PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, February 18, 2009

ISTIQAMAH IMAN DAN ISTIQAMAH AMALAN... NOT TO GIVE UP...

Salam Sejahtera... Pendakwah Yang Di hormati..

Kalau kita melihat diri kita sendiri atau menilai prestasi amalan kita dengan tujuan untuk muhasabah diri.... Adakah kita boleh memberi komitmen 100% dan mempunyai daya juang yang tinggi yakni mempunyai iltizam dan istiqamah yang jitu kepada iman dan amalan kita dalam mengharungi kehidupan dunia ini yang serba tak menentu ini...

Sengaja saya membangkitkan isu ISTIQAMAH ini kerana kita sendiri dapat merasai... kadang-kadang kita bersemangat dalam melakukan satu-satu amalan... kadang-kadang tu tak terasa apa-apa pun dalam hati atau diri kita semasa kita meninggal satu-satu amalan atau pekerjaan yang sentiasa kita lakukan... Bila kita semangat kita buat.. bila tak semangat kita tak buat.. bila rajin kita solat tahajud tiap-tiap malam.. bila tak rajin ..bukan sahaja tak solat tahajud.. solat subuh pun ..orang kata.. subuh gajah.. pukul 8.00 pagi..

Sebab apa jadi macam tu... kadang-kadang ok .. kadang-kadang tak ok...kejap budak baik kejap budak tak baik.. kejap orang masjid kejap kaki disko... kejap solat penuh lima waktu ..berjemaah tak tinggal.. kejap tak nampak batang hidung langsung kat masjid.. sekali sekala nampak kat masjid berserban berjubah meleret.. tengok-tengok jumpa kat pasar malam berseluar pendek.. Sekejap kita rasa Iman kita memuncak tingginya.. kadang-kadang tu kita rasa sendiri iman kita down.. kadang-kadang tu kita jadi `give up` dan sampai satu tahap kita jadi `frustrated`...

Pikiaq punya pikiaq .. orang Utara kata.. agak-agak sebab apa ye... bagi saya tak lain tak bukan berpunca daripada hati dan iman kita juga... kalau hati dan iman kita ok.. beres semuanya.. sentiasa diberi `charge` dan diberi `nafas baru`... Insya Allah daripada hati dan kekuatan iman dalam diri kita ini.. ia akan menterjemah amalan yang istiqamah dan berterusan dan pada masa yang sama juga kekuatan iman kita juga senantiasa digilap...

Maksudnya.. kalau kita nak istiqamah dalam melakukan amalan soleh kepada Allah... kita kena buat spot check iman kita setiap hari... Seterusnya kalau kita nak istiqamah dalam merealisasikan keimanan kita yang jitu kepada Allah.. kita kena semak sejauh mana kita memahami konsep keimanan kita kepada Allah... sejauh mana pergantungan kita kepada Allah... Sejauh mana kita memahami makna SYAHADATAIN yang merupakan pintu masuk ke dalam satu cara hidup yang bernama ISLAM.... Sejauh mana kita memahami maksud SYAHADAH TAUHID dan SYAHADAH RISALAH.....

Sekurang-kurangnya apa yang saya nak kita semua berfikir ialah jangan kita melakukan sesuatu amalan hanya kerana semangat atau faktor luaran semata-mata... Insya Allah amalan kita akan konsisten atau BERTERUSAN kalau kita mempunyai `aqidah yang betul-betul mantap kepada Allah..

So jangan putus asa.. Proses ini.. proses yang berterusan....Menuntut ilmu `Aqidah..Jangan ditinggalkan...

Wassalam...

2 comments:

Fuad said...

salam ustaz,saya ni xpandai sgt dlm agama ni,saya berpendapat kita patut wujud kumpulan2 kecil (usra)dlm mendalami ilmu agama ni,klu sekadar p dengar kuliah agama ini agak terbatas,bila kita ujudkan small group so kita dpt bertukar berdapat dan menjemput pakar bagi mendalami iman kita.kita patut kembali spt zaman sahabat dulu,tidak dinafikan memang ada org melakukannya tapi tidak direalisasikan sepenuhnya.zaman kebangkitan islam dah bermula,golongan muda mula mencintai agama tapi tanpa guideline yg betul..mereka akan terkapa2,dgn tarbiyah yg berterusan insyaallah islam beroleh kemenangan.apa yg Hamas praktiskan,patut kita ikut...klu kita kena serang mcm Gaza,memang hancur kita krn kita masih lalai

rosidi hussain said...

Terima kasih banyak-banyak Fuad... kita di TBI melalui Biro pendidikan akan melaksanakan grup-grup Usrah di bawah kelolaan masjid.. Insya Allah sama-sama kita menjayakannya... thanks a lot for you comment and suggestion..