 aku le.. macam tu lah...

  • Sejak 2 menjak ni.. aku kurang masa dengan dia .. Dulu aku sentiasa mengulang kaji pelajaran dengannya.. lani kurang banyak dah... walaupun begitu aku harap dia menjadi insan berguna kepada masyarakat..akhlaknya baik.. Walau pun mungkin dia tak boleh dapat 5 A pun dalam UPSR ni ..aku redha..aku pasrah.. ... Tapi akhlaknya mesti A........

SAYA SOLAT LIMA WAKTU TAPI...

Saya solat lima waktu tapi.....
  • Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja.. Dan pada masa lainnya saya lupa padaNyaJika Sholat saya 10 minit , maka cuma 10 minit itu saja ingatpada Nya. Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya. Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong...
  • Saya solat lima waktu tapi....
  • Saya tidak bersyukur pada Nya..Padahal dulunya saya amat susah,Allah yang memberi rezeki pada saya..Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah..Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga..Dengan rezeki itu saya dapat membeli kendaraan dan sebagainya..Tapi.. hati saya masih belum puas.. Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekuranganSaya solat lima waktu tapi....Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman-teman.. Saya sering menyakiti hati mereka..Saya sering menghina mereka..Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah-olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik..Pada hal saya sendiri tidak tahu persis tempat saya di mahsyar nanti..
  • Saya solat lima waktu tapi....
  • Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki..Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat..Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan.. Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai.. Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT.. Dengan berbagai macam cara dan berbagai argumen saya berdebat mereka yang tidak sehaluan dengan saya. Padahal saya sendiri belum tahu,redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?
  • Saya solat lima waktu tapi...
  • Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhkuSaya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak sukaSaya solat lima waktu tapi....Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim-piatu kerana saya takut hartaku habis dan jatuh miskin..
  • Saya solat lima waktu tapi....
  • Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman-teman yang sukses dinaikkan pangkatnya atau dinaikan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya, padahal mereka berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh,tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mau!Saya solat lima waktu tapi....Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,kerana saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati
  • Saya solat lima waktu tapi...
  • masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,kerana perbuatan dan sikap saya sendiriseharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?
  • Saya solat lima waktu tapi....
  • Menuntut ilmu semata-mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari-cari yang tidak sehaluan dengan saya,dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya)

Friday, July 24, 2009

PINDAH KE ISRAEL DAN MASUK ISLAM


  • Pada tahun 1998, Joseph Cohen seorang Yahudi Ortodoks kelahiran AS hijrah ke Israel karena keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Yudaisme. Ia kemudian tinggal di pemukiman Yahudi Gush Qatif di Gaza (Israel mundur dari wilayah Jalur Gaza pada tahun 2005).

  • Cohen tak pernah mengira bahwa kepindahannya ke Israel justru membawanya pada cahaya Islam. Setelah tiga tahun menetap di Gaza, Cohen memutuskan untuk menjadi seorang Muslim setelah ia bertemu dengan seorang syaikh asal Uni Emirat Arab dan berdiskusi tentang teologi dengan syaikh tersebut lewat internet.

  • Setelah masuk Islam, Cohen mengganti namanya dengan nama Islam Yousef al-Khattab.Tak lama setelah ia mengucapkan syahadat, istri dan empat anak Yousef mengikuti jejaknya menjadi Muslim. Sekarang, Yousef al-Khattab aktif berdakwah di kalangan orang-orang Yahudi, meski ia sendiri tidak diakui lagi oleh keluarganya yang tidak suka melihatnya masuk Islam.
  • "Saya sudah tidak lagi berhubungan dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi dengan entitas ke-Yahudi-annya. Kami tidak punya pilihan lain, selain memutuskan kontak untuk saat ini. Kata-kata terakhir yang mereka lontarkan pada saya, mereka bilang saya barbar," tutur Yousef tentang hubungan dengan keluarganya sekarang..

Wednesday, July 22, 2009

SOROTAN DIARI YDP KEPALA BATAS


  • Salam .. Du`at sekelian..
  • Sebelum saya menulis artikel baru .. elok sekiranya kita flash back semula kerja buat YDP Kawasan kepala batas ni.. Saya nak menilai kembali apa yang telah saya lakukan setakat hari ini di Kepala Batas.. Mungkin di peringkat awal ni banyak mesyuarat daripada kerja-kerja lain ..Tapi mesyuarat pun penting dan teramat penting untuk kita meneruskan gerak kerja secara jamaie ini...
  • Terkadang tu saya rasa Kepala Batas ni belum `kick off` lagi ni.. Tapi di celah2 tu ada beberapa program `high impact` antaranya :
  • Pada 26 hb Julai ini ..hari Ahad .. satu program peringkat Kebangsaan iaitu Wacana dan Perhimpunan Pekerja yang akan diadakan di Kompleks dan Stadium Bertam bermula 8 pagi hingga ke ceramah di sebelah malam... Abang Mad Sabu... Presiden... Sdr Anuar Tahir... dan YB Yusmadi Yusuff.. Dr Mansor TKM akan rasmi di sebelah pagi... Sdr Shahrir orang kuat MTUC ... Ni nak habag kat hampa semua .. Hampa mai la ramai-ramai bagi penuh dewan dan stadium tu.. Barulah kita boleh tawan Kepala Batas dan Dun-Dun lain dalam Parlimen Kepala Batas.. Bila ramai ni ..sekurang2nya orang2 kite di peringkat grass root tu semangan lah sikit.. Mai na jangan tak mai ...
  • La lupa pulak sehari sebelum tu, pada 25 hb Julai hari Sabtu.. PAS Cawangan saya pulak anjur Kem Ukhuwwah Masjid Taman Bertam Indah ... 50 orang ahli usrah dah confirm akan sertai.. kami buat di Lata Celak Baling nu.. jauh dari sini.. saja la buat jauh jauh sikit.. jauh dari hiruk pikuk hingar bingar bising mising suasana kota raya macam kepala Batas tu .. Hiiii..
  • Pada 1 hb Ogos .. Pemuda PAS Kepala Batas menguruskan bas .. untuk menyertai demonstrasi besar-besaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)..
  • Baru dapat maklumat tada masa meeting tadi.. Pemuda PAS negeri menganjurkan satu ceramah roadshow mansuhkan ISA pada 25 hb Julai ini di Padang awam Taman Guar perahu Penanti... Ramai pemimpin hadir.. Sebagai pre launching program pada 1 Ogos nanti di Kuala Lumpur...
  • Cuma saya nak tulis balik sekarang ini apa kerja yang yang telah saya lakukan semenjak memegang jawatan YDP Kepala Batas dan TPJ 3 BPPNPP selama 2 bulan ini..
  • 22 hb Julai 2009... Mesyuarat Khas BPPNPP mengenai beberapa program utama negeri spt Wacana pekerja .. Roadshow mansuhkan ISA.. Ceramah di seluruh negeri dll... Kuliah maghrib di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh...
  • 21 hb Julai 2009... mesyuarat Mukhaiyyam Cawangan dan kuliah maghrib di Bertam Putra ..yang dikendalikan oleh Cawangan Bertam Putra...
  • 20 hb Julai 2009... Pertemuan dan majlis Pakatan Rakyat Parlimen Kepala Batas yang diadakan di Dewan Sri Serdang.. ramai yang hadir dari PKR dan PAS.. Alhamdulillah banyak agenda yang dibincangkan ...tapi tok leh gi tahu ..rahsia kerajaan... Kuliah maghrib di masjid Bandar Perda yang diuruskan oleh sahabat Cawangan bandar Perda...
  • 19 hb Julai 2009... Berada di kampung Padang Lalang, Bukit Mertajam .. menyelesaikan masalah mengenai tanah yang diambil kerajaan dalam projek double tracking Gamuda... malam kuliah di surau Sembilang Pantai Seberang Jaya...
  • 17 - 18 hb Julai 2009... Berada di Kuala Lumpur dan kemudian menyertai demo di bangunan Plaza Masalam di Syah Alam membantah SPRM di atas kematian Tan Beng Hock.. nasib baik tak kena tangkap.. hari tu saja 7 orang kena tangkap... dan lari... kemudian menyertai mesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat ...mesyuarat lajnah Tarbiyah dan Perkaderan...
  • 16 hb Julai 2009... mesyuarat dewan harian BPPNPP..agenda ..tok leh gi tau.. rahsia..
  • 14 hb Julai 2009.. Saya bersama2 Ketua cabang PKR Kepala Batas, Sdr Zaini Awang melawat Permatang Tinggi C.. Permatang Bertam ... Permatang Sintok .. melihat dan mengambil maklumat mengenai sistem perparitan...
  • 12 hb Julai 2009... Menjadi salah seorang pembentang kertas kerja dalam program Public speaking Course anjuran Pemuda PAS Kepala Batas di dewan bakau Tua...
  • 11 hb Julai 2009... Diwawancara oleh wartawan menegenai visi dan misi setelah dilantik sebagai YDP dan TPJ Penang....
  • 10 hb Julai 2009... Pagi berceramah di Kolej Perubatan USM kepala batas... sebelah malamnya mesyuarat harian PAS kepala Batas... banyak agenda yang dibincangkan.. Shhhhhh... Diam...
  • 9 hb Julai 2009... Menghadiri mesyuarat pertama BPPNPP.. pembahagian tugas... saya diamanahkan sebagai pengerusi Lajnah tarbiyah dan Perkaderan Negeri.. Huh... sakan ni.. Mungkin pemuda boleh tolong kot.. Insya Allah ..
  • 8 hb Julai 2009... Bicara tanah projek double tracking...
  • 4 - 7 hb Julai 2009... Berada di manek Urai .. rujuk tulisan terdahulu .. semua ada ...gambag pun ada... Kawasan Kepala Batas menghantar 42 orang wakil .. ramai tu...
  • 2 hb julai 2009... Ceramah di Taman Pauh Indah bersama dengan Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man...
  • 1 hb julai 2009... Mengadakan pertemuan dengan SU kawasan dan juga SU Kerja yang baru dan juga drebar2 yang nak ke Manek Urai ... Alhamdulillah semua turun .. tepat masa pulak tu... Bedak apa yang ada .. segala kos perjalanan dan sebagainya...
  • 30 hb Jun 2009.. Bersama dengan NYDP Kawasan dan PSU 1 Kawasan .. bertolak ke Lata Celak, Kupang baling... survey nak buat Tamrin Qiyadi kawasan....
  • 28 hb Jun 2009... Menghadiri program Sinar kasih yang dirasmikan oleh Tuan Speaker, Hj Halim di masjid paya keladi.. pemberian hamper kepada fakir miskin yang dikendalikan oleh JKKKN Paya Keladi.. Thanks a lot Mr Bukhari... Menghadiri Karnival Durian di Balek Pulau... sebelah malam berkuliah di Masjid Bertam Indah...
  • 27 hb Jun 2009... Merasmikan mesyuarat agung cawangan baru Guar Kepah...
  • 26 hb Jun 2009.. Taklimat kepada petugas Manek Urai peringkat Kepala Batas.. Alhamdulillah ramai hadir...
  • 25 hb Jun 2009... menghadiri dan mempengerusi mesyuarat cawangan PAS TBI..
  • 24 hb Jun 2009... memberi kuliah Maghrib di Masjid Permatang Janggus..
  • 23 hb Jun 2009... Menjadi naqib Usrah Cawangan PAS TBI...
  • 21 hb Jun 2009... Berceramah dalam satu majlis student IPT di Nahdhoh... menghadiri Sukan rakyat di Pasir Gebu, Penaga... Mesyuarat kabinet Pertama BPPNPP...
  • 20 hb Jun 2009... Merasmikan dua cawangan baru.. Bertam Putra dan Taman Sri Menerong..
  • 19 hb Jun 2009.. Mesyuarat PAS Kepala Batas di Pejabat kawasan...
  • 18 hb Jun 2009.. Mengadakan pertemua suai kenal dengan DAP di Hotel Sri Malaysia ... NYDP dan SU kawasan hadir sekali...
  • 17 hb Jun 2009... taklimat manek Urai di P 1000 oleh JPN.. pembahagian tugas...
  • 16 hb Jun 2009... berceramah di surau Paya keladi .. Dapat tembuih jugak kubu kuat depa... lepas tu mesyuarat JPN plak.. meeting sok mo...
  • 13 hb Jun 2009... memberi ceramah motivasi kepada pelajar UPSR dan PMR di masjid bandar Perda anjuran JKKKN...
  • 27 Mei - 12 Jun 2009... Mengerjakan Umrah.. Rujuk tulisan terdahulu.. macam2 cerite...
  • 26 hb Mei 2009... Usrah cawangan ..
  • 24 hb Mei 2009... Merasmikan program sinar kasih di lahar Tiang.. pemberian hamper kepada fakir miskin... melawat 25 cawangan bersama SU Kawasan samapi ke petang.. sebelah petang menghadiri mesyuarat BPPNPP...
  • 22 hb Mei 2009... Mesyuarat harian Kawasan...
  • 17 hb Mei 2009.. Dialog bersama dengan Muslimat dan pemuda kawasan...
Sekian Wassalam.....

Tuesday, July 21, 2009

SIRAH SAHABAT JANGAN DILUPAKAN : PELAJARI KISAH `ADI BIN HATHIM ATTHA`I ..



  • Nama lengkapnya adalah Adi bin Hatim bin Abdullah bin Saad bin Hasyraj At-Thai, dijuluki dengan Abu Wahab dan Abu Tarif. Sahabat yang masuk Islam pada tahun 9 H ini terkenal sebagai orator yang sangat pandai. Beliau adalah kepala suku Thai baik pada masa jahiliah maupun masa Islam. Dia mempunyai jasa besar dalam menumpas kaum murtad dan ikut serta dalam penaklukan Irak. Beliau berdomisili di Kota Kufah dan wafat di sana.

  • Sejumlah raja Arab mulai menerima Islam sesudah mereka menentang keras. Mereka tunduk dan patuh kepada Rasulullah . Dari riwayat keislaman, tersebutlah kisah ‘Adi bin Hatim at-Tha’i yang pemurah. ‘Adi mewarisi kepemimpinan ayahnya sebagai penguasa suku at-Tha’i. Kaum Tha’i mengeluarkan seperempat harta mereka sebagai pajak kepada ‘Adi, untuk imbalan bagi kepemimpinannya.

  • Ketika Rasulullah mendakwahkan Islam, berangsur bangsa Arab mulai mendekat kepada beliau, suku demi suku. Tetapi, ‘Adi justru melihat pengaruh Rasulullah merupakan ancaman yang akan melenyapkan kepemimpinannya. Karena itu, dia memusuhi Rasulullah meski dia sendiri belum mengenal pribadi Nabi yang mulia itu.

  • Hampir dua puluh tahun dia memusuhi Islam. Sampai pada suatu hari hatinya menerima dakwah Rasul. Islamnya ‘Adi mempunyai kisah tersendiri. Dia menceritakannya sendiri, kisah yang menarik dan patut dipercaya. ‘Adi berkata: Tidak seorang pun bangsa Arab yang lebih benci daripada aku terhadap Rasulullah ketika mendengar berita tentang beliau dan kegiatan dakwahnya. Aku seorang pemimpin yang dihormati dan tinggal dengan kaumku di daerah kekuasaanku. Aku memungut pajak dari mereka seperempat dari penghasilan mereka, sama dengan yang dilakukan raja-raja Arab yang lain.

  • Ketika pengaruh Rasulullah bertambah besar dan tentaranya bertambah banyak, aku berkata kepada sahaya gembala ontaku, “Hai, anak manis! Siapkan onta betina yang gemuk dan jinak, lalu tambatkan selalu di dekatku. Bila kamu dengar tentara Muhammad atau ekspedisinya menjejakkan kaki di negeri ini, beritahukan kepadaku segera!”

  • Hingga suatu pagi, sahayaku datang menghadap. Katanya, “Wahai Tuanku! Apa yang akan Tuan-ku perbuat jika tentara berkuda Muhammad datang ke negeri ini, maka lakukanlah sekarang!”Tanyaku, “Mengapa?” Jawabnya, “Hamba melihat beberapa bendera sekeliling kampung.” Lalu aku bertanya,” Bendera apa itu?”. Jawabnya, “Itulah bendera tentara Muhammad.”

  • Aku perintahkan sahayaku untuk menyiapkan onta tadi. Seketika itu juga aku memanggil istri dan anak-anakku untuk segera berangkat ke negeri yang aman, (Syam). Di sana kami bergabung dengan orang-orang seagama dengan kami dan tinggal di rumah mereka. Aku terburu-buru mengumpulkan semua keluargaku.

  • Setelah melewati tempat yang mencemaskan, ternyata ada keluargaku yang tertinggal. Saudara perempuanku tertinggal di negeri kami, Nejed, beserta penduduk Tha’i yang lain. Tidak ada jalan lain bagiku untuk menjemputnya kecuali kembali ke Tha’i. Aku terus berjalan dengan rombonganku sampai ke Syam dan menetap di sana. Saudara perempuanku aku biarkan tertinggal di Tha’i, tetapi mencemaskan hatiku. Ketika berada di Syam, aku mendapat berita, tentara berkuda Muhammad menyerang negeri kami. Saudara perempuanku tertangkap dan menjadi tawanan, kemudian dibawa ke Yatsrib bersama beberapa penduduk lainnya.

  • Di sana mereka ditempatkan dalam penjara dekat pintu masjid. Ketika Rasulullah lewat, saudaraku menyapa, “Ya Rasulullah! Bapakku telah binasa. Yang menjaminku telah lenyap. Maka, limpahkan kepadaku karunia yang dikaruniakan Allah kepada Anda.” Rasul bertanya, “Siapa yang menjamin engkau?” Jawab saudaraku, “‘Adi bin Hatim!” Rasululah menjawab, “Dia lari dari Allah dan Rasul-Nya.” Sesudah berkata begitu, Rasulullah pergi. Besok pagi Rasulullah lewat dekat saudaraku. Saudaraku berkata pula seperti kemarin kepada beliau. Kemudian beliau menjawab seperti yang kemarin pula.

  • Hari ketiga Rasulullah lewat, saudaraku lupa menyapa beliau. Seorang laki-laki memberi isyarat kepada saudaraku supaya menyapa beliau. Saudaraku berdiri menghampiri Rasulullah seraya berkata, “Ya Rasulullah! Bapakku telah meninggal. Yang menjaminku telah lenyap. Maka, limpahkanlah kepadaku karunia yang dikaruniakan Allah kepada anda.”

  • Rasulullah menjawab, “Saya penuhi permintaanmu!” Saudaraku berujar, “Saya ingin pergi ke Syam menemui keluargaku.” Rasulullah berkata, “Tetapi, engkau jangan buru-buru pergi ke sana, sebelum engkau dapatkan orang yang dapat dipercaya dari kaummu untuk mengantarmu. Bila engkau dapatkan orang yang dipercaya, beritahukan kepada saya.”

  • Setelah Rasulullah pergi, saudaraku menanyakan siapa laki-laki yang memberi isyarat kepadanya supaya menyapa Rasulullah. Dikatakan bahwa orang itu adalah Ali bin Abi Thalib.

  • Saudaraku tinggal di sana sebagai tawanan sampai datang orang yang dipercaya untuk membawanya ke Syam. Setelah orang itu datang, dia memberitahu kepada Rasulullah. Katanya, “Ya Rasulullah! Telah datang serombongan kaumku yang dipercaya dan mereka menyanggupi mengantarku.” Rasulullah memberi saudaraku pakaian, onta untuk kendaraan dan belanja secukupnya. Maka berangkatlah dia beserta rombongan tersebut.

  • Kami selau mencari-cari berita tentang saudaraku dan menunggu kedatangannya. Kami hampir tidak percaya apa yang diberitakan tentang Muhammad dengan segala kebaikannya terhadap saudaraku. Demi Allah! Pada suatu hari ketika aku sedang duduk di lingkungan keluargaku, tiba-tiba muncul seorang wanita dalam hawdaj (sekedup) menuju ke arah kami. Aku berkata, “Nah, itu anak perempuan Hatim!” Dugaan itu betul. Dia adalah saudaraku yang ditunggu-tunggu.

  • Setelah turun dari kendaraan, dia segera menghampiriku seraya berkata, “Anda tinggalkan kami, Anda dzalim! Istri dan anak-anak Anda, Anda bawa. Tetapi, bapak dan saudara perempuan Anda, serta yang lainnya Anda tinggalkan.” Aku menjawab, “Hai Adikku! Janganlah berkata begitu!” Aku berhasil menenangkannya. Setelah itu aku minta dia menceritakan pengalamannya. Selesai bercerita, aku berkata kepadanya, “Engkau wanita cerdik dan pintar. Bagaimana pendapatmu tentang orang yang bernama Muhammad itu?” Dia menjawab, “Menurut pendapatku, demi Allah, sebaiknya temui dia segera. Jika dia Nabi, maka yang paling dahulu mendatanginya beruntunglah dia. Dan jika dia raja, tidak ada hinanya Anda berada di sampingnya. Anda adalah seorang raja pula.”

  • Maka, aku siapkan perlengkapanku, lalu aku pergi ke Madinah menemui Rasulullah . Tanpa iman dan kitab, aku mendengar berita bahwa beliau pernah berkata, “Sesungguhnya saya berharap semoga ‘Adi bin Hatim masuk Islam di hadapan saya.” Sampai di Yastrib, aku langsung masuk ke majelis Nabi , ketika beliau berada di dalam masjid. Aku memberi salam kepadanya. Mendengar salamku beliau bertanya, “Siapa itu?” Jawabku, “‘Adi bin Hatim!” Rasulullah berdiri menyongsongku. Beliau menggandeng tanganku lalu dibawa ke rumahnya. Ketika beliau membawaku, tiba-tiba seorang wanita tua yang dhaif (lemah) sedang menggendong seorang bayi, menemuinya minta sedekah. Wanita tua itu berbicara tentang kesulitan hidupnya. Beliau mendengarkan bicara wanita itu sampai selesai. Aku pun tegak menunggu.

  • Aku berkata kepada diriku, “Demi Allah! Ini bukan kebiasaan raja-raja!” Kemudian beliau menggandeng tanganku dan berjalan bersama-sama denganku sampai ke rumah beliau. Tiba di rumah, beliau mengambil sebuah bantal kulit yang diisi sabut kurma, lalu diberikan kepadaku. Beliau berkata, “Silahkan Anda duduk di atas bantal ini!” Aku malu. Karena itu aku berkata, “Andalah yang pantas duduk di situ.” Jawab Rasulullah, “Anda lebih pantas.”

  • Aku menuruti kata beliau lalu duduk di atas bantal. Nabi duduk di tanah, karena tidak ada lagi bantal lain selain yang satu itu. Aku berkata dalam diriku, “Demi Allah! Ini bukan kebiasaan raja-raja.” Kemudian, beliau menoleh kepadaku seraya berkata, “Hai ‘Adi! Sudahkah Anda membanding-bandingkan agama yang Anda anut, antara Nasrani dengan Shabiah?” Jawabku, “Sudah.”

  • Beliau bertanya lagi, “Bukankah Anda memungut pajak dari rakyat seperempat penghasilan mereka. Bukankah itu tidak halal menurut agama Anda?” Jawabku, “Betul”. Sementara itu, aku telah yakin Muhammad sesungguhnya rasul Allah. Kemudian, beliau berkata, “Hai ‘Adi! Agaknya Anda enggan masuk Islam karena pernyataan yang Anda lihat tentang kaum Muslim, mereka miskin. Demi Allah! Tidak lama lagi harta akan berlimpah-ruah di kalangan mereka, sehingga susah didapat orang yang mau menerima sedekah. Atau barangkali Anda enggan masuk agama ini karena kaum Muslim sedikit jumlahnya sedangkan musuh-musuh mereka banyak. Demi Allah! Tidak lama lagi Anda akan mendengar berita seorang wanita datang dari Qadisiyah mengendarai onta ke Baitullah tanpa takut kepada siapa pun selain kepada Allah.”
    “Atau mungkin juga Anda enggan masuk Islam karena ternyata raja-raja dan para sultan terdiri dari orang yang bukan Islam. Demi Allah! Tidak lama lagi Anda akan mendengar Istana Putih di negeri Babil (Iraq) direbut kaum Muslim dan kekayaan Kisra bin Hurmuz pindah menjadi milik mereka.”

  • Aku bertanya kagum, “Kekayaan Kisra bin Hurmuz?” Jawab beliau, “Ya kekayaan Kisra bin Hurmuz.” Maka seketika itu juga aku mengucapkan dua kalimah syahadat di hadapan beliau dan aku menjadi Muslim.

  • ‘Adi bin Hatim dikaruniai Allah usia panjang. ‘Adi bercerita lagi, “Dua perkara yang dikatakan Rasulullah sudah terbukti kebenarannya. Tinggal lagi yang ketiga. Namun, itu pasti terjadi. Aku telah menyaksikan seorang wanita berkendaraan onta datang dari Qadisiyah tanpa takut kepada siapa pun, sehingga dia sampai ke Baitullah. Dan aku adalah tentara berkuda yang pertama-tama menyerang masuk ke gudang perbendaharaan Kisra dan merampas harta kekayaannya. Aku bersumpah demi Allah, yang ketiga pasti akan terjadi pula.

  • Allah pasti membuktikan setiap perkataan Nabi-Nya yang mulia. Peristiwa ketiga terjadi pada masa pemerintahan Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul Aziz. Yakni, ketika kemakmuran merata di kalangan kaum Muslim. Saat itu setiap orang mencari-cari dengan susah payah orang yang berhak menerima zakat. Tetapi, mereka tidak mendapatkan orang yang mau menerima, karena kaum Muslim hidup berkecukupan seluruhnya. Memang benar ucapan Rasulullah dan tepat pula sumpah yang diucapkan ‘Adi bin Hatim.
  • Semoga Allah meridhainya.

Monday, July 20, 2009

WACANA PEKERJA 2009 DI KEPALA BATAS PADA 26 HB JULAI 2009


  • Saya terjumpa email yang dihantar oleh seorang kawan tahun lepas mengenai beberapa kenyataan atau fakta yang memang megejutkan tetapi menjadi hanya fakta untuk selamanya jika kita masih lagi dibelenggu ataupun diperintah oleh mereka – mereka yang tidak mempunyai naluri untuk mengubahnya…..

  • Tahun 1973 ..Sebuah kereta buatan Jepun hanya berharga RM 7000…Hari ini ianya berharga lebih kurang RM 60 000 ….. 8.5 kali gandaTahun 1973 ..Rumah teres dua tingkat berharga lebih kurang RM 45 000…Hari ini ianya berharga sekurang – kurangnya RM 300 000 ….. 6.6 kali gandaTahun 1973 .. Gaji permulaan seorang Jurutera yang baru tamat pengajian lebih kurang RM 1000 … Hari ini meningkat ke RM 2000 +/- ….. 2 kali gandaTahun 1993 .. Gaji permulaan seorang Penyelia Pengeluaran Pekerja Industri Perkilangan berijazah sekitar RM 1100 … Hari ini ianya meningkat ke RM 1600 +/- …. Tak sampai pun sekali ganda.

  • Tanyakan pada diri kita sendiri adakah ini hanya satu kebetulan ? Atau ianya satu daripada kesan tindakan kita sendiri? Sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan punyai tanah yang subur dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan, tapi rakyat masih lagi tertekan dengan kemelut ekonomi dan kebanyakkannya hidup dibawah paras yang sepatutnya.Perangkaan sebuah bank tahun lalu mengenai tabiat menyimpan rakyat Malaysia amat mengejutkan. Tidak lebih daripada 30 peratus sahaja responden yang mengakui membuat simpanan yang tetap setiap bulan. Dan daripada angka tersebut, 50 peratus mengaku yang simpanan mereka hanya dapat bertahan tidak lebih daripada 6 bulan.

  • Persoalannya …Mengapakah masih ramai rakyat Malaysia yang bekerja masih dibelenggu kesempitan hidup? Mengapakah masih ramai diantara kita berbelanja lebih daripada yang kita mampu? Mengapakah semakin hari semakin ramai yang tersandung hidup mereka angkara abang long ( Ah Long )?Jadi…wajarkah golongan pekerja dibiar terkontang - kanting mengharungi zaman kemelesetan sekarang ini tanpa bantuan ? Apakah masih ada sekelumit rasa keperihatinan kerajaan sekarang untuk membantu golongan pekerja sekarang.
  • Tidak cukupkah kita disogok dengan agenda politik sempit mereka membelah dan membahagi kemudahan berdasarkan fahaman politik yang sempit . Yang menyokong akan ditatang, namun yang membangkang akan dianaktirikan….Tidak cukupkah selama ini kita sebagai rakyat Malaysia disogok dengan omongan kosong dan kebobrokkan agenda politik mereka? Setiap hari kita melihat dan mendengar tanpa dapat berbuat apa – apa tentang keputusan kabinet yang menaikkan harga sewenang-wenangnya. Keputusan – keputusan kabinet mutakhir ini lebih mencerminkan bebanan yang bertimpa akan menimpa rakyat..Kenaikkan tambang teksi dan tambang bas sekolah sebagai contoh dan yang terbaru desas-desus kenaikkan tarif elektrik…walaupun TNB mengumumkan keuntugan berbilion ringgit tahun lalu. TNB sepatutnya merupakan sebuah agensi yang menyediakan kemudahan, bukannya untuk membuat keuntungan.
  • Akibatnya…semakin ramai rakyat dan majoritinya golongan makan gaji bertukar ke duit plastik sebagai alternatif. Pengurus Ekonomi dari syarikat Malaysian Rating Corp Bhd , En Norzahidi Alias , mendedahkan kenaikkan yang menakutkan tentang penggunaan kad kredit di Malaysia. Keseluruhannya jumlah kredit kad sudah meningkat 3 kali ganda sejak tahun 2002 kepada 9.67 juta pengguna dari 2.9 juta , 7 tahun yang lalu. Hutang kredit kad terkumpul rakyat Malaysia sehingga hujung tahun lalu adalah berjumlah RM 23 billion.
  • Dan jika tidak dibendung kemungkinan kita juga akan menghadapi masaalah yang sama dengan rakyat Britain yang berhutang hampir RM 7 Billion melalui kredit kad.Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dibawah seliaan Bank Negara mendedahkan bahawa 66% daripada kes yang dikendali berpunca daripada masalah hutang kredit kad.Jadi..Selagi mana kerajaan sendiri tidak menyelia kewangan Negara dengan baik, selagi mana masih ada ketirisan kewangan dalam mengendali projek – projek kerajaan , selagi itulah rakyat akan dihimpit dengan beban yang lebih berat.
  • Tepuk dada Tanya poket !!!

NOT TO FORGET : MU DALAM KENANGAN


  • Yesterday, Julai 12 2009, in an attempt to capture more votes Muhyiddin, who is Umno deputy president, told the remote constituency’s 12,293 voters that should they back Barisan Nasional on Tuesday, they would get a 300-metre bridge connecting Manek Urai Baru and Manek Urai Lama in Kuala Krai.“We can build it (the bridge), insya'allah, but there is a condition.

  • It is easy - all you need to do is to ‘pangkah’ (vote), but you must vote for BN. If not, there would not be any new bridge. If you want the bridge, vote BN,” Muhyiddin said. ( Malaysiakini)It’s so funny to hear such remarks from a higher paid civil servant. It is quite understandable if it was coming from JKKP or local Umno Divisional Chief. But to hear it from Deputy PM, means a lot to the whole community.
  • Are we stupid enough just to ignore this kind of statement made by a so called elected Deputy PM ? Aren’t the Kelantanese suffered enough with all the predicament they gone through for the past 20 years knowing the fact that due to their matured political choice of having PAS as the ruling party, causing them their rights to development? This kind of statement just make a lot of people feels more and more disgust towards Umno.

  • The Kelantanese also are the income tax payers, they also contributed to the country development since Merdeka regardless of their political beliefs. Having said so, why in the world such decision made by DPM? Umno as Usual has shown to the whole world who they really are. Their actions clearly prove to be un professional at all. Being an Umno leader, regardless of their origin, even if they are from Kelantan itself, they would do the same, only being a leader to those who supported them. Seems like they have the utmost right to the taxpayersmoney and could do whatever they like with the money.

  • Enough is Enough!! Are we willing to sacrifice once again and succumb to Umno wrongdoings? Don’t we want to see changes made by showing Umno the door out? Let us be reasonable to our future generations. Let us be the one who step up and show them we mean business and there is no place for corrupted government from now on.PRK Manik Urai is just another example of Umno as Usual being a party, which will never uphold the true democracy spirits. PAS on the other hand offers a clean government by upholding Islamic teachings at all time.

  • Wallahualam….

Sunday, July 19, 2009

PANGGILAN SYAHID TIDAK MENGENAL MASA DAN TEMPAT

  • NARATHIWAT – 5 Julai 2009 : Lawatan selama 3 hari di Wilayah Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla penuh makana dan tragis. Kami masuk ke kawasan merah untuk mendapatkan maklumat lengkap, terkini dan menemui mangsa pembunuhan kejam yang tidak dipaparkan melalui media secara telus dan betul. Kami dari CI dan PUM telah sempat juga memberikan sedikit sumbangan wang kepada mangsa yang telibat di Kampung Saga, Jaha, Yala dan Masjid Al-Furqan Wilayah Narathiwat. Maklumat lengkap akan menyusul kemudian mengenai perkembangan terbaru di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat.
  • Aku dan sahabat-sahabat menziarahi seluruh keluarga mangsa pembunuhan kejam di tragedi berdarah di Masjid al-Furqan di Kampung Air Tempayan dalam Mukim Cho Airong. Walaupun kami ditahan oleh Tentera Thailand dalam perjalanan kami ke sana dan berhadapan sekatan demi sekatan Tentera. Namun tekanan ini amat kecil berbanding penderitaan yang dihadapi mereka.
  • Dalam kejadian pada 8 Jun lalu, seramai 11 terbunuh dan 19 cedera dalam satu serangan ganas ke atas Masjid Al-Furqan, Kampung Air Payang, Narathiwat ketika para jamaah sedang solat Isyak.
  • Sedih melihat bagaimana Umat Islam minoriti di sesebuah tempat sering dimangsakan oleh kerajaan yang memerintah, penzalim dan pengganas. Lihat sahaja apa yang berlaku di Patani sendiri, kemudian Umat Islam di Rohingya dan Umat Islam di Mindanao. Sedangkan kelompok bukan Islam yang duduk di negara yang majoritinya Umat Islam sering dipelihara dan dijaga oleh Umat Islam. Namun itulah fitrah dan kebaikan yang tertanam di dalam jiwa Umat Islam, untuk menjaga kehormatan kelompok minoriti yang berada di dalam Negaranya, selagi mereka tidak memerangi Islam.
  • Lebih sebak lagi apabila berjumpa dengan anak kecil yang berusia 11 bulan (gambar diatas bersama ibunya), yang bapanya turut syahid di dalam serangan di dalam Masjid Al Furqan tersebut. Melihat telatah anak kecil yang berusia 11 bulan yang bernama Anas bin Yusri tersebut, sudah tergambar ketabahan seluruh Umat Islam di Patani, yang sedang melalui saat-saat getir dibunuh, dipukul dan ada yang diperkosa.
  • Selain menziarahi Masjid Al Furqan. Kami juga menziarahi kes-kes pembunuhan lain yang berlaku di sana. Seperti satu keluarga guru qiraati yang ditembak bunuh di dalam rumah, 2 orang pemuda yang ditembak mati di dalam Masjid Al Abrar dan juga 2 orang pelajar yang dipukul oleh Anggota Tentera.
  • Sebelum kaki ini melangkah meninggalkan bumi Patani. Terlintas difikiran ini. Di mana tangan-tangan Umat Islam yang sepatutnya membantu dan menolong mereka, yang sedang dizalimi di Patani ? Kerana jika Umat Islam bersatu padu kita pasti menang dalam menegakkan keadilan, menumpaskan kezaliman dan menegakkan daulah di bumi Patani.

  • Sebagaimana ingatan dan panduan yang ternukil di dalam Al Quran."Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu ( Musa ) dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang". (Al Qasas : 35)--

Thursday, July 16, 2009

MANEK URAI KEPALA BATAS : KEPADA PAS.. PENGAJARAN TERBAIK DARI KEMENANGAN TIPIS INI..

  • Salam... pendakwah yang dihormati sekelian...

  • Sebagai ahli Jamaah Islam..apa yang berlaku di Manek Urai ..perlu muhasabah.. atau post mortem.. Bagi saya lebih mudah untuk kita semua meladani daripda tunjuk ajar Al Quran itu sendiri iaitu surah An Nasr, surah yang ke 110, ayat 1-3 untuk kita menilai kembali prestasi kerja buat kita di Manek Urai ini...

  • Antara pengajaran daripada kemenangan tipis PAS di MU ini ialah:--
  • Formula gabungan dalam Pakatan Rakyat masih belum mantap (mantop).. masih longgar. Kita masih bergerak secara bebas.. membawa diri masing-masing.. PAS cara PAS //PKR cara PKR//DAP cara DAP.. Walaupun kita tak perlu meniru corak kerjasama BN tetapi "Kerjasama BN" dari semua kalangan mereka, penuh ide dan strategi ada plan A dan B.. dan seterusnya kita kena ambil yang positif dan belajar.

  • BN telah mengorak langkah awal, utk mencetuskan isu dalaman PAS semacam tak sehaluan di saf hadapannya. Sudah di gemburkan di mass media... tetapi kita media yang pro Pakatan Rakyat tak nampak boleh menandingi media jahat pro UMNO ni.. Kalau PAS bertanding hanya harakah sahaja yang membuat liputan luas untuk menangkis serangan daripada media UMNO.. Begitu jugak kalau PKR bertanding.. paper keadilan sahaja nampak yang bersungguh2 bersilat melawan bedilan UMNO ... Bila DAP bertanding, Roket sahajalah yang terpaksa membedil musuh... Tidak nampak kesatuan cara .. step.. strategi.. plan yang tersusun bagaimana berhadapan dengan media bila berlakunya satu2 pilihanraya kecil... Elok perlu diseminarkan perkara ini...
  • Sudah nampak kelibat-kelibat dan bayang-bayang sifat dan sikap angkuh di kalangan segelintir pemimpin PAS sendiri.. (kalau salah tolong maafkan) pada PRK kali ini seolah-olah semua boleh tangani tanpa pertolongan sahabat-sahabat dari tempat lain. Kita perlu jemaah yang ukhwah nya kuat.
  • Saya tak nak menuding jari kepada sesiapa pun cuma sebagai muhasabah.. we cannot deny that we have internal problem.. Kita ada masalah dalaman tapi kita tak pandai bendung (damage control)
  • Tidak perlu sempitkan minda dengan mengatakan BN guna itu dan ini, perlu ada sikap terbuka melihat kedalam diri apa sumbangan kita pada rakyat yang belum kita buat.
    Yang paling penting pada saf hadapan PAS JAGA MULUT dan BEFIKIR SEDALAM DALAM NYA sebelum BERKATA-KATA, kita semua adalah manusia biasa.
  • Bagi saya mungkin ada sedikit kesilapan dalam meletakkan tema pilihan raya berkenaan dengan cuba melokalitikan pilihan raya berkenaan dan tidak mahu ianya dilihat sebagai pilihan raya nasional. Ini bertentangan dengan skop perjuangan Pas itu sendiri yang bersifat nasional yang memakai slogan Pas for All.

  • Isu pembangunan yang dibawa oleh BN sedikit sebanyak telah terkesan kepada pengundi muda bermula daripada saluran 3, 4, 5 dan 6..kalau ada 7..7 lah... Jadi saya berpandangan bahawa segala penbangunan infrastruktur yang di bawah bidang kusa kerajaan negeri perlu dilaksanakan dengan segera bukannya tunggu masa pilihanraya sahaja barulah kelang kabut nak bagi sumbangan rakyat termiskinlah... nak buat rumah fakir miskinlah... sumbangan kpd sekolah agama rakyatlah... dsbnya.

  • Kita terlalu.. orang kata `over confident`.. dengan keegoan kita ... perintah dah 18 tahun dah.. 20,000 ribu orang turun semasa penamaan calon... pandang kecil kepada kemampuan lawan... tidak berstrategi... follow up kerja kurang memuaskan... dan mungkin banyak lagi..

  • Apa pun ..suara daripada lubuk hati saya mengatakan .. ada unsur-unsur penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya ini.. kalau sekiranya wujud gejala kezaliman ini, ia bermaksud memanglah UMNO cukup2 hebat dalam menipu rakyat sehinggakan kita sendiri tak boleh trace penipuan tersebut.. Saya bukan bermaksud untuk menutup kelemahan kita.. tapi ini hanya suara hati saya sahaja.. mungkin betul dan mungkin salah...

  • Berbalik kepada ayat Al Quran surah An Nasr : 1-3, sebagai rumusan, marilah kita sama2 mengambil pengajaran daripada ayat ini.. Apabilala telah datang kepada mu pertolongan Allah dan kemenangan dan kamu melihat ramai di kalangan manusia secara beramai-ramai masuk atau sokong agama Allah ini, maka hendaklah kamu semua bertasbihlah memuji Allah dan memohon ampun kepadanya.. sesungguhnya Allah maha penerima taubat...

  • Oleh itu janganlah kita sombong dan bangga diri dengan sedikit kemenangan yang Allah berikan kepada kita semua.. Kita masih mempunyai tanggungjawab kita kepada Allah untuk memujiNya dan beristighfar kepadaNya.... Wassalam...

MANEK URAI KEPALA BATAS : KEPADA PEMIMPIN UMNO.. HAMPA BERPERANGAI MACAM PENJAJAH LA..


  • Salam .. Du`at sekelian..
  • Seluruh rakyat Malaysia telah mengetahui keputusan PRK Manek Urai. Kemenangan kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan kekalahan terus menerus kepada UMNO. Apa jua alasan yang diberikan oleh PAS dan UMNO kepada keputusan tersebut, itulah keputusannya . Keputusan yang tidak boleh diubah lagi oleh sesiapa pun kecuali arahan mahkamah sebaliknya. Itu pun sekiranya terdapat petisyen yang dibawa oleh UMNO...
  • Berikut adalah pandangan saya yang saya tujukan kepada pemimpin UMNO yang tak habih-habih menipu rakyat:---
  • KEPADA PEMIMPIN UMNO.. HAMPA DENGAQ BETOI-BETOI..
  • Keputusan yang amat memalukan UMNO kerana hampa tak serik2 merasuah rakyat Malaysia dengan umpan dalam bentuk pembangunan wang ringgit dan sebagainya.. Hampa betul-betul memalukan bangsa Melayu sendiri..
  • UMNO berbelanja berjuta-juta ringgit wang rakyat hanya semata-mata untuk meraih sokongan demi survival politik kebangsaan kolot yang dikatakan perjuangan hampa.. Malaysia boleh bankrupt disebabkan pemikiran cetek hampa semua..
  • Perangai hampa tak ubah macam budak-budak hingusan yang tak matang langsung dan meletakkan rakyat Manek Urai pada tahap yang paling rendah sehinggakan seolah-olah boleh digula-gulakan dengan janji manis pembinaan jambatan yang menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru .. Hampa ni buat malu kompeni aje..
  • Hampa ni dok tak serik-serik jugak.. no.. dok guna jugak akhbar media arus perdana yang hampa kuasai untuk manipulate berita berita yang tak benar lalu disensasikan di muka hadapan .. Alamatnya.. hampa sedang korek kuboq hampa sendiri.. At last .. UMNO hanya tinggai nama sahaja disebabkan oleh tangan-tangan kotog hampa semua..
  • Hampa jaja di merata tempat hampa ni ikhlas nak tolong rakyat tapi sebab apa bila kalah hampa tak mau buat jambatan tu .. hampa dok kata nak banteras rasuah sampai ke dalam lubang cacing ..tengok-tengok hampa sendiri yang terang-terang merasuah pengundi2 MU dengan jambatan.. bila kalah tak mau buat .. bila menang baru nak buat.. Ni aku nak bagi tau kat hampa ...Yang tu rasuah lah bang oooiiii... Hampa belajag U mana dulu..yang tak tau nak differentiate antara rasuah dengan bukan rasuah.. K****G A**G betoi perangai hampa... Ingat kami ni tunggui ka... ingat kami ni ketoi batu ka.. Ingat pengundi MU tak dak otak ka.. Ingat depa boleh digelek dengan steamroll ka.. perangai penjajah betoi hampa ni...
  • Hampa boleh buat Kelantan macam bukan anak hampa sendiri.. Hampa boleh tenggelamkan isu royalti minyak yang sepatutnya rakyat Kelantan dapat daripada pengetahuan umum.. Hampa boleh buat don`t know saja no.. Hampa kata PETRONAS nak jawab dalam beberapa hari ..Akhirnya sampai ke sudah ..tak jawab pun.. jahat sungguh hampa no.. Hak rakyat kelantan terus dinafikan..
  • Hampa kata pertambahan undi kepada hampa tanda sokongan kepada UMNO bertambah dan rakyat nak kepada pembangunan.. Ni cek nak bagi tau kat hampa .. kalau gitu .. buatlah jambatan tu .. apa yang dijanjikan pasal pembangunan masa kempen dulu tu.. buatlah.. janganlah dolak dalih .. kalau hampa tak buat.. tunggulah .. masa pilihanraya umum nanti.. PAS akan menang dengan undi yang lebih besar macam Pengkalan Pasir dulu..
  • Menang tetap menang walaupun satu undi.. ni semua ucapan daripada hampa semua .. tak kan tak ingat kot.. jadi terimalah hakikat kekalahan anda semua di MU..
  • Hampa jugak masih dok guna agensi kerajaan pusat untuk tabog rasuah kebendaan kepada pengundi2 MU.. Aku nampak sendiri dengan mata kepala aku bagaimana hampa guna JPJ .. pegawai2 JPJ untuk sekat jalanraya.. tahan motor pi ke tepi.. lepas tu hampa bagi helmet baru free sorang satu.. hampa ambik helmet lama.. Ni apa ni.. tak malu kat orang Singapura ka.. yang lebih maju berlipat kali ganda daripada kita ... bila buat kerja tak matured macam ni..
  • Hampa jugak sekat anak2 di sekolah di pintu pagaq sekolah .. lepas tu bagi beg sekolah sorang satu.. rasuah lagi.. tak habih2 .. lemas lah aku ..bila dok tengok perangai hampa macam ni.. bila nak sedag pun aku tak tau.. Tapi sebenagnya pengundi MU bijak2 belaka ...depa ambik helmet dan beg ni ...tapi undi tetap kepada PAS.. Kira hampa 2 kali rugilah.. Duit habih punyalah banyak lepas tu kalah plak.. Nasib hampalah.. Kita dah bagi tau lama dah .. hampa nak buat jugak perangai macam ni...
  • Akhirnya aku nak bagi tau kat hampa ..hampa dah kalah 6 kali dah dalam pilihanraya kecik ...kawasan bandar hampa kalah kawasan kampung pun hampa kalah.. kawasan semi pekan dan kampung pun hampa kalah jugak .. Maksudnya rakyat Malaysia dah muak dan lemas perut dengan perangai hampa yang macam penjajah zaman dulu ..beramal dengan `divide and rule`..Aku bukannya sombong dengan kemenangan PAS kali ni.. cuma nak sebut rakyat dah tak suka kat hampa.. Kepada PAS, parti yang aku dokong .. tunggu ulasan selepas ini menegenai keputusan MU ini...
  • Sekian ..Wassalam...

Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI KEPALA BATAS : WAHAI PEMIMPIN, INGATLAH MATI..


  • Assalamu`alaikum.... Pendakwah yang dihormati...
  • Lihatlah gambar di atas.. nampak macam dah mati.. tapi tak mati lagi ni.. sedang tidur nyenyak di dalam masjid Sungai Peria, Manek Urai.. Sape ni... Nak kenal.. Namanya Tuan Haji Semperna bin Din.. Terkenal seluruh Kepala Batas dan kawasan sewaktunya dengan nama Mr Sam atau Hj Sam.. bekas pemuda UMNO Perlis.. tukang koyak poster PAS setiap kali pilihanraya.. Dulu dengaq saja nama PAS.. berdesing di telinga.. phiewwww.... pantang orang PAS lalu depan.. nak bergocoh sokmo.. masa belajar di `U` dulu.. beliau dikenali di kalangan kekawannya sebagai penyokong kuat UMNO..
  • Para Du`at sekelian.. Nak tahu tak Hj Sam .. macam mana sekarang ni.. dah jadi orang Masjid dah.. tiap-tiap subuh kelibatnya yang paling awal.. boleh dikatakan setiap kuliah di Masjid At Taqwa Taman Bertam Indah , beliau hadiri.. dok depan pulak tu.. cuma satu aje ... kelemahannya.. dia cepat lena .. tak sampai lima minit.. mesti lena .. Mailah sapa pun penceramah termasuk yang garang2 .. satgi tengok2 ..tup..tup lena dah.. la awat jadi macam tu.. mungkin tekanan darah rendah kot... Saya yang kadang2 berkuliah di hadapannya .. rasa suara kuat jerkah bukain main dah.. tapi dia lena jugak ... Hj ..Hj... `alakullihal... Hj Sam tidak mahu kekal dalam satu parti yang dikenali sebagai ``dulu kini dan selamanya``..
  • Alhamdulillah... sekarang ni Hj Sam dah jadi orang kuat PAS Kepala Batas dah... menjawat Bendahari PAS Taman Bertam Indah, Kepala Batas.. maksudnya beliau sahaja yang layak pegang jawatan ni.. sebab amanah sungguh dia ni.. contohnya baru2 ni semasa bertugas di Manek Urai.. Hj Sam bawa dua(2) beg duit.. satu duit sendiri.. satu lagi isi duit Jamaah.. tak mau bagi campug .. kata dia.. Kalau kita .. duit kita duit kita.. duit jamaah duit kita jugak.. tu yang kadang2 timbul fitnah dalam jamaah kita ni... Jalan sikit kira duit jalan sikit kira duit.. lepas belanja urusan Jamaah kira duit.. setiap kali mesyuarat ..tanpa disuruh Hj Sam akan bentang penyata kewangan Cawangan...
  • Dalam PAS Kawasan Kepala Batas.. Hj Sam diamanahkan menerajui Komiti Jawatankuasa Teknikal Pembangunan KOMTIF PAS Kepala Batas.. Insya Allah saya yakin Hj Sam boleh melakukan yang terbaik untuk PAS dalam mencari Mardhatillah.. Kadang2 tu aku terfikir seorang diri.. kawan2 ku yang terlampau `berlagak` dan berbangga dengan status `ahli lama`..`30 tahun dah aku jadi ahli ` `aku lebih senior daripada hang` `aku mai daripada keluarga PAS sejak aku beranak lagi`` tapi depa2 ni aku lihat tak tegha mana pun penglibatan mereka dalam Jamaah .. dan kadang2 tu menimbulkan masalah pulak kepada Jamaah.. Ada yang jadi `tunggui` saja dan `menyemak` saja kepada Jamaah kerana pelbagai `controversial act`.. `hang orang baru dalam PAS hang kena belajag banyak lagi`.. Inilah kerenah kehidupan berjamaah.. Kepada Hj Sam.. bersabarlah walaupun baru saja menjadi ahli ..very committed person.. very firm person.. sometimes funny person.. kadang-kadang tengok motor kapcai dia di masjid pun.. kita rasa sejuk aje hati ni... Aaii.. Hj Sam guna ilmu apa ni.. Motor dia ..kalau parking di Masjid .. kunci letak di motor sekali pun..confirm tak hilang dah.. AAiii.. Pelik ni...
  • Kembali kepada gambag Hj Sam dok tengah tidog di atas.. saya teringat gambar As Syahid Tuan Guru Ibrahim Libya yang mati dibunuh oleh rejim UMNO kira2 30 tahun yang lalu ..saya masih kecil pada ketika itu... apa yang saya nak berkongsi dengan pembaca sekelian ... kita semua adalah pemimpin samada pemimpin besar atau pemimpin kecil..pemimpin kepada diri sendiri mahu pun kepada keluarga dan juga dalam kerja2 parti dan masyarakat.. Walau apa jua status pemimpin yang ada pada kita.. kita pasti akan MATI.. Mati adalah pasti tak kira dalam apa jua keadaan sekali pun..
  • Pastikah bila kita akan mati?.. Di mana??.. Bagaimana bentuk kematian kita??? Berapa ramai orang yang mati oleh kemalangan, pembunuhan dan kematian mengejut, tanpa sebarang amaran awal... Wahai pemimpin... Ingatlah !!! Mati itu datang secara tiba-tiba... Hanya apabila pemimpin mengingati mati, urusan hidup dan politiknya akan dibuat dengan rasa takut kepada Allah.. Sejarah telah menyaksikan bagaimana amanah dan professionalnya ``ahli politik`` lampau yang sentiasa ingat mati seperti Rasulullah saw.. Abu Bakar As Siddiq.. Umar Al Khattab.. Usman bin Affan.. Ali bin Abi Talib..dan Umar Ibn Aziz (sekadar menyebut beberapa nama) memimpin, mengurus dan mentadbir keluarga, rakyat jelatan dan negara..
  • Wassalam...

Monday, July 13, 2009

MANEK URAI KEPALA BATAS : PAS TBI BERSOLAT HAJAT... BERPUASA SUNAT... IFTHAR JAMAIE... SUAMI MITHALI (SUAMI MI `TALI` - SUAMI `KENA IKAT DGN TALI`)


Salam ... Du`at yang dikasihi...

Di atas adalah gambar ketua penerangan PAS TBI Kepala Batas.. sedang tidur di masjid Sg Peria Manek Urai.. mungkin terlalu letih ke hulu ke hilir mencari `mad`uwwin` untuk di`tarbiyah.. Full time berkhidmat di Masjid TBI Kepala Batas.. Pesara `Gomen`.. Pencen awai... Dikenali sebagai `wang-weng` officer.. hidupnya sentiasa `happy go lucky`.. tak kering gusi bila ber`jaulah` dengannya..

Mudah dikenali dengan nama glamour Pak Ark.. Asal Selama Kedah.. Satu kapai dengan Al Fadhil Ustaz Hassan Razak.. Pembantu Khas MB Kedah...Rutin sehariannya ..antara yang ku ingat ..adalah bersih kawasan masjid termasuk toilet masjid... Siapa yang sanggup untuk bergelomiang dengan kerja-kerja macam ni... Insya Allah .. kerjanya ikhlas Lillahita`ala..

Lajnah tarbiyah PAS TBI baru sahaja selesai menjayakan program puasa sunatsebentar tadi ..ifthar jamaie.. solat hajat.. sedikit pengisian rohani oleh `Mursyidul `Am PAS TBI`.. siapa ye.. No need for us to know who he is... seorang yang begitu komited dalam perjuangan Islam tetapi bergerak secara `behind the scene` di belakang tabir...

Satu program yang boleh dikatakan berjaya pada pandangan ku... kehadiran 98% daripada ahli yang dijemput.. Aku tabik pada SU cawangan ku.. dua tiga kali SMS .. peghingat pasai program hari ni.. Tu pun ada jugak orang nak `tibai`.. Aku merasakan hasil daripada program ini yang dijalankan secara `informal` sahaja.. banyak unsur2 tarbiyah yang berjaya dilaksanakan... Antaranya :-

  1. Ahli merasakan ikatan ukhuwwah perlu dilaksanakan melalui program secara santai sahaja dan bukan yang berat2 semata2.
  2. Ahli begitu komited bila mendengar pengisian tafsir berkaitan dgn ``` apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan``` untuk terus istiqamah melaksanakan kerja dakwah secara berjamaah kerana sesuatu kemnenangan itu memerlukan perjuangan dan pengorbanan dan ada lagi tanggungjawab yang perlu dibereskan oleh semua ahli iaitu `` Fasabbih bihamdi rabbika was taghfir``
  3. Ahli merasakan bahawa wadah politik sekarang ini begitu mencabar sekali dan memerlukan kepada daya ketahanan dalaman yang begitu `mantop` sekali .
  4. Di celah2 tu Lajnah Kebajikan sampaikan sedikit sumbangan kepada orang `lama dan senior` PAS TBI .. Pak `Ad.. untuk menampung sedikit kos pembedahan matanya baru2 ni...
  5. Selain daripada itu beberapa ahli dikejutkan juga dengan kata-kata jenaka daripada ketua penerangan yang mengatakan bahawa suami mithali sahajalah yang mampu membawa keluarganya sebagai pendorong kuat kepada penglibatan dalam perjuangan Islam .. Oleh itu jadilah suami mithali bukannya `suami yang kena ikat dengan tali`.. Faham kot no... Fikir-fikirkanlah...

Wassalam....

  • Bersempena dengan sambutan 100 hari pemerintahan PM yang ke – 6 ini, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru…..dan lain – lain lagi. …
  • Terbukti sekali lagi, bahawa BN dibawah pemerintahan seorang lagi PM yang hanya megutarakan satu lagi gimik politik bagi mengaburi mata rakyat daripada realiti sebenar ketidakadilan sistem pemerintahan yang diterajui Umno ini. Tetapi , bentuk perlaksanaannya tidak di war-warkan secara telus.
  • Bayangkanlah , betapa ramai dari kalangan rakyat dapat mengecapi diskaun 20 peratus caj tol andaikata ianya hanya berkuatkuasa keatas mereka yang menggunakan ‘smart tag’ atau ‘touch n go’ dan itupun untuk caj yang ke 81 kali dan keatas??? Dan , berapa ramai pulak yang selama ini tidak menggunakan lebuhraya langsung , tetapi terpaksa membayar caj konsensi yang kerajaan buat bersama perjanjian berat sebelah mereka bersama PLUS??? Adakah ini yang dimaksudkan langkah ‘mesra rakyat’ ??? Bunyi memang kuat tapi kesannya amat kecil !
  • Selanjutnya, pengumuman untuk menawarkan sejumlah 44000 rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada penyewa sekarang ini untuk membelinya , seharusnya diperluaskan keseluruh negara , bukan hanya di Wilayah Persekutuan . Tidakkah dia sedar, dia harus berlaku adil kepada semua ..bukannya untuk segelintir rakyat sahaja!
  • Ketidakseimbangan dalam layanan memang telah BN buktikan sepanjang pemerintahan 55 tahun mereka. Sebelum ini pun memang telah terbukti bagaimana layanan pusat kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang. Bagaimana, majoriti rakyat di negeri pembangkang ditidakkan hak mereka hanya kerana fahaman politik yang berbeza. Bagaimana rakyat yang menyokong parti pembangkang tidak disalurkan bantuan sewajarnya melalui JKK yang sah , tapi penyokong mereka diperuntukkan bantuan melalui JKKP???
  • Seterusnya …Satu lagi pengumuman melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru. Saya menyarankan agar kerajaan lebih perihatin di dalam isu ini. Persoalan yang sebenarnya adalah …Mengapa semakin ramai rakyat menceburi bidang perniagaan secara kecil -kecilan?
  • Kita sendiri dapat menyaksikan pertambahan yang ketara peniaga kecil sekarang ini dimerata – rata tempat. Adakah ini disebabkan oleh pakej ransangan RM 60 billion yang gagal sehingga menyebabkan penguncupan ekonomi secara berterusan ? Dan adakah dengan mendapat diskaun ini , peniaga kecil ini dapat pulak menurunkan harga jualan mereka untuk dinikmati oleh majoriti rakyat seterusnya?
  • Selain itu Najib turut mengumumkan kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini. Alasannya ialah kerana ramai individu yang terpaksa menyewa teksi seharian selain daripada terpaksa berdepan dengan kenaikkan harga minyak. Jika itu yang menjadi persoalannya, mengapa kerajaan tidak secara terus melihat bagaimana untuk menyelesaikan kenaikkan kos-kos ini , bukannya menambahkan lagi beban yang sedia ada.
  • Tidak cukupkah permit teksi yang ada sekarang ini diatas jalan sehingga mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pelanggan yang kuasa membeli mereka semakin menurun setiap hari disebabkan oleh kenaikkan harga barang dan kos sara hidup…..Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.
  • Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang. Ini secara amnya akan meningkatkan lagi penggunaan motosikal dikalangan remaja dan meningkatkan pertumbuhan mat – mat rempit .
  • Walhal , jika mengikut perangkaan JKKR , kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikallah yang paling tinggi selama ini , disebabkan tahap keselamatan yang rendah. Seharusnya Najib lebih mengutamakan untuk mengurangkan kos sara hidup agar lebih ramai rakyat terutamanya golongan remaja berkemampuan memiliki kereta sendiri. Kereta nasional kita sepatutnya lebih murah kerana ianya dibuat dalam negara sendiri dan menggunakan sumber asli dari negara kita sendiri…
  • Inilah sebahagian daripada pakej ‘mesra rakyat’ yang diwar –warkan oleh media pro BN hari ini .. yang lebih tepat sewajarnya di terjemahkan sebagai satu lagi gula – gula politik untuk mengaburi mata rakyat atas kepincangan yang lebih ketara seperti isu rasuah berprofil tinggi , isu kadar jenayah yang semakin hari semakin menghimpit kita , isu ketidak adilan pembahagian royalti minyak, isu kenaikkan kos sara hidup , isu kontrak sosial yang semakin hangat , isu kerajaan negeri Perak dan lain – lain lagi……

MANEK URAI KEPALA BATAS : TUGAS KAMI .. TOLONG ANGKUT PASIAG .. JADILAH..

Ketua Penerangan PAS Taman Bertam Indah memerhatikan kerja-kerja yang dilakukan oleh petugas2 PAS Kepala Batas dalam misi bantuan segera membina rumah penduduk Kg Lepan Jenut yang kos pembinaannya ditanggung oleh kerajaan negeri Kelantan...
Bendahari PAS TBI... awat ni ... buat kerja pun boleh senyum lagi ni... pasai pa ni... berlakon depan kamera ka... ikhlas bang...

La... Ketua Urusan Ulamak PAS Kepala Batas pun senyum jugak .. sambil bawa kereta angkut pasiag ni.. Yang di belakan tu pun senyum jugak... ish..ish... seronok nampak bila dapat bantu kerja2 kemasyarakatan macam ni ye...


dari 3 kaki ...terus jadi 9 kaki... macam kilat ... bilah dah ramai tolong bergotong royong ...cepatlah siap .. rumah sahabat kita ni...


Abe Se... blogger TBI.. serius plak..




Mr Senator Ya... orang Baling memang kuat..

Sunday, July 12, 2009

2013 .. LEMBARAN BARU KEPADA RAKYAT MALAYSIA


Kereta Abe Uji.. YB Manek Urai

  • Jumaat 15 March 2013 , jam menunjukkan pukul 6:15 pagi. Kami baru selesai menunaikan sembahyang suboh berjemaah dan bersiap – siap untuk menuju ke Putra Jaya. Timbalan Pesuruh Jaya PAS negeri membaca doa selamat agar perjalanan kami diberkati ALLAH sepanjang masa. Rombongan 2 biji bas yang ditempah khas untuk ke Kuala Lumpur ini diatur oleh Naib Ketua Cawangan.

  • Semua yang hadir pagi itu masih lagi teruja dan seakan tidak percaya dengan perkembangan yang berlaku seminggu yang lalu. ALLAH telah memakbulkan doa seluruh rakyat Malaysia, yang semakin jelek dan benci dengan BN , mambolehkan satu titik sejarah berlaku pada tanggal Selasa 5 March 2013, Pakatan Rakyat menang majoriti kerusi Parlimen dengan menyapu lebih kurang 200 daripada 212 kerusi yang dipertandingkan.


  • Pada hari ini Jumaat 15 March 2013, satu lagi sejarah akan berlaku, buat pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia dan dunia amnya akan menyaksikan seorang Perdana Menteri Malaysia akan menyampaikan khutbah Jumaat khas di Masjid Putra Jaya. Siapa sangka , seorang Perdana Menteri buat julung kalinya, mampu memyampaikan khutbah Jumaat secara langsung hari ini. ALLAHUAKBAR…..


  • Tidak mahukah kita menyaksikan perkara ini terjadi nanti ??? Tidak mahukah kita melihat satu perubahan menuju Mardathillah ??? Tidak mahukah kita sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang yang beragama Islam mempunyai hak dan undang – undang Negara yang berlandaskan hukum-hukum dari ALLAH ??? Mahukah kita berterusan ditindas oleh kegobrokkan mereka – mereka yang dari dulu lagi secara terang terangan menolak perlaksanaan hukum – hukum dari ALLAH ???

  • Alangkah baiknya jika selepas 2013 nanti , tidak ada lagi timbul masaalah – masaalah seperti rasuah , masaalah sosial remaja Islam , masaalah tingginya kadar jenayah di Malaysia hasil daripada keberkatan pemerintahan secara Islam yang diterajui oleh PAS Malaysia. Alangkah baiknya 2013 nanti , anak – anak kita tidak lagi terdedah dengan bentuk gejala sosial yang lebih teruk lagi. Tidak ada lagi judi dan arak secara terang – terangan. Tidak ada lagi remaja merempit sepanjang malam, tapi digantikan dengan lebih ramai remaja bertahhajud. Tidak ada lagi pusat atau rumah urut yang secara terang – terangan di berikan permit atas dasar pemerintahan sekular BN !

  • Seluruh rakyat Malaysia tak kira fahaman agama mereka akan menikmati keadilan yang belum pernah mereka rasakan sebelum ini setelah undang – undang Islam terlaksana di Malaysia ini.Jadi, marilah kita bersama – sama berganding bahu membetulkan saf kita , agar seimbang dan sekata berjuang demi hak ALLAH yang selama ini kita abaikan. Yang selama ini di kotak - katikan oleh cara pemerintahan sekular BN hampir 55 tahun. Mungkin ada yang beranggapan mustahil untuk PAS memerintah dalam masa terdekat ini…tapi ingat “ALLAH Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Bangsa Itu Jika Mereka Sendiri Tidak berusaha Untuk Mengubahnya” .
  • Wallahualam….

Thursday, July 09, 2009

MANEK URAI KEPALA BATAS : TUGASAN PERTAMA BERMULA .. GAPO DIO...

Du`at sekelian ..

Ni pulak gambag ..kami ambik sebelum mula tugas pertama kami.. kenangan di manek Urai kena ada jugak .. Nak tau tugasan kami yang pertama di manek Urai apa dia ..... Tunggu lepas ni.. bersambung ..

MANEK URAI KEPALA BATAS : GENG `TIGO LINE` PUNG SOKONG TOK GURU???..

Hampa tengok banner tu .. dia tulih apa.. JEMAAH PENYOKONG SETIA TOK GURU KELANTAN DARUL NAIM... seingat aku la .. aku tak pernah dengak nama NGO ni di Malaysia ni.. dok tak dok mai mana .. depa ni sapa .. mai mana .. tengok2 coeh.. timboi .. di Manek Urai ni.. Aku pun tanya la oghe sini.. depe ni sape.. depe kate .. geng `tigo calit`.. betol ke ni .. tak caye lah aku .. macam mana depe ni di Kelate ni boleh sokong Tok Guru .. sokong PAS .. tempat kita la.. di Kepala Batas.. lagilah tak dak.. Tok Ayah mana depa pakai.. atau mungkin depa ni makan `dua` belah kot???...

bersambung...

MANEK URAI KEPALA BATAS : GAMBAR MENARIK.. KG LEPAN JENUT DALAM KENANGAN..

Saya sebagai YDP Kepala Batas dalam satu sesi sebelah pagi pada 5 hb Julai ... di sebelah tu... YDP Tanjung.. depa dah habih tugas .. depa serah tugas pada kami .. depa balik.. kami sambung pulak sebagai wakili Penang di Manek Urai ni...tak tau nak ambik apa.. last sekali ambik frame tu sebagai simbolik penyerahan tugas secara rasmi daripada Tanjung kepada kepala Batas... wakili Penang...
5hb Sept... 9.00 pagi.. breakfast... SU TBI.. KP.. KUU.. dan Ketua Lajnah Tarbiyah TBI... gelak sakan nampak.. tak dan nak atug dah program ikut tarbiyah nampak .. makan apa tu.. Tanjung masak apa kat hampa.. roti kapit dengan telog??????? .... jadilah ... janji ada makan ... nak makan sedap2 ... jangan dok mai .... Tu pun sampai menjilat jari.. tengok KUU TBI..

Masa dok bercakap ..bagi taklimat kat semua ahli rombongan ... Mr NYDP dok catit apa yang aku cakap ... kira hebat tu.. boleh jadi secretary ni .. aku plak jenis nak catit ni .. kureng sikit... nak menulis ...ok.. nak buat working paper ke... artikel apa apa apa ke ... yang tu ok... aku pesan supaya kita jaga akhlak kita ... aku bagi tau kat depa... ni tempat orang ..ikut arahan depa cukup...

Bertentang ngan rumah penginapan kami ni ... ada padang bola.. tengok gambag ni.. Hj Sam .. bendahari TBi.. dok mengelamun .. pikiag sapa tu.. baru sari.. dah teringat orang rumah ke.. tapi yang syok tu.. dok mengelamun pun senyum lagi tu... Hj Hj ... orang kuat TBI...


Ni masa dok bersembang ngan YDP Tanjung sdr Yaakob.. dengaq dia cakap.. punya la syok.. tambah ngan gelek-gelek kepala sekali... yang tu menarik tu bila semabang ngan orang-orang Tanjung ni... pekat punya.. Penang mali punye... dia dok cerita kat kami keadaan orang di sini.. orang kampung sini ada PAS ..ada UMNO .. tapi orang UMNO tak ramai... boleh kira ngan jari...



Ni kami punya photographer... Abe Me Telekom.. PSU TBI.. Thanx a a lot lah Abe.. nok buat gano.. kalau Abe tok bawok kamera .. habihlah KB .. tak dok kenange apo-apo lo.. do Kg Lepe Jenut ni... Gambor di belake tu .. markaz kami lah tu... semua oghe kelate buat.. kami gi goye kaki je...

Ni surau .tempat kami tidog.. macam orang Tabligh da.. tapi baguih jugak .. sebab dia peghingat kat kita ... jangan tinggai solat dhuha... tahaju... hajat.. yang tu siok tu...

La .. await mata tertutup plak.. us Suhaimi... SU DUPPP.. ngantok ka.. bawa gheta laju sangat kot... Abe Me ... mantain.. gambag ni oghe lain ambik kot .. buke ambik sendiri ke... hi..hi..hi..

MANEK URAI KEPALA BATAS : SAMPAI DI UPU SUNGAI PERIAL


  • Du`at sekelian...
  • Alhamdulillah rombongan kami selamat sampai di markaz UPU Sg Perial.. nak kata letih memandu tu tak lah letih sangat... sebab beghenti lebih lama daripada memandu... Tengoklah gambag di atas ni... Ni markaz kamilah... tempat kami bertugas di satu kampung yang bernama Kg Lepan Jenut.. salah satu lokaliti dalam UPU Sg Perial...
  • Aku respect sungguh PAS Kelantan nie.. hebat pengurusan depa.. lengkap semua.. depa sedia sebijik rumah kat kami.. dan sebijik surau untuk kami ..sebab kami ramai ... sebahagian daripada kami.. geng Taman Bertam Indah plak... pi tidog kat Masjid Sg Perial.. lagi hebat.. depa conquer semua.. macam masjid tu depa punya...
  • Walaupun rumah yang kami duduk tu tak lah sehebat rumah kita di Kepala Batas ni.. tapi kira hebatlah sebab depa bleh layan kami ...sehinggakan semua bahan mentah untuk masak ...depa sedia semua.. kami tambah sikit2 aje... ikan punyalah banyak...sampai tak celuih peti ais depa bagi suruh kami masak.. Nasib baiklah kami punya chef-chef yang hebat2 belaka... dari Kubang Menering dan Lahag Kepag... nasib baik lah nak campog lagi tukang masak dari TBI , Bg San... Kalau tidak kita makan gulai batang pisang la di Kelantan ni... baghu kau...
  • Muslimat plak.. depa pi join sekali menginap di rumah halwa Kota Bharu ..sekali ngan Muslimat Kedah dan Kota Bharu.. Aku rasa .. depa urus kami ...kira `A` lah.. nak macam mana lagi...
  • bersambung....