PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, February 26, 2009

Your dress is your address..???


Salam buat semua pendakwah...

Anda adalah `Problem Solver` bukannya Pencetus Masalah di atas muka bumi ini..

Apabila kita melihat suasana dan budaya berpakaian sekarang ini, kita pun mungkin pening kepala.. Kita pening kepala melihat gelagat masyarakat berpakaian ... Ada yang bertudung labuh.. Suami pulak berseluar pendek membasuh kereta pada waktu Maghrib.. Ada pulak berjubah labuh dan berserban meleret.. tapi isteri di rumah hanya berkemban sekerat dada sahaja sambil menyidai kain basuhan di ampaian di luar rumah tanpa segan silu.. Ada yang berbaju kurung.. bersopan santun.. pekerja yang berdedikasi.. tapi kepalanya masih.. orang Utara kata .. `dogiang`.. tanpa menutup kepala .. rambut masih terurai panjang..tidak menutup aurat...

Ada yang bertudung elok semasa bekerja ... semasa di sekolah... semasa mengajar... semasa berada di pejabat... tapi tidak bertudung.. tidak menutup aurat di waktu-waktu lain... Bila bercuti sahaja.. atau melancong .. atau berjalan-jalan.. makan angin.. tudung ke mana.. aurat ke mana...

Ada juga yang bertudung.. mungkin dia rasa dah menutup aurat.. dia rasa dah ok kot bila aku dah bertudung... tapi berbaju lengan pendek.. seluar ketat dan singkat... berbaju sendat.. nampak ketiak.. ada yang berbulu dan ada yang tak... Bila tunduk ke hadapan .. nampak seluar dalam ... Ape cite ni.. kenapa jadi macam ni... Menutup auratkah macam ni.. Kepala aje tutup...Yang lain buka sana buka sini... ``Log lag`` sungguh ..Orang Penang kata..

Ada juga berlaku di kalangan masyarakat hari ini .. yang bapanya atau ibunya tak menutup aurat dengan sempurna tapi anak-anak mereka menutup aurat dengan sempurna kerana belajar di sekolah agama... Bapa masih dengan seluar sekerat lutut rangginya.. Ibu dengan penampilan pakain ala `Rihanna` atau `Mariah Carrey` yang amat menjolok mata.. Yang bapa tu buat don`t know aje.. apabila si ibu berpakaian menjolok mata.. kadang-kadang tu si bapa lagi seronok.. lagi terangkat.. bila pakaian si ibu boleh menarik perhatian jantan-jantan lain.. Sebenarnya si bapa itu adalah bapa yang dayus kerana membenarkan isteri `bertelanjang` di khalayak ramai..

Sekarang ini timbul pulak trend berpakain atau fesyen bertudung ... tapi apabila diteliti betul-betul... ia tidak memenuhi ciri-ciri menutup aurat di sisi agama Islam.. Apa tidaknya... Ini adalah kerana.. walaupun bertudung tetapi ia tidak menutup dada seseorang wanita tersebut.. Ada juga yang bertudung nipis yang menampak baju dalam atau `coli` pemakainya.. Ada juga yang warna pakainnya terlalu atau terlampau `over` sehingga boleh menarik perhatian lelaki `jahat`.. Ada juga yang bertudung elok tetapi pakaian baju atau kain atau juga seluar mereka terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan mereka ... orang Utara kata .. nampak `seketoi-seketoi`...

Ada juga masyarakat kita berpakaian mengikut `function-function` atau aktiviti-aktiviti yang tertentu... Bila ada majlis di hotel-hotel.. tak pakai tudung.. tak menutup aurat... mungkin depa rasa `outdated`.. Bila ada kematian.. waktu ziarah jenazah...ooo bukan main.. bertudung litup... Bila mengerjakan Umrah atau haji... Alhamdulillah.. mengalahkan Ustazah dan Mua`llimah... Bila melawat Amerika dan Eropah.. Masya Allah pakaian macam `haram jadah`..

Terjadi juga di kalangan ahli masyarakat kita.. yang berpakain mengikut perasaan pada ketika nak berpakaian... maksudnya masa nak pakai baju tu.. barulah berfikir nak menutup aurat atau pun tidak.. ikut suka aku pada masa tu.. Kalau aku rasa nak pakai tudung.. tutup aurat.. aku pakai.. kalau aku rasa aku nak pakai seluar pendek.. aku pakai..Kalau aku rasa nak berbaju kurung aku pakai... Kalau aku nak bertelanjang masa tidur.. aku pun tak pakai apa... Orang macam ni... bagi saya ..eloknya.. korek lubang masuk dalam lubang tu kambuih sendiri.. Orang `jenis` macam ni.. orang yang tidak mempunyai `tuhan` dalam hidup dia.. Tidak mempunyai matlamat hidup dan tidak mengetahui tujuan sesuatu kehidupan itu... Ikut `dan` dia saja..

Oleh itu... mesej yang saya nak lontarkan kepada anda semua ialah... adakah betul `` apa yang dikatakan dalam pepatah bahasa Inggeris `` Your dress is your address``??? Ungkapan ini boleh membawa maksud sebarang pakaian yang kita tampilkan pada hakikatnya adalah menunjukkan kefahaman kita yang sebenar mengenai Islam dan juga imej diri kita yang sebenar.. Jawapannya betul.. selagi kita hidup di atas muka bumi ini.. kita tak dapat lari dari fitrah kejadian diri kita sendiri yang mahu tampil anggun, cantik dan bergaya selari dengan Islam... ISLAM ITU CANTIK..

Sekian ... Wassalam...

No comments: