PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Friday, February 06, 2009

FROM BERTAM TO GHAZZAH… LE TOUR TO BILAD ALSHAM…

Selamat bertemu kembali.... Maaf dah lama menghilang diri... Sebenarnya saya berada di luar negeri.. program padat.. susah nak menulis... bersama misi kemanusiaan Ghazzah... Ikutilah catatan ringkas sepanjang perjalanan saya .. Gambar dan photo kami ahli rombongan akan di`posted` selepas ini.. Jangan kemana-mana......



FROM BERTAM TO GHAZZAH… LE TOUR TO BILAD ALSHAM…
28 JAN – 4 FEB 2009, 8 DAYS 4 STATES 5 BUDGET HOTELS 2 NIGHT FLIES

1st day ..28th Jan.. Wednesday

Bertolak dari Bertam ke KLIA …. 7 orang wakil yang terpilih daripada Penang..
Bersama kami RM 150,000.00.. sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak .. amanah yang perlu disempurnakan...
Di KLIA ... jumpa ahli rombongan yang lain termasuk 9 MP .. semua 22 ahli rombongan yang turut serta ...
Nawaitu .. road to Ghazzah... bukannya nak melawat atau ziarah tempat2 bersejarah...

2nd day.. 29th Jan.. Thursday

1. Tiba di Cairo... disambut oleh students Malaysia di Mesir.. menginap di Europa Hotel .. Solat Subuh..
2. Breakfast ... Malaysian Hall.. Jumpa wakil Muslim Care yang baru balik dari Ghazzah … ada gambar2 pesakit yang ditunjukkan kepada kami…
3. Bergerak ke Kedutaan Malaysia .. jumpa Datuk Zainal Abidin , duta .. dapatkan surat sokongan untuk memasuki Ghazzah daripada Duta ..
4. Bergerak ke Al `Arisy yang merupakan Bandar yang terletak kira-kira 40 km daripada sempadan Rafah – Ghazzah ..
5. Merentasi terusan Suez .. antara yang tersibuk di dunia… kawasan pertanian..
6. Melawat hospital Al `Arisy.. diberi layanan seperti menteri…melawat pesakit dari Palestin…
7. Menginap di hotel Syahin di Al `Arisy .. terlalu sejuk ..

3r day.. 30th Jan.. Friday

Solat Subuh berjemaah.. Tazkirah Subuh oleh Presiden..
Check out .. pagi.. berjumpa dengan group Cikgu Azmi dan Ustaz Ghani Shamsudin… jumpa juga Mujahidin dari Indonesia..
Breakfast.. tokmaniah.. beli sendiri..
Bergerak ke Rafah.. sempadan.. tunggu lebih kurang 1-2 jam.. tapi tak dibenarkan masuk walaupun ada surat.. Pihak Berkuasa Mesir yang menghalang masuk.. kurang kerjasama.. Stranded..
Jumpa dan nampak lori2 yang tersadai di sempadan Rafah.. Van ambulan juga terpaksa melalui security check yang ketat...
Mesir tak iktiraf kemenangan Hamas..
Berjumpa dengan wartawan Jepun...
Ambil keputusan.. balik ke Cairo.. tak puas hati tak boleh masuk ke Ghazzah.. kawasan ni pun kena gegaran bom Israel.. dikelilingi kawasan pertanian..
Otw.. singgah makan .. jumpa rakyat Palestin yg kini menginap di Afrika Selatan.. bagi maklumat hospital di Cairo yg terdapat rakyat Palestin.. 3 hospital..
Sampai di hotel.. petang..
Malam.. dinner.. pertemuan ..ceramah umum di hadapan ribuan students malaysia di Hayyul `Asyir.. Jumpa Shazwan..
Jumpa students Penang..
Lost Night in Cairo...

4th day.. 31st Jan.. Saturday

Pagi .. breakfast..
Kami berpecah 2 group.. satu group berjumpa dengan pimpinan IM Mesir dan kami pergi melawat hospital..
Melawat hospital Ma`had An Nasr.. diberi layanan seperti menteri.. melawat dan memberi bantuan kepada pesakit kanak2 dan yang cedera teruk.. rujuk gambar..
Kami menghabiskan RM 8000.00 kepada pesakit di sini...
Jumpa penulis buku mengenai kanak2 yang syahid...
Kami dibawa melawat rumah Perlis.. lunch..
Kemudian ke Airport Cairo..
Menunggu ketibaan group satu lagi..
Fly to Damascus Syiria…
Tiba di Airport Syiria… lama tunggu di airport.. tak boleh lepas2..
Dibawa ke hotel ...letih..
Tiba di hotel Omar Al Khayyam... tak sempat dinner.. tidog..

5th day.. 1st Feb.. Sunday

Pagi.. breakfast.. sembang dengan Dr Dzul..
Berbincang nak ke Beirut, Lebanon... Kejap boleh pi..kejap tak boleh pi.. berbeza pandangan... Kami mmng nak pi.. niat mau betul...
Jumpa wakil Hizbullah yang dibawa oleh Haji Rabi`... Dia bawa ke Beirut
Kami grup Penang tertinggal bas yang bawa satu lagi grup nak pi ziarah Damsyiq..
Kami dapat pergi ke Beirut... Alhamdulillah..
Kami hanya menuruti perintah .. kami pun tak tau p nak buat apa...
Perjalanan dari Damsyiq ke Beirut mengambil masa +- 5 jam termasuk berurusan di sempadan yang mengambil masa yang panjang...
Melalui kawasan pergunungan dan diliputi salji.. cakap berasap..
Berhenti di tepi jalan ... main salji.. peghak buih..
Suasana hujan dalam perjalanan ke Beirut... singgah makan.. tukag duit.. lapag..
Sampai di Beirut.. tunggu arahan seterusnya.. tak tau nak buat apa...tunggu tepi jalan..
Check in Beirut Apartment Hotel.... Kawasan Dhohiyah.. kawasan Palestin dam Hizbullah...
Grup 1 berjumpa dengan pimpinan IM di Beirut dan kami pergi keluar makan malam ..
Makan malam di kawasan Hizbullah.. Dhohiyah Janubiah... Sabra Syatila...
Menyerahkan duit sumbangan orang ramai kepada Dr Hatta MP Kuala Krai.. kutipan berjumlah keseluruhannya hampir RM 0.5 million...
Berkelahi dgn Tok Arab .. Us Mujahid...
Tidur.. jumpa Us Zulkifli Asy`ari…

6th day.. 2nd February.. Monday

Solat malam… fardiah…
Solat Subuh.. bergerak ke masjid berhampiran tempat penginapan.. masjid Syiah... jumpa Dr Dzul.. balik solat di Apartment kami...
Tazkirah jihad daripada Dr Dzul.. menakjubkan...
Check out hotel pagi... breakfast..
Panggilan jihad.. 3+1 wakil dipilih....
Alasan menolak... Simen keras.. tak dapat cuti.. tak dapat izin isteri.. nak jaga pejabat.. lari niat dah..
Berhimpun di Tajammu`.. berjumpa dengan pimpinan Jihad Islami...
Singgah di kedai makan... makan dengan presiden..
Balik ke Tajammu`... hantar wakil (mujahidin) ke Ghazzah..
Berpisah dengan bakal Syuhadaa`...
Keluar dari Tajammu`.. dengan menaiki van... tak tahu ke mana...
Rupanya ke pejabat ... berjumpa dengan wakil(duta) Hamas di Beirut, Lubnan.. Sheikh Usamah El Hamdani....
Pertemuan yang penuh bermakna bagi kami yang lemah ini....menerima kata2 semangat daripadanya...
Kemudian bergerak terus balik ke Damsyiq, Syiria....
Tiba di hotel Omar alKhaiyyam... pakaian berselerak.. batu Karbala`...semua tak mengaku....
Kerana mata biru... mata hijau... mata kelabu... kawanku terlepas makan nasi mandi....
Kerana isteri tersayang .. kami ditegur kerana shopping untuk isteri..
Bergerak ke `Amman, Jordan... meninggalkan Syiria dengan seribu kenangan....
Di sempadan Jordan-Syiria...
Kami tiba di Arena hotel, `Amman, Jordan...Cari berus gigi... gosok dengan jari.. cari kedai tak jumpa....

7th day... 3rd February... Tuesday

Morning in Jordan...Breakfast...
Breakfast ... berjumpa dengan imam masjid Al Aqsa... penyokong Rafah rupanya...
Berpecah 2 grup ... Grup MP berjumpa dengan pimpinan IM Jordan... Grup kami pula pergi ziarah pusing Jordan......
Melawat maqam nabi Yusha`.. kubur panjang.. dulu tubuh manusia tinggi ke....
Melihat sempadan Jordan Palestin... Sungai Jordan...
Melihat Masjidil Aqsa dari jauh... aku termenung... divide and rule ini kerja musuh Islam....
Ziarah masjid tapi tak solat... kenape ye....
Ziarah maqam Nabi Syu`aib...
Pohon Tin.. Pohon Zaitun... disebut dalam Al Quran...
Perjalanan ke laut Mati... kawasan pertanian yang luas... pokok pisang..
2 ½ kilometer ke Palestin......
No camera here... Do not stop here...
Laut Mati… Tanda azab Allah yang maha dahsyat…
Terapung di laut Mati... Dah mai jauh ..tak kan tak berenang kut...
Singgah shopping barangan Jordan... mahalnye.. wang dinar..nilainya melebihi Euro... hebatnya....
Lawatan terakhir .. gua Ashabul Kahfi... tanda kekuasaan Allah...
Di airport Jordan ... dan ke pakai baju tu....

Egypt Air....


8th day... 4th February.. Wednesday


Penerbangan 13 jam yang maha menjemukan.. toilet jammed bukannya traffic jammed...
Peristiwa di Mumbai, India... DUN Perak bubar...
Tiba di KLIA airport....
Alhamdulillah selamat sampai di Bertam... pukul 5.00 pagi....
Tunggu tulisan dan pengalaman menarik saya bersama pimpinan selepas ini.... Tungguuuuuuu..
Wassalam

No comments: