PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, April 30, 2009

PENANTI : PAKATAN RAKYAT PERLU ADAKAN PERBINCANGAN SERIUS


Salam.. Du`at sekelian …

By election Penanti yang akan diadakan tak lama lagi meletup dengan sebahagian pimpinan dan ahli di peringkat grass-root tak berpuas hati dengan `cara ` PKR `handle` kes Fairus, kesepakatan dalam PR dsbnya.. Mungkin terdapat juga alasan-alasan lain yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian.. Saya perlu jujur dengan diri saya sendiri .. saya tak boleh menyembunyikan apa yang `terbuku` dalam hati saya mengenai perjalanan Pakatan Rakyat selama ini.

Hari ini keluar wawancara saya dengan wartawan Wasilah.. Antara yang saya sebut berkaitan dengan pilihanraya Penanti ini ialah yang paling pentingnya untuk mengekalkan kesepaduan di kalangan parti Pakatan Rakyat. Oleh itu pandangan daripada akar umbi perlu juga diambil perhatian dan perkiraan.

Banyak mesyuarat kawasan PAS yang telah berlangsung baru-baru ini mengusulkan supaya kerusi Penanti dibawa ke perbincangan agar ia diberikan kepada PAS . Apa yang penting ia perlu disalurkan melalui saluran yang betul bukan melalui saluran media. Ia perlu dibawa ke perbincangan dalam Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang supaya dapat di ambil satu persetujuan.

Atas kapasiti peribadi dan mempunyai beberapa jawatan dalam PAS, saya telah menulis dalam blog saya ini, 22 alasan kenapa PAS perlu dibenarkan bertanding di Penanti.. Banyak alasan yang saya tulis.. saya tak boleh nak sembunyi-sembunyi lagi.. Kalau lah 22 alasan ini menjadi antara hujah bagi pihak PAS dan di bawa dalam perbincangan tertutup dengan PKR dan DAP, maka sudah tentulah PKR terutamanya juga akan membawa hujah mereka.

Jadi pada masa inilah perlu ada sikap tanasuh dan tasamuh.. apa yang boleh diertikan sebagai `main tarik tali` atau `main sorong papan tarik papan`.. Bukannya kita bertengkar atau berkelahi... Ini adalah perbincangan tertutup.. bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam menghadapi pilihanraya di Penanti..Di pihak PAS kena bijak berhujah dan di pihak PKR pun mesti berhujah dengan alasan-alasan yang tersendiri..

PKR tak boleh melulu dan terus membuat perancangan dan keputusannya sendiri tanpa berbincang dengan PAS dan DAP. We are all in one family... Kita tak boleh ada perasaan cuba meminggir parti lain dalam Pakatan Rakyat.. Kita semua mesti ikhlas dalam perjuangan membela nasib rakyat... Kita tak boleh sombong dengan kemenangan demi kemenangan dalam beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini . Walaupun kita lihat sokongan rakyat dari hari ke hari semakin meningkat tetapi kita kena akui ia adalah kerana rakyat tertarik dengan kesepakatan rakyat yang bernaung di bawah payung `Pakatan Rakyat`.

Kalaulah di Penanti ini.. heboh diperkatakan mengenai ketidaksepakatan antara PAS dan PKR.. dan dicanang dengan lebih sensasi lagi oleh media pro UMNO dan BN (sekarang pun mereka dah mula dah), tak mustahil ia boleh merebak ke seluruh negara yang akhirnya PR sendiri akan rugi dan rakyat mual, muak dan rimas dengan `political game` seperti ini.. Bagi saya ini semua berlaku adalah kerana tiada perbincangan serius di antara kedua parti terlibat yang menyebabkan ahli2 parti terutamanya akar umbi PAS dan DAP terpinga-pinga.. hilang punca seperti anak ayam kehilangan ibunya...

Oleh itu .. di sini ada beberapa cadangan saya kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Penanti ini...

1. Adakan perbincangan serius dengan secepat mungkin antara pimpinan pemuda PAS negeri, pimpinan PAS Permatang Pauh dengan Presiden PAS.

2. Kemudian di bawa pula perbincangan dengan pemuda Pakatan Rakyat.

3. Semua pihak perlu berhujah secara `black and white` supaya mencapai satu keputusan yang dipersetujui bersama.

4. Segala hujah dan tuntutan pihak terbabit perlu diketengahkan dan perlu `transparent` di antara satu sama lain.. Nak kata apa pun .. kata terus .. jangan simpan-simpan lagi.. Semua pihak perlu bersikap terbuka dan berwawasan sehinggalah satu keputusan dicapai.

5. Semua pihak menghormati dengan keputusan itu dan keluar menyusun strategi bagi memenangi kerusi Penanti..

Sebut senang .. nak cadang mudah.. bila nak buat susah.. ada orang kata macam tu .. Ye .. betul.. tapi kita berdoalah kepada Allah supaya Allah permudahkan segala usaha kita ini.

Sekian .. Wassalam...

MASIH MALUKAH NAK MENGAKU ORANG PAS...


Salam pendakwah sekelian...

Alhamdulillah ... baju yang ditempah oleh PAS Cawangan saya telah siap.. Tu pun siap sehelai saja.. Baju saya seorang saja yang siap.. Yang lain-lain tu jangan mare ye.. Tak apa ..lepas ni siap juga ... Nak pakai 24 jam pun tak apa.. Nak tidog pakai baju tu pun tak apa.. Nak pi jalan-jalan makan angin pun tak apa.. Persoalannya .. Bolehkah nak pakai jalan-jalan tu... bolehkah pakai di masjid Bertam... Masih malukah... nak mengaku orang PAS.. Dunia dah berubah.. Zaman dah berubah... Takut kat orang taman ka.. Segan .. takut tak dapat projek ka..




Suatu ketika dulu.. keadaannya berbeza.. Dulu nak cari sebiji rumah penyokong atau ahli PAS dalam satu kampung.. cukup susah... kalau ada pun sembunyi-sembunyi.. sorok-sorok.. Apatah lagi kalau pakai baju PAS ke hulu ke hiliag.. Pakai kena tenggalong dengan orang kampung...




Sekarang ni Alhamdulillah.. orang semakin berani.. berani bukannya kerana apa-apa.. bukan kerana sombong atau sebab-sebab lain.. tapi berani untuk menzahirkan bahawa .. aku orang PAS... aku ahli PAS.. No ahli PAS sekian-sekian.. hebat perubahan yang berlaku di negara ku ini...
Perubahan yang berlaku kepada rakyat dan negara kita amat ketara sekarang ini... Kawasan yang tak pernah pembangkang menang dalam piliharaya.. pembangkang menang.. Dulu nak tengok orang melayu pakai baju PAS.. amat jarang sekali... sekarang ni bersepah-sepah sehingga yang berseluar pendek dan tak bertudung pun dah pakai baju PAS.. Tu tak tengok kaum Cina dan India... Lagi sakan ... tanpa segan silu pakai baju Kelab Penyokong Pas.. PAS for alll... Islam for alll...

Oleh itu... kepada ahli-ahli Cawanganku.. bila dah siap baju tu... janganlah malu-malu kucing lagi..
Wassalam...

Monday, April 27, 2009

AGAMA ANAK : KABINET DIMINTA KAJI SEMULA

Ketika ditemubual oleh wartawan Siasah

Salam.. Du`at sekelian..
Ikutilah pandangan saya mengenai kes ini dalam temubual saya dengan wartawan Siasah..

Agama anak: Kabinet diminta kaji semula


PULAU PINANG, 26 April: Keputusan kabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang pasangan itu menukar agamanya dibantah oleh majoriti daripada NGO Islam, parti politik dan majoriti rakyat apabila ia diputuskan tanpa diambil kira pandangan pihak yang arif dalam bidang syarie.

Keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu adalah sebagai langkah panjang dalam isu yang melibatkan pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr.Mujahid Yusof Rawa,tindakan kabinet ini adalah membelakangkan mahkamah kerana kes yang disabitkan oleh kabinet adalah merujuk kepada isu yang berlaku di Perak yang membabitkan seorang lelaki bukan Islam yang telah memeluk Islam dan kemudian mengislamkan tiga anaknya tanpa pengetahuan isteri beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata kabinet berpendapat ketiga-tiga anak pasangan ini perlu mendapat hak serta penjagaan menurut ajaran asal kerana ia agama kedua-dua ibu bapanya ketika perkahwinan,tambahan pula pasangan tersebut belum bercerai."Dalam isu ini kabinet tidak boleh campur tangan. Perkara ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.Oleh kerana itu kabinet sepatutnya mendapat pandangan daripada Jakim, NGO Islam dan para ulama. PAS juga sanggup untuk memberi pandangan dalam perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini."Sepatutnya kabinet harus mendapat consent daripada mahkamah dahulu sebelum membuat keputusan.Tindakan mereka ini juga melambangkan seolah-olah mereka tidak menghormati hak mahkamah syariah.Hak ini telah dirampas oleh mereka tanpa mempedulikan para ilmuan dan ulama serta peguam syarie yang mahir dalam bidang tersebut," katanya.

Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang,Rosidi Hussain berkata pandangan Presiden Persatuan Peguam Syarie,Mohamad Isa Abd Ralip bahawa kabinet seharusnya mempertimbangkan dan membawa perkara ini kepada perbincangan dengan NGO Islam sebelum membuat keputusan adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh kabinet sebelum membuat keputusan yang bercanggah dan menyentuh sensitiviti umat Islam ini.

Beliau yang juga seorang peguam berkata tindakan kabinet ini seperti menolak kewujudan pakar agama,ulama dan ilmuan Islam yang ada dalam negara.Beliau juga mendesak kabinet supaya mengambil pandangan golongan profesional seperti pakar agama,mufti dan seumpamanya sebelum membuat keputusan.

"Perkara 12(4)Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapanya atau penjaganya.Berdasarkan perkara ini persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak ."

Saya juga amat tertarik dengan kajian yang dibuat oleh sahabat-sahabat PMRAM Mesir berkaitan dengan isu ini... Kajian yang dibuat ini bagi saya boleh dijadikan hujah oleh kita semua berhadapan dengan sesiapa sahaja supaya kita mempunyai fakta yang konkrit sebagai tapak untuk mengeluarkan satu-satu pandangan... Jadi saya rasa saya copy paste sahaja untuk tatapan pendakwah sekelian......

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN
ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA
1. PENDAHULUAN
Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah :


a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]

b- Hak penjagaan anak.

c- Status perkahwinan selepas pengislaman.


2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM


2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:
Pandangan Pertama:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].
Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.
Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:rعَ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."
Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.
2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini
Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.
Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:
a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].
b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]
c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.
3. HAK PENJAGAAN ANAK
3.1 - Pendapat Ulamak
Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan.
Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain .
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5]Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).
Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun).
Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)
2) Ulama Malikiyah berpendapat:
Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].
3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku
1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.
2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.
4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI
4.1 - Pendapat Para Ulama
Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).
Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9].
Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].
Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.
4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]
a - Nafkah kepada anak
Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.
b - Nafkah kepada isteri
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Disediakan oleh :Fellow MANHAL PMRAM 2009
Hasil kajian:
1. Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree
2. Al Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin
3. Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir
4. Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain
[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilid 7.

Friday, April 24, 2009

UMNO BERNAFAS DENGAN `HIDUNG TERSUMBAT` !!! KEPADA PENDOKONG PAS.. BERWASPADALAH...

Aku di Laut Mati Jordan... UMNO boleh tenggelam di sini...
Salam.. Du`at sekelian...
Aku kurang mengenali UMNO dengan mendalam. Sejak kecil lagi aku dididik supaya tak mengenali apa itu UMNO.. Tapi aku pasti rakan taulan termasuk orang kuat UMNO sekali pun tidak mengenali UMNO dalam erti kata yang sebenar.. Ma hua UMNO.. Apa yang aku faham kalimah UMNO bermaksud United Malays National Organisation.. Bahasa Inggeris plak dah.. Sebab itulah aku katakan tadi ramai yang tak tahu makna sebenar UMNO tu.. `U ` tu apa.. `M` tu apa maknanya .. `N` maknanya apa.. `O` apa maksudnya.. Jadi UMNO bermula dengan hidung yang tersumbat.. Ahlinya bernafas di peringkat permulaan lagi yaani semasa mengisi borang keahlian lagi.. mereka ternganga dan terpinga-pinga kerana tidak mengetahui `syakhsiah` atau `batang tubuh` yang bernama UMNO itu.. UMNO bernafas dengan hidung yang tersumbat di peringkat permulaan lagi.

Keduanya... rumahtangga UMNO carca merba.. bertelingkah sesame ahli dah sinonim dengan UMNO… politik wang dengan UMNO macam bayang-bayang.. dimana ada UMNO di situlah ada politik wang.. Apa itu politik wang.. Politik wang adalah rasuahlah bang oooiiii… Depa ubah ikut sedap mulut depa sahaja.. Depa nak menghalalkan rasuah dalam UMNO .. Depa bubuh kalimah politik wang ganti kalimah rasuah.. Yang terlibat dalam politik wang .. tak boleh bertanding macam Ali Rustam dll.. Yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah .. boleh bertanding dalam pemilihan parti depa… bijak…bijak… Depa belajag sekolah mana pun tak tau… Mungkin graduate KEMAS kot… Ha ha…

Rumah tangga UMNO porak poranda dulu kini dan selama-lamanya… Tak bertekak dan tak berkelahi tak sah.. Tak dinamakan UMNO kalau tidak ada perkelahian ... Semangat 46 pecahan dari UMNO.. Sebelum ni UMNO diharamkan pada tahun 1988 kalau tak silap ... Lepas tu wujud pulak krisis dalaman UMNO sehingga Anwar di `terajang` masuk lokap beberapa tahun.. Hebat UMNO ... macam-macam ada dalam UMNO.. Kronisme.. Hedonisme... Materialisme...

Ketiganya ... UMNO dikatakan berjuang untuk melayu.. untuk mempertahankan tanah melayu.. berjuang membela nasib melayu... untuk menaik tarafkan hidup orang melayu.. Slogan `HIDUP MELAYU` masih kedengaran di sana sini terutamanya semasa perhimpunan agung UMNO di PWTC Kuala Lumpur.. Nampak zahirnya bukan main.. Bercakap depan mikrofon macam nak pecah mikrofon tu ... Nak membela melayu.. tapi realitinya ..habuk pun tarak ... Nasib Melayu Pulau Pinang selama 40-50 tahun di bawah UMNO terbukti sekarang ini amat-amat terpinggir.. Tanah-tanah melayu tinggal berapa persen sahaja .. Di daerah Timur laut.. tanah melayu tinggal tak sampai 5% sahaja .. Itu pun harap kepada tanah waqaf sahaja... Yang manyakitkan mata lagi.. terdapat juga tanah waqaf yang `sekangkang kera` itu pun didiami oleh bukan melayu atau bukan Islam .. Jadi UMNO bernafas dengan hidung yang tersumbat...

Keempatnya... UMNO terpaksa berhadapan dengan pemimpinnya dan juga sebahagian besar ahlinya yang sombong atau orang Utara kata `berlagak bukan main`... Sombong lah yang menjatuhkan UMNO baru-baru ni.. Sombong dengan kata-kata.. Bubuhlah sapa pun menjadi calon ..pasti menang punya... Bukain main sombong depa kata.. Sombong dengan kenderaan besar-besar dan mewah-mewah... Sombong dengan pangkat dan jawatan.. JKKK dapat pingat PJK saja .. hu.. sombong bukan main.. Orang kampung mai mintak sain untuk pinjaman buku teks sekolah saja.. tak mau sain sebab atas alasan penyokong PAS.. Hu .. bukan main sombong no.. Hampa ingat sekolah tu mak bapak hampa punya ka... Hampa ingat negara ni UMNO punya ka.. Hampa ingat kerajaan tu untuk orang UMNO saja ka.. Banyak cantik... Jadi UMNO terus bernafas dengan hidung yang tersumbat dengan kesombongan pemimpin mereka.

Kelimanya.. Baru-baru ni aku bersembang dengan orang lama UMNO yang dulunya orang kuat Pak Lah di Kepala Batas.. Aku bertanya kepadanya .. sapa nak ganti Pak Lah di Kepala Batas kalau Pak Lah letak jawatan.. tak mau jadi dah ahli Parlimen .. Dia kata.. sapa pun tak boleh jadi.. Semuanya bodo-bodo belaka.. Aku terkejut sungguh bila Pak Cik tu kata macam tu.. Dia kata pemimpin UMNO banyaknya tak mengaji tinggi.. Banyaknya lulusan SPM.. Aku punyalah gelak.. bukannya sombong tapi nak tergelak sebab Pak Cik tu kata .. semua bodo-bodo dan kesemuanya tak dak ugama macam Pak Lah.. Semuanya tak boleh pakai ... Aku pun provoke sikit.. Yang cerdik semua dah masuk PAS.. Pak Cik tu jawab .. mungkin kot la.. Keadaan macam ni menyebabkan UMNO terus bernafas dengan hidung tersumbat...

Keenamnya.. Keadaan kabinet baru di bawah PM Najib menyerlahkan ada tangan-tangan luar atau ajaib di belakangnya.. Sapa lagi kalau tak tangan Tun Mutakhir.. Tun Mahathir... Tun Mahathir bukannya aset UMNO tetapi beliau adalah liability kepada UMNO.. Jadi selagi Tun Mahathir berperanan dalam kabinet Najib selagi itulah UMNO tersemput-semput untuk bernafas.. Silap haribulan UMNO boleh kena angin ahmar atau `stroke`.. Kesian-kesian.. Dah lah Najib sendiri pun tak selesai dengan `hantu` Altantuya yang sentiasa mengejarnya, di tambah pula dengan bayang-bayang Tun Mahathir di balakang.. UMNO bernafas dengan hidung yang tersumbat... Kesian-kesian...

Ketujuhnya... UMNO pening kepala dengan merosotnya undi melayu dan bukan melayu kepada mereka dan Bee End dalam pilihanraya umum tahun lepas... UMNO pening kepala dengan keadan kurang majoriti 2/3 di Parlimen.. UMNO pening kepala dengan banyak negeri jatuh di tangan PR.. UMNO bertambah pening kepala masalah di Terengganu kerana mungkin ada undi tak percaya.. Umno pening kepala dengan sikap Shahidan di Perlis.. Umno pening kepala dengan sikap Tengku Razaliegh yang dikatakan dok saja atau tikam UMNO dari belakang.. UMNO bernafas dengan hidung yang tersumbat...

Kelapannya... fikiran UMNO bertambah kusut dengan apa yang berlaku di Perak.. Masalah demi masalah.. Selepas menobatkan Zambry sebagai MB haram Perak .. Lepas tu hampa tinggai dia kelepiag sorang-sorang.. Bersidang bawah pokok seperi kerajaan Fasolla negeri Pasir Bedengung.. Pokok menjadi saksi... Hampa tak sempat nak adjust dengan Tuan Speaker.. Yang lain hampa sempat adjust... Adun hilang tiba-tiba muncul dengan sokong kepada hampa.. Sivakumar bawa kes pi mahkamah .. Ir Nizar bawa kes ke mahkamah.. Aku tau.. Hampa tentu pening kepala.. Celah-celah tu hampa kalah teruk di Bukit Gantang.. Aku percaya ..ini semua kerja Allah sebab hampa ``terlampau kurang............````` sangat dengan rakyat... Hampa main-main dengan rakyat.. Rakyat hukum hampa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau... Jadi UMNO terus bernafas dengan hidung tersumbat...

Kesembilannya.... UMNO melihat dengan mata mereka sendiri... mendengar dengan telinga mereka sendiri.. bagaimana orang Cina dan India menyokong bulat kepada PAS dan PR.. Depa bertambah pening kepala.. Kami akan undi ping pong.. Kami akan undi roti canai.. keluar dari mulut orang bukan Islam .. Hampa gertak orang Cina dengan hukum hudud.. Orang Cina kata kami sokong hukum hudud .. UMNO sudah pining kepala.. Cuma hampa tak hantuk kepala hampa kat batu saja lagi.. Hampa tengok Orang India Cina pakai baju PAS PKR DAP .. Banyak sekali di jalan-jalan raya masa pilihanraya kecik baru-baru ni... Nampak gaya hampa dah semput.. UMNO terus menerus bernafas dengan hidung yang tersumbat..

Akhirnya .. yang kesepuluhnya ... hampa orang UMNO bertambah cemas apabila melihat Amy Search berjabat tangan dengan Tok Guru Nik Aziz.. Penyanyi-penyanyi rock seperti Renggo dah masuk PAS.. Datuk K dan Datuk Siti Norhaliza melawat Tok Guru Nik Aziz di Kelantan baru-baru ni... Kelab Penyokong PAS ada di mana-mana... Nampak gaya UMNO terus bernafas dengan hidung yang tersumbat...

Agak-agaknya apakah bentuk alat bantuan pernafasan yang perlu ada pada UMNO... Tak lain tak bukan... ISLAM... Inilah prinsip perjuangan PAS dari dulu.. kini dan selamanya... Oleh itu .. kepada pendokong PAS dan PR ... Janganlah anda sombong di atas muka bumi ini seperti UMNO sekarang ini... Apa yang berlaku sekarang di Malaysia ini adalah dengan pertolongan Allah `Azzawajallah...

BACALAH .. DENGAN NAMA TUHAN MU..... SELIDIKILAH AYAT AL QURAN SURAH AL FURQAN : 63- AKHIR.... INSYA ALLAH.. ADA MANFAATNYA...

Sekian ... Wassalam....

Thursday, April 23, 2009

KENAPA PAKATAN RAKYAT PERLU LETAK CALON PAS DI PENANTI...

PAS FOR ALL... DI CAIRO AIRPORT...


Salam ..Para Pendakwah Sekelian...


KENAPA PAKATAN RAKYAT PERLU LETAK CALON PAS DI PENANTI….

1. Telah mula ada tanda-tanda rakyat jemu dan muak dengan pilihanraya dan juga PKR kerana pilihanraya diadakan hanya semata-mata untuk melantik TKM 1 semata-mata dan pada masa yang sama tiada alasan kukuh kepada PR untuk menidakkan sumbangan ADUN PR yang berbangsa melayu sedia ada.

2. Sejak akhir-akhir ini PKR terlalu banyak kes yang boleh mengurangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat khususnya..walaupun mungkin tidak benar berita tersebut yang dipapar oleh media konvensional tetapi sedikit sebanyak ia terkesan jugak di mata hati rakyat.

3. Kes lembu dan kereta lexus di Selangor menimbulkan keraguan di kalangan rakyat betapa MB Selangor dari PKR cuba menggunakan kewangan negeri melalui GLC dengan tidak mengikut prosedur sewajarnya walaupun ia dimbil dan digunakan untuk rakyat bukan untuk kepentingan diri.

4. Apa yang berlaku di Perak sehingga menimbulkan krisis perlembagaan dan undang-undang yang begitu teruk disebabkan oleh Adun-Adun PKR.

5. Sebelum ini semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.. berlakunya kecoh-kecoh pengakuan seorang ahli PKR yang dikatakan terlibat dalam rasuah seks. Amat memalukan.

6. Begitu juga di Kedah sehingga terpaksa diadakan pilihanraya semula di Bukit Selambau sehingga dikatakan MB Kedah terpaksa menjaga betul-betul wakil rakyat PKR termasuk daripada Kulim daripada dibeli oleh pihak musuh.

7. YB Fairus PKR Penanti pulak di Penang terkenal seluruh negeri sebagai YB yg tidak berdisiplin.

8. PKR Permatang Pauh terkenal dengan begitu banyak puak atau `klik` sehingga memeningkan kepala sesiapa sahaja yang menjadi ketua bahkan kadangkala PAS pun terkena tempiasnya.

9. Kita dalam PKR atau PR, jangan berasa sombong dan bangga diri terlampau dengan kemenangan demi kemenangan yang kita capai dalam beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini. Sombonglah yang menjatuhkan UMNO dan Bee End dalam Tsunami politik tahun lepas. Jadi dengan kemasukan Tun Mahathir dalam UMNO sedikit sebanyak dapat menarik hati kaum Cina yang begitu yakin dengan Mahathir yang boleh mengatasi kemelut ekonomi negara sekarang ini berdasarkan rekod prestasi selama 22 tahun. Kaum Cina amat sensitif dengan masalah ekonomi.

10. Kabinet baru Najib walaupun mungkin ia kabinet ikan busuk tetapi perlu difahami Najib jugak mempunyai rancangan yang lain dari yang lain setelah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada zaman Pak Lah dan Mahathir.

11. Kalau sekiranya PKR meletakkan orang luar Penanti atau PP hanya semata-mata untuk menagih simpati undi mereka bagi menobatkan seorang TKM .. Rakyat Penanti akan mengamuk kerana mereka pun berasa bahawa diri mereka tidak boleh dijual beli dan dipermainkan sebegitu rupa. Rakyat pada ketika ini telah boleh berfikir secara bijak. Mereka bukannya tongkoi kayu macam dulu-dulu.

12. Kalau sekiranya PR memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Penanti untuk kali ini, ia boleh terus membuktikan bahawa kerjasama PR begitu mantap dan menenggelamkan kata-kata atau suara suara sumbang di belakang tabir yang mengatakan kerjasama PR begitu rapuh sedangkan PR boleh bertolak ansur dan `give and take` di antara parti parti dalam PR yang tidak wujud langsung dalam Bee End.

13. Ia juga menunjukkan bahawa satu satu kerusi DUN atau parlimen bukannya hak eksklusif parti yang bertanding atau menang dalam pilihanraya sebelum ini. Hendaklah ia bergantung kepada rekod dan prestasi Adun atau Parti di sesuatu kawasan tersebut.

14. PAS adalah satu-satu parti sejak berzaman mempunyai rekod yang terbaik berbanding dengan parti-parti lain di negara kita. Pas ikhlas berjuang sejak dahulu lagi walau[un hati kecil ahli-ahlinya remuk menahan nafas `yang tidak bersetuju` dengan sifat wala` dan taat yang begitu tinggi kepada pimpinan.

15. PKR perlu menghargai sumbangan Permatang Pasir dan Yb Hamdan yang menolong tanpa berbelah bahagi kepada pilihanraya Permatang Pauh sebelum ini.

16. PR bukannya parti perkauman .. Masyrakat Cina sekarang ini tanpa segan silu lebih menyanjung pimpinan PAS berdasarkan pengalaman berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Jadi tak salah kalau letak calon PAS di Penanti untuk kali ini dan tak mustahil calon melayu dari PKR atau PAS atau DAP bertanding di kawasan majoriti Cina selepas ini seperti di Bagan Jermal.. Sungai Puyu.. Tanjung dsbnya kerana dunia dah berubah.

17. Rakyat boleh `lost confidence` kepada PKR kerana dikatakan bekas UMNO. Jadi kalau sekiranya letak calon PKR dari bekas UMNO. Tak mustahil ia juga boleh menimbulkan masalah dengan melompat parti.

18. Sejarah PAS di mana-mana sekali pun menunjukkan PAS mempunyai jentera kerja yang begitu banyak di semua peringkat, berdisiplin dan boleh bersiap sedia untuk dikerah bekerja bila-bila masa sahaja seperti Unit Amal, Cawangan-cawangan yang banyak dan lain-lain lagi.

19. Dengan meletakkan calon PAS di Penanti, ia menunjukkan bahawa segala keputusan dalam PR diputuskan secara perbincangan bukan keputusan diputuskan oleh seorang individu sahaja kemudian barulah dibawa dalam perbincangan dalam PR untuk mencari faktor-faktor untuk menyetujui keputusan yang telah diputuskan oleh seorang individu.

20. PR hanya diwujudkan selepas pilihanraya umum yang lalu.. Seboleh-bolehnya kita jangan menimbulkan suasana yang tidak harmoni di kalangan parti dalam PR kerana usia kita masih muda setahun jagung sahaja. PAS jaga ahli sebaik mungkin. PKR jaga ahlinya. DAP jaga ahlinya sendiri. Masing-masing ada tugas dan peranan serta tanggungjawab kepimpinan kepada ahli masing-masing.

21. Di pihak PAS pula ia perlu meletakkan calon yang cukup-cukup berwibawa dan berkaliber bukan setakat boleh diterima di kalangan ahli PAS dan PKR atau PR tetapi yang lebih utamanya dia mestilah boleh diterima dan dikenali serta disenangi di Penanti.

22. Mengenai calon TKM 1, sepatutnya Majlis PR berbincang termasuk juga KM Mr Guan Eng kerana selepas ini TKM 1 dan KM akan berbincang dan saling berhubung di antara satu sama lain. Tak boleh kita lepas kepada PKR atau Anwar sahaja untuk buat keputusan untuk memilih calon. Lepas tu biar kepada Mr Guan Eng `kelepiag sorang-sorang` kalau jadi masalah berlaku selepas ni.


Kertas kerja ini diajukan melalui saluran yang sebenarnya tanpa bertujuan untuk publisiti murahan tertentu.. Hanya sanya kerana ikhlas untuk menegakkan keadilan dan merealisasikan amanah Allah di atas muka bumi ini.

Sekian ... Terima kasih...


Monday, April 20, 2009

FALSAFAH KEUNIKAN MATA DAN BENARKAH WUJUD MATA `INFRARED` ????

Salam ... Pendakwah sekelian ..
Bacalah dengan nama Tuhan mu...

Mata adalah kurniaan dan anugerah Allah `Azzawajalla kepada manusia dan juga makhluk-makhluk Allah yang lain seperti Jin, malaikat dan binatang-binatang. Mata merupakan salah satu pancaindera utama tubuh manusia. Secara logiknya, kita akan beranggapan sekiranya tiada mata maka tidak sempurna hidup ini. Serba tak kena sekiranya secara tiba-tiba mata kita tidak boleh melihat atau menjadi buta secara tiba-tiba mungkin kerana sebab musabab yang tertentu seperti kemalangan atau tercucuk benda tajam. Daripada boleh melihat kepada tidak boleh melihat apa-apa di sekeliling kita. Hidup kita menjadi tak tentu arah kerana sebelum ini kita boleh melihat dengan secara tiba-tiba kita tidak boleh melihat. Tak mustahil kita boleh menjadi gila sekiranya fikiran tidak menentu dan tidak terkawal.

Sebelum kita masuk dengan lebih mendalam perbahasan mengenai mata marilah kita renung sejenak kalimah-kalimah Allah mengenai mata dan falsafah di sebalik kejadian mata manusia..

PERTAMA : Mata mestilah diguna untuk melihat tanda kekuasaan Allah

Allah berfirman :

8. Bukankah kami Telah memberikan kepadanya dua buah mata,


Dalam Surah Al Balad : 8 di atas, Allah menceritakan bahawa kenapa manusia terpedaya dan bermegah-megah serta bersikap sombong dengan menggunakan mata untuk melihat perkara mungkar dan maksiat sedangkan Allah berfirman .. Tidakkah Kami menjadikan baginya dua mata untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami ?



KEDUA : MATA AKAN MELIHAT NIKMAT DI SYURGA HASIL DARIPADA MENGGUNAKANNYA PADA JALAN SEBENAR DI DUNIA


Allah berfirman dalam surah As sajadah : 17


17. Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.


Ayat ini memberi pengajaran kepada kita bahawa mata ini sepatutnya digunakan untuk melihat kebaikan sahaja kerana mata kita jugalah akan melihat segala nikmat di syurga nanti.


KETIGA : Jangan dipalingkan mata ini kepada perhiasan dan kemewahan dunia

Allah berfirman dalam Surah Al Kahfi : 28

28. Dan Bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya Telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
Ayat ini sebagai peringatan kepada kita supaya kita sentiasa berhati-hati kerana dikhuatiri mata kita ini terpengaruh dengan perhiasan dan kemewahan dunia.

KEEMPAT : Pandangan Allah juga bermaksud sebagai sentiasa di bawah pemeliharaan Allah `Azzawajalla.

Sepert mana Allah berfirman dalam Surah Al Qamar : 14

Yang berlayar dengan pemeliharaan kami sebagai belasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh).


Pandangan Allah tidak sama dengan pandangan manusia. Manusia adalah makhluk Allah. Allah adalah Al Khaliq yaani Yang Maha Mencipta. Pandangan manusia terhad dan terbatas. Jadi takutilah kamu semua dengan pandangan Allah walaupun kamu berada di tempat yang tersembunyi.


KELIMA : Jangan menyesal kemudian hari apabila mata melihat api neraka Jahannam.


Allah berfirman dalam Surah At Takathur : 1-8


1. Bermegah-megahan Telah melalaikan kamu[1598],
2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur.
3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
4. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan Mengetahui.
5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,
6. Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,
7. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin[1599].
8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

[1598] Maksudnya: Bermegah-megahan dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya Telah melalaikan kamu dari ketaatan.
[1599] 'Ainul yaqin artinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.


Na`uzubillahimin dzalik... malang seribu kali malang ketika dibangunkan di alam kubur, kita melihat dengan mata kita sendiri api yang menyala-nyala membakar diri kita.. Begitu jugalah kita melihat api di neraka Jahannam.. Bertaubatlah....

Definisi mata...

Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata juga berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Cuba anda perhatikan...

Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.

Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair sebelum sampai ke kanta. Gelemair membantu mengekalkan bentuk cembung kornea dan melembapkannya. Iris terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya.

Cahaya dari objek jauh dan cahaya dari objek dekat terfokus.

Supaya cahaya boleh ditumpukan, cahaya mesti dibiaskan. Kadar biasan bergantung kepada jarak objek yang dilihat. Objek jauh memerlukan kurang biasan cahaya daripada objek dekat. Kebanyakan biasan berlaku pada kornea yang mempunyai lengkongan kekal. Biasan lain yang diperlukan berlaku di kanta. Kanta boleh ditarik leper oleh otot, yang membetulkan kuasa kanta. Apabila seseorang berumur, dia akan hilang keupayaan untuk membetulkan tumpuan. Keadaan ini dikenali sebagai presbyopia.

Definisi Infrared...

Infra merah (infrared) pula ialah sinaran elektromagnet yang luas atau panjang gelombangnya lebih daripada sinaran cahaya nampak dan kurang dari mikrogelombang, iaitu di antara 700 nm dan 1 mm.

Gelombang Inframerah dan Milimeter digunakan dengan meluas sebagai saluran komunikasi jarak dekat seperti penggunaan alat kawalan jarak jauh (remote control) bagi televisyen, radio dan sebagainya.

Kemudahan media bergelombang inframerah dan milimeter ini, boleh digunakan di dalam sesebuah organisasi atau rangkaian kawasan setempat. Pengguna boleh memasang pemancar dan penerima gelombang infra merah dalam rangkaian mereka. Dengan pemasangan ini, penyambungan komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dan milimeter dapat digunakan tanpa penyambungan secara fizikal terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada.

Oleh itu, rangkaian antara komputer-komputer atau pengguna-pengguna tidak memerlukan plug in untuk perlaksanaan.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sinar_inframerah"


Mata dan hubungkait dengan Infra red (cahaya sinar merah)

Apabila kita telah mengetahui apa itu mata dan Infrared, kita boleh membuat rumusan bahawa dengan menggunakan teknologi gelombang infrared ini kita boleh melihat objek-objek yang lebih halus dan teramat kecil yang tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar sahaja.

Cuma topik perbahasan utama tulisan ini sebenarnya adalah terdapat manusia yang diberi kelebihan (atau mungkin kekurangan) oleh Allah `Azzawajalla, beliau boleh melihat objek-objek yang teramat halus dan kecil tanpa menggunakan teknologi kamera yang menggunakan gelombang cahaya infrared atau seumpamanya seperti di atas. Beliau mungkin boleh melihat makhlus-makhlus halus seperti jin, syaitan, apa yang diistilah sebagai hantu, langsuir, orang bunian dan sebagainya.. Anda percaya atau tidak .. Teruslah membaca tulisan ini...

Ada yang berpandangan mata manusia yang boleh melihat makhlus halus dengan mata kasar ini tiada kaitan dengan infra red.. Mungkin betul kenyataan ini kerana manusia biasa yang normal hanya boleh melihat makhlus halus dengan menggunakan sinaran Infrared.. Mungkin ia juga sebagai anugerah luar biasa kepadanya supaya dia lebih rapat kepada Allah `Azzawajalla.

Sebagai seorang yang mempunyai keimanan yang padu kepada Allah, apa-apa yang berlaku kepada kita , kesemuanya dipulangkan kepada Allah Yang Maha Perkasa. Perkara yang luarbiasa atau ajaib sekiranya berlaku kepada manusia , ia dinamakan ma`unah atau pun karamah. Ia khusus untuk mereka yang begitu rapat dengan Allah `Azzawajalla.


Pengalaman

Sedikit pengalaman hidup saya sendiri yang hendak saya berkongsi dengan pembaca semua. Ketika anak perempuan saya sakit secara tiba-tiba 2 tahun yang lalu, tangannya dan kakinya tidak dapat bergerak .. lembek terkulai.. sekejap boleh bergerak.. kejap tidak boleh bergerak.. Apabila saya mengambil jarum atau kunci kereta lalu dicucuk pada lengan anak saya ..dia mengatakan dia tak merasa apa-apa kesakitan.. saya tekan dengan lebih kuat.. Dia tak merasa apa-apa kesakitan.. hilang deria rasa.. Selama 8 hari tinggal di hospital dengan melalui berbagai test dan ujian termasuk juga MRI test, tak juga ketemui punca penyakit anak saya..

Akhirnya saya membawa anak saya berjumpa dengan seorang ustaz yang bernama Ustaz Ahmad (bukan nama sebenar) yang dikatakan beliau boleh melihat makhlus halus .. Beliau agak keberatan kerana beliau khuatir dan bimbang sekiranya masyarakat salah anggap kepadanya dan mengatakan beliau berbohong. Saya memohon kepadanya sebagai usaha ikhtiar daripada saya untuk mengubati anak saya yang sakit. Beliau mengatakan beliau tidak ada ilmu rawatan Islam dan tidak berupaya untuk membaca ayat-ayat suci Al Quran melainkan ayat-ayat pendek seperti Ayat Al Kursi dan 3 Qul... Dipanggil beberapa orang Imam masjid ke tempat saya untuk membantunya melihat anak saya. Beliau berkata ada dua makhluk yang berada di sebelah kanan dan kiri anak saya yang berambut panjang dan tidak berkaki.. Apabila beliau berkomunikasi dengan makhluk tersebut.. makhluk tersebut memberitahu, mereka berdua seronok tinggal dengan anak saya kerana anak saya mempunyai kaki yang cantik. Kedua-dua kaki anak saya dibaluti dengan kain yang tebal..

Saya tidak percaya semua kata-kata makhluk itu sekiranya memang wujud komunikasi di antara Ustaz Ahmad dengan mereka kerana sifat makhluk yang pada pandangan saya adalah syaitan atau mungkin juga jin kafir yang memang suka bercakap bohong . Saya nak berhenti setakat ini sahaja mengenai pengalaman saya ini. Selepas dua bulan berusaha melalui rawatan Islam Darussyifaa Datuk Harun Din dan berbelas belas Ustaz dan Tok Guru Pondok... Alhamdulillah anak saya kembali sihat seperti sedia kala sehingga sekarang.. Badan saya susut 2 kilo menjaga anak saya selama 2 bulan .. Hanya Allah yang perlu kita syukuri..

Selepas peristiwa itu, saya dan Ustaz Ahmad menjadi kawan yang rapat.. Saya cuba menyelami perasaannya dan cuba menyelidiki bagaimana sejarahnya bermula bahawa beliau dapat melihat makhlus-makhlus halus...

Beliau menceritakan bahawa bermula selepas beliau mula baligh ketika berumur 16 tahun. Selepas itu sehingga ke hari ini beliau dikatakan boleh melihat rupa paras bayang-bayang makhlus halus .. seolah-olah alam yang beliau lihat itu berada di antara alam nyata atau alam bukan nyata... Beliau boleh melihat susuk tubuh makhluk tersebut.. matanya.. ada yang rupa seperti manusia... ada yang tinggi macam pokok kelapa... ada yang baik perangainya .. ada yang buruk tingkah laku mereka.. Pelik no.. Tentulah anda mengatakan saya ini mereka-reka cerita.. berbohong dan sebagainya.. kalau saya di pihak saudara .. saya juga tidak mempercayai cerita seperti ini..

Bukan setakat itu cerita ustaz Ahmad ini.. Beliau juga pernah melihat kenderaan makhlus halus.. Saudara/i pembaca bertambah pening nampaknya.. Semasa dalam satu sesi usaha ikhtiar saya mencari ubat untuk anak saya.. saya, isteri saya dan anak saudara saya melihat dengan mata kasar kami bagaimana beberapa ekor ulat kecil jatuh dari kaki anak saya yang tidak boleh bergerak itu ke atas carpet rumah. Apabila Ustaz Ahmad ini melihat di bawah tapak kaki anak saya dilihatnya .. Masya Alah.. terkeluar daripada mulut Ustaz Ahmad kerana beliau terkejut melihat banyak lagi ulat-ulat kecil di bawah tapak kaki anak saya. Sedangkan saya tidak boleh melihat ulat-ulat yang banyak itu kecuali beberapa ekor sahaja.
Saya tidak akan memaksa pembaca mempercayai sepenuhnya pengalaman saya ini .

Ustaz Ahmad tidak termasuk dalam golongan yang mengambil kesempatan untuk memperdayakan orang lain dengan kelebihannya (atau mungkin kekurangannya). Beliau berumur 30an sahaja.. Mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Beliau adalah perawat bukan sepenuh masa yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran sahaja .. Tidak lebih dari itu.. Boleh memberi kuliah agama di masjid. Amat rendah diri.. Amat sukar untuk dibawa berubat kerana khuatir disalah anggap oleh orang lain.. Tidak mahu menerima apa-apa habuan wang ringgit sekiranya beliau menolong seseorang.. Kehidupannya simpel sahaja.. Seorang yang rendah diri.. Tidak mempunyai pengikut dan tidak pernah belajar silat atau mewarisi daripada keluarganya sehinggakan sampai ke hari ini keluarganya di Perak masih tidak mengetahui langsung mengenai ke`ajaib`an yang ada pada mata Ustaz Ahmad..

Baru-baru ini saya berbincang panjang dengan Ustaz Ahmad mengenai kata-kata Imam Syafie Rahimahullah “ Barangsiapa yang mengaku mampu melihat jin, maka batallah syahadahnya kecuali dia seorang nabi”... Ustaz Ahmad termenung panjang memikir kata-kata ini.

Saya menenangkan Ustaz Ahmad dengan berkata .. Ustaz bukan mengaku.. atau mewar-war kepada umum ustaz boleh melihat benda-benda halus tetapi ustaz cuba berbincang dengan orang yang lebih `Alim mengenai masalah yang dihadapi oleh ustaz.. Ustaz jangan bimbang .. Saya tahu hati budi ustaz.. Ustaz cuba menyelidiki samada apa yang berlaku pada Ustaz itu .. satu masalahkah.. atau tubuh badan ustaz ada penyakitkah... atau ujian daripada Allah untuk meningkatkan lagi iman ustaz kerana kalau sekiranya keadaan macam ustaz ini berlaku pada orang yang tidak teguh imannya pada Allah , tak mustahil dia akan menggunakannya untuk kepentingan duniawi, mencari populariti, mencari wang sebanyak mungkin, menipu, berbohong dan sebagainya.. Jelas saya padanya yang agak gelisah pada masa itu.

Walaupun begitu, kami berdua mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara ini kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan `aqidah masyarakat yang amat jahil mengenai ilmu agama ini atau disalah anggap yang bukan-bukan oleh masyarakat sekeliling..

Rumusan dan Kesimpulan

Apa yang dapat dilihat oleh mata Ustaz Ahmad itu mungkin bayangan berupa mainan syaitan yang ingin menyesatkan. Tidak boleh dibenarkan atau dipercayai tentang keupayaannya boleh melihat makhlus halus. Sama juga dengan halusinasi iaitu rakaman otak pra sedar atau bawah sedar akibat pengambilan ubat-ubatan tertentu. Boleh jadi juga bahawa sesuatu yang dilihatnya itu merupakan sihir syaitan yang bertujuan agar seseorang itu mencari ubat yang boleh membawa kepada syirik dan kufur kepada Allah `Azzawajalla.


Firman Allah dalam surah Al A`raf : 116,


116. Musa menjawab: "Lemparkanlah (lebih dahulu)!" Maka tatkala mereka melemparkan, mereka menyulap mata orang dan menjadikan orang banyak itu takut, serta mereka mendatangkan sihir yang besar (mena'jubkan).

Berdasarkan ayat ini kita dapat memahami bahawa ahli-ahli sihir cuba mengelirukan penglihatan manusia dan membuat orang ramai takut kerana mereka telah menunjukkan satu sihir yang hebat.

Oleh itu marilah kita sama-sama beristighfar banyak-banyak kepada Allah `Azzawajalla di atas kesilapan kita yang lampau dan seterusnya beristiqamah dengan keimanan kita kepada Allah daripada gangguan sihir yang menyesatkan. Mata adalah anugerah Allah. Mata yang menembusi penglihatan normal manusia biasa bukannya mempunyai kuasa luarbiasa mahu pun mempunyai kuasa seperti sinar Infrared tetapi kesemuanya itu sebagai BUKTI DAN HUJAH bahawa ALLAH MAHA PERKASA DAN MAHA KUAT.

Sunday, April 19, 2009

TO ALL BLOGGERS... BACALAH .. DENGAN NAMA TUHANMU..



Salam perjuangan teman-teman pendakwah sekelian….

Bacalah… Dengan nama Tuhanmu…
Demi matahari yang sinarnya di pagi hari…
Demi bulan apabila ia mengiringinya...
Demi siang apabila ia menampakkan dirinya...
Demi malam apabila ia menutupinya...
Demi langit serta seluruh binaannya...
Demi bumi serta segala hamparannya...
Demi jiwa dengan segala penyempurnaannya...
Maka Allah mengilhamkan sukma kejahatan dan kebaikan...
Beruntunglah bagi mereka yang menyucikannya dan...
Rugilah bagi mereka yang mengotorinya...

Apabila kita renung sedalam-dalamya.. di sebalik ayat Al Quran yang pertama yang diturunkan Allah SWT di gua Hira` yang menzahirkan Nubuwwah Nabi Muhammad SAW, iaitu perkataan IQRA`.. perkataan pertama dalam surah Al `Alaq.. kita akan keluar dengan beberapa rumusan yang boleh digunakan sepanjang kehidupan kita di dunia ini..

Bacalah.. bermaksud telitilah kamu semua...
Bacalah.. boleh diertikan dengan fikir-fikirkanlah...
Bacalah.. boleh membawa makna sentiasalah membuat kajian...
Bacalah.. bermaksud teruslah membaca...
Bacalah.. juga bermaksud teruslah menuntut ilmu di mana-mana pun kamu berada...
Bacalah.. bermaksud juga proses menambah ilmu di dada adalah satu kewajipan hakiki manusia...
Bacalah... juga membuktikan bahawa Allah sentiasa meraikan kelebihan aqal seseorang...
Bacalah... juga merealisasikan kalimah kalimah Allah dalam Al Quran .. seperti... kenapa kamu tidak berfikir... Ulil Albab... dan banyak lagi ayat-ayat lain...
Bacalah ... bermaksud, seolah-olah ia mengiktiraf semua kerja buat para `Alim Ulamak yang terus berijtihad dalam perkara-perkara baru berlandaskan Al Quran dan As Sunnah...
Bacalah... terus juga mengiktiraf para Professional seperti Saintis untuk terus mengkaji.. Pengkaji bintang dan cakerawala untuk terus membuat kajian angkasa lepas.. Engineer.. Lawyer.. Doktor.. Architect.. juga tak ketinggalan...
Pendek kata .. dengan hanya satu perkataan ini sahaja.. ia mampu menaiktaraf umat manusia terutamanya umat Islam dipandang tinggi oleh umat lain..

Maka wahai teman-temanku rakan-rakan blogger... teruslah menulis dan berkarya untuk merealisasikan kefahaman anda kepada perkataan `BACALAH`... Anda akan mendapat kejayaan dan keuntungan di dunia ini dan juga di Akhirat . Walaupun begitu.. baca sahaja seperti yang boleh diertikan seperti maksud di atas tidak mencukupi kerana kita perlu membaca dengan nama tuhan... Maka mulalah segala pekerjaanmu dan segala amalanmu dengan perkataan BISMILLAH ikhlas kerana Allah Tuhan Yang Maha Perkasa.. Takbir.........
Allahu Akbar....

Thursday, April 16, 2009

Api muncul secara tiba-tiba...

Salam..
Pendakwah yang dihormati.... Ini pula Artikel kedua untuk majalah Infiniti.. Bacalah dengan Nama Tuhan mu....

Api muncul secara tiba-tiba…

Api, apabila disebut sahaja mengenai api… terlintas dalam fikiran ini, api ini merbahaya. Kecil adalah kawan, bila besar api menjadi lawan. Api ada kaitan dengan kepanasan.. Api ini boleh membakar rumah dan menghancurkan serta memusnahkan hutan, rumah kediaman dan tanam tanaman. Api ada kaitan dengan perkara atau benda kejahatan. Api berkait rapat dengan fenomena alam seperti juga angin, air dan tanah.

Api ada kaitan dengan jin kerana jin dijadikan daripada percikan api. Api juga ada kaitan dengan syaitan iblis kerana ia dijadikan oleh Allah `Azzawajalla daripada api. Api juga dikatakan ada kaitan dengan pesakit jiwa yang badannya mengalami kepanasan melampau. Api juga bermaksud neraka. Bila sebut sahaja neraka .. orang angkat sambut dengan perkataan api neraka .. api dalam kubur dan sebagainya. Ini menggambarkan api adalah balasan Allah kepada manusia yang banyak dosa dan kufur kepada Allah `Azzawajalla.

Api secara kinayahnya boleh juga diertikan dengan sifat atau akhlak yang tidak baik seperti pemarah.. bengis... `peghongoih` orang Utara kata.. cepat melenting dan bertindak melulu. Ada di kalangan kita berkata.. tengok tu.. cakapnya berapi-api tapi semua kerjanya tak jalan pun... Kesemuanya boleh kita rumuskan kebiasaannya api ini dikaitkan dengan perkara yang negatif, tidak baik dan tingkah laku yang buruk.

Dalam Surah Al Lahab : 1-5, dikisahkan mengenai bapa saudara Nabi SAW, Abu Lahab dan isterinya, bagaimana segala pekerjaannya dan usahanya di dunia tidak berfaedah langsung, begitu juga harta-hartanya kerana kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelojak. Isterinya juga sebagai pembawa api neraka apabila berada di neraka nanti kerana semasa di dunia dia terkenal sebagai pembawa dan penyebar fitnah memburukkan nabi Muhammad SAW dan kaum Muslimin. Ini menunjukkan bahawa pembawa fitnah juga tak ketinggalan akan dihukum dengan api di Akhirat kelak.

Jadi apabila api muncul secara tiba-tiba atau boleh diibaratkan sebagai api misteri atau api ajaib atau api yang aneh berlaku di hadapan kita yang boleh dilihat dengan mata kasar atau dapat dirasai dengan pancaindera kita , maka secara tak langsungnya ia menggambarkan kepada kita ada sesuatu yang tak kena, ada sesuatu yang buruk berlaku, ada sesuatu yang ada kaitan dengan makhluk halus berupa syaitan atau jin atau pun ada kaitan dengan permainan makhluk jahat samada manusia atau jin kafir yang berniat jahat seperti sihir, santau dan sebagainya.

Ada juga yang berpandangan secara santifik, bahawa api misteri yang muncul dihadapan seseorang seperti berlaku kepada seorang wakil rakyat suatu ketika dulu adalah kerana badannya `bermagnet`. Saya difahamkan wakil rakyat tersebut dikejar ke mana sahaja dia berada dengan api misteri.. Api pernah muncul di rumahnya sehingga keluarganya tidak pernah tidur lena.. Api pernah muncul dalam kamar hotel penginapannya di ibu kota.. Eh..Eh.. kenapa ni ..kenapa jadi macam ni.. kenapa api misteri mengejar wakil rakyat tersebut... Ada magnet kah? Kalau ada magnet .. kenapa baru sekarang berlaku.. dulu tak... Ada geselan cas besi pada badannya hingga menghasilkan haba... Pelik bin Ajaib... Tak boleh diterima aqal manusia normal..

Sebagai orang yang beriman dan mempunyai keyakinan yang teguh kepada Allah,, lebih mudah kita simpulkan api seperti ini ada kaitan dengan dosa yang kita lakukan di atas muka bumi ini.. Kita berkeyakinan bahawa orang yang berdosa akan berhadapan dengan api di alam kubur dan juga di alam Akhirat. Kalau api mengejar kita di dunia ini , ia menunjukkan tak mustahil ia juga daripada Allah sebagai peringatan untuk kita semua supaya bertaubat dan meninggalkan perkara-perkara dosa di atas muka bumi ini. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia memberi peringatan terlebih dahulu kepada kita dengan api misteri seperti ini supaya kita bertaubat daripada kita berhadapan dengan api dalam kubur dan api neraka di Akhirat nanti. Api seperti ini sebagai peringatan atau `as a reminder` untuk kita semua.

Mencerca Tok Tok Guru `Alim Ulamak... hutang tak nak bayar .. suka mencari perumpuan haram... bermain-main dengan hukum Al-Quran.. pada pandangan saya boleh menyebabkan kita boleh dikejar oleh api misteri di atas dunia ini. Na`uzubillah min dzalik...

Begitu juga apa yang berlaku kepada seorang rakyat China di kampung Luzhou, Wilayah Sichuan, sejak 22 tahun lalu, beliau boleh membuat apa sahaja terbakar apabila menyentuh sesuatu. Ibu 2 orang anak ini tinggal yang bernama Deng Deshu berumur 33 tahun ini disiasat oleh Pakar-pakar dan Santis Antarabangsa untuk mengetahui punca kejadian aneh ini tetapi tak terhasil usaha mereka. Hanya terhasil beberapa anggapan – anggapan yang tidak boleh dijadikan satu hujah yang konkrit.

Bagi saya, tak perlu susah-susah memikirkan perkara-perkara misteri ajaib dan aneh seperti ini. Kita ini datang daripada Allah. Kita kepunyaan Allah. Allah boleh memberi sesuatu keajaiban kepada seseorang samada dalam bentuk Ma`unah atau Istidraj atau pun Karamah. Terserahlah kepada kita berdasarkan iman dalam hati kita untuk mengolah sesuatu yang aneh yang berlaku kepada kita untuk kita bertambah hampir dengan Allah `Azzawajalla dan beramal kerana Allah. Api yang tiba-tiba muncul adalah ujian dan peringatan kepada kita semua supaya melakukan yang baik dan meninggalkan yang Mungkar semasa kita hidup di atas muka bumi ini. Kita makhluk kerdil lagi hina dibandingkan dengan kehebatan dan keperkasaan Allah `Azzawajalla.

Wallahua`lam...

RAHSIA `ORANG KUAT`

Salam ..Para Pendakwah sekelian...

Maaf kerana dah hampir sebulan tak menulis dlam blog ini... Nak kata sibuk pun tak juga.. Kena bertugas di Bukit Selambau lah.. Pergi Bukit Gantang lah.. Ke Kuala Lumpur kerana urusan pendaftaran ahli Pas baru... Urusan kerja pun masya Allah sibuk jugalah bareu-baru ni.. Celah-celah tu wartawan pulak nak nak saya menulis sedikit mengenai perkara-perkara misteri dalam kehidupan ini.. Jadi artikel dibawah ini adalah artikel yang baru saya siap untuk majalah Infiniti yang akan terbit Insya Allah pada bulan Jun ini.. Bacalah... Dengan Nama Tuhan mu...

Rahsia Orang Kuat Fizikal.

Kita biasa dengar perkataan `Orang Kuat`. Orang Kuat yang berupaya menarik kapal terbang, gerabak keretapi, bas, kereta dan sebagainya dengan menggunakan rambut, telinga, tangan, jari dan sebagainya. Kita lihat sahaja rancangan TV popular `Beleive It Or Not` yang menunujukkan banyak adegan orang kuat yang meyakinkan kita bahawa Orang Kuat ini memang ada dan mempunyai kekuatan luar biasa.

Di Pulau Pinang baru-baru ini, keluar dalam akhbar menceritakan bagaimana seorang budak perempuan 18 tahun berupaya mengangkat `besi angkat berat` seberat 50 kilo dengan hanya menggunakan jari kelingkingnya sahaja. Allahu Akbar... Allah Maha Besar.. Allah Maha Hebat.
Saya mendapat tahu ada orang yang memperolehi kekuatan luar biasa seperti boleh berjalan di atas bara, boleh menarik bas, memecahkan bata serta kebolehan luar biasa lain Mereka beroleh kekuatan itu dengan mengamalkan bacaan-bacaan al-Quran yang tertentu. Kekuatan luar biasa ada kalanya boleh di perolehi dengan latihan dan usaha fizikal. Seperti menarik bas , berjalan atas bara dan memecahkan batu bata. Ia bergantung kepada latihan dan mungkin alatan-alatan luaran seperti krim pengurang kesan terbakar dan sebagainya.

Bagi pandangan saya, ada 3 perkara yang begitu penting dan saling berkait rapat di antara satu sama lain sehingga akhirnya muncul apa yang dikatakan `kekuatan fizikal`.

1. Kekuatan Roh yang menghasilkan kekuatan mental atau kekuatan emosi.
2. Kekuatan Mental atau Emosi yang menghasilkan kekuatan Fizikal
3. Kekuatan fizikal kerana sihat tubuh badan, pemakanan seimbang, berpuasa dan sebagainya.

Pertamanya, kekuatan roh atau `spiritual strength` menyebabkan kita berasa mampu untuk mengatasi segala cabaran malah mampu untuk menghadapi segala kesulitan dan kepayahan segala halangan secara positif. Membawa ilmu `Allah` yakni aqidah Islam ke dalam diri, memahami matlamat hidup, keyakinan tinggi kepada Allah adalah antara faktor roh menjadi kuat. Hati yang merupakan raja segala anggota adalah pencetus kekuatan roh. Disebut dalam hadith Nabi SAW.. kalau hati baik maka baiklah segala anggota yang lain dan sekiranya fasad atau buruk hati ini maka buruklah anggotan badan yang lain.

Hati ini perlu diasuh.. Hati ini perlu di`charge`.. Hati perlu dididik.. Hati kita perlu diberi `makanan`.. Oleh itu, untuk menguatkan hati yang merupakan pendokong kekuatan roh , ia perlu diisi dengan zikir kepada Allah `Azzawajalla. Allah SWT berfirman:“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang".(Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Jadi melalui ingat kepada Allah, hati akan tenang, jarang ingat Allah hati akan kering, gersang serta tandus. Apabila banyak mengingati Allah, akan bertambah iman sehingga hati makin kuat, tidak takut ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kelebihan orang lain serta memiliki sikap positif, mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan Allah.

Melalui zikir atau ingat kepada Allah selalu, ia juga akan menambahkan daya penumpuan secara khusus, teliti dan halus sehingga berupaya menjana kekuatan mental dan seterusnya kekuatan fizikal. Berzikir dapat menguatkan diri kita. Zikir tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (allahhuakbar); masing-masing 33 kali setiap kali, pada setiap hari. Diceritakan satu kisah di mana puteri Rasulullah SAW, Fatimah berjumpa baginda dan memberitahu, yang dia memerlukan pembantu rumah. Lantas Nabi Muhammad SAW bersabda: “Mahukah aku berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta?” dan ba­ginda memberikan petua bacaan tasbih, tahmid dan takbir.Kalimah ini sebenarnya menguatkan mental (emosi) dan jasad kita. Konsep berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tetapi meliputi amal ibadat lain seperti bersolat, membaca al-Quran, melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, berbakti dan berkhidmat, mematuhi dan menyantuni, menerima ketentuan dengan reda malah berzikir yang ampuh harus diiringi sabar dan syukur.Kepentingan amalan kerohanian dalam menjamin kehidupan yang damai dan tenang sememangnya terbukti berkesan dan menjadi amalan wajib ulama muktabar. Imam Nawawi RA misalnya sentiasa mengamalkan zikir dari waktu subuh sehingga duha dan apabila ada pihak bertanya, beliau mengatakan bahawa zikir itu adalah makanan kerohaniannya.

Keduanya kekuatan mental atau emosi pula berkisar kepada apa yang berada dalam kotak aqal fikiran kita. Kete­nangan jiwa dan kemantapan mental menyebabkan manusia mampu mengatasi segala cabaran malah mampu untuk meneruskan hidup secara positif. Demikianlah indahnya Islam, agama yang tidak hanya tertumpu kepada ibadat kerohanian semata-mata malah menyeluruh (syumul) dalam semua aspek kehidupan.

Ketiganya Kekuatan fizikal adalah amat penting, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah daripada orang mukmin yang lemah.”Seperti juga petua menjaga kerohanian, Islam turut memberikan tip memantapkan kesihatan fizikal terutama menerusi sunnah Rasulullah seperti ketika berhadapan dengan makanan yang wajar sekali diteladani manusia.Rasulullah SAW sebagai contoh, baginda makan tidak banyak dan mengamalkan makan apabila benar-benar lapar tetapi berhenti sebelum kenyang. Jika hendak diikutkan logik, pasti tubuh Rasulullah kecil tetapi tubuh baginda besar dan tegap. Ulama mengatakan antara faktornya adalah makanan zikir yang diamalkan Rasulullah menyebabkan tubuh baginda menjadi kuat.
Sebagai kesimpulannya, seseorang yang mengamalkan ayat-ayat tertentu dengan tujuan khas untuk mendapatkan keistimewaan, adalah harus selagi tidak bercanggah dengan tujuan yang dibenarkan syara’, malah ada juga yang digalakkan jika terdapat hadith yang menganjurkannya seperti membaca surah al-baqarah bagi menjauhkan diri dari Syaitan (dari hadis riwayat Muslim), membaca surah Al-Kahfi pada malam dan hari jumaat bagi mendapatkan cahaya hati dan menjauhkan diri dari Dajjal (dari hadith sohih riwayat Muslim, An-Nasaie, Al-Bayhaqi dan al-Hakim –rujuk al-Muntaqa, no 388, 1/250). Banyak lagi ayat-ayat yang dikhabarkan oleh Nabi tentang khasiatnya. Menggunakan ayat-ayat tertentu untuk terbang dan berjalan atas air tanpa tenggelam, tidaklah disebut oleh Nabi ayatnya. Wallahu a’lam. Seseorang yang mengamalkan ayat-ayat tertentu untuk tujuan pelik dan jahat yang bercanggah dengan Al-Quran adalah sesat dan menyesatkan.

Tetapi perlu diingat, tujuan utama al-Quran diturunkan bukanlah untuk mencapai keistimewaan pelik di atas dunia atau untuk tujuan dunia, tetapi ia adalah untuk amalan dan panduan untuk hidup di dunia bagi mencapai keredhaan Allah di akhirat. Fakta ini telah dinyatakan dengan jelas dalam pelbagai Quran.

Sekian Wassalam