PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, March 17, 2009

PERKATAAN 'ALLAH' ADALAH HAK EKSKLUSIF UMAT ISLAM

Ketika di Jordan.. Melawat kawasan peninggalan `Ashabul Kahfi`


Salam perjuangan….. Pendakwah yang dihormati…

Pada peringkat awal lagi.. semasa isu ini ditimbulkan oleh Persatuan Christian Malaysia dengan membawa kes di Mahkamah Malaysia.. saya tidak bersetuju langsung dengan perkataan ‘Allah’ digunakan oleh bukan Islam di Malaysia . Saya pernah menimbulkan perkara ini dan membangkitkan dalam Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat pada tahun lepas di Perak..

Ketika itu di atas jawatan sebagai Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pulau Pinang dan wakil Pulau Pinang , saya telah membangkitkan mengenai perkara ini dalam Muktamar tersebut. Saya seorang sahaja membangkitkan perkara ini dan tak disambut langsung oleh perwakilan Ulamak negeri lain. Cuma wakil Dewan Ulamak Pas Pusat dan memberi pandangan sedikit mengenai perkara ini dengan mengaitkan beberapa ayat Al Quran yang umum yang bermaksud perkataan Allah pernah dirujuk kepada maksud tuhan yang merangkumi tuhan bukan Islam..

Memang tak boleh dinafikan maksud ayat-ayat tersebut.. Cuma timbul banyak persoalan dan kekeliruan serta kebimbangan sekiranya perkataan `Allah` digunapakai` di Malaysia…

Di antara alasan atau factor-faktor yang tidak mengizinkan perkataan `Allah` digunakan oleh bukan Islam ialah :

Dalam surah Al Ikhlas.. Allah sebut Dia adalah Tunggal.. Esa.. Dia tempat pergantungan dan pertolongan umat Manusia.. Dia tidak beranak dan diperanakkan dan Tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya.. Oleh itu Allah mempunyai sifat2 yang tertentu. Jadi perkataan Allah sudah tentulah tidak boleh digunapakai oleh bukan Islam bagi menggantikan perkataan tuhan mereka kerana tuhan mereka ramai .. ada yang ada anak nama Uzair.. Al Masih dan sebagainya.

Waki’ atau reality di Malaysia lain… Melayu Malaysia tak sama dengan Tok-tok Arab di Negara Arab sana.. Melayu Malaysia tak sama dalam segala macam hal dan keadaan dengan melayu Indonesia.. melayu Patani … melayu Singapura.. Kita ketinggalan dari segi pendidikan.. pendikan agama .. penguasaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris.. pemahaman Islam sebagai cara hidup.. pengusaan Al Quran .. kecerdikan dan dari segi `intellectual` juga kita ketinggaalan.. Sapa-sapa pun tak boleh nafikan. Perkara ini.. Ramai lagi di kalangan orang Melayu yang buta Al Quran dan memahami Islam hanya setakat sembahyang . pusa zakat haji nikah kahwin cerai berai.. Yang tu saja depa tau… Mereka tidak bermuamalah dengan isi kandungan Al Quran..

Undang-undang di Malaysia terutamanya Artikel 160 (2) perlembagaan persekutuan seolah-olah memberi gambaran bahawa Islam dan Melayu tak dapat dipisahkan.. macam bayang-bayang.. Orang Melayu di Malaysia di peringkat akar umbi tidak boleh menerima menerima perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam .. Mereka teramat risau dan bimbang, ia akan menyesatkan dan menjauhkan lagi anak-anak muda dan remaja daripada beraqidahkan Allah tuhan yang satu.. Mereka akan `confuse`.. Mereka akan kata .. Pi Tok Kong pun boleh sembah Allah.. Pi Kuil Hindu pun boleh sembah Allah.. Buat apa pi masjid nak sembah Allah.. Di tempat lain pun boleh sembah Allah .. Masyarakat Melayu Islam akan bertambah celaru dan menjadi caca marba kalau ia dilaksanakan di Malaysia ini.

Tambahan pula di Malaysia ini pengaruh Islam Liberal begitu hebat memasang jerangkap samar mereka .. Perjuangan mereka adalah nak menyamaratakan Islam dengan agama lain di Malaysia. Kalau lah perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam di Malaysia dalam bentuk tulisan dan dalam bentuk ungkapan dan ucapan , maka ia menunjukkan seolah-olah satu kemenangan kepada pendokong Islam Liberal….

Dengan keadaan di Malaysia .. gejala murtad yang semakin berleluasa samada secara sah melalui mahkamah atau pun tidak.. penggunaan nama Allah pada tuhan bukan Islam menyemarakkan lagi gejala ini yang merupakan satu jenayah di sisi Islam. Wal`iyazubillah min dzalik…. Bukan setakat kita kena mengakui penegasan keimanan dan Aqidah kita kepada Allah..tetapi lebih daripada itu iaitu kita kena Istiqamah dengan keimanan kita kepada Allah…Surah Fussilat : 30…

Undang-undang Syarak setakat yang wujud di Malaysia hari ini dalam bentuk Akta mahupun Enakmen Negeri… tidak mampu untuk mengekang jenayah yang dilakukan oleh umat Islam kepada Allah.. Tambahan pulak tiada hukuman Hudud dilaksanakan yang merupakan satu tegahan dan cegahan daripada Allah kepada umat Islam.

Akta atau Enakman Islam di Negeri-negeri.. sekiranya ada sekali pun .. terdapat terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dari segi perlaksanaannya sehingga menjadi bahan ketawa dan senyum sumbing masyarakat kepada hukum Islam.. Jadi kalaulah ditambah pulak dengan isu perkataan Allah ini.. maka akibatnya .. ia boleh menjadi parah dan barah yang bergerak secara diam-diam dalam masyarakat Islam sehingga ada yang lupa kepada keagungan dan keesaan Allah yang sebenar.


Dengan itu .. saya merumuskan bahawa marilah kita bersama sama bergerak secara jamaie dalam isu ini kerana perkataan Allah itu adalah hak eksklusif orang Islam… Yang pastinya dakwah perlu diteruskan kepada Non Muslim di Malaysia dalam apa jua bentuk sekali pun…

Sekian .. Terima Kasih…

2 comments:

insan marhaen said...

even, antara ulama di Malaysia pun masih berselisih pendapat tentang isu ini.

Maka akhirnya ia tergantung begitu saja.

Rosidi Hussain said...

Ye betul.. memang ada perbezaan pandangang tapi kita jangan bergaduh.. Ucapan ahli parlimen Baling dalam parlimen baru2 ini sebagai kata putus iaitu waki` Malaysia tak mengizinkan Allah diguna oleh bukan Islam...