PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, May 05, 2009

TUGASKU PUN BERMULA....

Salam.. Pendakwah yang dikasihi...

Selepas solat Maghrib di masjid At Taqwa..pada hari Ahad selepas mesyuarat Agung PAS Kepala Batas tu... aku terima call.. ucapan tahniah yang pertama..dari Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang baru.. Al Fadhil Us Yusni Mat Piah.. Aku kata .. Sheikh.. tanggungjawab besar ni ... amanah Allah.. untuk tengok 33 cawangan di Kepala Batas.. and at the same time aku jugak mengucapkan tahniah kepadanya di atas perlantikan sebagai ketua pemuda negeri yang baru.. Us Yusni ni.. macam adik aku je.. Bagiku.. Ustaz Yusni ni pakar Sirah Nabi.. Beliau mengajar Sirah di masjidku .. di Taman Bertam Indah dah 3 atau 4 tahun lalu... Teruskan mengajar ustaz..

Ustaz Yusni memintaku hadir di Ponsu Seribu sekarang jugak katanya... Enta kena mai jugak la ni di Pongsu 1000 .. ada ceramah ..pemuda anjur .. YB Zaki Ibrahim dari Kelantan dan YB Izzat Syauki dari Kedah akan berceramah.. P 1000 dalam Kepala Batas.. Enta sebagi YDP .. kena hadir.. orang luag mai .. tak kan tuan rumah tak dak plak... Betoi jugak .. kataku dalam hati... Jadi pi lah aku ke P 1000 .. Badan dah letih ni... Pi di sana .. Ustaz Yusni mintak jadi MC plak.. .. La .. kena bercakap lagi.. Selepas ceramah berapi-api dari kedua-dua penceramah.. Lebih kurang pukul 12.30 aku pun balik ke rumah.. Selesai tugas pertama sebagai YDP Kepala Batas yang pertama.. Pagi keesokannya.. aku terbabas.. subuh di masjid.. biasanya jarang aku bersolat subuh di rumah.. tapi bukan kerana letih pasal aktiviti semalaman .. tapi aku sakit perut .. meragam tak tentu pasal... Alasan nampak...

Kelmarin .. aku menyiapkan serba sedikit preparation untuk membentuk kabinet aku di Kepala Batas.. Telefon sana .. telefon sini... sms sana.. sms sini.. Alhamdulillah.. Insya Allah mesyuarat pertama akan diadakan pada hari Khamis ini untuk melengkapkan kabinet saf pimpinan PAS Kepala Batas.. Di celah-celah tu sempat jugak ku menelefon bekas-bekas pimpinan sebelum ini.. untuk mengetahui sedikit sebanyak segala gerak kerja dan masalah sekiranya ada sebelum ini sebagai titik mula untuk memulakan perjuangan di Kepala Batas ini.. Kemudian aku menziarahi mantan YDP Al Fadhil Ustaz Razali Wahid yang kini TYDP, di sekolahnya .. bertanya khabar.. sembang-sembang cara sembang kedai kopi.. Alhamdulillah.. banyak maklumat dapat... Lepas tu aku pi ronda-ronda kawasan Taman Sri Menerong kerana dengar cerita .. penduduk di sini nak tubuh cawangan baru...Selepas kuliah Maghrib di Bukit Mertajam ... aku menghadiri pertemuan dengan Cikgu Pa ..menegenai masalah Penanti.. Jadi Alhamdulillah penjelasan yang cukup baik dari Cikgu Pa...

Hari ni .. dan sekarang ni aku berada di Alog Stag.. di pejabat cawanganku.. Tu yang ada masa sikit untuk `posting` dalam blog ni.. Lepas Zohor ni .. ada appointment di Sungai Petani dengan NYDPku Sdr Mad Akhir.. adalah sesuatu yang ku rasa penting nak dibincangkan tu... Malam nanti selepas Maghrib .. aku dan Mejar Ishak.. ketua Penerangan Cawangan ku akan ke rumah wartawan Siasah/Wasilah ... ada jemputan kenduri.. bini dia nak turun pi Mekah buat Umrah.. umug panjang .. aku kena pi malam ni.. kena jaga ni... media adalah wasilah dakwah terpenting zaman sekarang ni.. After Isyak pulak aku kena pi Cawangan Sri Menerong Insya Allah.. sebagai lawatan kerja atau ziarah cawangan pertama ku... Ya Allah bantulah hambaMU ini untuk terus istiqamah dalam `kerja buat Islam` ini...

Sekian Wassalam...

6 comments:

Anonymous said...

Tahniahhh!! Saudara berjaya utk halangan yg pertama.Banyak lagi yang YDP akan tempuhi samaada suka atau tidak.Terpaksa cerobohi.Yang penting bila ada call kena jawap jangan dok buat diammm...tau,tau lupa nak reply.Sekarang ni YDP,hubungan dgn ahli umpama semut didalam beras.Kumpulan petir otak perlu,tidak semestinya ahli PAS tapi mempunyai fikrah nak tegakkan Islam dimukabumi ini.Sekian

Anonymous said...

Assalamualaikum. Mabruk buat Abu Suhail dan Ummu Syifa'. Sebenarnya terbuka blog ustaz ni. Cantik, menarik. Bahasanya mudah difahami. Insya Allah, pengtaklifan yang diamanahkan mudah-mudahan bersama bimbingan Allah. Sejarah pernah melakar. Islam tidak tertegak dengan ilaian tawa ria namun terpasak dengan derita, pengorbanan dan airmata.
Wassalam.

Din said...

Kami suka dengan imej bersahaja yang ustaz tunjukkan dalam perbincangan dan juga dalam kuliah ustaz insya allah kepimpinan pas kepala batas akan lebih dihormati

cinta zulaikha said...

Tahniah dengan amanah tugas yg telah dipertanggungjawabkan.....ana yakin anta mempunyai kreadibiliti untuk menjawat jawatan tersebut....bermulalah era baru dan pastikan harapan ahlli2 Pas Kepala Batas tidak dipersia2kan...sbg sahabat yg biasa belajar bersama...ana harap kekalkan lanskap politik Pas sedia ada agar tidak menjadi seperti " pungguk rindukan BULAN ".....syabas....golf tak main dah ke....set tak mau juai ka....riadah kena juga utk jaga kesihatan badan...sebab lepaih ni nak kerja kuat tak kira masa....

Rosidi Hussain said...

Terima kasih kepada semua yang memberi komen... Saya akan cuba beristiqamah dengan tugas baru ini dengan sokongan dan dokongan sahabat2 sekeliling.. Buat kerja secara berjamaah ..perlu kepada iltizam yang tinggi

Cinta Zulaikha said...

Salam
Ana nak cadangkan kpd anta....lain kali bila ada perasmian Mesyuarat Pas Bahagian Kepala Batas....rasanya elok kita mulakan dgn bacaan ayat2 suci Al-Quran drp melaungkan nyanyian yg rasanya kurang enak dilaksanakan.....banyak qari2 kita dikalangan orang Pas yg hebat2 belaka......renung dan fikirkan sejenak