PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, May 28, 2009

BETUL KE CERITE HUSAM NI ???


Du`at sekelian..

Aku baru sahaja memasuki beberapa blog yang menulis perihal apa yang berlaku di belakang tabir sebelum bermulanya rancangan HUJAH yang dikendalikan oleh Prof Agus dalam siaran TV 9 baru-baru ini.. Banyak tulisan negatif yang menzahirkan seolah-olah dia seorang yang teramat bijak berpolitik untuk mengangkat dirinya sendiri dalam arena berpolitik di Malaysia.. Aku tersenyum sorang-sorang selepas membaca tulisan-tulisan tersebut kerana aku sendiri mempunyai sedikit pengalaman berhujah dengan Datuk Husam Musa (HM).. bagiku pengalaman yang amat berharga untuk mematangkan aku bila terlibat dalam politik `gharu solihah` di Malaysia ini...

Aku hanya ingin melontar sedikit persoalan supaya para du`at sekelian memikirkan samada betul atau pun tidak apa yang berlaku di belakang tabir rancangan HUJAH tersebut...
  • Betul ke HM dah tahu mengenai keengganan Zahid untuk berdebat beberapa hari sebelum itu?
  • Betul ke HM nak menggunakan platform HUJAH tersebut untuk memasarkan dirinya untuk mendapatkan tempat dalam pertandingan Timb Presiden?
  • Betul ke HM mengatakan Ezam tidak setanding dengannya?
  • Betul ke HM berkata dia hanya setanding dengan TPM atau Zahid sahaja?
  • Betul ke HM menarik diri di peringkat awal apabila mendapat tahu Zahid menarik diri?
  • Betul ke HM terpaksa bersedia semula untuk memasuki HUJAH apabila mendapat tahu Mad Sabu bersedia berdebat dengan Ezam?
  • Betul ke HM seorang pembohong apabila menggunakan cerite keengganan Zahid berdebat dengannya sebagai penakut?
  • Betul ke HM membawa Nazree presiden Gerak untuk menggantikannya berdebat dengan Ezam?
  • Betul ke HM berdolak-dalih dengan Prof Agus mengenai debat tersebut?
  • Betul ke tingkah laku HM di belakang tabir HUJAH tersebut menyebabkan petugas2 TV 9 `muak` samapai nak `termuntah`, atau orang kata menyampah?
  • Betul ke HM menghadirkan juga pada hari rancangan tersebut nak diadakan bertujuan untuk mengelak daripada Mad Sabu mengambil tempatnya?
  • Betul ke HM tak nak berdiskusi dengan Mad Sabu dan Ezam sekali kerana dikhuatiri popularitinya tenggelam?
  • Betul ke HM memperdayakan Nazree semata-mata untuk mengelak dirinya bertembung dengan Ezam kerana baginya mungkin `no point`?
  • Betul ke TV 9 telah `blacklist` HM selepas apa yang berlaku di belakang tabir tersebut?



Aku meneliti kesemua tulisan2 bloggers tersebut... Aku tak nak berprasangka buruk kepada sesiapa pun apatah lagi kepada calon timbalan presiden... Aku amat menghormatinya sebagai seorang pemimpin yang mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia ini... Sebahagian daripada kita beranggapan bahawa beliau adalah aset kepada negara Malaysia.. Urusannya .. samada HM ikhlas atau pun tidak dalam gerak kerja politiknya ... bukannya urusanku.. Aku tak berupaya untuk mengetahui apa yang tersemat dalam fikiran dan hatinya...

Aku buang masa yang banyak kalau aku terlalu memikirkan orang itu... orang ini... tak ikhlas atau sebaliknya.. Ikhlas adalah perkara dalam hati.. Kita hanya boleh ber`dzan` sahaja.. seseorang itu ikhlas atau tidak daripada setiap tingkah lakunya.. Tak lebih daripada itu... Aku dan tuhanku sahaja yang mengetahui aku ikhlas atau pun tidak.. HM sahaja yang mengetahui samada beliau ikhlas atau pun tidak dalam berjuang meninggikan kalimah Allah di atas bumi ini...

Wassalam..

Wednesday, May 27, 2009

CORETANKU DARI 3 HINGGA 27 HB MEI 2009.. SEBELUM BERANGKAT MENGERJAKAN UMRAH PADA 28 HB...

AKU NAIK EMIRATES AIRLINE.. AIR ASIA TAK SAMPAI LAGI DI JEDDAH

CORETAN DIARI YDP 3 HB MEI – 27 HB MEI 2009

Du`at sekelian…

Alhamdulillah … lebih kurang 2 minggu lebih aku diamanahkan sebagai YDP PAS Kepala Batas, banyak perkara yang telah ku belajar daripada beberapa siri lawatan dan ziarah ke cawangan menemui ketua atau setiausaha cawangan di kawasan Kepala Batas.. Aku berasa amat teruja melihat sokongan dan pandangan daripada ahli-ahli di peringkat `grass-root` ini..

Aku mendengar pandangan mereka dan mereka mendengar pandanganku.. Wallaua`lam.. mereka menerima atau pun tidak... Beberapa siri dialog telah diadakan... dengan pemuda ... dengan muslimat kawasan.. dengan beberapa cawangan.. aku boleh menilai mengikut `my observation` betapa mereka begitu ikhlas dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.. Walaupun begitu.. ada beberapa perkara yang begitu asas yang perlu difahami oleh semua ahli PAS... iaitu KENAPA AKU MENJADI AHLI PAS???
Maka ikutilah coretan diari ini...

· 3 hb Mei 2009 : Aku menerima ucapan tahniah daripada ramai sesahabatku samada yang berada dalam jamaah mahu pun di luar Jamaah.. Aku bimbang.. tapi ini merupakan amanah Allah... Sebelah malamnya aku menjadi salah seorang penceramah di Pongsu Seribu atas kapasiti YDP Kawasan bersama Ketua Pemuda Pulau Pinang.. Ketua Pemuda Kelantan dan wakil rakyat Kedah.. Sdr Izzat Syauki..

· 4hb Mei 2009 : Melawat Lahar Minyak.. kunjungi YDP lama.. mayat.. sdr Jalil bekas ketua pemuda negeri.. Selepas selesai sahaja kuliah di kampungku Permatang Rawa.. aku bergegas ke Padang Menora.. diskusi pasal pilihanraya Penanti.. keputusannya perlu taat kepada pimpinan dan menerima calon PKR sebagai calon yang mewakili PKR.

· 5hb Mei 2009 : Melawat cawangan Kubang Menerong.. adakan usrah secara ad hoc.. dapat berita Taman Sri Menerong akan tubuh cawangan baru.. Insya Allah akan adakan kuliahku setiap bulan.. Mengambil borang warga emas daripada Yb Hamdan untuk diedarkan melalui JKKK kepada warga tua yang berumur 60 tahun.

· 6hb Mei 2009 : JKKK Pas Kepala Batas adakan satu majlis Ramah Mesra dengan YDP di dewan Pengkalan Bongor.. Lebih kurang 15 orang JKKK telah hadir.. Sdr Hj Hasan telah memberi penerangan mengenai tanggung jawab JKKK.. Alhamdulillah satu program yang perlu diteruskan secara berkala melalui perjumpaan usrah sesama JKKK..

· 7hb Mei 2009 : Mesyuarat Kawasan yang pertama diadakan .. kesemua Lajnah dibentuk.. ada beberapa lajnah baru diwujudkan .. Alhamdulillah..

· 8-12hb Mei 2009 : Melawat ketua cawangan dan beberapa ahli di Kuala Muda.. Konvensyen kelab penyokong Pas negeri di Sg Dua.. berjumpa dengan Hj Raof , ketua badan Bertindak mangsa Tsunami.. berjumpa Zahir.. SU JKKK Bakau Tua... Forum Daulatkan Syariah di Alor Setar bersama Ustaz Ghani Shamsudin dan Cikgu Azmi Teras... melawat Penaga... Usrah cawanganku sebelah malam.. kuliah di masjidku.. kursus Darusyifaa..

· 13 hb Mei 2009 : Kuliah di Bayan lepas selepas Isya`... Mesyuarat Negeri di Pongsu Seribu..

· 14 hb Mei 2009 : Kuliah ku di Taman Sri janggus..

· 15 hb Mei 2009 : Dialog pertamaku dengan ahli-ahli cawanganku taman Bertam Indah.. Aku seolah olah mengadakan PC .. Aku menjawab kesemua soalan-soalan yang dituju padaku.. Aku belajar dari pengalaman.. Pengalaman adalah guru kita..

· 16 hb Mei 2009 : Berceramah di masjid daerah Balik Pulau.. mengenai perlaksanaan Syariah... Aku bercerita mengenai kes terkini mengenai keputusan kebinet yang mengekalkan agama asal walau parents mereka telah memeluk Islam...

· 17 hb Mei 2009 : Dialog dengan Pemuda sebelah pagi... dan dialog dengan Muslimat sebelah malam...

· 18-19 hb Mei 2009 : Kuliah di masjid Perda dan Bertam Putra.

· 20 hb Mei 2009 : Kuliah di Taman Sri Indah.. mesyuarat JPN di Pongsu Seribu... aku dapat maklumat daripada SU JPN.. PAS Kepala Batas bertugas di UPU Mengkuang..

· 22 hb Mei 2009 : Mesyuarat pertama Dewan harian.. 8 orang hadir daripada 11 orang ahli mesyuarat.. banyak perkara yang dibincangkan...

· 23 hb Mei 2009 : penamaan calon pilihan raya kecil Penanti.. petang melawat UPU Mengkuang bersama SU kawasan sdr Mahjub Hanafi.. berjumpa dengan sdr Arman yang in charge di UPU Mengkuang..

· 24 hb Mei 2009 : pecah rekod dunia... melawat ketua dan su cawangan2 di KB.. hampir 25 cawangan berjaya dilawati... sehingga ke petang... mesyuarat JPN 4 ptg...

· 25 hb Mei 2009 : Melawat cawangan baru di Guar kepah .. bersama TYDP dan PSU 1.. 10 ORANG HADIR .. TERIMA KASIH Lan.. pengerusi JKKK...

· 26 hb Mei 2009 : Aku memberi kuliah maghrib di masjid Mengkuang Semarak menggantikan Ir Nizar.. Aku rasa inilah sedikit sumbangan yang aku boleh berikan kepada PR dalam pilihanraya Penanti... Lepas tu ..aku adakan usrah cawanganku di markaz UPU Mengkuang.. nak bagi naik semangat semua .. lepas tu kenduri durian ...sakan...

· 27 hb Mei 2009 : Aku menyerahkan borang warga emas kepada Yb Hamdan melalui su JKKK...sdr Azmi..

· 28 hb Mei 2009 : Aku bertolak ke Mekah.. doakan selamat semua kita dari azab Allah...

Aku menulis semua ini adalah untuk mengingatkan aku sendiri mengenai aktiviti aku sendiri... Aku nak aku sendiri konsisten dalam kerja buat jamaah ini.. aku tak mau aku hangat2 taik ayam sahaja... semangat peringkat awal sahaja.. aku buat ni bukannya untuk menunjuk-nunjuk kata aku ni buat kerja atau tidak... Aku nak konsisten dalam kerja berjamaah.. aku mohon kekuatan dari Allah `Azzawajalla... Surah Fussilat : ayat 30..sentiasa bermain-main dalam fikiran dan hatiku.... Jumpa pada 13hb Jun 2009 nanti Insya Allah...

Wassalam...

Tuesday, May 26, 2009

KEPEMIMPINAN ITU ADALAH MENCARI PENGARUH??


Salam… Du`at sekelian…

Kepimpinan sesuatu jamaah Islam berkaitan rapat dengan persoalan sejauh manakah seseorang itu dapat mempengaruhi ahli jamaahnya supaya dapat bergerak bersama-sama membawa jamaah tersebut relevan atau sesuai dengan kehendak Islam yang dapat diterima oleh masyarakat sekeliling. LEADERSHIP IS INFLUENCE.

Saya juga ada menulis dalam buku saya ORANG MASJID KONTEMPORARI di bawah tajuk Pendakwah dan Kepemimpinan Berkualiti… berkaitan dengan kepimpinan Jamaah… Antaranya saya menyebut….

`` Walaupun mungkin, kita sebagai pendakwah berbeza dari segi gaya atau corak atau juga pendekatan dakwah kepada masyarakat tetapi kita masih belum pasti sama ada masyarakat telah berjaya dipengaruhi atau pun tidak daripada dakwah kita tersebut..”

Jadi, sesuatu kepimpinan yang baik adalah seseorang pemimpin itu berjaya mempengaruhi ahlinya untuk bersama-sama bergerak mempengaruhi masyarakat sekeliling supaya beramal dan meninggikan Islam dalam kehidupan ini..

Perkara atau perkataan yang jelas dalam isu ini adalah PENGARUH atau MEMPENGARUHI … In English .. we said that the Islamic leadership style is the most effective and productive. It leads to new ideas, positive changes and a sense of group responsibility.. Islam promises reward and punishment to leaders for the actions of their followers or members..

Ini menunjukkan bahawa seseorang pemimpin Islam itu mempunyai tanggungjawab yang begitu besar.. Dia perlu … mempengaruhi ahlinya.. dia perlu mempengaruhi masyarakat sekeliling… dia perlu menunjukkan tauladan yang baik kerana untuk mempengaruhi ahli dan masyarakat… Kesemuanya adalah kerana Allah dan Islam ..

Nak mempengaruhi orang lain bukannya tugas mudah… macam-macam cara dan gaya untuk menyebabkan orang lain terpengaruh dan tertarik dengan kita.. Pengurusan dan pentadbirannya mesti dipandang baik dan dihormati.. Kata-katanya mesti terkesan di dalam hati orang lain… Segala tindak tanduknya mestilah `excellent` ... `Public apperance`nya mestilah disukai dan diminati oleh orang sekelilingnya.. Tegas ... bertimbang rasa.. tetap pendirian.. menerima pandangan orang lain... bersedia ditegur.. adil dan macam-macam lagi cara nak mempengaruhi orang lain... bukannya mudah...

Oleh itu berwaspadalah kita semua.. sebagai pemimpin dalam jamaah Islam.. janganlah kita melampaui batas sehingga melepasa `hudud` Allah dalam kita mencari pengaruh.. kerana kepimpinan itu sendiri adalah amanah Allah `azzawajalla kepada kita semua.. Kita adalah pemimpin.. Kullukum Ra`in Wa Kullukum Mas u lun `an ra`iyyatih....

Wassalam

Thursday, May 21, 2009

PERGERAKAN PAS YANG `SOLEH` DALAM SUASANA BERPOLITIK `GHAIRU SOLEHAH`


Salam ... Pendakwah yang dikasihi....

Berpolitik ni nampak seperti berlumba-lumba untuk mendapatkan kuasa .. bertanding nak menang dalam pilihanraya atau pemilihan pucuk pimpinan.. Berpolitik ini seolah-olah seperti untuk mengejar kemewahan atau kedudukan.. Atau lebih mudah disebut sebagai `Hubburriyasah`.. Ia juga boleh ditafsir sebagai `untuk mengurus negara`.. Berpolitik ini ada kaitan dengan pengurusan dan pentadbiran satu-satu kerajaan atau parti.. Berpolitik juga mungkin boleh mengakibatkan fitnah-mefitnah.. kata mengata di belakang... berprasangka buruk... zalim mezalimi di antara satu sama lain...


Berpolitik ini boleh juga mengakibatkan timbul klik atau team team yang tertentu... Berpolitik juga sehingga satu tahap boleh mengakibatkan berlaku pembunuhan.. Ini sudah terbukti sebelum ini dalam beberapa kes contohnya di Negeri Sembilan, Datuk Mokhtar Hashim didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh Datuk Taha (kalau tak silap saya).. Begitu juga apa yang berlaku di Pahang sehingga YBnya dikerat-kerat hanya semata-mata percaya kepada Mona Fendi , seorang bomoh `mata belalang`..


Berpolitik memerlukan pengaruh dan sejauh mana seseorang pemimpin itu dapat mempengaruhi rakyatnya selagi itulah beliau , seorang yang dikatakan bijak berpolitik dan bijak mencari pengaruh.. Berpolitik juga perlu kepada `pemainnya` seperti dalam satu permainan bolasepak samada `pemain sepenuh masa` atau `pemain simpanan` dan pada masa yang sama ia juga perlu kepada `penyokong tegar` mahu pun `penyokong tidak tegar` .. Oleh itu saya nak ibaratkan mereka yang dikatakan BERPOLITIK adalah terbahagi kepada 3 kategori...

  1. Ahli politik sepenuh masa (fulltime player)
  2. Ahli politik simpanan yang muncul di waktu yang tertentu sahaja spt waktu dekat dengan pilihanraya sahaja (reserve player)
  3. Penyokong atau penonton kepada pemain2 samada sepenuh masa ataupun pemain simpanan.... Penyokong biasanya lebih ramai beratus-ratus kali ganda daripada pemain-pemain..
Jadi saya nak membawa pembaca sekelian merenung sejenak dimanakah position atau posisi kita sebagai ahli politik samada kita tergolong dalam kategori 1, 2 atau 3 seperti di atas..


1. Ahli politik sepenuh masa adalah mereka yang sentiasa bertungkus lumus dalam kerja-kerja politik.. bangun ..politik.. tidur.. politik... sembang... sembang politik.. makan.. politik.. minum... politik.. Pendek kata golongan ini hidup mati adalah kerana kefahaman politik mereka.. Sebagai contohnya.. dalam PAS sendiri .. golongan ini adalah mereka yang menerajui kepimpinan samada di peringkat Pusat sampailah ke peringkat cawangan... Bekerja berdasarkan kefahaman yang mendalam... nak berjuang... Buat kerja siang malam pagi petang..

Mereka mempunyai jawatan .. kalau tak buat kerja.. terasa bersalah.. sentiasa faham gerak kerja politik.. konsisten dan mempunyai komitmen yang begitu tinggi.. bukan dekat dengan pilihanraya baru nak buat kerja malah lebih bersemangat...buat kerja bukan mengharapkan ganjaran atau habuan.. ikhlas .. kerana Allah..

Pembaca sekelian.. golongan ini sebenarnya .. tak begitu ramai... daripada begitu ramai ahli PAS .. yang termasuk dalam golongan ini hanyalah ..tak lebih 10% daripada ahli PAS di satu-satu kawasan..

2. Kategori kedua adalah `pemain simpanan`.. yang sekali sekala turun bermain di padang samada diminta oleh jurulatih ataupun memang nak turun bermain jugak-jugak.. Sebagai contohnya dalam PAS sendiri... terdapat di kalangan ahli PAS yang hanya aktif dan bersemangat apabila dekat-dekat dengan pilihanraya.. Golongan ini.. apabila jauh daripada pilihanraya.. minta sumbangan RM 1.00 sehari pun agak keberatan dan susah nak bagi sumbangan... Tapi tak mustahil bila.. dekat dengan pilihanraya.. kita minta RM 100.00 ... dia bagi RM 1000.00 kat kita.. Dia akan `ghosek` sungguh2 sampai dapat jugak duit tu.. Hebat depa ni..tapi hebat masa dekat dengan pilihanraya sahaja. Depa ni pemain simpanan.. Ada juga sumbangan depa kepada PAS.. Bilangan mereka ni lebih ramai daripada golongan pertama di atas...

3. Kategori ketiga adalah penonton di tepi padang yang menyokong kuat kita bila kita menang dan tak mustahil mereka jugak akan boooooooooo kita bila kita kalah... Depa ni.. bilangannya ramai sekali.. kalau dalam PAS.. depa ni boleh jadi ahli PAS tapi tak aktif.. atau jugak penyokong PAS tapi tak jadi ahli... orang2 yang simpati kepada perjuangan PAS tapi tak terlibat dalam PAS... Depa ni kalau dalam pilihanraya... Depa pasti akan undi PAS .. tapi depa ni tak tau susah payah mereka yang bertungkus lumus seperti golongan pertama dan kedua di atas.. Mereka ini hanya pemerhati politik sahaja.. Atau pun atas pagar .. Tunggu dan lihat.. Pergi mengundi sahaja .. Undi sudah tentu pada PAS tapi susah payah pahit getir dalam mengharungi gerak kerja dalam PAS.. mereka tiada maklumat....

Jadi pendakwah sekelian ... pengundi atau mereka yang mengundi PAS terdiri daripada tiga golongan ini... Sebagai contohnya kita ambil kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dalam parlimen Permatang Pauh ... Ahli PAS ada lebih kurang 2000 orang (kalau silap tolong perbetulkan) ... Undi yang PAS perolehi dan menang pulak adalah sebanyak 11000 (berdasarkan keputusan dalam by election Permatang Pauh tahun lepas)..

Maksudnya 9000 ribu undi yang PAS dapat di Permatang Pasir ini adalah datang daripada ahli PKR.. ahli UMNO.. atas pagar.. ahli MCA.. ahli MIC.. ahli DAP.. ahli GERAKAN.. ahli TIADA PARTI dan sebagainya.. Lebih banyak daripada undi ahli PAS sendiri.. Kalau hanya mengharapkan kepada undi PAS semata-mata.. (dari segi matematiknya) PAS tak boleh menang... Mereka inilah yang saya maksudkan golongan atau kategori yang ketiga yang saya sebut seperti di atas... Mereka duduk di tepi padang sahaja.. Mereka ini memerhati prestasi PAS dari jauh.. Mereka suka kepada PAS dalam keadaan sekarang ini... Mungkin kerana ketrampilan pimpinan PAS.. kepimpinan ulamaknya... syakhsiah pimpinan PAS baik dan berjiwa rakyat dan sebagainya...

Manakala 2000 undi PAS adalah daripada ahli PAS samada dari kategori pertama atau kedua seperti di atas.. Kategori pertama berjumlah 200 orang sahaja iaitu 10% daripada 2000 dan kategori kedua berjumlah ..mungkin tak lebih daripada 1000 orang yang hanya aktif bekerja ketika pilihanraya sahaja... Maksudya.. mereka yang bekerja untuk kemenangan PAS tak lebih daripada 1200 ahli PAS daripada 2000 ahli PAS ... Hasilnya PAS mendapat undi sebanyak 11000...

Pendakwah sekelian.. mungkin telahan saya ini tidak 100% betul.. cuma sebagai satu topik perbincangan... adakah pandangan `penonton` yang berjumlah 9000 seperti di atas kita ketepikan untuk `survival` politik PAS di Penang ini.?.. adakah patut kita terlalu meraikan pendapat golongan pertama dan kedua semata-mata untuk mengekalkan ke`asli`an perjuangan PAS?.. Adakah patut kita mengambil pandangan golongan ketiga tadi hanya semata-mata untuk memenangkan PAS dalam pilihanraya ?...

Apa yang perlu kita fahami ..politik berpilihanraya ini bukannya matlamat PAS.. Ia hanyalah salah satu wasilah dakwah yang telah disepakati oleh pimpinan kita terdahulu untuk memenuhi tuntutan perjuangan Islam di bumi Malaysia ini... Sehinggalah ke hari ini.. silih berganti pimpinan PAS.. kita dapati PAS telah masak dan matang berpolitik ala Malaysia..Pimpinan kita terus memacu laju membawa PAS melalui pilihanraya walaupun suasana persekitaran politik di Malaysia ini bukanlah mengikut lunas-lunas Islam...


Kita membawa politik Islam dalam keadaan kita berada dalam suasana `gharu solehah`.. Pergerakan PAS yang `soleh` dalam suasana persekitaran `ghairu solehah`.. Inilah yang memenatkan kita semua ..pendokong PAS dan Islam..Kadang-kadang ada di kalangan kita cepat melatah... ada yang gopoh gelojoh.. ada yang terlampau berhati-hati... walaupun begitu.. kita selalu diingatkan dengan kalimah ``Al Futhur Fi Thoriqiddakwah``...
Wassalam....

Wednesday, May 20, 2009

RUMAH YB PAS HEBAT...????

Rumah exco yang dikatakan hebat dan besag tu...????????

  • Salam... Du`at sekelian..
  • Aku mendapat berita mengenai ketidakpuasan hati segelintir ahli PAS kepada YB (yang merupakan pada pandanganku bekerja kuat untuk kebajikan rakyat) kerana dikatakan YB tu pebesag rumah pada masa yang tak sesuai sekali.. Lihat lah gambar di atas.. Rumah YB tu yang dikatakan baru sahaja diperbesarkan.. Betoi ka... Besag sangat kah.. Tak boleh pebesagkah.. Atau hampa dengki kot... Kesian sama la kat YB yang buat kerja tu... Aku baca tulisan orang yang tak puas hati pada YB tu.... Sakan jugak ... Bagiku....
  • Ini pertuduhan berat ni... Macam dah lama dah simpan dalam benak hati si penulis tu.. dah tak boleh sabag dah .. bila keluag cite tu .. habih londeh .. dogiang habih..
  • Just nak bagi beberapa pandangan dan cadangan selepas aku membaca tulisan tu...
  1. Siasat sedalam dalamnya
  2. Jangan guna media atau blog macam ni.... malu kat Allah
  3. Tuduh2 ni perangai UMNO dan UBN.
  4. Kena sabag banyak2.
  5. Memang betoi ..sekupang pun kalau duit tu duit haram atau haram jadah.. kita dok dalam PAS kena bertindak tapi kena ikut salurannya..
  6. Tak salah kalau YB nak besag rumah atau nak beli kereta besag kalau ada duit halal..
  7. Cuma aku tertarik dengan pemimpin PKS di Indonesia yang mesyaratkan pemimpinnya hanya boleh guna kereta kijang sahaja (Unser la bang ooiii) dan kalau didapati bersalah kesalahan rasuah RM 50 sahaja ..tak boleh bertanding dah selepas ni... Pemimpin ni kan khadam kepada rakyat tapi tak bermaksud tak boleh bermewah tapi dalam keadaan terkawal..
  8. Usrah wajib untuk semua wakil rakyat .. kalau tinggal usrah beberapa kali tanpa sebab munasabah .. tak akan dilantik dah sebagai calon...
  9. Aku rasa macam nak bagi cadangan macam ni dalam muktamar nanti kerana kita adalah ahli Jamaah Islam.. Kita lain dari yang lain... Barulah rakyat dan ahli PAS hormat kat kita...

Wassalam

Tuesday, May 19, 2009

PENANTI : PATUT LA TAK MERIAH.. BN TAK BERTANDING..TAPI JANGAN LEKA...


Assalamu`alaikum.... Pendakwah sekelian...

Ada orang suka.. ada orang tak suka.. apabila mendengar berita BN tak bertanding di Penanti.. Aku pun .. boleh dikategorikan `terkejut biawak` juga bila dapat tau kata BN tak bertanding.. Tak pernah terlintas dalam fikiranku.. BN tak bertanding ni.. Seingat aku .. dalam sejarah pilihanraya Malaysia ni.. BN atau perikatan tak pernah tak bertanding terutamanya dalam pilihanraya kecil.. Mungkin aku silap.. mungkin ada.. Tapi dalam keadaan sekarang ini mungkin tindakan UMNO tak bertanding tu sebenarnya bagi pandangan mereka dan keluarga mereka ialah demi survival politik UBN itu sendiri...

Aku yakin itulah sebabnya kenapa UBN tak nak meletakkan calon mereka di Penanti .. Aku ingat kawan karibku tu .. Jatt nama panggilanku kepadanya.. akan bertanding.. tup...tup.. Najib buat pengumuman tak bertanding pulak... Ai.. sey... men... Jatt.. sori Jatt.. nak buat macam mana boss besag tak mau bagi hang bertanding .. Mungkin dia tak mau bagi malu hang kot...

Dari semalam sehingga hari ni aku menerima berpuluh-puluh sms... Kesemuanya .. maki hamun UMNO.. macam-macam depa kata... UMNO ginilah... UMNO gitulah... Aku tak berani nak reply sms depa tu.. sengaja aku tak mau provoke lagi.. kena jaga akhlak kita sebagai ahli Jamaah Islam... Di celah-celah tu aku menerima sms daripada wartawan minta aku komen mengenai BN tak letak calon di Penanti.. Inilah komen saya atas kapasiti peribadi atau juga sebagai YDP PAS Kepala Batas...

" UMNO dan BN tak mau terus menanggung malu yang berterusan kerana mereka sudah mendapat maklumat bahawa sokongan rakyat Penanti kepada mereka hanyalah sekitar 30% sahaja.. Kekalahan yang ke lima di Penanti dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum nanti membuktikan rakyat seluruh negara `membakul sampah`kan UMNO... Jadi UMNO terpaksa mengelak dari terus diaibkan melalui kekalahan demi kekalahan dalam `by election` demi survival politik mereka di negara ini "

Walau bagaimanapun... kita jangan leka dan berasa begitu selesa dengan ketiadaan UBN dalam pilihanraya kecil Penanti ni... Hasil tinjauan saya sebelum ini.. yang saya tulis dalam tulisan sebelum ini.. dah ada di kalangan penyokong PR yang dah rasa `kurang senang` dengan PR.. Tambahan pulak Kak Min dan seorang lagi .. Saudara Saberi Osman...orang Kubang Semang dah nak stand as `independant candidates pulak` ... ada juga di kalangan kawan2ku yang ku kenal berdiri di belakang Saberi ni semasa beliau membuat pengumuman bertanding sebagai calon bebas..

Jadi sebagai penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat perlu bergerak sekarang ini setakat kemampuan kita.... PKR belum menang lagi ... Dr Mansor jangan rasa seronok sangat bila UMNO tak bertanding... Meriahkanlah pilihanraya Penanti mengikut acuan Islam... Takbir...

Wassalam...

Monday, May 18, 2009

PENANTI : KENAPA TAK MERIAH...



Salam .. Du`at sekelian...

Hari ni dengar cerite... UBN akan buat pengumuman samada nak bertanding atau pun tidak dalam pelihanraya kecil Penanti.. Dok tunggu depan TV setengah hari ni pun ... tak keluag-keluag jugak berita .. Bertanding ke tak ni.. UMNO ada strategikah.. UMNO takutkah... UMNO nak cipta sejarah dunia lagikah setelah berpuluh-puluh rekod dunia diciptanya di Perak.. tak bertanding dalam pilihanraya.. Atau nak buat kejutan ala `terkejut biawak` dengan menyokong calon bebas yang bernama `Kak Min` tu ka..

Dulu kampung aku dalam `wilayah jajahan Penanti`.. tapi la ni setelah persempadanan semula kampung aku masuk dalam DUN Permatang Pasir di mana YBnya adalah dari PAS, Hamdan Abdul Rahman.. Dah tiga penggal dah aku pangkah Bg Hamdan ni.. Lagi baguih.. kerusi PAS.. Bg Hamdan kerja kuat sungguh .. Walaupun sekali sekala sakit sana sini .. keluar hospital masuk hospital tapi masih terus memberi perkhidmatan yang cukup baik kepada masyarakat Permatang Pasir...

Cuma yang aku nak cerite pada ko orang pada hari ni... dua tiga hari lepas berturut-turut aku pi melilau pusing-pusing kawasan Penanti .. berhenti makan di beberapa kedai di kawasan Penanti ni.. aku rasa suasananya tak semeriah pilihanraya2 kecil sebelum ni.. Tak macam semasa by election Permatang Pauh dulu.. Tak macam Kuala Terengganu.. Bukit Selambau dan juga di Bukit Gantang... Aku pi masuk kawasan Mengkuang Titi.. kawasan Mengkuang Sg Lembu.. kawasan Berapit.. Aku jumpa kaum Cina .. aku tannya depa di kawasan Berapit sana.. Toke.. macam mana kali ni.. Penanti.. sapa boleh minang.. Depa kata 50-50.. Aku terkejut jugak jawapan macam tu keluag daripada mulut olang Cina...

Satu malam... Aku berhenti di `port` utama Pakatan Rakyat... kedai kopi tepi masjid Kubang Semang.. yang bertentang dengan markaz utama PKR untuk pilihanraya kecil Penanti.. Di sini makan dia pun sedap.. ada nasi kandaq melayu... aku selalunya berhenti di sini selepas balik kuliah di kawasan Bukit Mertajam.. tapi tak boleh makan banyak2 nanti perut boroi.. berpenyakit pulak.. di sini SB pun banyak.. kena jaga2 cakap tu..

Masa berhenti di sini aku berjumpa dengan dua orang sahabat lama masa kami belajag dulu.. sorang nama Hj Raihan dan sorang lagi nama Fazli.. Fazli yang nama famousnya `Li Jebon` (nama yang direstuinya dan dia tak marah bila kawan2 panggil dia dengan gelaran tu).. Fazli ni pengundi Penanti.. Kami bersembang panjang sampai tengah malam pasai politik semasa negara ni... Li Jebon ni bukan calang2 orang .. hebat dia punya bacaan politik dia..

Dia kata orang melayu di kawasan Penanti ni dah nekad dah.. akan bagi undi kat calon Pakatan Rakyat.. Dari saluran 1 sampai saluran 6 ni Insya Allah akan bagi undi kat Dr Mansor... Dia kata daripada umug 70 tahun sampai yang baru boleh mengundi Insya Allah akan bagi kat PKR.. Ramai dah meluat kat UBN dan UMNO ni... Lega rasanya bila dengaq Li Jebon kata macam tu.. berbanding dengan Cina yang aku jumpa sebelum tu...

Tapi `suara hatiku` ni masih berbelah bahagi sebab apa tak begitu meriah kali ni ... Mungkin ada perkara yang berlaku yang tak disenangi oleh pendokong dan penyokong PR.. atau mungkin jugak depa dah rasa selesa atau `confident` boleh menang selesa kot... ataupun mungkin awal lagi kot.. tak `kick off` lagi kot... atau pasai ura2 PAS nak boikotkah? atau sebab2 lain...

Wallau A`lam.... Wassalam...

GAMBAR AJE....




Saturday, May 16, 2009

PENANTI : ROHAIZAT, KAWAN KARIBKU CALON UMNO?


Salam .. Du`at sekelian...

Pagi ni... lepas balik dari masjid solat subuh.. aku menerima call.. kawan lamaku.. Dia kata.. tu la Mat Dee (nama panggilan masa kat sekolah Al Mashoor dulu).. aku dah kata lama dah .. hang kena bertanding.. Jatt (Rohaizat) dah nak bertanding dah di Penanti.. Kalau hang bertanding lawan Jatt.. kami akan bawa 10 bas bekas pelajar Al Mashoor.. kempen untuk hang.. Aku hanya ketawa.. Ha...Ha.. Ha.. Betoi ka ni ... Jatt nak bertanding ni .. Rumours je kot .. Aku kata kat dia.. Kawanku kata ..Betoi ..kalau hang tak percaya ..tengok dalam Malaysiakini.. Itu macam kalu.. aku tengok la ni jugak... aku pun disconnect handphone aku..

Sebenarnya aku dah agak lama dah.. my best friend aku ni.. Mr Rohaizat Othman ni akan jadi calon Penanti.. masa dok heboh-heboh Fairus nak letak jawatan lagi.. lebih kurang beberapa bulan yang lalu masa dia baru memegang jawatan setiausaha UMNO Permatang Pauh.. Rohaizat ni memang orang kuat Datuk Jalil, Ketua bahagian UMNO Permatang Pauh.. Lepas aje dia jadi SU tu.. aku pernah sembang beberapa kali dengan dia di sebelah Pulau nu.. pasai politik UMNO ..pemilihan UMNO masa tu hebat... mungkin Rohaizat ni orang KJ kot...

Walaupun begitu ada seorang lagi calon UMNO yang disebut-sebut untuk bertanding di Penanti ni.. Loyar jugak .. Aku panggil dia Mat Di (macam nama aku jugak daaaaa) .. Nama dia Radzi.. Dia orang Kubang Semang... Dengaq kata dia ni lebih kaya daripada member aku ni... Tapi dari segi rangking jawatan dalam UMNO.. dapat kat Rohaizat daripada Radzi... Rohaizat SU manakala Radzi bertanding ketua pemuda Permatang Pauh pun kalah... Heran loyar banyak duit pun kalah... UMNO memang perangai macam tu...

`Alakullihal... Rohaizat ni memanglah kawan karibku sejak kami di tingkatan 1 sekolah Menengah lagi... Semua kawan-kawan kami tau kata aku dan Jatt ni memang kawan rapat.. Sehinggakan kami dua dinobatkan `best students` bersama dalam SPM 1988.. Aggregate sama .. pelik no... Di Universiti pun .. banyak tahun jugak aku menjadi `roomates`nya.. Jatt selalu pinjam motor aku... Keluarga dia pun aku kenai.. Dia pun kenai keluargaku.. Aku kahwin dia mai.. Dia kahwin aku pi ... Pendek kata aku dan dia kenai` luag dalam`...

Perbezaannya.. kami berdua.. hanyalah dari segi penglibatan dalam parti politik... Aku PAS ..Dia Umno `kiang`.. Aku pun tak sangka dia boleh `commit` sungguh dalam UMNO ni.. Aku ingat penglibatan dia dalam UMNO `gitu-gitu` aje.. Jatt.. Jatt.. pasai apalah hang pi terlibat dalam UMNO sampai nak jadi calon Penanti....

Tanpa disangka air mataku bergenang.. mengenangkan nasib kawan karibku ini.. orang lain dah buang `UMNO` dalam tong sampah dah.. Hang masih dok `bergelomiang` dan `kelupog` sorang-sorang dalam UMNO...

Jatt...Jatt... masuk PASlah Jatt oooooiiiiii oooooooiiiiii. .. Aku stop kat ni dulu.. Tak boleh pi dahh.. Sat lagi basah Lap top aku ni...

Wassalam...

Friday, May 15, 2009

MUHASABAH : CIRI-CIRI PEMIMPIN DAN AHLI GERAKAN ISLAM


Salam ... Du`at sekelian ...

Pendokong perjuangan Islam jangan terbelenggu ... terjerat mahu pun terjerut leher mereka dengan istilah-istilah atau pun `termonologi` seperti kepimpinan ulamak mahupun kepimpinan professional.. Kesemuanya itu adalah pendekatan atau olahan terbaik cara berdakwah seseorang pemimpin Jamaah Islam.. Walaupun ia bukannya satu kesalahan untuk terus `menjaja` atau `publish` perkataan-perkataan seperti `kepimpinan ulamak` atau `professional` ini tetapi janganlah kita semua melampaui batas sehingga kita lupa bahawa sebagai `amilin atau aktivist gerakan Islam.. kita mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang perlu diikuti oleh kita semua termasuk di peringkat kepimpinan..

Di sini saya senaraikan ciri-ciri seorang pemimpin dan ahli `Gerakan Islam`...

  1. Ketaatan kepada kepimpinan.
  2. Menjaga kerahsiaan Jamaah.
  3. Memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti...
  • Memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu agama.
  • Membudayakan pembacaan Al Quran.
  • Isteri dan anak menutup `aurat dengan sempurna.
  • Mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri.
  • Tidak melaga-laga pemimpin.
  • Menjaga solat berjemaah.
  • Memimpin pertubuhan.
  • Mempertahankan maruah sesama ahli.
  • Mampu kendalikan majlis keramaian atau usrah.
  • Menetapi janji.
  • tidak merokok.

Semoga dengan adanya penjelasan sebahagian daripada ciri-ciri yang perlu ada di kalangan para aktivis dan ahli gerakan Islam, akan melonjakkan sokongan padu rakyat kepada perjuangan Islam pada masa akan datang.

Wassalam...

Wednesday, May 13, 2009

DULU AKU DENGAR NAMANYA SAHAJA TAPI KINI AKU DEKAT DENGANNYA..


  • Salam ... Du`at sekelian..
  • Cuba teka .. aku bergambar dengan siapa.. Sebelum ini namanya sering kali aku dengar.. Aku dengar daripada kawan-kawan lain.. Katanya hebat orang nya.. Hebat macam mana.. sebab apa orang suka kepadanya.. Kerana dia `handsome` sangatkah? Kerana anaknya seorang penyanyi nasyid tersohor di Malaysiakah? Kerana anaknya pernah terbit album nasyid `underground`kah ? Atau isterinya pernah menjadi penyanyi suatu ketika dulukah? Atau sebab-sebab lain yang menyebabkan sebahagian para pendokong perjuangan Islam begitu `teruja` dengan pengalaman penglibatan beliau dalam gerakan Islam samada semasa beliau seorang `student` mahupun semasa bertugas sebagai pensyarah di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.
  • Beliau yang ku baru kenali dengan lebih dekat semasa bersama dalam rombongan Ahli Parlimen Malaysia ke Mesir dan `bilad As Sham` baru-baru ini ialah ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkifli Ahmad. Apa yang ku ketahui ialah beliau adalah AJK PAS Pusat merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat. Aku pernah ke pejabatnya tahun lepas.. Begitulah keadaannya, beliau dan laptopnya macam bayang-bayang.. sentiasa menulis dan tulisannya dalam akhbar-akhbar arus perdana dan alternatif sentiasa menarik perhatian pembaca terutamanya `political observer` untuk terus membaca artikel karangannya.. Tulisannya banyak membuka dimensi baru kepada minda rakyat Malaysia supaya terus berjuang menegakkan Islam di atas bumi Malaysia yang bertuah ini dengan `kefahaman` dan ilmu.
  • Awal tahun ini .. bulan Januari lalu.. lebih kurang 8 hari aku bersamanya ber`musafir` ke negeri Mesir, Syiria, Lubnan dan Jordan.. Tujuan kami ke sana adalah untuk memberi bantuan kepada pejuang Hamas yang berjuang di Ghazzah, Palestin. Aku mula memerhati dan melihatnya dengan lebih dekat.. Conclusionnya begini.. pada pandanganku..
  • Senyumnya ... senyum seorang Da`ie
  • Tutur katanya ... tuturkata seorang Da`ie
  • Peribadinya ... peribadi seorang Da`ie
  • Tulisannya ... tulisan seorang Da`ie
  • Isterinya ... isteri seorang Da`ie
  • Anak-anaknya ... anak-anak kepada seorang Da`ie
  • Keluarganya ... keluarga seorang Da`ie
  • Bangunnya dari tidur ... bangunnya seorang Da`ie
  • Ceramahnya ... ceramah dari mulut seorang Da`ie yang amat memahami waki` bumi ini.
  • Bacaan Al Qurannya ... bacaan ikhlas dari mulut seorang Da`ie
  • Musafirnya ... musafir seorang Da`ie
  • Tenangnya ... setenang Abu Bakar As Siddiq
  • Jernih mukanya ... seolah menggamitku untuk terus me`waqaf`kan diriku dalam perjuangan Islam ini...
  • Walaupun sentiasa berkeadaan tiada `kopiah` atau `lebai` atau `songkok` di atas kepalanya ... tapi aku yakin `contents` dan `subtance` dalam dirinya
  • Kuliahnya di kala subuh di bumi Hizbullah ... memahat ke dalam jiwaku.. bahawa beliau seorang Da`ie terbilang yang berpengalaman...
  • Aku yakin beliau bukan seorang yang gopoh dalam setiap tindakannya..
  • Perkara yang sensitif berkaitan dengan PAS yang ku rasa ..tidak perlu dipanjangkan.. beliau simpan dalam hatinya... tidak diberitahu langsung kepadaku...
  • Kerahsiaannya ... kerahsiaan PAS yang merupakan nadi penggerak perjuangan Islam...
  • Nampak macam aku mengagung-agungkannya ... tidak sama sekali.. tidak terlintas dalam hatiku yang dalam `from my deepest heart` untuk melambungkan namanya dalam persada politik Malaysia.. Aku hanya memujinya dalam keadaan tidak melampaui batas.. Walaupun aku mengakui beliau dan diriku sendiri banyak mempunyai kekurangan dan kelemahan .. Mungkin lebih banyak daripada pembaca yang membaca tulisanku ini...
  • Akhir kalam ... kita semua adalah pendakwah... Lisanul hal afsah min lisanil maqal... Teruskan perjuangan ... Wassalam

Tuesday, May 12, 2009

ZAMRI AL CAMRY... KEMARUK KUASA... ANASIR JAHAT DALAM UMNO... PATUT KENA LELONG... SEKUPANG PUN OK...


Salam ... Pendakwah sekelian..

Keadaan di Perak bertambah kusut... Mahkamah rayuan bersidang serta merta selepas menerima permohonan rayuan daripada Zambri Al Camry .. Aku sebagai peguam pun tak pernah ada pengalaman sebegini.. pelik sungguh... Punya kemaruk kuasa... sampai boleh buat sebegini.....



Jadi keadaan di Perak sehingga ke masa aku menulis ini menjadi ... aku pun tak tau nak kata apa.. gila... gila .. Rakyat boleh jadi gila .. mungkin disebabkan mereka yang gila kuasa menzahirkan `kegilaan` mereka di hadapan rakyat yang semakin hari semakin meluat melihat gelagat `beruk-beruk` dan `katak-katak` di atas ber`okestra`... Amat memalukan.... Mahkamah rayuan tangguh pulak keputusan mahkamah Tinggi semalam ... Kusut.. berserabut...

Aku merasakan tindakan Zamri Al Camry yang sebelum ini telah cuba untuk melelong kereta Camry.. tak tahu lah ada pembeli atau pun tidak.. tapi yang pastinya tindakan Zamri selama beberapa bulan ini merupakan pukulan maut untuk mematikan UMNO dan Bee End daripada bumi Malaysia ini... Aku amat optimis perkara ini... tak pernah berlaku dalam sejarah hidupku sebelum ini.. perkara sebegini terjadi sekarang ini...


Aku berkeyakinan .. sebenarnya UMNO telah dipermainkan oleh Zamri Al Camry ini kerana tindakan Zamri ini yang sebenarnya orang `Pak Sheikh` semasa dalam ABIM dulu yang meyelinap masuk ke dalam rumahtangga UMNO dan bertindak seperti `anai-anai` merobek UMNO dari dalam ... Orang UMNO asli tak pernah bertindak melampau sebegini.. Orang UMNO tak asli sahaja yang berani membabi buta bertindak macam Zamri ni... Kesannya ..pergi mana-mana pun .. rakyat memaki hamun UMNO sehinggakan orang-orang UMNO sendiri memijak-mijak gambar Najib dan Zamri sendiri..

Jadi pada pandangan saya .. tindakan Zamri Al Camry yang bertindak sebagai agent kepada `Pak Sheikh` .. bertindak secara `menyongsang` atau `melawan arus` ini merupakan strategi Pakatan Rakyat yang cukup bijak... Oleh itu kemuncak perjuangan Pakatan Rakyat ialah Zamri akan dilelong dengan harga sekupang.. Hebat hebat... hebat hebat... Tarbiyah yang diperolehi oleh enta ..wahai Zamri semasa dalam ABIM dulu...

Wassalam....

Sunday, May 10, 2009

TEORI RAHMAN BERAKHIR : REKOD DUNIA `PECAH` TIAP-TIAP HARI

Mujahidat Kepala Batas juga pencipta rekod dunia

Salam ... Du`at sekelian ..

Suasana `political situation` atau persekitaran politik di Malaysia makin hari makin ada sahaja rekod dunia yang dicipta.. Boleh dikatakan ada sahaja rekod dunia yang dipecah setiap hari.. Bermula dari suasana perbicaraan kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan kes 2 orang polis didakwa di mahkamah.. Rekod dunia dalam kes ini ialah kedua-dua tertuduh dalam kes ini berpakaian `ala ninja` Jepun yang menyebabkan `public` masih tak boleh mengenali diri atau wajah mereka dengan jelas..


Sehinggalah satu lagi rekod dunia tercipta pada 7hb lalu, di mana speaker `halal` negeri Perak diheret macam `kambing nak disembelih` keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak dan dikurung dalam stor... Hebat Malaysia .. Malaysia boleh.. 1 Malaysia.. Jenis tak tau malu..


Sebab itulah Najib tidak mendapat ucapan tahniah sebagai perdana menteri daripada negara luar... kes pelanggaran demokrasi di Malaysia ini dah bertimbun-timbun termasuk kes dirinya sendiri yang dikatakan terlibat dalam kes Al Tantuya..


Be gentlemanlah.. Najib ooii.. buatlah sebagaimana Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang .. Beliau telah menyaman media luar negara kerana dituduhnya presiden PAS itu sebagai pemimpin Al Qaeda yang ke tiga merbahaya di dunia .. Lalu TGHH menang dalam kes itu dan mendapat pampasan hampir 1/2 juta.. Bukannya Tuan Guru nak kepada duit tu tapi saman itu bertujuan untuk membersihkan namanya ... Jadi , kepada Najib.. awatlah takut sangat... samanlah media luar negara yang mengatakan tuan terlibat dalam kes Altantuya tu.. Kalau dah banyak kali bersumpah .. termasuk di Guar Perahu Penanti dalam kempen `by election` Permatang Pauh tahun lepas dan juga di Ijok `by election` dulu...kata tak terlibat dalam kes tu.. sebab apa takut nak saman .. saman ajelah.. kot-kot boleh dapat 500 juta lagi.. sama dengan komisen beli Sukhoi dan kapal selam dulu... barulah bersih nama tuan.. barulah negara luar hantar ucapan tahniah di atas perlantikan tuan sebagai PM baru.. Kami tak dengar pun...


Begitu jugak apabila speaker `halal` Perak diheret sebegitu rupa... satu lagi rekod dunia tercipta di Malaysia... Amat-amat memalukan Malaysia.. Sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk megekalkan kuasa yang diperolehi melalui cara `liwat` iaitu melalui cara pintu belakang `demokrasi`... Ini semua merupakan bibit-bibit kehancuran UMNO dan Bee End di bumi Malaysia ini... Percayalah .. Bi Iznillah teori RAHMAN berakhir di sini dengan kemunculan dan kebangkitan PAS dan PR sebagai penerus perjuangan Islam dan keadilan sejagat..


Wassalam..

Thursday, May 07, 2009

Penangkapan Bang Mad Sabu, Dr Mujahid dan YB Salahuddin ..bukti UMNO terdesak..


Salam perjuangan.. Du`at sekelian..

Penangkapan yang amat memalukan negara dan boleh menyebabkan pelabur luar negara semakin hari serik untuk melabur di Malaysia ini.. Ia menunjukkan UMNO dan BN dalam keadaan nazak .. Umno terus melakukan kesilapan demi kesilapan .. Kesilapan yang boleh mengakibatkan PR terus mendapat tempat di dalam hati rakyat Malaysia.

