PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, March 16, 2009

LUAHAN PEGUAM KEPADA MEDIA MENGENAI ISU DERHAKA, POLITIK, PERANAN PAS DI PULAU PINANG, MELAYU PULAU PINANG DLL

WAWANCARA EKSKLUSIF : WARTAWAN SH DAN TUAN HJ ROSIDI HUSSAIN

SH : Boleh Tn Hj terangkan sedikit latar belakang diri , keluarga dan pendidikan Tn Hj…

HR : Saya berasal dari Kampung Permatang Rawa, Bukit Mertajam.. Anak ke 4 daripada 7 adik beradik.. Ibu saya masih menetap di kampung.. Saya mendapat pendidikan awal di SRK Stowell Bukit Mertajam.. kemudian ke sekolah Menengah Agama Arab di Penang.. Sek Men Agama Al Mashoor (L) Pulau Pinang.. Sedikit kenangan yang tak dapat saya lupa di sekolah Al Mashoor ini ialah saya menjadi best student semasa SPM 1988 (agak malu nak bercerita).. Yang manisnya pada masa tu ialah pertama ada dua lagi kawan saya yang mendapat agragate sama dengan saya ... Tarmizi dan Rohaizat.. Keduanya .. kami mencipta sejarah untuk sekolah kami kerana pada tahun tersebut sekolah kami mendapat 100% gred 1.. Ustaz Ghazali Hussain pengetua kami pada masa tu cukup ingat pada kami.. Kawan saya Tarmizi tu sekarang jadi rakan kongsi Firma Guaman saya dan Rohaizat juga seorang lawyer yang kini kalau tak silap saya Setiausaha UMNO Permatang Pauh.. Dia UMNO saya PAS..

SH : Maksudnya Tn Hj ni seorang peguam lah?

HR : Ye ... Sebab apa.. tengok saya tak nampak macam lawyer ka?

SH : Ya betul.. nampak macam Ustaz aje..

HR : Tapi untuk pengetahuan tuan.. memang betul ramai kata .. cara dan style saya ni macam ustaz.. kebetulan pulak saya ada kuliah di masjid-masjid dan surau-surau di kawasan Pulau Pinang dan Kedah ... Dalam satu majlis syarahan yang pernah saya hadiri.. pengerusi majlis panggil saya dengan gelaran PROTAZ.. Nak tahu apa maksud PROTAZ.. Professional Ustaz.. Seorang Professional yang boleh memberi kuliah.. Maaf ye.. macam masuk bakul angkat sendiri pulak.. Saya ada Firma Guaman sendiri di Kepala Batas.. Seberang Jaya dan Alor Setar, Kedah.. Peguam saya hampir 10 orang.. Mereka ni banyak menolong saya dalam urusan guaman dan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang.

SH : Tukar topik sedikit Tn Haji.. bagaimana pula dengan penglibatan Tn Haji dalam politik dan masyarakat?

HR : Saya datang dari keluarga PAS.. Saya menjadi ahli PAS sejak di Universiti lagi pada penghujung tahun 80an lagi.. Saya menjadi ahli di Cawangan Berapit kemudian berpindah ke Cawangan Alma Bukit Mertajam.. Pernah memegang jawatan ketua pemuda cawangan kampung saya di Padang Lalang Permatang Rawa.. Menjadi SU Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS PP awal 90an dulu.. Sekarang ini .. baru-baru ini saya dilantik menjadi Ketua Cawangan PAS Taman Bertam Indah, Kepala Batas.. Kadang-kadang tu takut juga nak pegang jawatan-jawatan ni.. takut dipandang serong atau pun takut tak tertunai tanggung jawab yang diamanahkan.. Tapi apabila kita ikhlas dalam kerja buat kita di atas muka bumi ini semasa kita hidup ini.. Insya Allah.. Allah akan tunjuk lorong pada kita.. Kita bekerja secara pasukan.. We work in one team.. Nabi Muhammad SAW pun suka kita bekerja dalam jamaah.. Ada berkatnya..

Saya juga terlibat dalam NGO.. seperti Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pulau Pinang.. Saya menerajui satu NGO yang bernama SUFI. (Sekretariat Ulamak dan Professional Islam Pulau Pinang).. Saya AJK Masjid At Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas..Kalau tuan nak lihat profile lengkap saya .. lawatilah blog saya di alamat rosidihussain.blogspot.com.. saya gunakan blog ini untuk saya berdakwah.. Insya Allah....

SH : Sebelum ini saya pernah mewancara Tn Haji.. tapi seingat saya Tn Haji bercakap atas kapasiti Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang...

HR : Ya betul.. Saya pernah menjawat jawatan tu selama hampir 3 tahun.. Lepas tu .. saya banyak tumpukan kepada PAS Cawangan saya dan juga satu organisasi dalam PAS iaitu JPN.. Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang.. saya diberi amanah sebagai Ketua Hubungan Antara Kaum JPN Pulau Pinang.. Insya Allah saya boleh memberi penumpuan khusus kepada gerak kerja pilihanraya ... Saya lebih selesa dengan amanah ini..

SH : Pandangan Tn Hj mengenai kemelut politik negara..

HR : Hari ini politik di Malaysia memang gawat.. tapi sebenarnya keadaan ekonomi Malaysia lebih gawat.. lebih teruk daripada kegawatan politik.. Tapi oleh kerana coverage media lebih tertumpu kepada politik.. maka masalah ekonomi negara tak diberi perhatian langsung.. Silap haribulan boleh bankrupt Malaysia kalau keadaan sebegini dibiar berterusan... Banyak kilang dah tutup di Pulau Pinang.. dah ’shut down’.. Banyak pekerja kilang yang diberi VSS.. Dah dapat sedikit duit VSS lepas tu kena bayar cukai pulak pada kerajaan 30-40% .. Tinggal berapa aje.. Kerja tak ada.. Berniaga kecil-kecilan di tepi jalan..dihambat oleh Pihak Berkuasa Tempatan.. Ada yang kena potong gaji 10-20% sebulan... Ada pelabur-pelabur luar negeri tak berani nak melabur di Malaysia.. Bukan setakat tu dengar cerita.. syarikat - syarikat gergasi Malaysia pun tak berani nak expand nak meluaskan perniagaan mereka contohnya di negeri Perak kerana keadaan politik yang tak menentu di sana...

Pimpinan negara lebih tertumpu pendekatan mereka kepada bagaimana nak menguasai kerajaan Pakatan Rakyat di negeri.negeri yang di menangi oleh Pakatan Rakyat.. Perak.. Kedah.. Selangor.. Pulau Pinang dan Kelantan.. daripada merancang dengan lebih teliti bagaimana membangunkan ekonomi rakyat Malaysia.. Mereka bersikap seperti penjajah zaman dulu... Divide and Rule.. Pecah pecah perintah perintah.. Mereka sanggup melakukan apa saja cara sekalipun berlawanan dengan undang-undang negara untuk mendapat kuasa.. Mereka sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamat kekuasaan dunia yang sementara sahaja.. Halal haram tidak ada dalam kamus atau diari harian mereka.. Mereka sanggup merampas secara `haram` kerajaan yang `halal` di Perak.. Mereka memecahkan kesatuan yang terjalin di kalangan ADUN Pakatan Rakyat dengan sogokan wang ringgit berjuta-juta.. Mereka menguasai Perak dengan cara yang tidak bermaruah .. dengan cara menguasai Adun lompat.. amat-amat memalukan.. tapi mereka-mereka ni .. bukannya ada perasaan malu pada mereka..

SH : Tadi Tn Haji sebut mereka cuba menguasai kerajaan Pakatan Rakyat.. Bagaimana pula penerimaan rakyat kepada mereka khususnya BN.

HR : Mereka boleh menguasai kerajaan PR dengan apa sahaja cara yang mereka nak.. mereka boleh offer macam macam habuan material kepada Adun PR.. tapi saya yakin dan teramat yakin dengan izin Allah mereka tak akan dapat menguasai minda dan pemikiran politik rakyat Malaysia yang begitu `advance` sejak pilihanraya umum lalu termasuk `by election` di Permatang pauh dan Kuala Terengganu, dengan wang ringgit.. Rakyat Malaysia semakin matang... Apa yang berlaku di Perak adalah pukulan maut kepada BN khususnya UMNO.. Rakyat pandang jijik dan rasa mual dengan kerenah kemelut di Perak.. Memalukan Malaysia di mata dunia.. World is watching..

Saya belajar undang-undang dulu.. Lecturer saya yang mengajar Constitutional Law.. Undang-undang Perlembagaan.. Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim bagi tau kepada kami.. Ada 3 cara sahaja seorang MB boleh melepaskan jawatan sebagai MB.. 1.. Letak jawatan secara sukarela 2 Undi tak percaya daripada adun Dewan 3 Pembubaran Dewan dengan sendirinya MB meletak jawatannya.. Tapi apa yang berlaku di Perak .. terbalik..

Bagi saya setakat apa yang saya belajar dan memahami undang-undang di Malaysia ini.. ‘Undated Letter’ oleh 3 Adun Perak adalah sah dan sepatutnya diterima oleh SPR.. tapi SPR bertindak sebaliknya seperti mahkamah dengan mengatakan ia tidak sah.. ’Undated Letter’ tak sama kesannya dari segi undang-undang dengan ’Unsigned Letter’ seperti `poison letter` yang bertebaran di Kedah. Poison letter yang tidak bertandatangan di Kedah tu memang tak patut dilayan kerana ia tidak ada kesan yang mengikat di antara pihak-pihak yang terbabit.. Ia adalah umpan UMNO untuk menarik PAS telibat isu penderhakaan kepada raja..

Apa yang penting di sini UMNO dan BN cuba dan boleh menguasai kerajaan PR dengan apa cara sekali pun tetapi mereka tidak boleh menguasai perubahan yang berlaku dalam pemikiran rakyat.. RAKYAT BOLEH...

SH : Sebut pasal derhaka.. boleh Tn Hj `elaborate` sedikit isu ini...

HR : Dah banyak kes penderhakaan di Malaysia ni.. Saya pun hairan kenapa isu ini timbul.. Sepatutnya kita bangkitkan kenapa ada di kalangan umat Islam Malaysia menderhaka kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW... Kenapa ada di kalangan Umat manusia yang tidak taat kepada Allah dan RasulNya... sedangkan taat kepada Allah dan Rasul adalah secara mutlak yang tidak boleh dijual beli dengan kepentingan dunia sekali pun.. `Ati`ullah Wa `ati`Ul Rasul Wa Ulil Amr Minkum.. Allah sebut dalam Quran.. Apa yang disebut dalam Al Quran Al Hadith ..tak boleh pertikai ..tak boleh derhaka kepada ayat-ayat Allah dan apa yang disampai oleh Nabi SAW dalam hadithnya yang sahih.. tak laksanakan hukuman Islam .. derhaka.. mempertikai undang-undang Islam... derhaka pada Allah... minum arak.. derhaka... berzina .. derhaka.. bersekongkol dengan maksiat derhaka pada Allah dan Nabi.. macam-macam lagi.. Yang ni semua tak di`highlight` oleh Umno dan keluarga Umno serta media mereka... Yang mereka panaskan suasana politik Malaysia untuk kepentingan politik sempit mereka dengan mengatakan PR menderhaka kepada raja Melayu...

Kalau saya nak bercerita mengenai bukti UMNO menderhaka kepada raja-raja Melayu.. saya rasa ambil masa lagi 3 jam... Apa yang berlaku sebelum ini di Perlis.. Terengganu dan Kelantan menunjukkan bukti UMNO juara penderhakaan kepada Raja dan Sultan di Malaysia.. Tu tak termasuk 40-50 tahun yang lalu di zaman Datuk Onn Jaafar di Johor.. di Selangor semasa Datuk Harun Idris menjadi MB.. Banyak sebenarnya bukti UMNO menjuarai isu ini. Raja Melayu pun kadang-kadang disalah ertikan oleh sebilangan rakyat.. Ada yang beranggapan perlu ditukar kepada Raja Malaysia sesuai dengan perubahan masa. Wallahu a`lam..

SH : Bagaimana pula keadaan perkembangan politik di Pulau Pinang..

HR : Kerajaan PR di Pulau Pinang pun tak terlepas dari cubaan untuk menjatuhkannya.. Macam-macam mereka lakukan.. Cuma di Pulau Pinang ini.. ia agak berbeza dengan negeri-negeri lain.. Antaranya Melayu adalah minoriti dan pendekatan PAS bagi pandangan saya ia menjurus kepada dakwah dan kebajikan serta mengambil tempat UMNO untuk menjuarai dalam pembelaan Isu-isu faqir miskin yang banyaknya adalah dari kaum Melayu.. PAS adalah kompenan parti terpenting dalam PR.. Jangan melihat kepada satu kerusi yang PAS menang dalam pilihanraya umum lalu menunjukkan PAS lemah atau pun PAS tidak boleh menyumbang atau berperanan dalam kerajaan PR di PP... tetapi melihat dengan lebih jauh peranan PAS ...

`Satu`tidak bererti sedikit.. `satu` lebih banyak daripada kosong.. Di belakang `satu` itu ada beratus ribu ahli PAS yang komited dan konsiten dalam perjuangan.. Seperti mana apa yang berlaku di Perak.. Walaupun PAS menang 6 kerusi berbanding PKR dan DAP, tapi PAS boleh memegang jawatan MB dan memang terbukti Ir Nizar tersangat layak dan mempunyai personaliti serta berkemampuan mentadbir dengan baik dan amanah sehingga dicemburui oleh pihak UMNO dan BN. Kalau kita refer to Sirah Nabi SAW.. Nabi SAW menjadi ketua kerajaan di Madinah dalam keadaan umat Islam pada ketika awal Hijrah masih minoriti.. Jadi sejarah berulang kembali di Perak dan Pulau Pinang.. Sekarang ini PAS PP dah mempunyai 4 wakil dalam MPSP dan MPPP.. Ini satu `appreciation` daripada kerajaan PR kepada PAS.

Kita juga berperanan sebagai `check and balance` dalam kerajaan PR di Pulau Pinang.. PAS yang bersifat sebagai sebuah Jemaah Islam tidak boleh lari daripada berperanan sebagai pendakwah kepada orang lain termasuk dalam PR.. Perkara maksiat, mungkar dan mazmumah perlu ditegur dan tak boleh bertolak ansur dalam hal ini, maka PAS berperanan menyampaikan pandangan seperti ini melalui saluran yang betul..

SH : Maksud Tn Haji.. PAS perlu mempunyai ahli dan pemimpin atau calon dalam pilihanraya yang mempunyai personaliti yang amat baik.. berkepemimpinan.. berwawasan.. berkarisma.. berakhlak mulia.. beramanah.. mudah didekati oleh masyarakat.. barulah PAS boleh menjadi `champion` dan berperanan dengan lebih baik dalam kerajaan PR di Pulau Pinang walaupun PAS di pihak minoriti ?

HR : Ye.. kerana inilah modal dan aset besar PAS yang tak boleh disangkal oleh sesiapa pun. Saya mempunyai seorang client berbangsa Cina berasal dari Perak.. Pandangannya mengenai PAS sekarang ini selepas berlakunya `kudeta` di Perak.. Dia kata.. PAS is the best party in the world..

SH : Bagaimana pula pandangan Tn Haji kepada Parlimen Kepala Batas selepas era Pak Lah sekiranya berlaku peralihan kuasa..

HR : Pak Lah dan Tun Mahathir berbeza.. Tun Mahathir bukan berasal daripada Kubang Pasu.. Jadi Tun Mahatir selepas menyerahkan kuasa kepada Pak Lah.. Tun Mahathir melepaskan jawatan di Kubang Pasu.. Pak Lah lain .. Pak Lah dah `synonim` dengan Kepala Batas dan Pak Lah memang berasal daripada Kepala Batas.. Mungkin Pak Lah tak akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas. Ada yang cadangkan supaya Pak Lah serah balik mandate kepada rakyat Kepala Batas untuk memilih wakil baru di Parlimen.. Ini paling gentlemanlah orang kata..

SH : Bagaimana keadaan Melayu Pulau Pinang khususnya yang pernah menjadi isu nasional suatu masa dulu..

