PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, January 19, 2009

ROMBONGAN `CHE KIAH` TAMAN BERTAM INDAH BERKEMPEN DI KUALA TERENGGANU


Salam perjuangan.. Du'at sekelian... Alhamdulillah PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil pada 17 hb Januari lalu.... PAS TBI juga tak ketinggalan telah menghantar 15 orang wakil untuk membantu jentera PAS di KT... Banyak pengalaman yang berguna yang diperolehi semasa berkempen di sana...



Inilah deligasi PAS TBI... dengan penuh bersemangat... melangkah gagah menuju ke medan `peperangan` di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu... Tidak takut dan kami tidak gentar..
Ayuh maju sahabat-sahabatku... Marzuki tu nampak perut ke depan dah... Boleh ka tu...




Bergambar dengan pimpinan Kawasan dan Negeri sebagai kenangan...


Tazkirah sebagai peringatan untuk semua... Manalah tahu.. kot-kot lupa tujuan sebenar kita berada di Terengganu....




Kena ambil pengajaran daripada Sirah nabi SAW.. dalam perjuangan ini....



Apa-apa pun kami makan dulu.....


Tuan Setiausaha .. Sdr Marzuki sedanga mengatur strategi dan gerak kerja...


Dengan penuh semangat... Cikgu Zubir nampaknya begitu serius sekali.. tak boleh senyum langsung... lawan tetap lawan...


Bergambar kenangan di hadapan markaz PAS Pulau Pinang di Wakaf Mempelam...


Cikgu Zubir cuba mengenal pasti .. manalah tahu ada pengundi hantu yang diimport daripada luar negara ka.....

Sedang menunggu arahan daripada ketua... Mana arahan ni... Dah tak sabag ni....


Pak Ibrahim `melengkag` selepas penat berkempen...


Tn Hj Sem... Awat tu.. serius nampak.. tak puas hati kat sapa... dah kenyang makang nasik dagang kot....

Bergambar sebelum bertolak ke Terengganu....


Berdoa kepada Allah `Azzawajalla mengharapkan keselamatan perjalanan kami dan kemenangan Islam...

6 comments:

Pak Ngah said...

Alhamdulillah dengan izin dan ketentuan Allah P036 dapat dirampas semula daripada tangan BN. Syabas kepada pengundi KT dan semua jentera serta mereka yang menyokong dari masa ke semasa dalam memastikan agama Allah ditegakkan. Pesanan ringkas...dalam keasyikan kita meraikan kemenangan jangan kita terikut dengan cara orang tiada agama menyambut kemenangan. Bersorak sakan sampai terlepas sembahyang berjemaah bukan cara da maksud kita. Dan paling menyedihkan takut ada yang terlepas langsung waktu sembahyang kerana begitu asyik meraikan kemenangan. Mafhum hadith "Barangsiapa yang mendirikan sembahyang dia menegakkan agama, dan siapa yang meninggalkan sembahyang dia meruntuhkan agama". Kita dok sangka orang kafir dok nak runtuhkan agama kita..yang sebenarnya kita sendiri yang meruntuhkan agama. Na'uzubillah. Semoga Allah berikan taufik kepada seluruh orang islam seluruh dunia hingga hari kiamat untuk dapat tunaikan sembahyang dengan sempurna.

rosidi hussain said...

Thank You Pak Ngah... For your tazkirah.... saya amat bersetuju dengan pesanan Pak Ngah tu.. Kemenangan hakiki kita adalah pembebasan kita daripada api neraka.. Sama-samalah kita berpesan-pesan di atas kebenaran dengan penuh kesabaran... Insya Allah umat Islam akan dapat merealisasikan Agama dalam kehidupan .. Dan sudah tentulah solat sebagai pencetusnya...

hafinah@yahoo.com said...

Ramai orang boleh membantu calun untuk menang. Tapi sedikit orang yang boleh membantu calun untuk mengisi kemenangan.

Anonymous said...

kalau di wakaf mempelam, kami di wakaf kelubi, kenapa tak jumpa?

barangkali masing-masing kerja kuat.
salam
seronok pas memang.

-azizi

Anonymous said...

ha..dah dekat dah nak pi Perak pulak..kalai ni jangan kata rombongan che kiah ( kalau dulu kalau kata rombongan che kiah jelas dan terang rombongan wanita umno..

dan rombongan ini nampaknya tiada wanita elok kitatukar dgn nama rombongan ustaz rosidi...

syntaXError said...

saya nak menghubungi cikgu zubir ahmad. ada cara nak berhubung dengan dia tak?