PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, February 19, 2009

FULL TIME PENDAKWAH.. PART TIME LAWYER...???

Salam perjuangan.. Pendakwah yang dikasihi...

Kalau anda perasan.. pada `heading` blog saya ini.. tertera perkataan Orang Masjid Kontemporari.. Anda adalah `Problem Solver`.. Anda adalah Pendakwah.. Ia bertujuan untuk mengingatkan diri saya terutamanya .. yang serba kekurangan ini.. dan pada masa yang sama untuk mengingat pelawat-pelawat.. bahawa kita semua ini adalah pendakwah yang berperanan sebagai problem solver iaitu penyelesai masalah Ummah.. Begitu juga dalam setiap permulaan tulisan saya atau artikel saya, saya akan menyebut perkataan `Pendakwah` seperti dalam tulisan ini saya menulis perkataan `pendakwah yang dikasihi`..

Kita menanggung satu amanah dan kewajipan yang begitu besar di atas muka bumi ini.. Apa jua `title` yang ada pada kita sekarang ini sepatutnya ia dike`dua`kan dan ia menjadi pelengkap sahaja kepada jawatan utama kita .. Peguam ka... Engineer ka.. Manager ka... Consultant ka.. CEO ka.. General Manger ka.. Doktor ka.. Pegawai ka.. Apa pun title atau jawatan atau pangkat yang ada pada kita, ia tidak melupakan kita jawatan `utama` kita di atas muka bumi ini iaitu `pendakwah`...

Apabila kita menyingkapi latar belakang pendokong-pendokong gerakan Islam dunia atau pendakwah-pendakwah tersohor dunia samada yang masih hidup mahu pun yang telah syahid, terdapat ramai yang berjawatan tinggi dalam kerajaan dan mempunyai `title` atau jawatan yang mulia di dalam masyarakat seperti Kadi Hassan Al Hudaibi pernah menjadi hakim di Mesir... Abdul Qadir Audah, seorang hakim yang digantung mati kerana mempertahankan Islam.. As Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi , sang doktor pembawa obor jihad di Tebing Barat dan Bandar Ghazzah .. Dr Abbas Madani digelar Singa Islam Algeria kerana dakwahnya yang hebat di bumi Algeria sehingga FIS diharamkan... Dr Abdullah Nasih Ulwan seorang tokoh ilmuwan Haraki yang bersifat murabbi yang pernah dipenjara beberapa kali di Mesir dan juga di Syria...dan tak lupa juga As Syahid Syed Qutb seorang sasterawan yang mati di tali gantung kerana kehebatan dakwahnya dan tulisannya...

Ini menunjukkan kepada kita .. bagaimana mereka-mereka ini sanggup melakukan apa sahaja di atas nama `dakwah ilallah`.. Ini membuktikan kepada kita , jawatan utama mereka adalah `pendakwah` `murabbi` `pembimbing` `naqib` dan `title` yang ada pada mereka samada hakim, peguam, doktor, sasterawan menyusur selepas itu dan seterusnya melengkapkan diri mereka sebagai pendakwah yang berkaliber dan cukup-cukup hebat.. Mereka-mereka ini bergerak dan bergiat sepenuh masa sebagai pendakwah...

Itulah yang menjadi harapan kita semua supaya kita sama-sama menyedarkan manusia dan kawan-kawan kita betapa pentingnya kita bereperanan sungguh-sungguh sebagai pendakwah..

Sebagai pendakwah... kita mestilah memahami apa itu dakwah...
Sebagai pendakwah... kita mestilah sentiasa merasai kita sedang ditarbiyah..
Sebagai pendakwah... kita mestilah menuntut ilmu..
Sebagai pendakwah... kita mestilah memahami marhalah-marhalah dakwah..
Sebagai pendakwah... kita mestilah memahami keutamaan dakwah...
Sebagai pendakwah... kita mestilah mengetahui apa itu Fiqh Ad Dakwah...
Sebagai pendakwah... kita mestilah berada dalam Jemaah Islam...
Sebagai pendakwah... kita mestilah menjadi Al Quran sahabat karib kita...
Sebagai pendakwah... kita mestilah sentiasa mentela`ah kitab-kitab haraki..
Sebagai pendakwah.. kita mestilah prihati masalah dunia antarabangsa dan dunia Islam..
Sebagai pendakwah... kita mestilah sentiasa berwaspada....

Oleh itu ... apa yang kita lakukan setiap detik adalah `dakwah`.. saya dan anda adalah pendakwah.... Jangan lupa ye.. kalau lupa.. ziarahlah blog saya...

Wassalam...

No comments: