PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, April 16, 2009

RAHSIA `ORANG KUAT`

Salam ..Para Pendakwah sekelian...

Maaf kerana dah hampir sebulan tak menulis dlam blog ini... Nak kata sibuk pun tak juga.. Kena bertugas di Bukit Selambau lah.. Pergi Bukit Gantang lah.. Ke Kuala Lumpur kerana urusan pendaftaran ahli Pas baru... Urusan kerja pun masya Allah sibuk jugalah bareu-baru ni.. Celah-celah tu wartawan pulak nak nak saya menulis sedikit mengenai perkara-perkara misteri dalam kehidupan ini.. Jadi artikel dibawah ini adalah artikel yang baru saya siap untuk majalah Infiniti yang akan terbit Insya Allah pada bulan Jun ini.. Bacalah... Dengan Nama Tuhan mu...

Rahsia Orang Kuat Fizikal.

Kita biasa dengar perkataan `Orang Kuat`. Orang Kuat yang berupaya menarik kapal terbang, gerabak keretapi, bas, kereta dan sebagainya dengan menggunakan rambut, telinga, tangan, jari dan sebagainya. Kita lihat sahaja rancangan TV popular `Beleive It Or Not` yang menunujukkan banyak adegan orang kuat yang meyakinkan kita bahawa Orang Kuat ini memang ada dan mempunyai kekuatan luar biasa.

Di Pulau Pinang baru-baru ini, keluar dalam akhbar menceritakan bagaimana seorang budak perempuan 18 tahun berupaya mengangkat `besi angkat berat` seberat 50 kilo dengan hanya menggunakan jari kelingkingnya sahaja. Allahu Akbar... Allah Maha Besar.. Allah Maha Hebat.
Saya mendapat tahu ada orang yang memperolehi kekuatan luar biasa seperti boleh berjalan di atas bara, boleh menarik bas, memecahkan bata serta kebolehan luar biasa lain Mereka beroleh kekuatan itu dengan mengamalkan bacaan-bacaan al-Quran yang tertentu. Kekuatan luar biasa ada kalanya boleh di perolehi dengan latihan dan usaha fizikal. Seperti menarik bas , berjalan atas bara dan memecahkan batu bata. Ia bergantung kepada latihan dan mungkin alatan-alatan luaran seperti krim pengurang kesan terbakar dan sebagainya.

Bagi pandangan saya, ada 3 perkara yang begitu penting dan saling berkait rapat di antara satu sama lain sehingga akhirnya muncul apa yang dikatakan `kekuatan fizikal`.

1. Kekuatan Roh yang menghasilkan kekuatan mental atau kekuatan emosi.
2. Kekuatan Mental atau Emosi yang menghasilkan kekuatan Fizikal
3. Kekuatan fizikal kerana sihat tubuh badan, pemakanan seimbang, berpuasa dan sebagainya.

Pertamanya, kekuatan roh atau `spiritual strength` menyebabkan kita berasa mampu untuk mengatasi segala cabaran malah mampu untuk menghadapi segala kesulitan dan kepayahan segala halangan secara positif. Membawa ilmu `Allah` yakni aqidah Islam ke dalam diri, memahami matlamat hidup, keyakinan tinggi kepada Allah adalah antara faktor roh menjadi kuat. Hati yang merupakan raja segala anggota adalah pencetus kekuatan roh. Disebut dalam hadith Nabi SAW.. kalau hati baik maka baiklah segala anggota yang lain dan sekiranya fasad atau buruk hati ini maka buruklah anggotan badan yang lain.

Hati ini perlu diasuh.. Hati ini perlu di`charge`.. Hati perlu dididik.. Hati kita perlu diberi `makanan`.. Oleh itu, untuk menguatkan hati yang merupakan pendokong kekuatan roh , ia perlu diisi dengan zikir kepada Allah `Azzawajalla. Allah SWT berfirman:“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Jadi melalui ingat kepada Allah, hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, gersang serta tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.

Melalui zikir atau ingat kepada Allah selalu, ia juga akan menambahkan daya penumpuan secara khusus, teliti dan halus sehingga berupaya menjana kekuatan mental dan seterusnya kekuatan fizikal. Berzikir dapat menguatkan diri kita. Zikir tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahhuakbar); masing-masing 33 kali setiap kali, pada setiap hari. Diceritakan satu kisah di mana puteri Rasulullah SAW, Fatimah berjumpa baginda dan memberitahu, yang dia memerlukan pembantu rumah. Lantas Nabi Muhammad SAW bersabda: “Mahukah aku berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta?” dan ba­ginda memberikan petua bacaan tasbih, tahmid dan takbir.Kalimah ini sebenarnya menguatkan mental (emosi) dan jasad kita. Konsep berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tetapi meliputi amal ibadat lain seperti bersolat, membaca al-Quran, melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, berbakti dan berkhidmat, mematuhi dan menyantuni, menerima ketentuan dengan reda malah berzikir yang ampuh harus diiringi sabar dan syukur.Kepentingan amalan kerohanian dalam menjamin kehidupan yang damai dan tenang sememangnya terbukti berkesan dan menjadi amalan wajib ulama muktabar. Imam Nawawi RA misalnya sentiasa mengamalkan zikir dari waktu subuh sehingga duha dan apabila ada pihak bertanya, beliau mengatakan bahawa zikir itu adalah makanan kerohaniannya.

Keduanya kekuatan mental atau emosi pula berkisar kepada apa yang berada dalam kotak aqal fikiran kita. Kete­nangan jiwa dan kemantapan mental menyebabkan manusia mampu mengatasi segala cabaran malah mampu untuk meneruskan hidup secara positif. Demikianlah indahnya Islam, agama yang tidak hanya tertumpu kepada ibadat kerohanian semata-mata malah menyeluruh (syumul) dalam semua aspek kehidupan.

Ketiganya Kekuatan fizikal adalah amat penting, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah.”Seperti juga petua menjaga kerohanian, Islam turut memberikan tip memantapkan kesihatan fizikal terutama menerusi sunnah Rasulullah seperti ketika berhadapan dengan makanan yang wajar sekali diteladani manusia.Rasulullah SAW sebagai contoh, baginda makan tidak banyak dan mengamalkan makan apabila benar-benar lapar tetapi berhenti sebelum kenyang. Jika hendak diikutkan logik, pasti tubuh Rasulullah kecil tetapi tubuh baginda besar dan tegap. Ulama mengatakan antara faktornya adalah makanan zikir yang diamalkan Rasulullah menyebabkan tubuh baginda menjadi kuat.
Sebagai kesimpulannya, seseorang yang mengamalkan ayat-ayat tertentu dengan tujuan khas untuk mendapatkan keistimewaan, adalah harus selagi tidak bercanggah dengan tujuan yang dibenarkan syara’, malah ada juga yang digalakkan jika terdapat hadith yang menganjurkannya seperti membaca surah al-baqarah bagi menjauhkan diri dari Syaitan (dari hadis riwayat Muslim), membaca surah Al-Kahfi pada malam dan hari jumaat bagi mendapatkan cahaya hati dan menjauhkan diri dari Dajjal (dari hadith sohih riwayat Muslim, An-Nasaie, Al-Bayhaqi dan al-Hakim –rujuk al-Muntaqa, no 388, 1/250). Banyak lagi ayat-ayat yang dikhabarkan oleh Nabi tentang khasiatnya. Menggunakan ayat-ayat tertentu untuk terbang dan berjalan atas air tanpa tenggelam, tidaklah disebut oleh Nabi ayatnya. Wallahu a’lam. Seseorang yang mengamalkan ayat-ayat tertentu untuk tujuan pelik dan jahat yang bercanggah dengan Al-Quran adalah sesat dan menyesatkan.

Tetapi perlu diingat, tujuan utama al-Quran diturunkan bukanlah untuk mencapai keistimewaan pelik di atas dunia atau untuk tujuan dunia, tetapi ia adalah untuk amalan dan panduan untuk hidup di dunia bagi mencapai keredhaan Allah di akhirat. Fakta ini telah dinyatakan dengan jelas dalam pelbagai Quran.

Sekian Wassalam

No comments: