PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, May 02, 2009

PENANTI : SERAH AJE JAWATAN SENATOR PADA PAS ...

Ketika di Beirut, Lubnan.. memberi sumbangan kepad Dr Hatta untuk diserahkan kepada Hamas
YB Salahuddin Ayub berceramah di Beirut, Lubnan..

Salam .. Pendakwah sekelian…

Seperti mana yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sekiranya diwujudkan Kerajaan Perpaduan (Unity Government), sekurang-kurangnya kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan perlu diserahkan kepada PAS.. maka begitulah juga di Pulau Pinang, PAS juga perlu diberi satu post untuk PAS memberi sumbangan kepada rakyat.

Kata-kata Tuan Guru perlu disokong.. bukannya apa.. bukannya PAS ni terlampau nak kepada jawatan sahaja.. PAS ni nak kepada kedudukan sahaja.. lebih teruk lagi nampak macam PAS nak kepada habuan keduniaan semata-mata.. Bukan begitu... Tidak sekali-kali begitu.. Aku berpandangan dan yakin sungguh-sungguh, tidak terlintas dalam lubuk hati pimpinan dan ahli PAS untuk berjuang kerana keduniaan.. kalau kami nak kepada habuan keduniaan kami tak akan bergelomiang dan membuang masa dalam PAS ..sudah tentulah kami akan terjun terus dalam UMNO kerana perjuangan UMNO terbukti untuk keuntungan duniawi semata-mata.. tak kenal halal haram dalam UMNO...

Tapi kami terlibat dalam PAS semata-mata kerana Allah... ikhlas nak membawa Islam dalam masyarakat termasuk bukan Islam... bertujuan kebajikan... nak meletakkan Islam pada tempat sewajarnya.. nak menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran... bukannya sebab-sebab lain... PAS menjadikan kenderaan bagi kami untuk bergerak di atas bumi Malaysia ini . Terbukti sejak 50 tahun lebih yang lalu PAS konsisten dalam mengakkan keadilan dan PAS mempunyai yang amat-amat komited dalam politi di Malaysia.. sanggup mati di jalan Allah ini.. yang mungkin tidak wujud langsung dalam parti-parti lain di Malaysia...

Selain daripada itu, apabila kita membentuk kerajaan di bawah payung yang bernama `Pakatan Rakyat`, PAS juga memerlukan `wadah` atau `wasilah` yang lain yang lebih berkesan supaya dakwah kami sampai terus kepada sasaran dakwah kami... Jadi post-post seperti kementerian-kementerian, senator, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan exco di peringkat negeri Pulau Pinang perlu diisi dengan wakil PAS yang berwibawa sebagai `base ``atau `tapak` untuk menjalankan segala aktiviti yang masyarakat dapat melihat bahawa PAS atau yang lebih utamanya ISLAM boleh memimpin..

Oleh itu.. kata-kata sindir yang timbul di belakang yang sering kedengaran di Pulau Pinang seperti.. tak padan dengan satu kerusi DUN yang PAS menang tapi nak jawatan yang tinggi-tinggi... PAS tiada pemimpin yang berkaliber... Pemimpin PAS negeri tidak layak.. tidak ada pengalaman.. pemimpin PAS tak cerdik.. tak timbul sama sekali... Semua kata-kata ini hanyalah alasan di pihak yang ingin meminggirkan PAS dalam arena politik di Pulau Pinang dan seterusnya menafikan sumbangan PAS dalam pilihanraya yang lalu...

Kesimpulannya ialah... jawatan seperti senator ... atau.. exco... atau.. YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang teramat sesuai dengan identiti perjuangan PAS di Penang dan ia juga sebagai jalan penyelesaian terbaik kepada kemelut yang berlaku dalam menghadapi pilihanraya kecil Penanti hujung bulan ini.. Maka fikir-fikirkanlah ... semua pimpinan Pakatan Rakyat... Lakukanlah sesuatu...

Sekian Wassalam...

4 comments:

perjalanan hidup said...

Assalamulaikum

ana berada di belakang ustaz dalam mempertahankan maruah jemaah yang dipermainkan...

harumankasturi88 said...

MANTAP...TERUSKAN MENULIS....

Anonymous said...

Ana rasa Pemuda Pas Pulau Pinang harus bergerak berlandaskan semangat PR sepertimana yg telah dimeterai...peminpin tertinggi sendiri yg bersetuju agar Penanti diberi kpd PKR.....kenapa masih ada suara2 protes yg kurang enak didengar berlaku....apakah Pemuda Pas nak cuba jadi hero kampung yg mengambil kesempatan didlm kekalutan politik di Pulau Pinang....pd pendapat ana mereka harus akur dgn keputusan yg dibuat...kenapa suka cari publisiti murahan....ini kawasan PKR...kalaulah Pmtg Pasir diambil oleh PKR.. apa rasa orang Pas pulak...pikiaq kena panjang...jgn hanya nak memenuhi tuntutan politik...kampung tergadai. Kadang2ana sebagai ahli Pas seumur hidup merasa bosan dgn situasi begini...hanya dgn segelintir orang yg mempunyai agenda peribadi...kekuatan PR akan terhakis dan UMNO kembali menjadi kuat.....masa tu tak guna sekupang...tengah dok kuat ni kita kena sentiasa berjaga2 agar kekuatan ini akan terus berterusan....insyaallah...allahuakbar

Anonymous said...

Asalamualakum Ustaz,
Saya juga menyokong gagasan agar PAS mendapat satu kerusi Senator dari Pualau Pinang. Ini adalah kerana sebagaiman semau orang sedia maklum, kekuatan PR dalam PRU 2008 bergantung kuat kepada sumbangan pekerja PAS.
PAS samada di Selangor maupu di Perak memberi sumbangan yang amat besar kepada kekuatan PR.
PKR memang menang banyak kerusi di Selangor dan melebihi PAS di Perak. TETAPI PKR TIDAK mempunyai pekerja di Perak, Selangor dan seterusnya di NS, Melaka dan Johor.
Kemenangan PKR melebihi PAS di semua kerusi DUN kerana PKR sendiri tidak boleh mengatasi UMNO,
Dan selama ini hanya PAS yang berdepan UMNO ataupu parti2 BN dalam semua pilihanraya.
PAS tidak pernah kehilangan pekerja parti. PAS lebih mendapat simpati dari pengundi UMNO berbanding PKR sendiri.
Jika tidak percaya, pergilah ke mana-mana juga program PR di Lembah Kelang terutamanya dan lihat apa sumbangan perkerja parti PKR dan lihat sendiri dengan mata kepala apa keperja PAS lakukan.
Betul, di Pulau Pinang PAS tewas disemua kerusi di tangan UMNO. Tetapi kawasan ini semuany bergantung kepada pekerja PAS 100%. Dan mungkin sedikit simpati dari pengundi DAP terutamanya.
Tetapi yang lebih penting ialah di manakah pekerja parti PKR di kawasan pertandingan PAS-UMNO?
Persoalan ini memerlukan PKR menilai sendiri tindakan mereka.
Sama seperti yang berlaku dalam memilih calon untuk Penanti.
Sudah tentu cadangan seorang senator PAS dari Pualau Pinang BUKAN satu permintaan yang melampau dan bukan berangan kosong.