PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Saturday, February 21, 2009

Ke Permatang sudah... Ke Kuala pun sudah.. Sekarang Jom kita daki 2 Bukit pulak!!!!

Salam Sejahtera... Pendakwah budiman...

Kita melihat selepas berlaku..apa yang dipanggil sebagai `political tsunami` pada general election bulan Mac tahun lalu.. Bee End terutamanya UMNO bertindak seperti `seorang Jantan yang gila talaq`.. Tak tentu arah gelagat mereka terutamanya pemimpin UMNO di setiap negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.. Macam cicak terputus ekornya atau orang Utara kata ..depa ni `gelabah biaawak`..

Biasanya mereka ni duduk di atas.. memegang `position` yang tinggi dalam kerajaan atau mana-mana GLC dalam setiap negeri.. duit banyak.. project juta-juta... Bila kalah saja dalam pilihanraya..yang depa sendiri pun tak percaya.. depa jadi tak tentu arah dah.. pusing kanan tak kena .. pusing kiri tak kena.. buat kot tu tak kena.. buat kot ni tak kena.. serba tak kena...

Di celah-celah tu .. ada pulak `by election Permatang Pauh`.. Puak-puak Bee End melalui UMNO pulun bukan main nak bagi menang di pilihanraya kecil Permatang Pauh.. macam-macam isu depa jaja di tepi jalan dalam pilihanraya ni.. isu liwat Anwarlah.. Romlang Porigilah.. isu rasuah seks 2 adun PKR Peraklah.. yang dah masuk UMNO tu.. isu Wan Azizah tak buat kerjalah.. isu perkaumanlah..Pendek kata macam-macam isu yang depa main.. Tapi Alhamdulillah Pakatan Rakyat menang.. Anawar menang .. dengan tambahan majoriti berbanding sebelum tu.. Tak terkata apa-apa puak-puak UMNO lepas tu..

Selepas tu ..ditakdirkan Allah swt.. berlaku pulak `by election` di Kuala Terengganu... UMNO menang semasa `general election` dengan majoriti 600 lebih.. Abang Mat kita kalah mungkin gara-gara tok nenek kebayan tu...Kita lawan.. Calon PAS YB Abdul Wahid Endut dipilih setelah melalui saringan yang begitu terperinci oleh pimpinan PAS... Depa main isu macam-macam jugak.. Media Massa perdana terus menerus menggunakan peluang keemasan untuk menghentam PR dan cuba mengkucar-kacirkan perpaduan dalam PR... Depa main isu pembangunan..isu hudud yang akhirnya menjadi duri dalam daging kepada UMNO... PAS menang dan merampas kerusi Kuala Terengganu daripada UMNO dengan majoriti yang amat bergaya...2600 lebih.. Alhamdulillah...Syukur kepada Allah...

Tapi puak-puak UMNO masih tidak boleh menerima keputusan rakyat terutamanya rakyat di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang jelas menolak mereka melalui jalan halal.. Mereka mencuba melalui jalan haram pulak.. Seperti mana yang kita faham.. bagi mereka-mereka ini.. halal-haram sama saja.. tiada apa-apa pada mereka... Mangkaq betoi depa ni... Akhirnya 2 wakil rakyat PKR dan satu DAP dari Jelapang yang sakit polio tu.. terjun ke dalam lubang biawak sama seperti mereka ... Maka jadilah.. macam yang telah terjadi sekarang ini di Perak.. Terlalu banyak krisis perlembagaan yang membabitkan undang-undang negara timbul selepas 2 kapten menerajui Perak sehingga berita ini ditulis .. masih macam tu jugaklah keadaan di Perak .. amat memalukan.. main jalan belakang pulak... haram tau jalan belakang tu...

Walau bagaimanapun... Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana.... Berlakulah kekosongan kerusi di Bukit Gantang, Perak kerana perginya kawan seperjuanganku YB Roslan Shahrum ke Rahmatullah dan kerusi Bukit Selambau yang terletak bersempadan dengan rumah mak mertuaku akibat itu YB V Alumugam sudah litak jiwatan pada 9 Februari yang lalu... dikatakan tak tahan dengan ugutan dsbnya... Apa pasai YB.. jadi ini macam.. Apa pun.. I respect sama you.. sebab you resign and you pass back to rakyat to decide.. banyak gentlemanlah you... Bukan macam itu 3 olang dari Behlang.. Changkat Jiling.. and Jilapang.. Itu dia olang penakut punya olang... Sudah resign ..then tarik balik...

Baru tak sampai setahun selepas pilihanraya umum bulan Mac tahun lepas... dah 4 pilihanraya kecil dah.. dan akan diadakan dalam masa yang terdekat ini... Berjuta wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dihabiskan oleh UMNO dalam pilihanraya kecil ini..

Ke Permatang Pauh pun sudah... Alhamdulillah kita menang... Ke Kuala Terengganu pun sudah... Alhamdulillah kita menang... Insya Allah... Sekarang kita pejuang-pejuang akan mendaki 2 bukit pulak.. Bukit Gantang dan Bukit Selambau...

Insya Allah kita akan menang... Allah bersama dengan kita yang ikhlas berjuang keranaNYA... Islam akan menang... Kerajaan Kedah akan kekal.. Rakyat Perak akan menghukum kerajaan haram Perak sekarang ini.... Pulun Kedah Pulun.. Kejor Yob Kejor... sampai UMNO penat...

Wassalam....

1 comment:

azaa said...

aslmkom ya maulana,your nizam ni.skarg dh ssh.tlg org tp sndri ssh tkda sapa yg tlg.apa cite skrg?kalu ada peluang tu,cntact ler.sy nk brsama mr.ong pun dh tkda mood bla kita sndri ssh.mcmana nk perjuangkan semua pkra.hnya ckp kosong ler jdnya.msuk blog saya.aza70.blogspot.com