HR : Penduduk Melayu di Kepala Batas lebih kurang 73%.. Cina 22%.. India lebih kurang 4% lebih.. Rata-rata penduduk Melayu Kepala Batas banyak tertumpu di kawasan Penaga .. Lebih kurang 87% penduduk Penaga adalah kaum Melayu yang bekerja sebagai nelayan ..Pak tani di bendang.. Selebihnya ..yang muda-muda .. ramai bekerja di kilang-kilang di kawasan Prai, Mak Mandin, Bayan Lepas dan ada juga yang bekerja di kawasan perindustrian Tikam Batu, Sungai Petani... Kawasan Bertam dan Pinang Tunggal lebih kurang 65% adalah melayu.. Pihak kita ada membuat kajian mengenai Kenapa Melayu di Pulau Pinang agak tertinggal sedikit di belakang berbanding dengan kaum lain di Pulau Pinang:
Pimpinan melayu sebelum ini ada yang tidak bertanggung jawab dan tidak memainkan peranan yang sebenar sebagai pembela nasib bangsa. Akhirnya melayu Pulau Pinang merasa diri mereka adalah golongan minoriti yang tidak dipedulikan.

Pada zaman kerajaan BN di Pulau Pinang orang melayu merasa diri ditindas oleh kerajaan yang dikatakan kerajaan Cina - sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri pada masa itu adalah Melayu, majoriti anggota kerajaan pusat adalah Melayu, majoriti pegawai PBT adalah Melayu

Orang Melayu merasa terpinggir di negeri sendiri di Pulau Pinang ini - kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal, sedangkan tanah-tanah Melayu jugalah yang dibangunkan. Pemimpin BN khususnya UMNO walaupun berada dalam kerajaan pada masa itu tidak boleh memainkan peranan dalam membela nasib melayu untuk memiliki rumah dengan harga yang munasabah.

Pimpinan politik melayu sentiasa juga membawa isu perkauman .. melayu tertindas.. melayu ketinggalan.. melayu mundur.. tapi result masih tidak membanggakan.. Cakap tak serupa bikin..

Kadang-kadang tu pemimpin terlalu menggembar gembur .. kita ni minoriti.. orang melayu layak menerima bantuan kerajaan - hanya kerana dikatakan minoriti .

Pemimpin –pemimpin politik dalam kerajaan sebelum ini pentingkan diri sendiri dan poket sendiri - bercakap bukan main kononnya membela kaum bumiputera, sedangkan bila diberi projek untuk kepentingan bumiputera, dialah yang sapu bersih ke dalam poketnya .

Pemimpin-pemimpin politik melayu sebelum ini tidak bersatu walaupun satu parti - kerana selalunya perancangan untuk kepentingan Melayu oleh kerajaan akan terbantut diperingkat exco-exco Melayu sendiri, masing-masing dengan idea masing-masing, akhirnya perancangan untuk orang Melayu tidak tercapai, kemudian dituduhnya pegawai kerajaan tidak buat kerja.
Pemimpin-pemimpin melayu sebelum ini tidak ikhlas menolong melayu satu bangsa - “…kerana kamu logo bulan, aku tidak akan tolong…”, percayalah, mentaliti begini masih wujud di Pulau Pinang

Pemimpin-pemimpin politik melayu tidak bersatu walaupun sama agama – Bagi mereka politik segala-galanya.

Pemimpin politik tidak bekerjasama dengan pegawai kerajaan - kerana pegawai kerajaan kerja untuk rakyat, apa yang untuk rakyat yang tidak masuk poket, maka tak perlulah beri kerjasama

SH : Akhir sekali apa harapan Tn Haji kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang dan penduduk Pulau Pinang amnya..

HR : Saya mengharapkan PAS mendapat tempat dalam hati masyarakat melayu Islam dan juga bukan Islam kerana terbukti wakil-wakil PAS boleh bekerja bukan bercakap sahaja macam pemimpin Melayu BN sebelum ini.. PAS boleh berperanan dengan lebih baik dalam kerajaan PR di Pulau Pinang kerana kita menjadi Islam sebagai `foundation` dan landasan utama dalam hidup ini..

Allah sebut dalam Al Quran dalam Surah Fussilat ayat 30.. `Innallazina khalu Rabbunallah Thummastaqim.....` yang bermaksud `Kita yang beriman kepada Allah perlu istiqamah dengan penegasan keimanan kita kepada Allah`.. Minta maaf sekiranya ada kekurangan dalam temu bual ini...

Sekian ..

Terima kasih...

No comments: