PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, February 19, 2009

`DIVIDE AND RULE` PERANGAI PENJAJAH!!

Assalamu`alaikum..... Pendakwah sekelian....

Pengalaman seminggu lebih berada di Bilad Al Sham...Bumi Anbiya`.. termasuk berada di Mesir dalam rangka lawatan misi kemanusiaan penduduk Ghazzah banyak memberi tunjuk ajar berguna dan pengajaran terbaik untuk diri saya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT......

Saya dan ahli rombongan yang lain seramai 22 orang termasuk 9 ahli Parlimen Malaysia telah tiba di Syiria daripada Mesir... Kami tiba pada waktu malam.. Hujan gerimis pada malam tu.. Cuaca teramat sejuk.. kadang-kadang tak tahan juga rasanya ... bibir saya kering tapi Alhamdulillah beberapa kali pengalaman berada di negara sejuk sebelum ini.. saya sentiasa membawa bekalan ubatan dan suppliment yang mencukupi untuk tempah seminggu lebih tu... Vitamin C... Multi Vitamin.. dan banyak lagi yang lain... memang saya tak pernah tinggal.. mesti saya bawa bila berada di luar negeri termasuk juga semasa mengerjakan Umrah dan Haji...

Saya ingin menyentuh mengenai negara-negara yang yang dikenali Bilad Al Sham... sebenarnya Bilad Al Sham ini pernah disebut oleh nabi Muhammad SAw dalam banyak hadith... Nabi sendiri pernah berdoa kepada Allah SWT supaya memberkati negi Sham ini.. Antaranya Ibn Umar anak kepada Saidina Umar Al Khattab pernah mendengar Nabi SAW berdoa.....

اللهم باركلنا فى شامنا... اللهم با ركانا فى يماننا...

`` Ya Allah Ya Tuhanku berkatilah negara Sham dan negara Yaman```

Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya negara Sham dalam kehidupan manusia sekarang ini.. Dipendekkan cerita... sebenarnya banyak keistimewaan negara Sham kepada kita semua dan dunia Islam amnya...

  1. Nabi SAW pernah beberapa kali bersama dengan Khadijah dan Abu Talib, bapa saudaranya menjejak kaki ke negara Sham untuk berniaga sebelum dilantik menjadi Utusan Allah SWT..
  2. Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Imam mahdi akan muncul di akhir zaman nanti di negara Sham..
  3. Banyak maqam anbiya` yang terdapat di negara Sham seperti maqam nabi Syuaib... nabi Yusha`...
  4. banyak kesan sejarah sebagai bukti Allah pernah mengazab umat yang engkar kepada rasul mereka.. seperti Laut Mati.. kesan daripada Allah membalikkan bumi kaum nabi Lut kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian...
  5. Yang teramat penting ialah di atas bumi Sham ini ada negara Palestin yang menjadi pencetus obor Jihad Umat Islam seluruh dunia....
  6. Terdapat Masjid Al Aqsa..tempat nabi SAW mi`raj ke langit dalam peristiwa Isra` dan Mi`raj... masjid ke 3 suci dalam Islam...

Negara Sham pada zaman dahulu adalah satu negeri sahaja ..Tetapi melalui beberapa siri penjajahan negara Sham ini terpecah juga kepada beberapa negara.. iaitu.. Palestin... Syria... Lubnan.. dan Jordan.. Alhamdulillah baru-baru ini kami sempat melawat 3 daripada 4 negara Bilad AlSham... Palestin , kami tak dibenarkan masuk walaupun kami mendapat sokongan secara bertulis daripada kedutaan Malaysia di Mesir.. haprak punya Hosni Mubarak... Tak dak hati perut langsung kat rakyat Ghazzah yang bersempadan dengan Mesir... Kita nak pi tolong pun tak mau bukak pintu sempadan... Mangkok Hayun betoi...

Walaupun begitu ketika berada di Jordan.. ketika melawat maqam nabi Yusha` yang bersempadan dengan Sungai Jordan.. kami boleh melihat dari jauh Masjid Al Aqsa yang berada di Tebing Barat ..salah satu kawasan Palestin yang kini cuba dijajah oleh Israel Laknatullah selain daripada Bandar Ghazzah yang baru sahaja melalui siri serangan Israel selama 22 hari....

Jadi 4 negara ini iaitu, Palestin.. Syria.. Lubnan.. Jordan yang suatu ketika dulu adalah satu negara kini terpecah kepada 4 negara.. antaranya adalah kerana penjajah yang melaksanakan konsep `divide and rule`.. pecah..pecah..pecah perintah..perintah..perintah... Jordan sendiri yang tak pernah wujud sebelum ini dalam peta dunia ..diwujudkan selepas kemerdekaan .. Sebab itulah Jordan tidak mempunyai Presiden seperti negara negara lain dalam bumi Sham .. Jordan mempunyai Raja.. atau King sebagai ketua negara...

`DIVIDE AND RULE` ini memang perangai penjajah.. British.. Italy.. Perancis.. Amerika Syarikat..Sepanyol adalah penjajah tersohor dunia mengikut sejarah... Mereka takluk.. perintah.. buat kacau bilau.. masukkan undang-undang mereka semasa memerintah ..dan selepas negara yang dijajah itu diberi kemerdekaan oleh mereka .. undang-undang mereka masih berkekalan sehingga ke hari ini termasuk di Malaysia.. kita masih mengguna pakai Undang-undang British dalam pemerintahan negara kita... PATANI di selatan Thai menjadi mangsa penjajah keparat kerana terpaksa menjadi sebahagian daripada Thailand sedangkan PATANI asalnya adalah negara Melayu Islam yang merdeka...

Dalam perjalanan balik ke Malaysia ..ketika transit di Mumbai, India.. kedengaran hiruk pikuk Perak cuba dirampas kuasa oleh Bee End.. Tengok-tengok..sebaik sahaja menjejak kaki di Penang.. sebelah petang Khamis.. berlakulah apa yang dikatakan penabalan MB baru...

Bermulanya kisah rampasan kuasa adalah daripada 2 exco PKR yang tak gheti buat kerja tu.. sentiasa memberi masalah kepada DS Ir Nizar.. dah lah ada kes rasuah seks.. dok tak dok sanggup bersekongkol dengan Bee End.. penjajah versi moden di Malaysia ini.. Bee End sanggup memecah belahkan kerajaan rakyat yang mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya lalu, dengan mengambil dua wakil rakyat yang masih didakwa di atas kesalahan rasuah..

Mereka pecahkan dan porak porandakan kesatuan kerajaan Pakatan Rakyat dengan sogokan dsbnya.. Desparate sungguh Bee End ni.. Apa la sanggup buat macam tu.. Orang Penang kata `merampas Perak melalui cara `DAH` atau `sepak kaki` dari belakang.. Bee End memang penjajah.. sanggup menjadi penjajah atau pemerintah haram Perak melalui pecah-pecah perintah-perintah... Amat memalukan..

Oleh itu apabila kita memahami bahawa Bee End itu berperangai seperti penjajah kerana mewarisi sifat penjajah iaitu `divide and rule`... maka jangan dekati Bee End ..kerana dikhuatiri otak dan fikiran kita sendiri akan dipecah-pecah dan dikawal untuk menyokong mereka membabi buta... Bantulah Islam.. Insya Allah kita semua selamat.. Aslim Taslam..

No comments: