PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, April 16, 2009

Api muncul secara tiba-tiba...

Salam..
Pendakwah yang dihormati.... Ini pula Artikel kedua untuk majalah Infiniti.. Bacalah dengan Nama Tuhan mu....

Api muncul secara tiba-tiba…

Api, apabila disebut sahaja mengenai api… terlintas dalam fikiran ini, api ini merbahaya. Kecil adalah kawan, bila besar api menjadi lawan. Api ada kaitan dengan kepanasan.. Api ini boleh membakar rumah dan menghancurkan serta memusnahkan hutan, rumah kediaman dan tanam tanaman. Api ada kaitan dengan perkara atau benda kejahatan. Api berkait rapat dengan fenomena alam seperti juga angin, air dan tanah.

Api ada kaitan dengan jin kerana jin dijadikan daripada percikan api. Api juga ada kaitan dengan syaitan iblis kerana ia dijadikan oleh Allah `Azzawajalla daripada api. Api juga dikatakan ada kaitan dengan pesakit jiwa yang badannya mengalami kepanasan melampau. Api juga bermaksud neraka. Bila sebut sahaja neraka .. orang angkat sambut dengan perkataan api neraka .. api dalam kubur dan sebagainya. Ini menggambarkan api adalah balasan Allah kepada manusia yang banyak dosa dan kufur kepada Allah `Azzawajalla.

Api secara kinayahnya boleh juga diertikan dengan sifat atau akhlak yang tidak baik seperti pemarah.. bengis... `peghongoih` orang Utara kata.. cepat melenting dan bertindak melulu. Ada di kalangan kita berkata.. tengok tu.. cakapnya berapi-api tapi semua kerjanya tak jalan pun... Kesemuanya boleh kita rumuskan kebiasaannya api ini dikaitkan dengan perkara yang negatif, tidak baik dan tingkah laku yang buruk.

Dalam Surah Al Lahab : 1-5, dikisahkan mengenai bapa saudara Nabi SAW, Abu Lahab dan isterinya, bagaimana segala pekerjaannya dan usahanya di dunia tidak berfaedah langsung, begitu juga harta-hartanya kerana kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelojak. Isterinya juga sebagai pembawa api neraka apabila berada di neraka nanti kerana semasa di dunia dia terkenal sebagai pembawa dan penyebar fitnah memburukkan nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin. Ini menunjukkan bahawa pembawa fitnah juga tak ketinggalan akan dihukum dengan api di Akhirat kelak.

Jadi apabila api muncul secara tiba-tiba atau boleh diibaratkan sebagai api misteri atau api ajaib atau api yang aneh berlaku di hadapan kita yang boleh dilihat dengan mata kasar atau dapat dirasai dengan pancaindera kita , maka secara tak langsungnya ia menggambarkan kepada kita ada sesuatu yang tak kena, ada sesuatu yang buruk berlaku, ada sesuatu yang ada kaitan dengan makhluk halus berupa syaitan atau jin atau pun ada kaitan dengan permainan makhluk jahat samada manusia atau jin kafir yang berniat jahat seperti sihir, santau dan sebagainya.

Ada juga yang berpandangan secara santifik, bahawa api misteri yang muncul dihadapan seseorang seperti berlaku kepada seorang wakil rakyat suatu ketika dulu adalah kerana badannya `bermagnet`. Saya difahamkan wakil rakyat tersebut dikejar ke mana sahaja dia berada dengan api misteri.. Api pernah muncul di rumahnya sehingga keluarganya tidak pernah tidur lena.. Api pernah muncul dalam kamar hotel penginapannya di ibu kota.. Eh..Eh.. kenapa ni ..kenapa jadi macam ni.. kenapa api misteri mengejar wakil rakyat tersebut... Ada magnet kah? Kalau ada magnet .. kenapa baru sekarang berlaku.. dulu tak... Ada geselan cas besi pada badannya hingga menghasilkan haba... Pelik bin Ajaib... Tak boleh diterima aqal manusia normal..

Sebagai orang yang beriman dan mempunyai keyakinan yang teguh kepada Allah,, lebih mudah kita simpulkan api seperti ini ada kaitan dengan dosa yang kita lakukan di atas muka bumi ini.. Kita berkeyakinan bahawa orang yang berdosa akan berhadapan dengan api di alam kubur dan juga di alam Akhirat. Kalau api mengejar kita di dunia ini , ia menunjukkan tak mustahil ia juga daripada Allah sebagai peringatan untuk kita semua supaya bertaubat dan meninggalkan perkara-perkara dosa di atas muka bumi ini. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia memberi peringatan terlebih dahulu kepada kita dengan api misteri seperti ini supaya kita bertaubat daripada kita berhadapan dengan api dalam kubur dan api neraka di Akhirat nanti. Api seperti ini sebagai peringatan atau `as a reminder` untuk kita semua.

Mencerca Tok Tok Guru `Alim Ulamak... hutang tak nak bayar .. suka mencari perumpuan haram... bermain-main dengan hukum Al-Quran.. pada pandangan saya boleh menyebabkan kita boleh dikejar oleh api misteri di atas dunia ini. Na`uzubillah min dzalik...

Begitu juga apa yang berlaku kepada seorang rakyat China di kampung Luzhou, Wilayah Sichuan, sejak 22 tahun lalu, beliau boleh membuat apa sahaja terbakar apabila menyentuh sesuatu. Ibu 2 orang anak ini tinggal yang bernama Deng Deshu berumur 33 tahun ini disiasat oleh Pakar-pakar dan Santis Antarabangsa untuk mengetahui punca kejadian aneh ini tetapi tak terhasil usaha mereka. Hanya terhasil beberapa anggapan – anggapan yang tidak boleh dijadikan satu hujah yang konkrit.

Bagi saya, tak perlu susah-susah memikirkan perkara-perkara misteri ajaib dan aneh seperti ini. Kita ini datang daripada Allah. Kita kepunyaan Allah. Allah boleh memberi sesuatu keajaiban kepada seseorang samada dalam bentuk Ma`unah atau Istidraj atau pun Karamah. Terserahlah kepada kita berdasarkan iman dalam hati kita untuk mengolah sesuatu yang aneh yang berlaku kepada kita untuk kita bertambah hampir dengan Allah `Azzawajalla dan beramal kerana Allah. Api yang tiba-tiba muncul adalah ujian dan peringatan kepada kita semua supaya melakukan yang baik dan meninggalkan yang Mungkar semasa kita hidup di atas muka bumi ini. Kita makhluk kerdil lagi hina dibandingkan dengan kehebatan dan keperkasaan Allah `Azzawajalla.

Wallahua`lam...

2 comments:

harumankasturi88 said...

Mantap abg...suatu pengenalan yg memberi peringatan kepada semua pendakwah....Api yg pedih... Badan penuh dgn kesakitan, ttp hati penuh bertawakkal dan rapat dgn Pencipta yg Esa..

Ina Batu Burok said...

Betul tu.. peringatan seperti ini perlu berterusan .. kerana kite ni mudah lupa ...