PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, June 29, 2009

ALHADHARAH : SIASAH UMMAT UNTUK KEPENTINGAN UMMAH

  • Salam ... Du`at sekelian..


Alhamdulillah ! Syukur kita kepada Allah swt yang menentukan segala-galanya. Selawat dan salam kita kepada Rasul saw dan kaum keluarga serta para sahabat yang dikasihi sekeliannya. Semoga kita semua akan diperkuatkan dengan taufiq serta inayahNya jua, amein, ya Rabbal alamin.

Bertemu sekali lagi kita untuk meneruskan perbincangan perihal politik moden yang berlegar di sekeliling ummat. Ummat Islam dahulu mula terasa kelonggaran diberikan apabila rakyat telah dibenarkan menubuhkan persatuan dan parti-parti politik. Para alim ulama` muttaqin yang selama ini masih setia menerus dan menggerakkan perjuangan bersama-sama ummah kebanyakan, menjadi benteng terakhir ummat Islam di ketika itu. Biarpun golongan beraja dan bangsawan serta sebahagian dari ummat Islam sendiri telah mula larut, hanyut bersama arus kemodenan dan kemajuan yang dibawa oleh penjajah. Golongan tersebut ibarat duri dalam daging, gunting dalam lipatan kepada kehidupan ummah. Merekalah generasi-generasi yang menjadi boneka penjajah di mana-mana. Merekalah yang mengembang dan memperlihatkan budaya hidup penjajah menjadikannya lebih `establish`. Golongan inilah yang membunting dan seterusnya melahirkan UMNO di istana Johor pada tahun 1946.

Para cerdik pandai ummat yang mempunyai kesedaran untuk menuntut kemerdekaan terlebih dahulu menubuhkan PKMM antara tokoh pentingnya Dr Burhanuddin al-Helmi. Satu masalah besar golongan ini ialah tidak cenderung kepada raja-raja yang menjadi boneka penjajah tetapi menguasai pentadbiran Agama Islam. Dengan kuasa sultan dan raja mereka menentukan siapa mufti-mufti dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang boleh menghalang perjuangan sebenar ummat Islam. Lagi pun setiap negeri-negeri mempunyai kepentingannya sendiri yang kadang-kadang tak selaras dalam menentukan polisi Agama Islam waktu itu. Atas alasan yang demikian PKMM menubuhkan Majlis Agama Tertinggi Tanah Melayu (MATA) bagi dapat menyatu dan mendapat mandat tertinggi ummat Islam, sekaligus cuba menyisihkan boneka penjajah (sultan & raja). Melalui MATA dan sokongan ulama`-ulama` mereka seterusnya berjaya menubuhkan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak. Sebab itu sejarah sendiri membuktikan `mood` atau rohnya cukup jelas menggamit kesedaran ummah dan malapetaka atau mimpi ngeri buat penjajah serta bonekanya. Dengan kalimah Arabnya dan lahir pula di tengah-tengah pusat pendidikan benteng ummat.

Apa lagi… kalau tidak diharamkan oleh penjajah mungkin perjalanan sejarahnya berlainan. Para ulama` dan pemimpinnya diburu dan ada yang dibuang negeri.Semua ini seharusnya tidak akan dilupai oleh ummat Islam kini. Tinggallah UMNO dan mereka yang sanggup menjadi boneka atau tidak membahayakan kepentingan penjajah yang kononnya berjuang menuntut `kemerdekaan`. Melihat ada sedikit ruang yang terbuka dengan penuh curiga kerana mereka sentiasa berwaspada ketika `berperang` dengan penjajah jahiliyyah, saki baki pengaruh perjuangan yang mempertahan dan hendak memartabatkan Islam serta untuk menyatukan alim ulama` Tanah Melayu meneroka untuk kali yang seterusnya bagi menubuhkan Persatuan Ulama` SeTanah Melayu tetapi kali ini melalui jaringan UMNO. Mereka menjemput mufti dan pegawai-pegawai agama negeri-negeri serta alim ulama`, sejarah mencatitkan berlaku perjumpaan di Muar awal tahun 1950, seterusnya perbincangan dan penubuhan AJK penggubal di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman KL, akhirnya perjumpaan seluruh ulama` di Kelab Melayu Bagan (Butterworth) yang bersetuju menubuhkan PAS.

Sebagai sayap penting perjuangan menuntut kemerdekaan dan menjadi biro agama bagi UMNO sendiri. Muktamar pertamanya terus diadakan di Daeratul Maarif Wataniah Kepala Batas. Alamat resmi PAS waktu itu 721 Kepala Batas, Seberang Perai, dipercayai kediaman Sheikh Abdullah Fahim. Antara tokoh-tokoh penting ketika itu ialah Haji Ahmad Puad, Haji Ahmad Maliki, Hj Ahmad Tuan Husin, Hj Ahmad Badawi sendiri serta ramai lagi tokoh-tokoh berpendidikan Timur Tengah. Kepada anak-anak muda terutamanya anak-anak generasi Malaysia jangan terkejut! jika UMNO dilahirkan di serambi istana, maka PAS pula dilahirkan di serambi UMNO yang dibidani dan disambut oleh orang-orang UMNO Seberang Perai.

Dua`bersaudara` yang berlainan cita-cita dan pembawaan akhirnya berpisah juga dek perselisihan pendapat dan pengaruh idealisma politik ketika itu. Issu loteri kebajikan seperti pepatah retak menanti belah, PAS yang dipimpin oleh Haji Ahmad Puad terkeluar dari induknya UMNO. Manakala Dato` Onn Jaafar sendiri yang menubuhkan UMNO pula keluar darinya menubuhkan Parti Negara. Haji Ahmad Puad sendiri selepas itu nampak lebih memihak kepada Dato` Onn lalu meninggalkan PAS. Sedangkan Haji Ahmad Maliki pula kekal dalam UMNO dan menyokong Tunku Abd Rahman dan menentang gagasan `jus soli` dasar sama taraf yang dikemukakan Dato` Onn. Dalam issu `jus soli` ini ummat Islam mutakhir sepatutnya melihat kedua-duanya menguntungkan musuh Islam, yang berbezanya hanyalah pekej sahaja. Sebab itu apabila masa berlalu UMNO Tunku Abd Rahman juga yang melaksanakan dasar-dasar saranan `jus soli` itu sampai sekarang.

Berbalik kepada ruang politik dan akhirnya menjelang diadakan pilihanraya 1955 oleh penjajah, ulama`-ulama` masih lagi menganggap perkembangan ini ada `kesamarannya`. Tetapi ummah jangan lupa bahawa mereka yang berjuang selama ini tetap meneruskan perjuangan dengan cara sedia ada (tradisional), cuma politik pilihanraya sesuatu yang baru bagi mereka waktu itu. Sebab itu sebagai ulama` yang berhati-hati ada yang tidak langsung menerimanya. Bagi mereka yang memberanikan diri mencubanya pun, masih lagi menganggap sebagai suatu tajribah (eksperimen) sejauh mana keberkesanan dan keharusannya dari segi syara`. Sebab perkara ini perkara baru timbul, mahu tidak mahu bagi mereka ijtihad amali adalah jalan keluarnya. Permasalahan ini membuka ruang pengkajian di kalangan cerdik pandai ummat akhirnya menghasilkan satu kaedah atau pegangan bagi perjuangan ummat Islam, iaitu `muwajahah silmiyyah`.

Muwajahah silmiyyah membawa maksud kita boleh mengambil ruang-ruang kebebasan yang ada dalam sistem bukan Islam samada demokrasi atau lain-lain untuk menyampai dan menerangkan perjuangan Islam.


Para ulama` dahulu masih memahami bahawa ruang yang masih dapat dikuasai dan dibentengi oleh ummat Islam seperti di kampung-kampung atau pondok itulah ruang yang sihat yang masih tinggal bagi ummah (hadharah ummah). Sebab itu pandangan umum ummat Islam sendiri semasa era penjajahan ratusan tahun bahawa sultan dan raja telah terpisah jauh dari tapak (hadharah) ummah dengan kehidupan `beraja` dan kemewahan mereka. Manakala ulama`-ulama` yang menjadi pengampu dan memegang jawatan dalam kerajaan ketika itu juga disisih dari arus ummah kebanyakan.

Oleh itu salah satu sebab penting mereka berusaha menubuhkan Majlis Tertinggi Agama Islam bagi Tanah Melayu yang benar-benar dari kemahuan ummat Islam dan bebas dari telunjuk penjajah. Inilah suasana yang terdapat dibelakang tertubuhnya Hizbul Muslimin dan Persatuan Ulama` dalam UMNO yang menjadi PAS.

Sebab itu bagi saya jika ummat Islam sekarang masih lagi tidak mampu untuk melihat permasalahan ini atau membiarkan ummah diperbodohkan oleh golongan `berdarjat` ini kononnya merekalah ketua bagi urusan Agama Islam adalah sesuatu yang terlalu malang. Selama beratus tahun mereka ini tidak pun pernah hidup bersama-sama kesusahan ummah. Seruan atau kalimah `ummah` bagi mereka ialah ketika memberi ucapan perasmian atau perayaan hari-hari kebesaran ummat Islam dan khutbah-khutbah yang rasmi.

Jika kewujudan mereka ini di dalam dunia ummat Islam seperti `pengemis atau peminta sedekah` tidak menjadi masalah besar kepada ummah, kerana sesiapa yang bersimpati boleh sahaja menghulurkan pemberiannya. Tetapi golongan ini bukan seperti itu, mereka adalah lintah darat yang menghisap darah ummah, malah lebih teruk lagi, merekalah yang hidup bersenang-lenang, mentekedarah hasil mahsul yang sepatutnya dimiliki oleh semua ummat Islam selama ratusan tahun… hingga sekarang. (insyaAllah bersambung)

Dari-Ibnu Ramadhan.

No comments: