PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, June 30, 2009

AZHAR ... YOU BUAT LAWAK LEEEEE... MALUNYA AKU...

Du`at Sekelian....
  • Ketua Pembangkang Pulau Pinang dua minggu lepas telah membangkitkan 'fitnah' kononya kerajaan Pulau Pinang mengedarkan borang bantuan warga emas dengan logo DAP. Azhar Ibrahim juga mengatakan bahawa warga emas diberikan syarat masuk DAP untuk dapat bantuan.....

  • Ketika 'mendedahkan' perkara tersebut Azhar kononnya bersimpati dengan warga tua yang menjadi mangsa terpaksa masuk DAP. Di atas ini ialah contoh borang skim bantuan warga emas yang dimaksudkan : tidak ada logo DAP.

  • Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang dalam kenyataan balasnya menyatakan dengan jelas tidak wujud logo DAP dalam borang yang dimaksudkan dan tidak ada syarat seperti yang difitnah Azhar.

  • Perangai dan tindak tanduk Azhar ini melambangkan `secara mukhalafahnya` bahawa perangai orang Umno nak bagi bantuan suruh orang masuk Umno. Tekun contohnya terang terang setiap pemimjam mesti ahli Umno.....

  • Azhar.... Azhar .... nampak gaya lah you will be the last UMNO YB in Penaga ... Cukuplah... Dah 5 penggal dah... You kata Mr CM buat bancian miskin tegar tak betul ... Mr CM kata miskin tegar dah tiada di Penang... You kata ada lagi termasuk di kawasan you... Maksudnya you sendiri pi mengaku di kawasan you masih ada orang miskin tegar selama 5 penggal you jadi wakil rakyat Penaga... Maksudnya ...you tak buat kerja la...

  • Just to remind me and YB Azhar.. as a politician and servant of Allah.. we are always being `monitored` by Allah ... jangan berbohong... jangan terlampau mengikut emosi kepartian dan hawa nafsu...

  • Sekian Wassalam....

Monday, June 29, 2009

AL FADHIL AL USTAZ MAHATHIR BER`PETUA`...


  • Du`at sekelian...
  • Bermula lah sebuah al kisah `penglipur lara` yang membicarakan mengenai penyakit masyarakat yang begitu kronik bernama `rasuah` yang kian membarah `meghedap` dalam masyarakat Malaysia tanpa had tanpa dapat dikawal..

  • Aku mendengar ucapan penglipur lara ini...secara berhati-hati.. terkadang aku tersenyum sorang diri... rasa nak tergelak... semasa jari jemari aku menekan-nekan butir-butir huruf di lap top ku ini.. mulutku masih tersenyum `sumbing` sehingga kadang-kadang aku ketawa terbahak.... kah...kah...kah... kah... kah... aku dah tak tahan dengan si penglipur lara ini mengeluarkan `petua` seakan-akan fatwa ...

  • iaitu MAKAN RASUAH MACAM MAKAN BABI... MAKAN DUIT RASUAH .. DIA BELI GUNA DUIT RASUAH.. MAKAN BENDA HARAM.. DIA BELI APA PUN MACAM DIA MAKAN BABI....

  • Aku ketawa ni bukannya aku tak setuju dengan apa yang yang disebutkan oleh Bapa Pemodenan Malaysia ini.. tapi entahlah aku sendiri pun tak tau sebab apa aku rasa nak tergelak sangat-sangat bila dengar ungkapan keramat dari mulut seorang yang pernah mengaku ulamak.. Hi..Hi..

  • Jadi mungkin betul apa yang terpampang dalam majalah di atas.... Oleh itu tuan-puan semua.. Jauhilah terlibat dengan gejala rasuah ini.. Ikutilah petua keramat daripada bekas PM kita ni... nanti kita seolah-olah makan babi... H1N1... Heeeeeeeeeee........ (video dalam Kedah la nie)...

Wassalam...

MEMPERKASAKAN BAITUL MAL..

Salam Du`at sekelian...
  • Baitulmal adalah entiti penting yang berperanan menyelaras, mengumpul, mentadbir dan mengurus simpanan aset umat Islam secara yang efektif serta komprehensif sejak sekian lama. Baitulmal telah melalui proses transformasi yang seimbang, sistematik dan telah berjaya memperkukuhkan pendapatan negara dan umat Islam dalam pelbagai disiplin termasuklah aktiviti ekonomi, jaringan sosial, politik, ketenteraan, teknologi, pendidikan dan pembangunan negara secara keseluruhannya.

  • Dalam buku Institusi Baitulmal dalam Pembangunan Negara (2007), Baitulmal merupakan institusi harta dan kewangan induk dalam negara Islam di mana khazanah yang terkumpul adalah aset negara yang dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan kerajaan Islam termasuklah warga bukan Islam. Ini membuktikan bahawa Islam memiliki jentera kebajikan yang adil, berketerampil dan mampu menjadi alternatif kepada amalan ekonomi serta kewangan konvensional.

  • Dana dan sumber Baitulmal juga boleh dinikmati oleh semua golongan termasuk orang bukan Islam terutamanya kepada agihan dan pembahagian kek ekonomi dalam bentuk maslahah 'ammah (kebajikan awam) yang mencakupi infrastruktur asas seperti pembinaan terusan atau tali air, jalan raya, jambatan, bangunan awam, bandar-bandar baru dan sebagainya boleh dimanfaatkan oleh semua pihak sama ada orang Islam atau bukan Islam.

  • Baitulmal menurut pandangan sarjana Islam al-Mawardi ialah tempat merekodkan pembahagian dan pengumpulan harta umat Islam dan negara. Lebih tepat lagi Baitulmal setanding fungsi Perbendaharaan Negara yang menerima dari pelbagai sumber kewangan dan harta secara terkumpul oleh negara Islam seperti zakat, jizyah, kharaj, harta wakaf, harta rampasan perang, perlombongan, harta karun, lebihan pusaka yang tidak berwaris dan lain-lain lagi termasuk juga sumber-sumber yang diputuskan oleh pemerintah melalui ijtihad dan maslahah.

  • Malahan harta tidak patuh syariah seperti apa-apa sahaja jenis harta yang diperolehi hasil daripada transaksi yang bertentangan dengan syariat Islam seperti hasil faedah dari riba; keuntungan hasil judi dan rasuah, atau kerana berlakunya campur aduk antara aktiviti yang dibenarkan oleh syarak dengan yang sebaliknya. Lebihan dana atau hasil yang tidak patuh syariah ini boleh disalurkan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk kebajikan awam dan sebagainya.

  • Walaupun institusi Baitulmal telah diasaskan sejak zaman Rasulullah lagi namun telah diperbadankan secara rasmi pada zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin kedua Umar al-Khattab yang dikenali ketika itu sebagai Diwan dan kemudiannya dinamakan sebagai Baitulmal. Di Malaysia, Baitulmal ditadbir oleh kerajaan negeri di bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) masing-masing selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan agama di bawah senarai negeri yang diketuai oleh Raja atau Sultan sesebuah negeri.

  • Dalam konteks yang lebih luas, skop Baitulmal mencakupi peranan yang lebih luas sebenarnya jika dibandingkan dengan konsep Perbendaharaan Negara hari ini yang bukan sahaja berperanan sebagai institusi perbendaharaan negara melalui dasar, amalan dan kepentingannya kepada pemerintah, malah bertindak sebagai bank pusat yang berperanan secara langsung kepada sistem kewangan negara, belanjawan dan dasar fiskal, pembangunan agama serta kebajikan umat Islam.

  • Sehubungan itu, dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu dan bagi memastikan survival umat Islam terus terpelihara maka fungsi dan skop Baitulmal perlu diperkasakan lagi dari masa ke semasa di samping komited mencari dan menambah sumber dana baru dan melaksanakan reformasi dalam usaha penjenamaan semula institusi hebat umat Islam ini. Ini adalah bagi memastikan Baitulmal lebih efisien, kreatif dan inovatif bersesuaian dengan keadaan serta iklim ekonomi semasa.Sejarah telah membuktikan bahawa institusi Baitulmal jika diurus dengan betul dan berkesan mampu membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi dengan sokongan padu dana zakat, wakaf dan sebagainya yang merupakan mekanisme penting serta pengimbang kepada kestabilan ekonomi negara dan umat Islam.

  • Untuk itu juga, Baitulmal perlu lebih aktif dan kompetitif membabitkan aktiviti pembangunan masyarakat dengan meneroka sumber baru seiring dengan model ekonomi baru negara. Sehubungan itu juga, proses penjenamaan semula produk Baitulmal di setiap negeri perlu dilakukan sesuai dengan ledakan dan persekitaran globalisasi yang sentiasa bergerak pantas. Pentadbiran dan pengurusan Baitulmal juga mestilah diperkemas dan diterajui golongan profesional dan pakar berkemahiran yang mampu memberi suntikan baru, membangunkan serta menggerakkan jentera Baitulmal secara yang lebih berkesan dan menyeluruh.

  • Bertepatan dengan penganjuran Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 1430H/2009M dengan tema 'Baitulmal: Masihkah Relevan?' baru-baru ini maka idea-idea yang baru, segar dan lebih praktikal dalam memperkasakan institusi Baitulmal serta menyemak kembali fungsi dan peranan Baitulmal yang sebenar seperti mana pada zaman kegemilangan Islam perlulah direalisasikan dengan segera seiring dengan sejarah institusi Baitulmal di negara kita.

  • Untuk itu, kita perlu menjana dan mengumpul idea serta pemikiran para cendekiawan Islam dari pelbagai lapangan seperti pentadbiran, akademik, undang-undang dan sebagainya dalam memperkukuh institusi Baitulmal di negara kita. Perkongsian pengalaman, kemahiran serta pengetahuan dalam pentadbiran dan pembangunan institusi Baitulmal juga wajar diperluaskan perlaksanaannya. Usaha dan komitmen mengkaji fungsi, peranan dan konsep Baitulmal pada zaman kegemilangan Islam secara serius untuk diterapkan kembali dalam usaha memperkasa institusi Baitulmal di semua negeri harus diperkembangkan di setiap lapisan pentadbiran dan pengurusan dalam segala aspek pembangunan institusi penting umat Islam ini.

  • Cadangan sebuah entiti Baitulmal di peringkat persekutuan bagi menyelaraskan harta milik umat Islam juga wajar dipertimbangkan sebagai mekanisme penggerak ekonomi ummah.Komitmen memartabatkan institusi Baitulmal di negara kita selari dengan realiti dan perkembangan semasa seperti kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan juga Kerajaan Elektronik (e-Government) sangat wajar; dan menggilap potensi-potensi Baitulmal sebagai tonggak pembangunan ekonomi ummah melalui pemantapan sumber sedia ada dan penerokaan kaedah baru yang berpotensi untuk memperkasakan dana Baitulmal.

  • RujukanHailani Muji Tahir, 2007. Institusi Baitulmal dalam Pembangunan Negara. Selangor: Penerbit UKMMurid Fazli Musa, 2009. Lupus harta tidak patuh syariah di Baitulmal. Utusan Malaysia, 24 JunPerkasakan Baitulmal, Berita Harian, 25 Jun 2009Baitulmal perlu diperbadan, Harian Metro, 25 Jun 2009

ALHADHARAH : SIASAH UMMAT UNTUK KEPENTINGAN UMMAH

  • Salam ... Du`at sekelian..


Alhamdulillah ! Syukur kita kepada Allah swt yang menentukan segala-galanya. Selawat dan salam kita kepada Rasul saw dan kaum keluarga serta para sahabat yang dikasihi sekeliannya. Semoga kita semua akan diperkuatkan dengan taufiq serta inayahNya jua, amein, ya Rabbal alamin.

Bertemu sekali lagi kita untuk meneruskan perbincangan perihal politik moden yang berlegar di sekeliling ummat. Ummat Islam dahulu mula terasa kelonggaran diberikan apabila rakyat telah dibenarkan menubuhkan persatuan dan parti-parti politik. Para alim ulama` muttaqin yang selama ini masih setia menerus dan menggerakkan perjuangan bersama-sama ummah kebanyakan, menjadi benteng terakhir ummat Islam di ketika itu. Biarpun golongan beraja dan bangsawan serta sebahagian dari ummat Islam sendiri telah mula larut, hanyut bersama arus kemodenan dan kemajuan yang dibawa oleh penjajah. Golongan tersebut ibarat duri dalam daging, gunting dalam lipatan kepada kehidupan ummah. Merekalah generasi-generasi yang menjadi boneka penjajah di mana-mana. Merekalah yang mengembang dan memperlihatkan budaya hidup penjajah menjadikannya lebih `establish`. Golongan inilah yang membunting dan seterusnya melahirkan UMNO di istana Johor pada tahun 1946.

Para cerdik pandai ummat yang mempunyai kesedaran untuk menuntut kemerdekaan terlebih dahulu menubuhkan PKMM antara tokoh pentingnya Dr Burhanuddin al-Helmi. Satu masalah besar golongan ini ialah tidak cenderung kepada raja-raja yang menjadi boneka penjajah tetapi menguasai pentadbiran Agama Islam. Dengan kuasa sultan dan raja mereka menentukan siapa mufti-mufti dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang boleh menghalang perjuangan sebenar ummat Islam. Lagi pun setiap negeri-negeri mempunyai kepentingannya sendiri yang kadang-kadang tak selaras dalam menentukan polisi Agama Islam waktu itu. Atas alasan yang demikian PKMM menubuhkan Majlis Agama Tertinggi Tanah Melayu (MATA) bagi dapat menyatu dan mendapat mandat tertinggi ummat Islam, sekaligus cuba menyisihkan boneka penjajah (sultan & raja). Melalui MATA dan sokongan ulama`-ulama` mereka seterusnya berjaya menubuhkan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak. Sebab itu sejarah sendiri membuktikan `mood` atau rohnya cukup jelas menggamit kesedaran ummah dan malapetaka atau mimpi ngeri buat penjajah serta bonekanya. Dengan kalimah Arabnya dan lahir pula di tengah-tengah pusat pendidikan benteng ummat.

Apa lagi… kalau tidak diharamkan oleh penjajah mungkin perjalanan sejarahnya berlainan. Para ulama` dan pemimpinnya diburu dan ada yang dibuang negeri.Semua ini seharusnya tidak akan dilupai oleh ummat Islam kini. Tinggallah UMNO dan mereka yang sanggup menjadi boneka atau tidak membahayakan kepentingan penjajah yang kononnya berjuang menuntut `kemerdekaan`. Melihat ada sedikit ruang yang terbuka dengan penuh curiga kerana mereka sentiasa berwaspada ketika `berperang` dengan penjajah jahiliyyah, saki baki pengaruh perjuangan yang mempertahan dan hendak memartabatkan Islam serta untuk menyatukan alim ulama` Tanah Melayu meneroka untuk kali yang seterusnya bagi menubuhkan Persatuan Ulama` SeTanah Melayu tetapi kali ini melalui jaringan UMNO. Mereka menjemput mufti dan pegawai-pegawai agama negeri-negeri serta alim ulama`, sejarah mencatitkan berlaku perjumpaan di Muar awal tahun 1950, seterusnya perbincangan dan penubuhan AJK penggubal di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman KL, akhirnya perjumpaan seluruh ulama` di Kelab Melayu Bagan (Butterworth) yang bersetuju menubuhkan PAS.

Sebagai sayap penting perjuangan menuntut kemerdekaan dan menjadi biro agama bagi UMNO sendiri. Muktamar pertamanya terus diadakan di Daeratul Maarif Wataniah Kepala Batas. Alamat resmi PAS waktu itu 721 Kepala Batas, Seberang Perai, dipercayai kediaman Sheikh Abdullah Fahim. Antara tokoh-tokoh penting ketika itu ialah Haji Ahmad Puad, Haji Ahmad Maliki, Hj Ahmad Tuan Husin, Hj Ahmad Badawi sendiri serta ramai lagi tokoh-tokoh berpendidikan Timur Tengah. Kepada anak-anak muda terutamanya anak-anak generasi Malaysia jangan terkejut! jika UMNO dilahirkan di serambi istana, maka PAS pula dilahirkan di serambi UMNO yang dibidani dan disambut oleh orang-orang UMNO Seberang Perai.

Dua`bersaudara` yang berlainan cita-cita dan pembawaan akhirnya berpisah juga dek perselisihan pendapat dan pengaruh idealisma politik ketika itu. Issu loteri kebajikan seperti pepatah retak menanti belah, PAS yang dipimpin oleh Haji Ahmad Puad terkeluar dari induknya UMNO. Manakala Dato` Onn Jaafar sendiri yang menubuhkan UMNO pula keluar darinya menubuhkan Parti Negara. Haji Ahmad Puad sendiri selepas itu nampak lebih memihak kepada Dato` Onn lalu meninggalkan PAS. Sedangkan Haji Ahmad Maliki pula kekal dalam UMNO dan menyokong Tunku Abd Rahman dan menentang gagasan `jus soli` dasar sama taraf yang dikemukakan Dato` Onn. Dalam issu `jus soli` ini ummat Islam mutakhir sepatutnya melihat kedua-duanya menguntungkan musuh Islam, yang berbezanya hanyalah pekej sahaja. Sebab itu apabila masa berlalu UMNO Tunku Abd Rahman juga yang melaksanakan dasar-dasar saranan `jus soli` itu sampai sekarang.

Berbalik kepada ruang politik dan akhirnya menjelang diadakan pilihanraya 1955 oleh penjajah, ulama`-ulama` masih lagi menganggap perkembangan ini ada `kesamarannya`. Tetapi ummah jangan lupa bahawa mereka yang berjuang selama ini tetap meneruskan perjuangan dengan cara sedia ada (tradisional), cuma politik pilihanraya sesuatu yang baru bagi mereka waktu itu. Sebab itu sebagai ulama` yang berhati-hati ada yang tidak langsung menerimanya. Bagi mereka yang memberanikan diri mencubanya pun, masih lagi menganggap sebagai suatu tajribah (eksperimen) sejauh mana keberkesanan dan keharusannya dari segi syara`. Sebab perkara ini perkara baru timbul, mahu tidak mahu bagi mereka ijtihad amali adalah jalan keluarnya. Permasalahan ini membuka ruang pengkajian di kalangan cerdik pandai ummat akhirnya menghasilkan satu kaedah atau pegangan bagi perjuangan ummat Islam, iaitu `muwajahah silmiyyah`.

Muwajahah silmiyyah membawa maksud kita boleh mengambil ruang-ruang kebebasan yang ada dalam sistem bukan Islam samada demokrasi atau lain-lain untuk menyampai dan menerangkan perjuangan Islam.


Para ulama` dahulu masih memahami bahawa ruang yang masih dapat dikuasai dan dibentengi oleh ummat Islam seperti di kampung-kampung atau pondok itulah ruang yang sihat yang masih tinggal bagi ummah (hadharah ummah). Sebab itu pandangan umum ummat Islam sendiri semasa era penjajahan ratusan tahun bahawa sultan dan raja telah terpisah jauh dari tapak (hadharah) ummah dengan kehidupan `beraja` dan kemewahan mereka. Manakala ulama`-ulama` yang menjadi pengampu dan memegang jawatan dalam kerajaan ketika itu juga disisih dari arus ummah kebanyakan.

Oleh itu salah satu sebab penting mereka berusaha menubuhkan Majlis Tertinggi Agama Islam bagi Tanah Melayu yang benar-benar dari kemahuan ummat Islam dan bebas dari telunjuk penjajah. Inilah suasana yang terdapat dibelakang tertubuhnya Hizbul Muslimin dan Persatuan Ulama` dalam UMNO yang menjadi PAS.

Sebab itu bagi saya jika ummat Islam sekarang masih lagi tidak mampu untuk melihat permasalahan ini atau membiarkan ummah diperbodohkan oleh golongan `berdarjat` ini kononnya merekalah ketua bagi urusan Agama Islam adalah sesuatu yang terlalu malang. Selama beratus tahun mereka ini tidak pun pernah hidup bersama-sama kesusahan ummah. Seruan atau kalimah `ummah` bagi mereka ialah ketika memberi ucapan perasmian atau perayaan hari-hari kebesaran ummat Islam dan khutbah-khutbah yang rasmi.

Jika kewujudan mereka ini di dalam dunia ummat Islam seperti `pengemis atau peminta sedekah` tidak menjadi masalah besar kepada ummah, kerana sesiapa yang bersimpati boleh sahaja menghulurkan pemberiannya. Tetapi golongan ini bukan seperti itu, mereka adalah lintah darat yang menghisap darah ummah, malah lebih teruk lagi, merekalah yang hidup bersenang-lenang, mentekedarah hasil mahsul yang sepatutnya dimiliki oleh semua ummat Islam selama ratusan tahun… hingga sekarang. (insyaAllah bersambung)

Dari-Ibnu Ramadhan.

Sunday, June 28, 2009

MANEK URAI : TAUKE IKAN LWN TAUKE GETAH...







  • Petang ni di Manek Urai jam 4 petang, UMNgOk akan mengumumkan calon mereka. Mahyuddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkannya calon tersebut.
  • jika tiada aral melintang, akan bertembung 2 orang taukeh besar di Manek Urai...PAS mempertaruhkan taukeh ikan dan UMNgOk pula mempertaruhkan taukeh getah. secara peribadi aku nampak kelebihan ada pada calon PAS yang merupakan seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai.
  • Calon UMNgOk pula nampaknya terpaksa bekerja keras untuk menambat hati bakal pengundi.Kenapa aku cakap macam tu..? sebabnya pada pandangan kasar aku, taukeh ikan yang ditonjolkan oleh PAS lebih dikenali kerana majoriti penduduk Kuala Krai khasnya Manek Urai sudah kenal akan calon PAS.
  • majoriti penduduk Kuala Krai pasti pernah berurusan dengan Fauzi Abdullah di pasar Kuala Krai dalam urusan jual beli ikan. kah kah kah kah kah ... !!!Tapi rasa-rasa koran la... adakah majoriti penduduk Kuala Krai pernah berurusan dengan taukeh getah..? erm...Secara lojik la... setiap rumah wajib ada dapur dan mustahil ada isi rumah yang tak makan ikan dan secara lojik juga, bukan setiap tuan rumah ada kebun getah... jadi...Korang pikir la sendiri..! kah kah kah kah kah ... !!! pimpinan PAS memang bijak dalam memilih calon. tahniah.
  • ni ialah gambar-gambar sekitar majlis pengisytiharan calon PAS di Manek Urai Lama yang tak sempat aku uploadkan haritu. agak-agak korang la... dapat ke UMNgOk kumpulkan jumlah penonton sebagaimana yang PAS dapat kumpulkan..?
  • Punggah pakai bas tak aci woi..! ... copy daripada Perak Ekspress...

Saturday, June 27, 2009

MANEK URAI : PENYAMARAN : BAPAK SEGALA KEJAHATAN MUNCUL..


Salam ... du`at yang berbahagia...
Percayalah wahai du`at sekelian.. bapak segala kejahatan akan muncul di Manek Urai.. UMNO dan sekutunya UBN akan melakukan apa sahaja cara tidak kira halal atau haram untuk memastikan mereka menang dalam pilihanraya kecil ini... Saya ambil copy paste tulisan di bawah ini dari blog lain yang saya rasa ia telah sedang dan akan berlaku dengan lebih tersusun lagi penyamaran UMNO dalam mengambil hati pengundi Manek Urai..
Mereka akan menjadikan penduduk Manek Urai sebagai "anak emas" dalam masa terdekat ini. Oleh itu kepada pengundi Manek Urai, buatlah persiapan sebab anda akan menerima tetamu2x `yang baik-baik belaka`. Mereka akan masuk kampung dengan berkain pelikat, berbaju melayu, berkopiah, sangat-sangat baik hati.

Mereka ini seorang yang zuhud, suka menolong masyarakat kampung, tidak suka bermewah.
Mereka telah tinggalkan jam rolex, ulysse nardin, IWC, pen montblanc, tie gucci, kasut bally, semata-mata untuk bersama anda dan memahami bagaimana penderitaan anda. Mereka sekarang sedang berusaha menghafal satu dua hadis, sepotong dua ayat al-quran, sebab mereka merasa telah terlalu jauh dari Al-Quran dan Sunnah.

Terimalah mereka dengan hati terbuka jangan sakiti mereka. Kita boleh berbicara dengan mereka, tetapi kalau ada hasrat nak bersatu dengan mereka, bak kata orang London "Unity Government" lupakannya dan flush kan idea tersebut kedalam jamban.

Kepada sahabat di Penanti sorilah sebab tetamu ni; tak singgah ditempat anda.

Pada sahabat-sahabat dikawasan lain spt Bachok, Marang, Rhu Rendang, minta maaf juga, disebabkan Manek Urai dah jadi anak emas, anda hanya layak jadi anak tiri. So, kalau anda terima tetamu ini dimasa akan datang, maka berhati-hatilah.

Akhir kata syabas penduduk Manek Urai, semoga anda berubah wajah dua minggu lagi. "
Para Du`at sekelian... bertugaslah di Manek Urai sebagai petugas yang begitu arif dalam selok belok politik pilihanraya `ghairu solehah` ini... Penyamaran mereka itu laksana seekor sesumpah hidup yang sedang mencari mangsa ... Inilah yang dinamakan `RAKSUL KHABA`ITH` iaitu bapak segala kejahatan atau kemungkaran muncul di Manek Urai dalam menagih simpati rakyat untuk berkuasa ...
Sekian .. Wassalam

BERTUAHNYA SEORANG AYAH YANG MENINGGALKAN ANAK BERNAMA SALAHUDDIN AYUB

Ketika di Malaysian Hall, Abbasiyah, Kaherah, Mesir

Salam .. Du`at yang dirahmati Allah sekelian...


"Bertuahnya seorang ayah yang mempunyai anak bernama SALAHUDDIN AYUB, (laksana pejuang masa lampau Salahuddin Al Ayyubi) Naib Presiden PAS yang baru, boleh digelar pejuang gigih yang mempunyai ketrampilan `bersahaja` dan `santai` , sentiasa bersikap tenang dan `relax sokmo`"... Inilah kata-kata saya, sebagai mewakili pimpinan PAS Kepala Batas kepada Sdr YB Salahuddin Ayub di atas kembalinya ayahandanya ke dalam Rahmat Allah..Saya mendoakan agar ruhnya ditempatkan bersama para Syuhada` dan Solihin..Bapa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob selamat dikebumikan jam 11.00 pagi tadi setelah menghembus nafas terakhirnya kira-kira pukul 12.15 malam tadi.

Allahyarham Haji Ayob Omar, 75 terlantar di hospital kira-kira tiga bulan yang lalu setelah mengalami kemalangan jalanraya. Beliau meninggalkan seorang balu, Aminah Abdullah, 60, dan tiga orang anak serta 13 orang cucu. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor pada pukul 11.00 pagi tadi..

Al Fatihah...

CALON PAS MANEK URAI ABANG KAWAN KU..


Salam ..Du`at sekelian...

Alhamdulillah calon PAS untuk pilihanraya kecil Manek Urai telah diketahui.. Rupa-rupanya beliau adalah abang kepada kawanku iaitu Sdr Fauzi Abdullah.. Kawanku ..namanya Razali Abdullah seorang Registered Surveyor terkenal di Pulau Pinang yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekarang ni..

Muka depa dua sebijik sama saja.... Sebenarnya selepas saya pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ni.. saya menelefon kawan saya ni.. Razali ni.. saya tanya dia ..tak jadi calon kah di Manek Urai ni.. kerana dia pun pernah menjadi penyelia DUN Gaal sebelum ni... Razali bagi tau kat saya.. nama dia berada pada rangking ke 5.. tapi abang dia .. Fauzi .. berada pada rangking pertama selain daripada seorang lagi calon popular iaiti Sdr Basit Abd Rahman , abang kepada YDP Kuala Kerai yang baru, Us Abd Latif Abd Rahman...

Mohd Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini. Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan telah mengumumkan sebentar tadi di Markaz PAS Kampung Manek Urai Baru.

Sekian Wassalam...

Thursday, June 25, 2009

LAMBAT `LEPA` WARTAWAN CALL.. JAWAB `BERJABU`.. BERHATI-HATILAH...

Salam perjuangan... Pendakwah yang dihormati..

Baru-baru ni terbaca dalam blog sasterawan negara Sdr Azizi Abdullah bagaimana beliau menegur pimpinan PAS atau PR yang suka atau terlebih suka memberi statement kepada akhbar-akhbar sehingga kadang-kadang kata-kata mereka itu di`manipulate` oleh akhbar-akhbar arus perdana... sehingga menimbulkan suasana yang agak `chaeos` atau gelisah kepada ahli di peringkat `grass root`..

Teguran yang baik ini perlu perlu diambil kira oleh semua pimpinan PAS dan PR.. Walaupun begitu .. perlu difahami oleh kita semua ... Pimpinan kita memang sentiasa berhadapan dengan media masssa.. Positifnya ialah hebahan melalui media ini merupakan salah satu wasilah dakwah terbaik dan juga penyebaran maklumat kepada rakyat keseluruhannya..

Apa yang nak dikongsi bersama ialah ... setakat dua hari ini.. saya sendiri dihubungi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan beberapa kenyataan berkenaan dengan isu-isu semasa dan juga hal ehwal berkaitan politik. Ada yang nak ambil gambar... ada yang nak buat appointment.. ada yang bertanya isu sensasi baru-baru ini yang saya sendiri pun tak nak sebut dan tulis di sini.. Ada yang tanya halatuju PAS Penang.. Ada yang tanya .. mana `blueprint` PAS Penang.. Mana pelan induk atau `masterplan` PAS Penang.. Soalan-soalan sakan semua.. Tapi semuanya saya `reserve`.. Siapalah saya nak jawab semua persoalan tu...

Ada PA wakil rakyat atau YB YB telefon saya ..tanya pendapat.. nak masuk dalam buletin dan akhbarnya... Saya pun hairan sebab apa tanya dan call saya .. sebab apa tak call Bg Mad ka.. Us Salleh ka... Mujahid ka... atau orang-orang akhbar ni .. depa dah `cemuih` dengan ulasan pimpinan sedia ada ka.. Depa nak dengaq daripada `orang baru` ka.. depa nak try `test market` kot.. Orang baru dalam pasaran politik Pulau Pinang.. Hah.. Macam-macam no...

Saya mengambil kesimpulan sebegini... dalam kita nak mempromosi PAS dan berdakwah melalui media massa atau akhbar2 hari ini.. pemimpin tak dapat elak daripada memberi pendapat dan pandangan apabila diminta berbuat demikian .. cuma berhati-hatilah.. jangan lebih sudu dari kuah .. dan jangan bersikap `lambat lepa wartawan call.. jawab tak dak `filter` langsung``` .. Tulisan ini adalah peringatan untuk saya terutamanya yang masih baru dan `kanyaq` lagi sepak terajang politik `ghairu solehah` ini...

Tuesday, June 23, 2009

SAF KEPIMPINAN PAS PULAU PINANG SESI 2009-2011


PULAU PINANG, 23 Jun : - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berharap perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri sessi 2009-2011 semalam dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.Kemenangan bagi PAS di negeri ini amat penting kerana satu kerusi yang di menangi oleh bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir tidak mencukupi.

Kita perlukan kepimpinan yang dapat mengali kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.Jadi, semuanya harus menyasarkan program ke arah itu di samping turun padang selalu, " kata Ustaz Saleh ketika dihubungi selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pejabat PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Menurut beliau antara mereka yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa, Haji Mohamad Sabu dan seorang tokoh muda, Rosidi Hussain.Jawatan Setiausaha Perhubungan dikekalkan kepada Fazhil Kemi manakala Ustaz Taqiudin Hamzah diamanahkan sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri diserahkan pada bekas Setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak.

AJK Tambahan ialah Mohd Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Bukhari Ghazali, Jamaludin Said dan dua orang muslimat yang belum dilantik.

Pada mesyuarat ke dua nanti katanya, semua lajnah akan diberikan kepada individu yang difikirkan sesuai dan mampu membawa anjakan serta perubahan terhadap PAS selari dengan perkembangan terkini.Bukan itu sahaja malahan PAS Pulau Pinang juga mahukan persahabatan dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP diperkemaskan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Kita mahukan kemenangan maka kesatuan tenaga antara Pakatan Rakyat akan diperkemaskan. Rakyat akan menilai sekiranya kita bergerak bersama bukanya berpecah dan mementingkan diri sendiri, " tegasnya. Harakahdaily

JANGAN `LIBAS` DAN `SMASH` DAH KALAU ADA BOLA TANGGUNG LAGI..



Assalamu`alaikum.. Pendakwah dikasihi...


Alhamdulillah.. pertemuan pemimpin-pemimpin PAS pusat semalam merupakan satu sejarah yang menunjukkan betapa semangat ukhuwwah begitu tinggi yang diamalkan dalam Jamaah Islam ini.. melegakan semua pihak.. UMNO dan pasukan medianya `kantoi` terus.. tergamam.. lalu berkatalah Najib, .. Kami boleh tadbir negara ni bersendirian.. (Mungkin dalam hatinya.. berkata .. `punggah`.. habihlah kita .. macam selalu mamak Maidin sebut)..


Walaupun begitu kita semua sebagai pendokong dan aktivist PAS .. jangan ambil sambil lewa dan bersikap leka kerana UMNO dan kuncu-kuncunya akan terus mencipta apa sahaja isu atau masalah yang boleh dilambung dalam media lalu akan di`libas` atau di`smash` semula oleh kita semula kalau kita tak berhati-hati..


UMNO .. buat masa ini.. sejarah telah membuktikan.. bukan hanya musuh kepada PAS dan Pakatan rakyat dalam karenah berpolitik di Malaysia ini.. tapi UMNO bermusuh kepada ISLAM itu sendiri.. Daripada ucapan-ucapan biadap dan`kurang ajaq` pemimpin-pemimpin mereka sehinggalah kepada tingkah laku buruk yang berpunca daripada hati perut busuk mereka, mereka adalah musuh kepada kepada perjuangan ISLAM.. sehingga terkadang boleh menjurus kepada syirik kepada Allah `Azzawajalla..


Pimpinan mereka akan mencuba sedaya upaya .. mencipta suasana atau isu atau perkara atau masalah atau cuba `create` havoc atau apa saje cara untuk kepentingan survival politik dalam menarik sokongan rakyat kepada mereka.


Oleh itu.. janganlah kita semua bersikap `latah` atau menari semula dengan lenggang lenggok tari menari media pro UBN dan UMNO seperti sebelum ini.. walaupun mungkin ada bola tanggung yang diangkat oleh orang kita sendiri.. Kita tak akan masuk `lubang biawak` kali kedua berturut-turut.. Bermuhasabahlah...


Sekian ... Wassalam...

Sunday, June 21, 2009

KENAPA AKU DIPILIH?... SEKALUNG TAKZIAH UNTUK DIRIKU?.


Salam ... Du`at yang dikasihi ...

Aku merenung jauh ... memikirkan pengurusan diriku... dan juga Jamaahku yang ku dokongi sejak aku mula mengenali dan memahami betapa pentingnya menggabungkan diri dengan Jamaah Islam dalam merealisasikan Islam dalam kehidupan ini...

Aku memikirkan diriku ini ... kemampuan diriku dalam mengurus diriku sendiri supaya aku sentiasa dekat bertaqarrub terhadap Allah setiap masa dan ketika.. Tuhan Yang Maha Perkasa...

Aku memikirkan masa yang aku luangkan bersama dengan anak-anak yang menjadi pewaris hidupku dan penerus perjuanganku selepas kematianku...

Aku sentiasa memikirkan bagaimana isteriku yang tidak banyak soal atau `songel` dengan kerenah dan `style`ku dalam mengurus rumahtangga bersamaku...

Seterusnya aku juga melayan fikiranku melayang-layang entah ke mana.. memikirkan sesuatu yang tak pasti atau memikirkan sesuatu yang aku tak perlu berfikir... secara tiba-tiba bagaikan letupan bom `jangka` dalam diriku apabila aku diberitahu bahawa aku diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang sesi 2009-2011..

Aku kelu seribu bahasa ... terdiam tak terkata apa-apa.. secara tak semena-mena... fikiranku berputar laju bagaikan roda `impain`.. Kenapa aku.. bukan orang lain... apa ada padaku sehingga aku terpilih menjawat satu jawatan yang begitu besar pada pandanganku...

Fikiranku berputar lagi... Tiada apa-apa yang berharga padaku yang boleh dimanfaatkan oleh pimpinan... Aku melayani perasaanku... Ada orang tak suka pada kerja buatku.. Ada orang bermusuh denganku.. Ada orang yang tak percaya padaku.. Ada orang meluat dengan perangaiku... ada orang tak puas hati padaku... Aku terus melayani perasaanku... Aku ramai musuh... Aku sibuk dengan tugasan harianku...

Aku terus melayani perasaanku.....
  • Sekiranya aku dipilih kerana professionku sebagai seorang peguam.. anda telah melakukan kesilapan besar..
  • Sekiranya aku dipilih kerana aku dikatakan pro Ulamak... anda juga telah melakukan satu lagi kesilapan besar..
  • Sekiranya aku dipilih kerana aku dikatakan berpihak kepada kumpulan Erdogan.. bertambah-tambahlah anda melakukan kesilapan...
  • Kalau sekiranya aku dipilih kerana aku menjadi YDP Kepala Batas yang baru... anda telah melakukan seribu kali kesilapan kerana aku masih belum `proven` lagi kerja buatku...
  • Sekiranya aku dipilih kerana aku pernah menjadi Setiausaha Ulamak Pas Negeri Pulau Pinang.. anda juga silap kerana selama hampir tiga tahun aku tidak `perform` pun.. mungkin ada sebabnya..
  • Sekiranya aku dipilih kerana aku dikatakan boleh berhujah dengan baik yang akan digunakan dalam pertemuan dalam Majlis Pakatan Rakyat.. anda melakukan sejuta kali kesilapan kerana aku masih `kanyaq` lagi dalam sepak terajang politik `ghairu solehah` ini.
  • Sekiranya aku dipilih kerana aku dikatakan tidak pro mana-mana `team` dalam PAS ini.. anda melakukan kesilapan besar kerana aku teramat benci... benci... benci... benci... benci...kepada tangan-tangan ghaib yang membawa agenda UMNO dalam PAS... iaitu dalam mewujudkan team-team ala UMNO dalam PAS.
  • Sekiranya aku dipilih kerana aku dikatakan boleh berkomunikasi dan berceramah dengan hemah dan hikmah di hadapan mad`uwwin yang berbeza.. anda juga melakukan kesilapan yang besar kerana aku terasa nak termuntah dengan andaian itu...
  • Kalau sekiranya aku dipilih adalah kerana aku dikatakan boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik .. anda telah melakukan lagi satu kesilapan besar kerana aku tercungap-cungap mencari kalimah-kalimah Inggeris bila nak `speaking`..
  • Kalau sekiranya aku dipilih kerana aku dikatakan aku boleh bercakap bahasa Arab dengan baik.. aku terasa macam nak `lari malam` dan menyorok di belakang Us Soid Md Amin.. Ketua Dewan Ulamak Pas Pulau Pinang.. anda terus melakukan kesilapan demi kesilapan..
  • Sekiranya aku dipilih kerana dikatakan aku `handsome`, boleh menarik ramai pengundi muda mendekati dan mengundi PAS.. aku tertawa kuat... kah...kah...kah...kah...kah...kah... alasan tak matang macam budak-budak sekolah rendah...sedangkan depa kata `anak keling` mana mai pun tak tau kat aku ... anda terus melakukan kesilapan ...
  • Kalau sekiranya aku dipilih kerana nak mengenengahkan professional PAS semata-mata.. anda telah melakukan kesilapan besar kerana terdapat juga ahli Professional yang tidak professional seperti mana muncul dalam Muktamar di Selangor baru-baru ini malah lebih teruk daripada yang tidak professional.. lebih kurang `mangkok ayun` kot.
  • Sekiranya aku dipilih kerana nak menonjolkan imej PAS Penang lain dari yang lain.. anda silap kerana memang PAS Penang sejak dahulu lagi lain dari yang lain...
  • Sekiranya aku dipilih kerana dikatakan aku berpotensi untuk merapatkan ukhuwwah sesama pimpinan PAS Penang... anda juga silap kerana siapalah aku kalau dibandingkan dengan pimpinan lain yang lebih berkebolehan macam Us Khalid Man....
  • Sekiranya aku dipilih kerana PAS nak `satu perubahan` dalam kepimpinan baru.. anda melakukan jutaan kali silap kerana perubahan demi perubahan yang dilakukan setiap tahun terus dicemburui oleh mereka yang ber`hati busuk` yang sentiasa berkokok ..riuh rendah sekampung.. membawa `mulut` dengan finah yang bukan-bukan dan membabi buta ...
Aku terus melayani fikiranku lagi... Sebab ape ye... sebab ape ye... Sekali sekala terasa macam aku dipergunakan.. Astaghfirullah Al `Azim.. Apa aku fikir ni... Kenapa aku jadi begini.. berfikir yang bukan-bukan.. yang tak sepatutnya difikirkan lagi... Ayuh ... buat kerja .. Tunggu apa lagi.. jangan pikiag teghok-teghok sangat... Aku terus melayani perasaanku..

Lalu aku terfikir sejenak .. kenapa aku mengikut perasaanku yang bukan-bukan... memikirkan sesuatu yang tak ada kesudahannya.. lantas aku teringat kembali sedikit ilmu yang aku perolehi semasa mengikut program ESQ beberapa bulan yang lalu di Politeknik Pulau Pinang...

Sebagai pemimpin aku perlu mengikuti kehendak SUARA HATI yang berada jauh di dalam lubuk hatiku.. Suara hatiku berkata ... Perasaanku tenggelam dengan kelebihan yang ada pada suara hatiku itu... Lantas suara hatiku berkata ... Terimalah.. dan laksanakanlah amanah dan cabaran sebagai TPJ Penang ini sekadar kemampuan diriku... Takbir...

Friday, June 19, 2009

PARA DU`AT YANG DIHORMATI... BINALAH BLOG SENDIRI...

Salam .. Du`at yang dikasihi...

Semua orang boleh bina blog sendiri yang boleh menjana wang tambahan yang silap haribulan boleh melebihi gaji mereka sendiri....

Rahsia Mudah Bagaimana Membina Blog Anda Sendiri Langkah Demi Langkah Dari A-Z Dibongkarkan!!

Dan Semua Orang Pasti Dapat Memiliki Blog Sendiri Untuk Pelbagai Tujuan Samada Sebagai Diari, Untuk Perniagaan, Perbincangan, Berkenalan, Hobi dan Minat..Dan Juga Boleh Mencari Wang Sampingan!!!

Daripada: Jamaluddin Bahari (penerbit) & Yazid Yahaya (penulis)

Tarikh: 19 June 2009

Sahabat-sahabat Yang Amat Dihormati,

Anda sering mendengar ramai orang yang berjaya memiliki blog mereka sendiri. Tidak kira mereka seorang ahli politik, ahli perniagaan kecil atau besar, artis, dan ramai lagi. Mereka yang sebelum ini tiada memiliki blog kini selangkah lagi menuju ke arah kejayaan. Tahukah anda, dengan memiliki blog kisah hidup anda boleh berubah? Blog juga mampu mempengaruhi dunia? Anda boleh lihat blog-blog yang dimiliki oleh Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Tun Mahathir (bekas PM), Raja Petra (Blogger Terkenal), dan juga yang dimiliki oleh ramai insan yang terkenal lagi.

Dari situ kita dapat lihat betapa besarnya pengaruh bog dalam kehidupan masa kini. Anda juga perlu memiliki blog! Kita perlu memiliki blog sendiri bagi tujuan perniagaan, minat, kredibiliti, diari dan lain-lain. Dalam laporan ini saya menumpukan lebih mengenai kelebihan blog sebagai penjana wang pendapatan sampingan. Anda berminat untuk memiliki blog sendiri tetapi anda memikirkan :
  • "Mereka tu memang ada ijazah dalam dunia IT, bolehlah diorang bina blog mereka sendiri di internet...."

  • "Diorang tu memang orang yang berpengaruh, aku ni insan biasa jer...tak perlulah nak ada blog"

  • "Nak upah orang buat blog mahal..aku ni gaji cukup-cukup makan je"

  • "Orang kata kita dapat buat duit dengan blog..tak percaya lah aku.."

  • "Mesti aku tak cukup masa dengan keluarga jika aku ber'blog' ni..yela, menghadap PC jer setiap masa.."

  • "Aku ni kurang bakat dalam menulis artikel ni, so macamana pula aku nak buat artikel dalam blog aku nanti..."

  • Dan bermacam-macam anggapan yang nwujud di fikiran anda apabila anda memikirkannya..

Kini Anda Perlu Mengatakan "Tidak" kepada semua perkara di atas!!!

Mengapa? Ini adalah kerana saya akan memperkenalkan anda kepada suatu panduan mudah bagaimana untuk anda memulakan pembinaan blog anda sendiri dengan cepat, mudah dan berkesan. Dan anda juga diperkenalkan segala ilmu yang diketahui oleh saya mengenai:
BLOG

Ya, ianya adalah mengenai BLOG!

APA ITU BLOG?



Blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya dibina dan dikemaskini oleh seseorang individu atau organisasi tertentu yang juga dikenali sebagai 'blogger' untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video. Blog juga biasanya mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan.

Kajian yang dilakukan tentang penguna dan pembaca blog

Menerusi kajian ‘A Corporate Guide to the Global Blogosphere’ atau Panduan Korporat untuk Dunia Blog Global yang dijalankan oleh Edelman, didapati bahawa majoriti pembaca blog seluruhdunia adalah datangnya dari pengguna Asia. Jepun mencatat keseluruhan 74% pembaca blog aktif, Korea Selatan 43% dan China 39% secara keseluruhan.Jumlah yang ketara ini dikatakan terdorong daripada kecenderungan masyarakat Asia mengikut hal ehwal semasa yang berlaku di negara masing - masing berikutan kepercayaan terhadap media tempatan semakin berkurang.

Blog menjadi medan untuk mereka mengetahui pelbagai informasi yang berkaitan dengan negara dan masyarakat. Pembaca blog dari Amerika pula mencatat 27% manakala negara - negara Eropah mengambil 23% daripada keseluruhan pembaca blog dunia.Di Malaysia pula bidang blog ini masih baru dan sedang semakin popular pada anak-anak muda dan untuk pengetahuan anda semua di Malaysia ini ,siaran television seperti prima pun telah mengadakan sesi untuk temuramah untuk para blogger.Nampaknya bidang perniagaan melalui blog ini semakin Popular di Malaysia ini.


Kebanyakan blog yang dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi, minat, bakat, kerjaya dan pengalaman diri mereka sendiri. Sesiapapun boleh memiliki bog, tidak kira siapapun anda! Tidak kira anda seorang guru, doktor, jurutera, pekerja kilang, pelajar, remaja, dewasa mahupun yang sudah berumur, samada lelaki ataupun wanita...Setiap orang boleh memiliki blog sendiri...

YA, SEMUA ORANG PERLU MEMILIKI BLOG!


Semua orang perlu memilki blog, walaupun seorang pembuat roti, seorang penasihat, kaki MLM,pelajar,perdana menteri, usahawan Internet pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan salah satu tempat peyampaian yang begitu berkesan untuk menyampaikan informasi yang terkini.Selain Friendster dan Myspace atau program seumpamanya,blog dapat mencipta pengaulan tanpa anda sedari serta tempat untuk meluahkan pendapat anda kepada dunia luar.Jadi, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.

Kini sudah tiba masanya semua orang memiliki blog sendiri. Jangan anda biarkan diri anda ketinggalan berbanding dengan orang di sekeliling anda. Masa bergerak pantas seiring dengan kemajuan yang dikecapi oleh kita...Usah biarkan diri anda diselubungi angan-angan...



TAHUKAH ANDA, DENGAN MEMILIKI BLOG SENDIRI, ANDA MAMPU MENJANA WANG TAMBAHAN MUDAH TANPA ANDA SEDARI!


Sebagai seorang yang ingin mencari wang tambahan dari internet, anda tidak perlu mempunyai modal yang besar untuk membina perniagaan internet. Blog adalah paling terbaik untuk membina perniagaan internet kerana ianyanya murah, cepat, mesra serta senang jika anda ingin menjual atau mempromosi sesuatu produk kepada sesiapapun kerana di dunia ini terdapat berbilion penguna internet diseluruh dunia yang mengunakan internet untuk mencari maklumat serta produk -produk yang terkini..

Sekian Wassalam...

Monday, June 15, 2009

KENYATAAN MEDIA : ABABIL PUM gesa jangan mempolitikkan Isu kesesatan Liberalisme Sisters In Islam..

Kenyataan Media pada 15 Jun 2009

Muktamar PAS kali ke-55 yang lepas memperlihatkan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sisters In Islam (SIS) yang membawa aliran Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan Syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya menjadi perdebatan yang hangat oleh pihak parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang lain. Isu ini semakin dipolemikkan sehingga masyarakat bertambah keliru tentang masalah yang timbul dan mungkin mengambil tindakan ‘lepas tangan’ dalam memahami persoalan akidah yang menjadi teras pegangan setiap umat Islam.

Mutfi Perak, Sahibus Samahah Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal SIS disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam. Namun, beberapa pemimpin parti politik menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan PAS supaya SIS diharamkan. Usul Muktamar Pas ini nampaknya sudah dijadikan mainan politik sehingga menyebabkan kekeliruan yang besar dalam masyarakat. PAS hanya mendesak pihak yang berwajib untuk menyiasat SIS dan bukan menghukum SIS haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. SIS dan penyokong mereka telah mengambil kesempatan untuk mempolemikkan isu ini dengan mengetengahkan isu ekstrimisme ulama’ dan hak kebebasan bersuara. Isu akidah dan Syariat Islam tidak harus dipolitikkan sebegitu rupa terutama sekali dalam konteks Islam sebagai agama persekutuan negara Malaysia.

Islam Liberal sudahpun difatwakan sesat dan bercanggah dengan Syariat Islam dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-74 yang lalu. Pengeluaran fatwa ini merupakan tepat pada masanya apabila sejak akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap Syariat Islam sengaja digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat. Kewajaran fatwa ini juga dilihat dapat menyekat pelbagai masalah-masalah lain yang bakal timbul dalam aspek kesucian ajaran Islam seperti yang sudah berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menurut Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Abdul Majid iaitu Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaya, fahaman Islam Liberal ini juga akhirnya akan sampai kepada peringkat mempertikaikan wahyu. Beliau juga menambah bahawa antara bahaya ajaran ini ialah akan lahir pengikut yang meremehkan al-Qur’ān, meremehkan hadith dan autoriti ulama’. Ini kerana mereka menganggap ulama’lah yang pandai-pandai “mentafsirkan” Islam, sedangkan mereka mahu supaya sesiapa sahaja dapat mentafsirkan Islam.

SIS dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember 2000 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan beragama yang menjadi kontroversi hangat sehinggalah timbulnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba direalisasikan pada bulan Februari 2005 yang lalu. Perkaitan SIS dengan fahaman Islam Liberal ini juga bertambah jelas pada awal tahun 2005 apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur. Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah meminum arak, pergaulan bebas dan berpakaian kurang sopan. SIS juga dilihat seolah-olah anti-fatwa apabila terlibat secara langsung dalam membantah fatwa pengharaman yoga dan pengkid yang dibuat oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Ini merupakan sebahagian kecil daripada isu-isu yang dipolemikkan SIS dalam menyentuh kesucian akidah dan Syariat Islam.

Antara tokoh Islam Liberal yang sangat terkenal ialah Aminah Wadud, beliau telah membuat bida‘ah kesesatan ibadat yang besar dengan mengimamkan solat Jumaat di mana makmumnya bercampur-baur bersama-sama lelaki dan wanita. Usul menyiasat kedudukan SIS dalam Islam juga dilihat bertetapan memandangkan program Musawah anjuran SIS pada 13 hingga 17 Februari yang lalu, Amina Wadud adalah salah seorang antara hampir seratus tokoh Islam Liberal antarabangsa yang telah dijemput sebagai salah seorang pembentang kertas kerja utama bertajuk “Islam Beyond Patriarchy Through Gender Inclusive Qur’anic Analysis” yang membahaskan tentang kesaksamaan jantina dalam perkara berkaitan Islam terutama dari sudut Perundangan Syariah dalam usaha cuba mentafsir semula al-Qur’ān berdasarkan pandangan mereka sendiri. Peluang kepincangan perjalanan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia nampaknya direbut oleh SIS dalam menjadikan alasan kukuh buat mereka untuk mempertikaikan kewajaran Syariah dalam menjaga hak seseorang wanita. Sepatutnya perjalanan sistem yang dilaksanakan oleh manusia itu dikaji dan diperbaiki semula, bukan mempertikaikan ketetapan hukum Syariah yang mutlak digariskan oleh Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) di bawah kelolaan Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) menggesa semua pihak memberhentikan sebarang pandangan dan kenyataan media terhadap SIS bagi mengelakkan tercetusnya perbalahan dan kekeliruan masyarakat yang bakal merosakkan nilai-nilai Islam dalam diri masyarakat Islam khususnya. ABABIL juga menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri untuk segera menyiasat latar belakang serta program-program kelolaan SIS bagi mendapatkan kepastian dakwaan pihak tersebut terhadap SIS. Hasil siasatan ini juga harus dilaporkan kepada umum bagi merungkai kekeliruan masyarakat terhadap tuduhan SIS membawa fahaman Islam Liberal.

Yang benar,`

Izzat Anwari bin Hasni, Koordinator, ABABIL, PUMPP.(013-4025770)

Disahkan oleh,Ustaz Rosidi bin Hussain, Penolong Setiausaha, PUMPP. b/p YDP PUMPP.(019-4704800)--

`Izzat Anwari bin Hasni,Koordinator,Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL),Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP),Pusat Tafaqquh al-Ghazali,1003 Tingkat 1, Jalan Kubang Semang,13500 Seberang Perai Tengah,Pulau Pinang.Emel: ABABIL.PUMPP@Gmail.comBlog: http://ABABIL.WordPress.com

YDP PAS KEPALA BATAS MENEMPELAK MEDIA KURANG AJAR YANG TERUS MENSENSASIKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN..

Salam.. Du`at yang di hormati...

1. Saya melahirkan rasa kesal dan sedih apabila melihat akhbar arus perdana pro UMNO terus menerus mensensasikan isu kerajaan perpaduan secara melampaui batas.

2. Walaupun begitu.. sebagai YDP PAS Kawasan Kepala Batas.. saya mengambil pendekatan untuk mengatakan bahawa tindak tanduk akhbar akhbar tersebut sebenarnya membuktikan UMNO berada dalam keadaan terlalu tenat.. bagi saya UMNO berada dalam keadaan ` lelah` dalam menagih simpati sokongan rakyat kepada UMNO.

3. Isu perbezaan pendapat di kalangan pemimpin dan ahli politik mengenai kerajaan perpaduan yang disuarakan oleh TG Presiden PAS terus menerus berlaku, disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah...
  • Kurang `mengerti` dengan apa yang dimaksudkan dengan istilah kerajaan perpaduan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Tak faham lalu mengeluarkan pendapat secara melulu di hadapan media lalu terus disensasikan oleh pihak media perdana.
  • Terus berpandangan bahawa ia adalah kerjasama PAS dan UMNO.
  • Tidak mustahil ada yang menggunakan isu ini untuk kepentingan politik semata-mata mengejar jawatan dalam kerajaan atau parti..
  • Ada juga pemimpin yang menggunakan isu ini sebagai `stepping stone` atau batu loncatan untuk menidakkan potensi pemimpin-pemimpin tertentu yang berkaliber yang lain.
  • Terlampau terikut-ikut dan ada yang telah terpengaruh dengan tari menari dan lenggang-lenggok media arus perdana.

4. Saya berpendirian bahawa isu kerajaan perpaduan ini sesuatu yang begitu `kompleks` dan perlu diseminarkan kerana Pimpinan dan ahli PAS terutamanya, perlu memahami maksud dan kaedah sebenar kerajaan perpaduan tersebut kerana ianya sesuatu yang baru dan ilmiah.

5. Ia TIDAK bermaksud kerjasama PAS dan UMNO.. Ini telah dipersetujui dan disepakati dalam Muktamar di Ipoh tahun lepas lagi.. Jadi kenapa ahli PAS melatah.. Jadi kenapa pimpinan PAS melatah... Yang lepas ..lepaslah.. jangan diungkitkan segala kesalahan lalu.. Hindarkanlah perjumpaan rahsia yang tidak dipersetujui oleh pimpinan mahupun mesyuarat pusat.. Kita telah bersetuju bahawa pimpinan PAS boleh berjumpa dan bertemu dengan sesiapa sahaja .. Tidak kira ia datang daripada PPP atau .. MCA.. MIC.. DAP.. PKR... IPF.. GERAKAN.. UMNO dan sebagainya.. Memang telah menjadi budaya dan `syakhsiah` PAS sebagai sebuah parti atau Jamaah Islam untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja.. TG Nik Aziz sendiri pernah mengatakan ..PAS boleh berjumpa ``secara muqabalah`` sahaja ... yang tidak mengikat di antara satu sama lain (no binding agreement)..memenuhi sifat kita sebagai pendakwah .. Jadi apa yang perlu dikhuatirkan.. Ini terbukti apabila Datuk Husam sendiri pergi berjumpa Chua Soi Lek di atas kapasiti `peribadi` bagi menyelesaikan kemelut Perak..

6. TG Presiden dan seluruh kepimpinan telah memberikan komitmen akan memperkasakan Pakatan Rakyat dan TIDAK akan bersama UMNO. Wala`lah kepada pimpinan.. Jadi janganlah ada di antara kita ahli dan pimpinan PAS terburu-buru dan terus tidak boleh menerima perbezaan pandangan antara kita.. Kita perlu menjadikan perbezaan pandangan sebagai sesuatu yang positif dan meningkat daya kereativiti dan pro aktif dalam memajukan PAS dalam arena politik di Malaysia ini.. Janganlah kita terbawa-bawa budaya buruk UMNO dalam PAS.. Bermula dengan beza pandangan akhirnya disudahi dengan caci maki.. kata2 belakang.. fitnah-menfitnah.. tikam-menikam di belakang.. berbohong.. dan sebagainya.. Ini bukan budaya PAS dan Islam itu sendiri..

7. Akhirnya saya menyeru kepada diri saya sendiri dan seluruh pimpinan PAS supaya janganlah terikut-ikut dengan lenggang lenggok dan tari menari media perdana arus perdana yang terus menyanyikan isu kerajaan perpaduan ini.. Berhati-hatilah bila berhadapan dengan media arus perdana ini.. Mensensasikan sesuatu isu yang remeh temeh untuk kepentingan dan survival politik UMNO dan mengharapkan Pakatan Rakyat berpecah merupakan alamat UMNO sudah kekeringan modal dalam menarik perhatian dan sokongan rakyat kepada UMNO.. Pakatan Rakyat perlu kuat dan perlu dilihat kuat...Kalau sekiranya kita sebagai ahli dan pimpinan PAS serta pendokong PR boleh menolak segala finah yang dilemparkan oleh media dan akhbar pro UMNO semasa menghadapi pilihanraya, kenapa pulak kita boleh termakan dengan fitnah daripada media `kurang ajar` ini apabila kita berhadapan dengan pemilihan parti kita?

Sekian .. Wassalam...

Sunday, June 14, 2009

HORMATILAH KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS 2009


Salam .. Du`at sekelian...

Hormatilah keputusan Muktamar baru-baru ini...

Apapun tanggapan dan pahat serta tukul yang berbunyi di luar tidak boleh merubah keputusan muktamar yang lalu. TG Presiden telah mengumumkan barisan pembantu yang akan meneruskan agenda memperkasakan PAS sebagai pemimpin prubahan dengan Islam sebagai teras. Ia adalah suara perwakilan muktamar yang mewakili akar umbi yang bekerja untuk parti.Jangan dihiraukan suara sembang dan sumbang dari media cetak atau elektronik.

Sepaham saya ahli PAS diajar wala dan tsiqah kepada pimpinan. Tak terfikir saya ahli PAS ingin mengatur pemimpin yang dipilih dalam muktamar. Muktamar adalah badan tertinggi membuat keputusan PAS. Lebih malang adanya blogger yang entah dari mana asal usul mencadangkan pemimpin yang dipilih di dalam muktamar menarik diri... SIAPA KAMU????sepatutnya ahli parti yang berasaskan Islam terdidik dengan akhlak dalam menegur dan mengkritik.

Saya tak tahu penyakit apa yang melanda ahli parti Islam sejak kebelakangan ini. Atau mereka ini bukan ahli....apa pun untuk merujuk kepada blog yang ada sila merujuk dengan kawasan masing masing dari segi keterlibatan mereka dalam kawasan masing masing...jika mereka hanya jadi pengkritik dari luar...lupakan...

Kita diseru agar menghormati keputusan muktamar...jadi hormatilah keputusan pemilihan di dalam muktamar juga..tak puas hati bekerjalah dari sekarang menempati JK Kawasan agar dapat menjadi perwakilan dan menukar pemimpin dalam muktamar akan datang.. itu lebih baik. Hormatilah perwakilan anda...tidakkah itu demokrasi yang anda inginkan???

Jika kita menyusup di akar umbi, isu perbezaan pendapat ialah mengenai kerajaan perpaduan. Ianya belum dijelaskan lagi kerana ianya sesuatu yang baru dan ilmiah. Tg Presiden hanya memberi lontaran awal. DSAI dilihat lebih rasional dalam hal ini dari sesetengah ahli dan pimpinan parti sendiri. Moga pandangan DSAI akan melenturkan serangan dari kalangan yang berkiblat kepada beliau.

Saya berpendirian, Muktamar telah memberi kepercayaan kepada pimpinan yang ada. Berilah ruang kepada mereka memimpin dengan kepercayaan yang mereka miliki dari muktamar. Apa yang dibimbangkan ialah PERCANTUMAN PAS DAN umNo. TG Presiden dan seluruh kepimpinan telah memberikan komitmen akan memperkasakan Pakatan Rakyat dan TIDAK akan bersama umNO???? di situ kita bertemu....

Persoalannya mengapa masih ada keraguan kepada pimpinan. Tak percaya kepada pimpinan??? moga penulis tak berakhlak dengan pimpinan dari kalangan ulama cermin diri dalam mempersoalkan kredibiliti ulama..... mereka tidak seperti kita...... solat pun mungkin tak tentu hala waktunya...... cabulnya mulut boleh dibaca dari tulisan yang penuh dengan makian ....Berilah kepercayaan kepada pimpinan pilihan muktamar mengatur perjalanan parti dengan ilmu dan keyakinan pengalaman mereka.

Telah ditegaskan untuk bersama umNO perlu muktamar khas memutuskan... apa ditakutkan... kenapa kita ingin mengikat mereka dengan apa yang kita rasa perlu dan tahu....? Mereka berhujjah dengan Al Quran dan hadis... apa hujah kita???? akal??? emosi...surat khabar?? cerita orang?? prasangka???? hatta sirah sekalipun... boleh kah semua itu mengalahkan hujjah Al Quran dan Sunnah?? Apakah jalan yang mereka pilih bercanggah dengan Al Quran yang merupakan sumber tertinggi parti??? jika salah boleh dikenakan tindakan seperti golongan syiah dulu... tentunya blogger yang cenderung kepada syiah masih ingat sesangat peristiwa itu.....

Marilah kita memberi ruang kepada pimpinan melaksanakan amanah muktamar untuk parti. kita ada ruang 2 tahun dari sekarang untuk menilai. Berilah keadilan sebaiknya buat mereka yang sekian lama kita percayai.... Jika mereka gagal memikul amanah memperkasakan parti...kita akan tukar dalam pemilihan akan datang.... Kejayaan dan kegagalan diukur untuk seluruh pilihanraya Malaysia kerana mereka pemimpin Malaysia.... bukan Manik Urai, Trengganu, Kelantan atau Negeri Sembilan...Tindakan anda menganggu kepimpinan adalah sesuatu yang merugikan jamaah..... biar siapa pun anda... hanya hujjah al Quran layak dikemukakan bagi menyanggah pendekatan yang berpandukan Al Quran jua....

Salinan daripada anaksengat.blogspot.com...

Friday, June 12, 2009

BALIK DARI UMRAH.. KENAPA BANYAK ISU..

Ketika di Madinah... nak pergi ziarah Rasulullah saw


Salam perjuangan...

Du`at yang dihormati... Alhamdulillah setibanya aku di rumah ku dari Mekah semalam.. aku menerima kucupan dan salam daripada isteri tersayang dan anak-anakku... Selama 2 minggu aku berada di Tanah Haram Mekah dan Madinah, isteriku dapat menguruskan rumahtangga dengan begitu baik sekali.. Sebab..kadang2 tu isteriku agak `depending` kepadaku.. Tapi aku yakin sebenarnya isteriku ni boleh `independent` tanpa mengharap sangat kepadaku dalam membina suasana rumahtangga yang munazzamah..

Selama 2 minggu aku tak menulis.. terasa agak kekok mencari idea untuk menulis ni... tapi ..Alhamdulillah setelah meneliti berita beberapa web dan blog-blog serta membaca akhbar alternatif dan perdana .. aku mendapati banyak perkara dan isu yang menjadi topik perbincangan dan bualan mulut rakyat Malaysia... Antaranya :
  • Isu pergerakan Sisters In Islam yang cuba diharamkan oleh PAS.
  • Isu Kerajaan Perpaduan yang tak habis-habis terus menerus disensasikan oleh media `kurang ajar` yang melihatkan dan mengakibatkan terdapat juga pimpinan dan ahli PAS yang melatah dan terikut- ikut dengan lenggang-lenggok dan tari menari media ini.
  • Isu Ulamak dan Professional sebagai pimpinan PAS.
  • Isu Husam dan Bg Mad sabu seolah-olah diketepikan dalam pimpinan utama PAS Pusat.
  • Isu jawatan-jawatan penting dalam PAS Pusat terus mendapat tentangan daripada pimpinan dan ahli bawahan walaupun ia menjadi hak presiden untuk bersyura dan melantik...
  • Isu ucapan Dr asri.. bekas mufti Perlis mengenai SIS.. yang seolah-olah menempelak PAS kerana mempolitikkan isu SIS...
  • Isu perlantikan pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri yang tidak mendapat sokongan pimpinan kawasan dan negeri...
  • Isu DAP dan PKR Penang digambarkan bermasalah mengenai isu perlantikan Tuan Mokhtar Jait sebagai YDP MPSP..
  • Isu DAP Nibong Tebal apabila ketuanya mencabar YB Jawi dan Guan Eng sendiri mengenai masalah `mark up` price semasa urusan pembelian komputer.. Mungkin by election di Jawi pulak selepas ini apabila YB Jawi telah mendatangani satu `undated letter` meletakkan jawatan sebagai adun sekiranya beliau didapati terlibat dalam rasuah oleh SPRM.
  • Isu ketidakpuasan hati segelintir pimpinan dan ahli PAS bawahan kepada keputusan pemilihan PAS pada minggu lepas...
  • Isu kerjasama Pakatan Rakyat yang tidak berapa kukuh..
  • Isu kepimpinan baru negeri2 yang bakal dibentuk oleh Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri juga sayup kedengaran di hujung `dunia`..
  • Isu rasuah pekerja-pekerja MPSP terus meletup dari hari ke hari? Betul ke dah ada tangkapan oleh SPRM ? Dah dakwa dah ke ? Betul ke dengar cite Tok Haji Tok lebai yang kena tangkap?
  • Isu perkampungan High Chapparal di Penang...
  • Isu menantu Sultan kelantan yang sorang tu .. model tu... yang dikatakan didera oleh keluarga mertuanya...
  • Isu runtuhnya stadium di terengganu yang dikatakan ada unsur-unsur rasuah
  • Isu UMNO Perlis bercakaran.. di antara orang Shahidan dan orang MB... mampuih pi lah hampa...
  • Isu UMNO Terengganu khususnya `geng MB Ahmad Said` cuba `berkawan` dengan PAS untuk membentuk kerajaan campuran di Terengganu... Hi hi hi hi .. rasa gelihatilah ... macam main sorong papan tarik papan pulak.. depa ingat rakyat boleh digula-gulakan dengan harga sekupang dua ka...
  • Terlalu banyak isu daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........

Apabila terlalu banyak isu .. fikiran dan kepala otakku jadi kelam .. tak tau nak tulis apa... `Alakullihal dalam beberapa topik selepas ini Insya Allah aku akan menulis mengenai beberapa pengalaman manis mahu pun pahit mengerjakan umrah bersama HPA ILHAM HOLIDAYS yang merupakan salah satu produk HPA INDUSTRIES SDN BHD... Jadi teruslah layari tulisanku ini.. mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.. Nahnu Du`at Fi Sabilillah...

Sekian Wassalam....