Penangkapan ini dan kekecohan dalam sidang DUN pada ketika ini boleh dilihat sebagai tindakan terdesak UMNO dan BN untuk mengelak daripada berlakunya pembubaran DUN Perak... Saya pun hairan kenapa tak nak dibubarkan sahaja dewan tu.. Kerajaan PR bukannya nak kuasa balik tapi hanya nak supaya mandat 2008 yang diperolehinya itu diserahkan semula kepada rakyat.. Fair.. bukannya nak balik..

Tapi BN.. kerajaan haram Perak dibawah Dr Zambri pulak nak mengekalkan kuasa pada tangan mereka ..Unfair.. Rakyat boleh melihat sendiri dan berfikir dengan matang..

Penangkapan pimpinan PAS menunjukkan pihak polis menjadi alat politik BN dan UMNO dan cuba menakutkan rakyat dan mana-mana orang awam atau juga pembela-pembela demokrasi daripada menyebelahi sokongan kepada Pakatan Rakyat..

Penangkapan itu juga boleh dilihat sebagai `mialage` terbaik untuk Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan lebih padu daripada rakyat...

Bubar aje DUN tu.. apa yang pening-pening kepala Dr Zambri...Malulah sama pada Allah..yang sentiasa memerhati perbuatan kita...
Sekian Wassalam...

KENANGAN MESYUARAT AGUNG PAS KEPALA BATAS KALI KE 31

Salam ... Du`at sekelian...
Di sini ku turunkan beberapa gambar kenangan...

Aku berucap semasa ucapan penangguhan.. Aku meminta supaya kita satukan saff barisan kepimpinan PAS Kepala Batas... Tanggungjawab dan amanah yang besar dari Allah SWT untuk kita semua..

Semasa pembentangan usul dari cawanganku.. AJKku tak nak cakap.. Mungkin ada ketoi mas dalam mulut kot.. takut terjatuh... atau jugak kerana takut terlajak cakap ..susah pulak...

Aku memerhati dari atas ... Orang di bawah memerhatiku... Tapi yang lebih penting.. Allah sentiasa memerhati kita semua..
Haji Ahmad Ismail ... sebab apa angkat penumbuk.. nak tumbuk sapa tu... sabag... sabag... ucapannya cukup mencuit hati semua perwakilan dan pemerhati..

Semasa proses pengundian ... memilih pemimpin... pangkah..pangkah.. jangan lupa pangkah bulan... mana boleh sembang.. mana boleh pakat... Hj Jo.. undi kamu adalah rahsia...

Amboi.. Tuan Setiausaha.. selambe aje.. masa bentang usul cawangan.. tahniah usul cawangan kita semua diterima.. hebat idea hampa semua.. lepas ni ..pakat kita laksanakan sama-sama.. Jangan lepas kat sorang-sorang dia saja.. kerja dalam jemaah ni ..berkat bang.. pahala banyak... kekeruhan bekerja dalam jamaah adalah lebih baik daripada kejernihan bekerja seorang diri..

Merenung jauh nampak... await tu... khusyuk sangat tu.. dok peghembang dengak ucapan sapa tu...

Mr senator Ya.. From Baling with love.. MR Lefthanded making history in his life.. cuma tak mau cakap depan aje... Wa caya sama lu beb.. Your commitment and your contribution to our Qaryah and our party is much obliged.. May Allah blessing your life and your family...



Await tu.. Zul.. thumb up pasai apa... Bang Man veteran PAS Taman Bertam Indah... hah.. hah.. muada lagi bang ooooiiiii.. dah tak dak orang dah nak buat macam ni... tapi mungkin jugak kerana pilihan Allah.. tak siapa duga...

Hei... Hj Jo.. pasai apa tu.. dok melawak dengan senator Ya tu... candid camera.. SU Maarzuki.. perut nampak tu... ok...ok... tak boroi.. stedi lagi..

Bersemangat nampak .. nyanyi lagu PAS... Inilah barisan kita ..yang ikhlas berjuang... siap sedia bekorban... menuju rumah Hj Jo.... andai kata kami tak pi... janganlah merajuk... inilah yang dinamakan perjuangan...

membelek-belek buku muktamar.. bersama `body guard`.. manalah tau kot-kot nama tak dak sebagai perwakilan..

HJ Jo .. naib ketua cawanganku.. banyak membantu kami di Taman Bertam Indah .. sumbanganmu kepada PAS cawangan cukup-cukup hebat... semoga Allah memberi rezeki dari sumber tak disangka-sangka.. kepadamu... Takbir...

Wassalam...

Tuesday, May 05, 2009

TUGASKU PUN BERMULA....

Salam.. Pendakwah yang dikasihi...

Selepas solat Maghrib di masjid At Taqwa..pada hari Ahad selepas mesyuarat Agung PAS Kepala Batas tu... aku terima call.. ucapan tahniah yang pertama..dari Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang baru.. Al Fadhil Us Yusni Mat Piah.. Aku kata .. Sheikh.. tanggungjawab besar ni ... amanah Allah.. untuk tengok 33 cawangan di Kepala Batas.. and at the same time aku jugak mengucapkan tahniah kepadanya di atas perlantikan sebagai ketua pemuda negeri yang baru.. Us Yusni ni.. macam adik aku je.. Bagiku.. Ustaz Yusni ni pakar Sirah Nabi.. Beliau mengajar Sirah di masjidku .. di Taman Bertam Indah dah 3 atau 4 tahun lalu... Teruskan mengajar ustaz..

Ustaz Yusni memintaku hadir di Ponsu Seribu sekarang jugak katanya... Enta kena mai jugak la ni di Pongsu 1000 .. ada ceramah ..pemuda anjur .. YB Zaki Ibrahim dari Kelantan dan YB Izzat Syauki dari Kedah akan berceramah.. P 1000 dalam Kepala Batas.. Enta sebagi YDP .. kena hadir.. orang luag mai .. tak kan tuan rumah tak dak plak... Betoi jugak .. kataku dalam hati... Jadi pi lah aku ke P 1000 .. Badan dah letih ni... Pi di sana .. Ustaz Yusni mintak jadi MC plak.. .. La .. kena bercakap lagi.. Selepas ceramah berapi-api dari kedua-dua penceramah.. Lebih kurang pukul 12.30 aku pun balik ke rumah.. Selesai tugas pertama sebagai YDP Kepala Batas yang pertama.. Pagi keesokannya.. aku terbabas.. subuh di masjid.. biasanya jarang aku bersolat subuh di rumah.. tapi bukan kerana letih pasal aktiviti semalaman .. tapi aku sakit perut .. meragam tak tentu pasal... Alasan nampak...

Kelmarin .. aku menyiapkan serba sedikit preparation untuk membentuk kabinet aku di Kepala Batas.. Telefon sana .. telefon sini... sms sana.. sms sini.. Alhamdulillah.. Insya Allah mesyuarat pertama akan diadakan pada hari Khamis ini untuk melengkapkan kabinet saf pimpinan PAS Kepala Batas.. Di celah-celah tu sempat jugak ku menelefon bekas-bekas pimpinan sebelum ini.. untuk mengetahui sedikit sebanyak segala gerak kerja dan masalah sekiranya ada sebelum ini sebagai titik mula untuk memulakan perjuangan di Kepala Batas ini.. Kemudian aku menziarahi mantan YDP Al Fadhil Ustaz Razali Wahid yang kini TYDP, di sekolahnya .. bertanya khabar.. sembang-sembang cara sembang kedai kopi.. Alhamdulillah.. banyak maklumat dapat... Lepas tu aku pi ronda-ronda kawasan Taman Sri Menerong kerana dengar cerita .. penduduk di sini nak tubuh cawangan baru...Selepas kuliah Maghrib di Bukit Mertajam ... aku menghadiri pertemuan dengan Cikgu Pa ..menegenai masalah Penanti.. Jadi Alhamdulillah penjelasan yang cukup baik dari Cikgu Pa...

Hari ni .. dan sekarang ni aku berada di Alog Stag.. di pejabat cawanganku.. Tu yang ada masa sikit untuk `posting` dalam blog ni.. Lepas Zohor ni .. ada appointment di Sungai Petani dengan NYDPku Sdr Mad Akhir.. adalah sesuatu yang ku rasa penting nak dibincangkan tu... Malam nanti selepas Maghrib .. aku dan Mejar Ishak.. ketua Penerangan Cawangan ku akan ke rumah wartawan Siasah/Wasilah ... ada jemputan kenduri.. bini dia nak turun pi Mekah buat Umrah.. umug panjang .. aku kena pi malam ni.. kena jaga ni... media adalah wasilah dakwah terpenting zaman sekarang ni.. After Isyak pulak aku kena pi Cawangan Sri Menerong Insya Allah.. sebagai lawatan kerja atau ziarah cawangan pertama ku... Ya Allah bantulah hambaMU ini untuk terus istiqamah dalam `kerja buat Islam` ini...

Sekian Wassalam...

TU BARU JADI YDP.. BELUM LAGI....

Salam .... Du`at sekelian..

Alhamdulillah.. aku panjat rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah ... mesyuarat Agung PAS Kepala Batas kali ke 31 berjalan dengan jaya dan gemilang sekali.. Tuan pengerusi tetap , Al Fadhil Ustaz Johari berjaya mengendali mesyuarat .. Sebenarnya bukan mudah juga untuk mengendalikan mesyuarat agung ni... Tak kena gaya boleh jadi macam suasana di `market ikan`.. Pung ... Pang... Pung.. Pang.. Aku kata kat hang .. Hang kata kat aku.. Aku perli hang.. Hang perli aku.. Hang jatuh ayag muka aku... aku bagi jatuh ayag muka hang..

Nak buat macam mana memang sejak dulu lagi .. kaki sembang kedai kopi ni .. memang pandai bercakap .. pandai berhujah.. Inilah kelebihan orang PAS.. pandai bercakap.. dan tak kurang jugak nak perjatuh orang pun ada... `Alakullihal... aku tabik kat hampa semua.. aku seronok bila tengok kalian semua berhujah memberi pandangan secara selamba tetapi amat bernas .. Bukan calang-calang pemimpin PAS Cawangan-cawangan di Kepala Batas ni.. Amat berfikiran terbuka dengan adab-adab etika mesyuarat sentiasa dijaga dan dipatuhi.. Aku dengag cerita ada orang kata `orang yang boleh lawan ombak` ni memang mempunyai semangat yang kuat dan mempunyai jiwa yang jitu `firm`...

Cuma semua kata-kata semangat ... ucapan yang berapi-api.. idea-idea yang bernas yang dilontarkan.. pendapat dan pandangan yang disuarakan dalam mesyuarat 2 hari lepas perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan.. dalam bentuk `kerja buat`.. dalam bentuk perlaksanaan.. gerak kerja.. pengukuhan ukhuwwah.. usrah mingguan atau bulanan.. sumbangan kepada fakir miskin dan anak yatim.. pengurusan yang baik dan berketerampilan.. penjagaan akaun cawangan yang baik.. kehadiran dalam mesyuarat.. berkeperibadian mulia.. bermu`amalah dengan masyarakat setempat.. sentiasa berulang alik ke surau dan ke masjid .. terlibat dalam hal-hal kebajikan masyarakat dan sebagainya..

Maknanya setiap perkataan yang muncul dan keluar daripada mulut kita perlu disusuli dengan tindakan kita... Setiap kata-kata kita mesti kotakan.. Aku khuatir dan teramat bimbang sangat-sangat ialah penyakit lama orang kita ialah `pandai bercakap sahaja` akan berulang semula dan terus menjadi `barah` sehingga boleh menyebabkan parti kita `rebah` dan tersungkur ke tanah tanpa berlawan dengan musuh lagi. Allah sebut dalam Surah Saff.. mengingatkan kita vahawa Allah SWT amat tidak suka kepada orang yang bercakap tetapi tidak buat apa yang dia cakap... cakap tak serupa bikin ni.. orang tak suka .. Bukan setakat tu saja.. Allah pun tak suka jugak.. Bila Allah tak suka kepada hambanya .. alamatnya ... Wal`iyazubillah min dzalik...

Selesai sahaja mesyuarat.. aku pun balik dengan sesahabat cawanganku.. Sempat jugak singgah ..pekena dulu mee kuah kat simpang tiga Pasiag Gebu.. sedap pulak.. punya pulun.. lapag .. sebab cakap masa ucapan penangguhan.. Sampai di rumah .. my Mrs pun bagi tau kat aku.. barang rumah dah beli ke belum.. Aku kata .. Allahu Akbar... lupa nak beli.. Lantas secara tiba-tiba anak sulungku kata .. Ayah ni memang.. sibuk memanjang.. Tu baru jadi YDP .. belum lagi.. YB.. Aku pun gelak ... Ha.. Ha.. Ha... Ha.. Lantas capai kunci kereta bergerak ke kedai koperasi,, satgi kena beletiag pulakk.... Bini pun nak kena jgak ooii..

Wassalam...

Saturday, May 02, 2009

PENANTI : SERAH AJE JAWATAN SENATOR PADA PAS ...

Ketika di Beirut, Lubnan.. memberi sumbangan kepad Dr Hatta untuk diserahkan kepada Hamas
YB Salahuddin Ayub berceramah di Beirut, Lubnan..

Salam .. Pendakwah sekelian…

Seperti mana yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sekiranya diwujudkan Kerajaan Perpaduan (Unity Government), sekurang-kurangnya kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan perlu diserahkan kepada PAS.. maka begitulah juga di Pulau Pinang, PAS juga perlu diberi satu post untuk PAS memberi sumbangan kepada rakyat.

Kata-kata Tuan Guru perlu disokong.. bukannya apa.. bukannya PAS ni terlampau nak kepada jawatan sahaja.. PAS ni nak kepada kedudukan sahaja.. lebih teruk lagi nampak macam PAS nak kepada habuan keduniaan semata-mata.. Bukan begitu... Tidak sekali-kali begitu.. Aku berpandangan dan yakin sungguh-sungguh, tidak terlintas dalam lubuk hati pimpinan dan ahli PAS untuk berjuang kerana keduniaan.. kalau kami nak kepada habuan keduniaan kami tak akan bergelomiang dan membuang masa dalam PAS ..sudah tentulah kami akan terjun terus dalam UMNO kerana perjuangan UMNO terbukti untuk keuntungan duniawi semata-mata.. tak kenal halal haram dalam UMNO...

Tapi kami terlibat dalam PAS semata-mata kerana Allah... ikhlas nak membawa Islam dalam masyarakat termasuk bukan Islam... bertujuan kebajikan... nak meletakkan Islam pada tempat sewajarnya.. nak menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran... bukannya sebab-sebab lain... PAS menjadikan kenderaan bagi kami untuk bergerak di atas bumi Malaysia ini . Terbukti sejak 50 tahun lebih yang lalu PAS konsisten dalam mengakkan keadilan dan PAS mempunyai yang amat-amat komited dalam politi di Malaysia.. sanggup mati di jalan Allah ini.. yang mungkin tidak wujud langsung dalam parti-parti lain di Malaysia...

Selain daripada itu, apabila kita membentuk kerajaan di bawah payung yang bernama `Pakatan Rakyat`, PAS juga memerlukan `wadah` atau `wasilah` yang lain yang lebih berkesan supaya dakwah kami sampai terus kepada sasaran dakwah kami... Jadi post-post seperti kementerian-kementerian, senator, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan exco di peringkat negeri Pulau Pinang perlu diisi dengan wakil PAS yang berwibawa sebagai `base ``atau `tapak` untuk menjalankan segala aktiviti yang masyarakat dapat melihat bahawa PAS atau yang lebih utamanya ISLAM boleh memimpin..

Oleh itu.. kata-kata sindir yang timbul di belakang yang sering kedengaran di Pulau Pinang seperti.. tak padan dengan satu kerusi DUN yang PAS menang tapi nak jawatan yang tinggi-tinggi... PAS tiada pemimpin yang berkaliber... Pemimpin PAS negeri tidak layak.. tidak ada pengalaman.. pemimpin PAS tak cerdik.. tak timbul sama sekali... Semua kata-kata ini hanyalah alasan di pihak yang ingin meminggirkan PAS dalam arena politik di Pulau Pinang dan seterusnya menafikan sumbangan PAS dalam pilihanraya yang lalu...

Kesimpulannya ialah... jawatan seperti senator ... atau.. exco... atau.. YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang teramat sesuai dengan identiti perjuangan PAS di Penang dan ia juga sebagai jalan penyelesaian terbaik kepada kemelut yang berlaku dalam menghadapi pilihanraya kecil Penanti hujung bulan ini.. Maka fikir-fikirkanlah ... semua pimpinan Pakatan Rakyat... Lakukanlah sesuatu...

Sekian Wassalam...