PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, January 15, 2009

DUDUK DIAM DOA DOA DAPAT DUIT (6D).... INI MACAM BOLEH KA....???

Salam hormat dari saya... Pendakwah yang dikasihi...



DUDUK DIAM DOA DOA DAPAT DUIT (6D)…. INI MACAM BOLEH KA …..????

Sekarang ini kita berhadapan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu seperti mana keadaan cuaca di negara kita jugak… Dah tak ikut musim dah… Kadang-kadang cuaca panas ..esok pula hujan lebat … Hari ni panas terik di tempat kita.. Esok pula berlaku hujan lebat sampai banjir kilat… Tempat kita kering kontang.. Tempat lain hujan tiap-tiap hari…

Apa yang saya maksudkan dengan ekonomi ini adalah mengenai perbelanjaan dan pendapatan kita setiap bulan.. Bagi orang yang bekerja makan gaji mungkin tak terasa sangat tetapi kadang-kadang tu terasa jugak dengan fenomena barangan naik tak turun-turun pun walaupun harga minyak petrol dah turun …

Dulu ..suatu ketika dulu.. dengan pendapatan tetap setiap bulan.. cukup untuk belanja isi rumah … sekarang ni …rasa tak cukup aje… sebab apa jadi macam ni… tak berkatkah duit gaji aku ni… tiap-taip tahun gaji naik… kekadang kita mengeluh macam ni.. apa pasal… Suami isteri bekerja.. siang malam pagi petang… sampai tak sempat ke masjid… pulun sakan orang kata… tapi masih tak cukup lagi…. Buat OT (overtime) pun masih macam tu jugak…

Ada jugak yang buat part time job nak sara diri dan keluarga… Tapi bila buat part time job … Dia mai pulak masalah lain… anak isteri di rumah tunggang langgang di rumah… Jarang sekali bersua muka dengan anak isteri di rumah.. Jarang berbincang mengenai pelajaran anak-anak…pendidikan agama mereka.. tuisyen.. kemajuan akhlak.. Berjemaah di masjid dah tinggal dah…Kadang-kadang tu perbelanjaan bulan ni cukup… bulan depan tak cukup pulak… kena pinjam dari kawan-kawan… nak tampung perbelanjaan diri dan keluarga….Aduhai.. dunia.. dunia….

Bagi mereka mereka yang berniaga sendiri pulak… Contractor…Engineer…Consultant…Firma Guaman.. Accountant… projek dah kurang dah.. Nak dapat satu-satu projek pun bukan main sakit sekarang ni… jenoh jugak nak lobi…Kadang-kadang tu overhead bulanan tak lepas.. ‘monthly expenses’ sentiasa bertambah… Collection kurang tiap-tiap bulan… Amat terasa dengan suasana ekonomi sekarang ni.. Turun naik turun naik macam bursa saham pulak kadang-kadang tu….

Penoreh getah di tanah-tanah Rancangan .. Felda…Keda... Felcra ka.. dok merungut sekarang ni… Harga getah teruk sekarang ni .. menjunam sampai harga sekilo getah RM1.30 berbanding zaman-zaman mewah dulu RM 4.50… Naik pening kepala dibuatnya.. Zaman dah berubah… Dulu lain … sekarang lain… Dulu 2-3 biji kereta satu rumah .. bukan main no..… Sekarang ni semua dah kena tarik oleh bank… tinggal kereta sorong saja di rumah…dan sebiji motor untuk digunakan pergi memotong.. Tu pun bukannya ada road tax pun.. Mampuih..

Di celah-celah suasana masyarakat bergelomang dengan masalah ekonomi yang tak menentu ini.. Ada sebahagian daripada kita cuba mencari jalan keluar dari kemelut ini dengan melibatkan diri dalam perniagaan ‘Multi Level Marketing’ (MLM) atau kita panggil ‘Direct Selling”… Perniasan MLM ini juga bukan main hebat sekarang ini.. Ada yang menjadi jutawan dengan sekelip mata sahaja .. Di tempat saya ini.. Taman Bertam Indah dah kedengaran .. ada yang menjadi jutawan dalam masa 2-3 tahun sahaja.. full time dalam perniagaan MLM ini.. Hebat depa no..

Apabila dikaji betul-betul… dalam suasana ekonomi negara yang caca marba ini… dalam suasana pendapatan dan perbelanjaan kita yang tak menentu.. dalam suasana barangan keperluan sentiasa naik ini.. dalam suasana moral remaja yang amat perlu kepada bimbingan `parents` atau ibubapa mereka.. kita perlu merenung kembali kepada Sirah Nabi SAW sebagai panduan hidup kita dalam menangani permasalahan hidup kita ini.. Umum amat mengetahui bahawa pekerjaan nabi SAW sebelum dilantik menjadi Pesuruh Allah SAW adalah berniaga dan mengembala kambing.. Maksudnya PERNIAGAAN adalah salah satu cara yang telah dididik oleh Nabi kita untuk menangani masalah kehidupan manusia.

Saya amat berkeyakinan kalaulah kita mempunyai ’financial support’ atau sokongan kewangan yang kukuh… Insya Allah kita dapat mengusai kehidupan kita ini dengan lebih baik.. Oleh itu sebagai cadangan untuk diri saya dan anda semua, marilah kita melibatkan diri kita dalam PERNIAGAAN.. yang boleh menguntungkan kita semua di dunia dan Akhirat… Tambahan pulak ..pada waktu ini rakyat Palestin dan pejuang-pejuang HAMAS amat memerlukan bantuan dan sokongan kewangan daripada saya dan anda semua…

Mana mungkin kita duduk diam-diam doa-doa dapat duit… kita mesti menceburi dalam bidang perniagaan…

Sekian Wassalam…

No comments: