PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, April 20, 2009

FALSAFAH KEUNIKAN MATA DAN BENARKAH WUJUD MATA `INFRARED` ????

Salam ... Pendakwah sekelian ..
Bacalah dengan nama Tuhan mu...

Mata adalah kurniaan dan anugerah Allah `Azzawajalla kepada manusia dan juga makhluk-makhluk Allah yang lain seperti Jin, malaikat dan binatang-binatang. Mata merupakan salah satu pancaindera utama tubuh manusia. Secara logiknya, kita akan beranggapan sekiranya tiada mata maka tidak sempurna hidup ini. Serba tak kena sekiranya secara tiba-tiba mata kita tidak boleh melihat atau menjadi buta secara tiba-tiba mungkin kerana sebab musabab yang tertentu seperti kemalangan atau tercucuk benda tajam. Daripada boleh melihat kepada tidak boleh melihat apa-apa di sekeliling kita. Hidup kita menjadi tak tentu arah kerana sebelum ini kita boleh melihat dengan secara tiba-tiba kita tidak boleh melihat. Tak mustahil kita boleh menjadi gila sekiranya fikiran tidak menentu dan tidak terkawal.

Sebelum kita masuk dengan lebih mendalam perbahasan mengenai mata marilah kita renung sejenak kalimah-kalimah Allah mengenai mata dan falsafah di sebalik kejadian mata manusia..

PERTAMA : Mata mestilah diguna untuk melihat tanda kekuasaan Allah

Allah berfirman :

8. Bukankah kami Telah memberikan kepadanya dua buah mata,


Dalam Surah Al Balad : 8 di atas, Allah menceritakan bahawa kenapa manusia terpedaya dan bermegah-megah serta bersikap sombong dengan menggunakan mata untuk melihat perkara mungkar dan maksiat sedangkan Allah berfirman .. Tidakkah Kami menjadikan baginya dua mata untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami ?



KEDUA : MATA AKAN MELIHAT NIKMAT DI SYURGA HASIL DARIPADA MENGGUNAKANNYA PADA JALAN SEBENAR DI DUNIA


Allah berfirman dalam surah As sajadah : 17


17. Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.


Ayat ini memberi pengajaran kepada kita bahawa mata ini sepatutnya digunakan untuk melihat kebaikan sahaja kerana mata kita jugalah akan melihat segala nikmat di syurga nanti.


KETIGA : Jangan dipalingkan mata ini kepada perhiasan dan kemewahan dunia

Allah berfirman dalam Surah Al Kahfi : 28

28. Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya Telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
Ayat ini sebagai peringatan kepada kita supaya kita sentiasa berhati-hati kerana dikhuatiri mata kita ini terpengaruh dengan perhiasan dan kemewahan dunia.

KEEMPAT : Pandangan Allah juga bermaksud sebagai sentiasa di bawah pemeliharaan Allah `Azzawajalla.

Sepert mana Allah berfirman dalam Surah Al Qamar : 14

Yang berlayar dengan pemeliharaan kami sebagai belasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh).


Pandangan Allah tidak sama dengan pandangan manusia. Manusia adalah makhluk Allah. Allah adalah Al Khaliq yaani Yang Maha Mencipta. Pandangan manusia terhad dan terbatas. Jadi takutilah kamu semua dengan pandangan Allah walaupun kamu berada di tempat yang tersembunyi.


KELIMA : Jangan menyesal kemudian hari apabila mata melihat api neraka Jahannam.


Allah berfirman dalam Surah At Takathur : 1-8


1. Bermegah-megahan Telah melalaikan kamu[1598],
2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur.
3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
4. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan Mengetahui.
5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
6. Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,
7. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin[1599].
8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

[1598] Maksudnya: Bermegah-megahan dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya Telah melalaikan kamu dari ketaatan.
[1599] 'Ainul yaqin artinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.


Na`uzubillahimin dzalik... malang seribu kali malang ketika dibangunkan di alam kubur, kita melihat dengan mata kita sendiri api yang menyala-nyala membakar diri kita.. Begitu jugalah kita melihat api di neraka Jahannam.. Bertaubatlah....

Definisi mata...

Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata juga berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Cuba anda perhatikan...

Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.

Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair sebelum sampai ke kanta. Gelemair membantu mengekalkan bentuk cembung kornea dan melembapkannya. Iris terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya.

Cahaya dari objek jauh dan cahaya dari objek dekat terfokus.

Supaya cahaya boleh ditumpukan, cahaya mesti dibiaskan. Kadar biasan bergantung kepada jarak objek yang dilihat. Objek jauh memerlukan kurang biasan cahaya daripada objek dekat. Kebanyakan biasan berlaku pada kornea yang mempunyai lengkongan kekal. Biasan lain yang diperlukan berlaku di kanta. Kanta boleh ditarik leper oleh otot, yang membetulkan kuasa kanta. Apabila seseorang berumur, dia akan hilang keupayaan untuk membetulkan tumpuan. Keadaan ini dikenali sebagai presbyopia.

Definisi Infrared...

Infra merah (infrared) pula ialah sinaran elektromagnet yang luas atau panjang gelombangnya lebih daripada sinaran cahaya nampak dan kurang dari mikrogelombang, iaitu di antara 700 nm dan 1 mm.

Gelombang Inframerah dan Milimeter digunakan dengan meluas sebagai saluran komunikasi jarak dekat seperti penggunaan alat kawalan jarak jauh (remote control) bagi televisyen, radio dan sebagainya.

Kemudahan media bergelombang inframerah dan milimeter ini, boleh digunakan di dalam sesebuah organisasi atau rangkaian kawasan setempat. Pengguna boleh memasang pemancar dan penerima gelombang infra merah dalam rangkaian mereka. Dengan pemasangan ini, penyambungan komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dan milimeter dapat digunakan tanpa penyambungan secara fizikal terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada.

Oleh itu, rangkaian antara komputer-komputer atau pengguna-pengguna tidak memerlukan plug in untuk perlaksanaan.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sinar_inframerah"


Mata dan hubungkait dengan Infra red (cahaya sinar merah)

Apabila kita telah mengetahui apa itu mata dan Infrared, kita boleh membuat rumusan bahawa dengan menggunakan teknologi gelombang infrared ini kita boleh melihat objek-objek yang lebih halus dan teramat kecil yang tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar sahaja.

Cuma topik perbahasan utama tulisan ini sebenarnya adalah terdapat manusia yang diberi kelebihan (atau mungkin kekurangan) oleh Allah `Azzawajalla, beliau boleh melihat objek-objek yang teramat halus dan kecil tanpa menggunakan teknologi kamera yang menggunakan gelombang cahaya infrared atau seumpamanya seperti di atas. Beliau mungkin boleh melihat makhlus-makhlus halus seperti jin, syaitan, apa yang diistilah sebagai hantu, langsuir, orang bunian dan sebagainya.. Anda percaya atau tidak .. Teruslah membaca tulisan ini...

Ada yang berpandangan mata manusia yang boleh melihat makhlus halus dengan mata kasar ini tiada kaitan dengan infra red.. Mungkin betul kenyataan ini kerana manusia biasa yang normal hanya boleh melihat makhlus halus dengan menggunakan sinaran Infrared.. Mungkin ia juga sebagai anugerah luar biasa kepadanya supaya dia lebih rapat kepada Allah `Azzawajalla.

Sebagai seorang yang mempunyai keimanan yang padu kepada Allah, apa-apa yang berlaku kepada kita , kesemuanya dipulangkan kepada Allah Yang Maha Perkasa. Perkara yang luarbiasa atau ajaib sekiranya berlaku kepada manusia , ia dinamakan ma`unah atau pun karamah. Ia khusus untuk mereka yang begitu rapat dengan Allah `Azzawajalla.


Pengalaman

Sedikit pengalaman hidup saya sendiri yang hendak saya berkongsi dengan pembaca semua. Ketika anak perempuan saya sakit secara tiba-tiba 2 tahun yang lalu, tangannya dan kakinya tidak dapat bergerak .. lembek terkulai.. sekejap boleh bergerak.. kejap tidak boleh bergerak.. Apabila saya mengambil jarum atau kunci kereta lalu dicucuk pada lengan anak saya ..dia mengatakan dia tak merasa apa-apa kesakitan.. saya tekan dengan lebih kuat.. Dia tak merasa apa-apa kesakitan.. hilang deria rasa.. Selama 8 hari tinggal di hospital dengan melalui berbagai test dan ujian termasuk juga MRI test, tak juga ketemui punca penyakit anak saya..

Akhirnya saya membawa anak saya berjumpa dengan seorang ustaz yang bernama Ustaz Ahmad (bukan nama sebenar) yang dikatakan beliau boleh melihat makhlus halus .. Beliau agak keberatan kerana beliau khuatir dan bimbang sekiranya masyarakat salah anggap kepadanya dan mengatakan beliau berbohong. Saya memohon kepadanya sebagai usaha ikhtiar daripada saya untuk mengubati anak saya yang sakit. Beliau mengatakan beliau tidak ada ilmu rawatan Islam dan tidak berupaya untuk membaca ayat-ayat suci Al Quran melainkan ayat-ayat pendek seperti Ayat Al Kursi dan 3 Qul... Dipanggil beberapa orang Imam masjid ke tempat saya untuk membantunya melihat anak saya. Beliau berkata ada dua makhluk yang berada di sebelah kanan dan kiri anak saya yang berambut panjang dan tidak berkaki.. Apabila beliau berkomunikasi dengan makhluk tersebut.. makhluk tersebut memberitahu, mereka berdua seronok tinggal dengan anak saya kerana anak saya mempunyai kaki yang cantik. Kedua-dua kaki anak saya dibaluti dengan kain yang tebal..

Saya tidak percaya semua kata-kata makhluk itu sekiranya memang wujud komunikasi di antara Ustaz Ahmad dengan mereka kerana sifat makhluk yang pada pandangan saya adalah syaitan atau mungkin juga jin kafir yang memang suka bercakap bohong . Saya nak berhenti setakat ini sahaja mengenai pengalaman saya ini. Selepas dua bulan berusaha melalui rawatan Islam Darussyifaa Datuk Harun Din dan berbelas belas Ustaz dan Tok Guru Pondok... Alhamdulillah anak saya kembali sihat seperti sedia kala sehingga sekarang.. Badan saya susut 2 kilo menjaga anak saya selama 2 bulan .. Hanya Allah yang perlu kita syukuri..

Selepas peristiwa itu, saya dan Ustaz Ahmad menjadi kawan yang rapat.. Saya cuba menyelami perasaannya dan cuba menyelidiki bagaimana sejarahnya bermula bahawa beliau dapat melihat makhlus-makhlus halus...

Beliau menceritakan bahawa bermula selepas beliau mula baligh ketika berumur 16 tahun. Selepas itu sehingga ke hari ini beliau dikatakan boleh melihat rupa paras bayang-bayang makhlus halus .. seolah-olah alam yang beliau lihat itu berada di antara alam nyata atau alam bukan nyata... Beliau boleh melihat susuk tubuh makhluk tersebut.. matanya.. ada yang rupa seperti manusia... ada yang tinggi macam pokok kelapa... ada yang baik perangainya .. ada yang buruk tingkah laku mereka.. Pelik no.. Tentulah anda mengatakan saya ini mereka-reka cerita.. berbohong dan sebagainya.. kalau saya di pihak saudara .. saya juga tidak mempercayai cerita seperti ini..

Bukan setakat itu cerita ustaz Ahmad ini.. Beliau juga pernah melihat kenderaan makhlus halus.. Saudara/i pembaca bertambah pening nampaknya.. Semasa dalam satu sesi usaha ikhtiar saya mencari ubat untuk anak saya.. saya, isteri saya dan anak saudara saya melihat dengan mata kasar kami bagaimana beberapa ekor ulat kecil jatuh dari kaki anak saya yang tidak boleh bergerak itu ke atas carpet rumah. Apabila Ustaz Ahmad ini melihat di bawah tapak kaki anak saya dilihatnya .. Masya Alah.. terkeluar daripada mulut Ustaz Ahmad kerana beliau terkejut melihat banyak lagi ulat-ulat kecil di bawah tapak kaki anak saya. Sedangkan saya tidak boleh melihat ulat-ulat yang banyak itu kecuali beberapa ekor sahaja.
Saya tidak akan memaksa pembaca mempercayai sepenuhnya pengalaman saya ini .

Ustaz Ahmad tidak termasuk dalam golongan yang mengambil kesempatan untuk memperdayakan orang lain dengan kelebihannya (atau mungkin kekurangannya). Beliau berumur 30an sahaja.. Mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Beliau adalah perawat bukan sepenuh masa yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran sahaja .. Tidak lebih dari itu.. Boleh memberi kuliah agama di masjid. Amat rendah diri.. Amat sukar untuk dibawa berubat kerana khuatir disalah anggap oleh orang lain.. Tidak mahu menerima apa-apa habuan wang ringgit sekiranya beliau menolong seseorang.. Kehidupannya simpel sahaja.. Seorang yang rendah diri.. Tidak mempunyai pengikut dan tidak pernah belajar silat atau mewarisi daripada keluarganya sehinggakan sampai ke hari ini keluarganya di Perak masih tidak mengetahui langsung mengenai ke`ajaib`an yang ada pada mata Ustaz Ahmad..

Baru-baru ini saya berbincang panjang dengan Ustaz Ahmad mengenai kata-kata Imam Syafie Rahimahullah “ Barangsiapa yang mengaku mampu melihat jin, maka batallah syahadahnya kecuali dia seorang nabi”... Ustaz Ahmad termenung panjang memikir kata-kata ini.

Saya menenangkan Ustaz Ahmad dengan berkata .. Ustaz bukan mengaku.. atau mewar-war kepada umum ustaz boleh melihat benda-benda halus tetapi ustaz cuba berbincang dengan orang yang lebih `Alim mengenai masalah yang dihadapi oleh ustaz.. Ustaz jangan bimbang .. Saya tahu hati budi ustaz.. Ustaz cuba menyelidiki samada apa yang berlaku pada Ustaz itu .. satu masalahkah.. atau tubuh badan ustaz ada penyakitkah... atau ujian daripada Allah untuk meningkatkan lagi iman ustaz kerana kalau sekiranya keadaan macam ustaz ini berlaku pada orang yang tidak teguh imannya pada Allah , tak mustahil dia akan menggunakannya untuk kepentingan duniawi, mencari populariti, mencari wang sebanyak mungkin, menipu, berbohong dan sebagainya.. Jelas saya padanya yang agak gelisah pada masa itu.

Walaupun begitu, kami berdua mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara ini kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan `aqidah masyarakat yang amat jahil mengenai ilmu agama ini atau disalah anggap yang bukan-bukan oleh masyarakat sekeliling..

Rumusan dan Kesimpulan

Apa yang dapat dilihat oleh mata Ustaz Ahmad itu mungkin bayangan berupa mainan syaitan yang ingin menyesatkan. Tidak boleh dibenarkan atau dipercayai tentang keupayaannya boleh melihat makhlus halus. Sama juga dengan halusinasi iaitu rakaman otak pra sedar atau bawah sedar akibat pengambilan ubat-ubatan tertentu. Boleh jadi juga bahawa sesuatu yang dilihatnya itu merupakan sihir syaitan yang bertujuan agar seseorang itu mencari ubat yang boleh membawa kepada syirik dan kufur kepada Allah `Azzawajalla.


Firman Allah dalam surah Al A`raf : 116,


116. Musa menjawab: "Lemparkanlah (lebih dahulu)!" Maka tatkala mereka melemparkan, mereka menyulap mata orang dan menjadikan orang banyak itu takut, serta mereka mendatangkan sihir yang besar (mena'jubkan).

Berdasarkan ayat ini kita dapat memahami bahawa ahli-ahli sihir cuba mengelirukan penglihatan manusia dan membuat orang ramai takut kerana mereka telah menunjukkan satu sihir yang hebat.

Oleh itu marilah kita sama-sama beristighfar banyak-banyak kepada Allah `Azzawajalla di atas kesilapan kita yang lampau dan seterusnya beristiqamah dengan keimanan kita kepada Allah daripada gangguan sihir yang menyesatkan. Mata adalah anugerah Allah. Mata yang menembusi penglihatan normal manusia biasa bukannya mempunyai kuasa luarbiasa mahu pun mempunyai kuasa seperti sinar Infrared tetapi kesemuanya itu sebagai BUKTI DAN HUJAH bahawa ALLAH MAHA PERKASA DAN MAHA KUAT.

No comments: