PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, January 19, 2009

ROMBONGAN `CHE KIAH` TAMAN BERTAM INDAH BERKEMPEN DI KUALA TERENGGANU


Salam perjuangan.. Du'at sekelian... Alhamdulillah PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil pada 17 hb Januari lalu.... PAS TBI juga tak ketinggalan telah menghantar 15 orang wakil untuk membantu jentera PAS di KT... Banyak pengalaman yang berguna yang diperolehi semasa berkempen di sana...



Inilah deligasi PAS TBI... dengan penuh bersemangat... melangkah gagah menuju ke medan `peperangan` di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu... Tidak takut dan kami tidak gentar..
Ayuh maju sahabat-sahabatku... Marzuki tu nampak perut ke depan dah... Boleh ka tu...




Bergambar dengan pimpinan Kawasan dan Negeri sebagai kenangan...


Tazkirah sebagai peringatan untuk semua... Manalah tahu.. kot-kot lupa tujuan sebenar kita berada di Terengganu....




Kena ambil pengajaran daripada Sirah nabi SAW.. dalam perjuangan ini....



Apa-apa pun kami makan dulu.....


Tuan Setiausaha .. Sdr Marzuki sedanga mengatur strategi dan gerak kerja...


Dengan penuh semangat... Cikgu Zubir nampaknya begitu serius sekali.. tak boleh senyum langsung... lawan tetap lawan...


Bergambar kenangan di hadapan markaz PAS Pulau Pinang di Wakaf Mempelam...


Cikgu Zubir cuba mengenal pasti .. manalah tahu ada pengundi hantu yang diimport daripada luar negara ka.....

Sedang menunggu arahan daripada ketua... Mana arahan ni... Dah tak sabag ni....


Pak Ibrahim `melengkag` selepas penat berkempen...


Tn Hj Sem... Awat tu.. serius nampak.. tak puas hati kat sapa... dah kenyang makang nasik dagang kot....

Bergambar sebelum bertolak ke Terengganu....


Berdoa kepada Allah `Azzawajalla mengharapkan keselamatan perjalanan kami dan kemenangan Islam...

Sunday, January 18, 2009

I hope to meet you when I visit dear

Hi dear ,please do not be offended that I approached you in this manner. I am Miss Hanisah Razak,I work with Avocet mining company here in UK as a supervisor.We may not know ourselves for now but it is my heart desire to take vacation leave from our company to visit .As a matter of fact my father originally came from Asia but naturalized in UK where I was born

I do not mean to inconvenience you neither do I want my presence to affect your work or business hours,instead I can adjust my time so that we can only meet in the evenings and weekends.I will appreciate it if you can spare your little time to welcome and accompany me,never mind I will take care of the expenses.If you say OK please let me know the nearest airport that will be easier for you to come and fetch me on arrival.

Rgds
HanisahPls download the attached note for more details

Thursday, January 15, 2009

DUDUK DIAM DOA DOA DAPAT DUIT (6D).... INI MACAM BOLEH KA....???

Salam hormat dari saya... Pendakwah yang dikasihi...



DUDUK DIAM DOA DOA DAPAT DUIT (6D)…. INI MACAM BOLEH KA …..????

Sekarang ini kita berhadapan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu seperti mana keadaan cuaca di negara kita jugak… Dah tak ikut musim dah… Kadang-kadang cuaca panas ..esok pula hujan lebat … Hari ni panas terik di tempat kita.. Esok pula berlaku hujan lebat sampai banjir kilat… Tempat kita kering kontang.. Tempat lain hujan tiap-tiap hari…

Apa yang saya maksudkan dengan ekonomi ini adalah mengenai perbelanjaan dan pendapatan kita setiap bulan.. Bagi orang yang bekerja makan gaji mungkin tak terasa sangat tetapi kadang-kadang tu terasa jugak dengan fenomena barangan naik tak turun-turun pun walaupun harga minyak petrol dah turun …

Dulu ..suatu ketika dulu.. dengan pendapatan tetap setiap bulan.. cukup untuk belanja isi rumah … sekarang ni …rasa tak cukup aje… sebab apa jadi macam ni… tak berkatkah duit gaji aku ni… tiap-taip tahun gaji naik… kekadang kita mengeluh macam ni.. apa pasal… Suami isteri bekerja.. siang malam pagi petang… sampai tak sempat ke masjid… pulun sakan orang kata… tapi masih tak cukup lagi…. Buat OT (overtime) pun masih macam tu jugak…

Ada jugak yang buat part time job nak sara diri dan keluarga… Tapi bila buat part time job … Dia mai pulak masalah lain… anak isteri di rumah tunggang langgang di rumah… Jarang sekali bersua muka dengan anak isteri di rumah.. Jarang berbincang mengenai pelajaran anak-anak…pendidikan agama mereka.. tuisyen.. kemajuan akhlak.. Berjemaah di masjid dah tinggal dah…Kadang-kadang tu perbelanjaan bulan ni cukup… bulan depan tak cukup pulak… kena pinjam dari kawan-kawan… nak tampung perbelanjaan diri dan keluarga….Aduhai.. dunia.. dunia….

Bagi mereka mereka yang berniaga sendiri pulak… Contractor…Engineer…Consultant…Firma Guaman.. Accountant… projek dah kurang dah.. Nak dapat satu-satu projek pun bukan main sakit sekarang ni… jenoh jugak nak lobi…Kadang-kadang tu overhead bulanan tak lepas.. ‘monthly expenses’ sentiasa bertambah… Collection kurang tiap-tiap bulan… Amat terasa dengan suasana ekonomi sekarang ni.. Turun naik turun naik macam bursa saham pulak kadang-kadang tu….

Penoreh getah di tanah-tanah Rancangan .. Felda…Keda... Felcra ka.. dok merungut sekarang ni… Harga getah teruk sekarang ni .. menjunam sampai harga sekilo getah RM1.30 berbanding zaman-zaman mewah dulu RM 4.50… Naik pening kepala dibuatnya.. Zaman dah berubah… Dulu lain … sekarang lain… Dulu 2-3 biji kereta satu rumah .. bukan main no..… Sekarang ni semua dah kena tarik oleh bank… tinggal kereta sorong saja di rumah…dan sebiji motor untuk digunakan pergi memotong.. Tu pun bukannya ada road tax pun.. Mampuih..

Di celah-celah suasana masyarakat bergelomang dengan masalah ekonomi yang tak menentu ini.. Ada sebahagian daripada kita cuba mencari jalan keluar dari kemelut ini dengan melibatkan diri dalam perniagaan ‘Multi Level Marketing’ (MLM) atau kita panggil ‘Direct Selling”… Perniasan MLM ini juga bukan main hebat sekarang ini.. Ada yang menjadi jutawan dengan sekelip mata sahaja .. Di tempat saya ini.. Taman Bertam Indah dah kedengaran .. ada yang menjadi jutawan dalam masa 2-3 tahun sahaja.. full time dalam perniagaan MLM ini.. Hebat depa no..

Apabila dikaji betul-betul… dalam suasana ekonomi negara yang caca marba ini… dalam suasana pendapatan dan perbelanjaan kita yang tak menentu.. dalam suasana barangan keperluan sentiasa naik ini.. dalam suasana moral remaja yang amat perlu kepada bimbingan `parents` atau ibubapa mereka.. kita perlu merenung kembali kepada Sirah Nabi SAW sebagai panduan hidup kita dalam menangani permasalahan hidup kita ini.. Umum amat mengetahui bahawa pekerjaan nabi SAW sebelum dilantik menjadi Pesuruh Allah SAW adalah berniaga dan mengembala kambing.. Maksudnya PERNIAGAAN adalah salah satu cara yang telah dididik oleh Nabi kita untuk menangani masalah kehidupan manusia.

Saya amat berkeyakinan kalaulah kita mempunyai ’financial support’ atau sokongan kewangan yang kukuh… Insya Allah kita dapat mengusai kehidupan kita ini dengan lebih baik.. Oleh itu sebagai cadangan untuk diri saya dan anda semua, marilah kita melibatkan diri kita dalam PERNIAGAAN.. yang boleh menguntungkan kita semua di dunia dan Akhirat… Tambahan pulak ..pada waktu ini rakyat Palestin dan pejuang-pejuang HAMAS amat memerlukan bantuan dan sokongan kewangan daripada saya dan anda semua…

Mana mungkin kita duduk diam-diam doa-doa dapat duit… kita mesti menceburi dalam bidang perniagaan…

Sekian Wassalam…

Wednesday, January 14, 2009

INSYA ALLAH.. BUKU KEDUA SAYA AKAN BERADA DI PASARAN TIDAK LAMA LAGI...

  • Assalamua'laikum... Dua't yang dihormati...
  • Pagi tadi sempat saya breakfast dengan seorang leader HPA yang dikenali sebagai`Abang Asri`.. Perbincangan banyak menjurus kepada bagaimana hendak memacu HPA dengan lebih baik lagi.. Cuma saya tertarik dengan kata-kata Abang asri berkaitan dengan buku pertama saya `Orang Masjid Kontemporari`.. Menurut Abang Asri.. Tuan Haji Ismail, Pengarah Urusan baru-baru ini telah memberi pandangan positif dalam blognya berkaitan dengan buku ini..
  • Jadi.. apa lagi.. saya pun membuka blognya.. baru sekejap tadi membaca pandangan tersebut.. Pandangannya begini...di bawah tajuk.. ORANG MASJID..
  • ``Pernah anda membaca buku "orang masjid contemporary"tulisan Ustaz Rashidi yang banyak diedarkan oleh HPA Collection?Buku ini mengemukakan pandangan sewajarnya "orang masjid" menjadi agen perubahan ditengah masyarakat hasil daripada tarbiah ruhiah yang diperolehi di masjid.
  • Orang Masjid menjadi penggerak ekonomi terutama dalam menyediakan pasaran halal untuk ummah.Bermula daripada situlah,semalam telah termeteri perjanjian usahasama HPA dengan Nazir-Nazir di Hulu Selangor.Isyallah sebanyak 6 buah masjid yang bersetuju untuk menjadi pusat edaran produk halal HPA.Seminar yang diadakan di Dewan Besar Batang Kali semalam mendapat sambutan yang menggalakan walaupun program seumpama itu buat julung-julung kali diadakan.
  • Profesor Madya Dr Ishak Sulaiman membentang kertaskerja halal dan haram disamping HPA dan egensi-agensi kerajaan lainya mengadakan pameran bersama.HPA telah meluluskan stok bernilai RM50K - RM200K untuk cawangan-cawangan yang akan dibuka di Kawasan masjid serta mempelawa lebih banyak lagi masjid menjadi pusat edaran produk halal dipasaran.InsyaAllah. `
  • Sebenarnya saya berasa amat terpanggil sejak buku ini diterbitkan dan berada di pasaran di seluruh Malaysia, untuk terus menulis buku-buku berkaitan dengan dakwah, tarbiyah dan masyarakat...
  • Tuan Hj Ismail sejak di peringkat perbincangan awal saya dengannya berkaitan buku Orang Masjid kontemporari, telah memberi sokongan moral kepada saya untuk terus menulis khusus berkaitan dengan HPA.. Beliau pernah bercadang kepada saya untuk menulis satu buku dengan tajuk ''H.P.A. Antara Tarbiyah dan Dakwah''..
  • Insya Allah saya akan menulis berkaitan dengan HPA dan satu lagi berkaitan dengan masyarakat... Nanti bila terbit nanti... belilah... jangan tak beli...
  • OK... Thanks for your support Tn Haji Ismail, HPA Groups and all bloggers... Wassalam

Thursday, January 08, 2009

SOKONG PALESTIN DENGAN MEMBOIKOT BARANGAN USA/ISRAEL DAN MEMBELI BARANGAN HPA....


  • Salam semua... Pendakwah sekelian...
  • Boikot selama-lamanya ... Coca-Cola.. Ester Lauder.. Johnson & Johnson.. Marks & Spencer.. Danone.. Disney.. IBM.. L`Oreal.. Nestle.. Maggi.. Nokia.. Revlon.. Intel.. Starbucks.. Mc Donalds.. Kit Kat.. Colgate..
  • Saya baru menerima sms daripada kawan saya yang berada di London .. Smsnya berbunyi...
  • PLEASE ACT IMMEDEATELY!... starbucks & McDonalds, in d UK, r going t2 give all their profits 2 d Israelis until next Saturday.. Spread d news .. BOYCOT Starbucks & McDonalds worldwide!!!...
  • Semalam saya juga menerima sms daripada seorang yang saya tak kenali... Smsnya berbunyi...
  • Ceramah & solat hajat perdana palestin oleh tuan guru hj Hamzah. ust Mat Taliban, PJS En Asri dan tayangan barangan Yahudi yang wajib kita boikot * pada 8/1 khamis jam 9 malam tempat halaman suran Mtg Rawa Mk 8 berhampiran klinik desa.. Umat Islam d jemput hadir... Sebarkan...
  • Malam ni dan hari Ahad ni...bertempat di Masjid Qaryah Taman Bertam Indah... akan diadakan aktiviti ceramah dan tayangan slide kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin oleh Dr Roslan dengan tajuk BANGKIT ISLAM BANGKIT dan diikuti ceramah oleh Ustaz Halim Nasir yang bertajuk Islam Liberal dan Hubungan dengan Yahudi pada hari ahad ini lepas maghrib...
  • Untuk memudahkan kita semua.. Apabila kita membeli barangan HPA.. automatically kita dah memboikot barangan Yahudi seperti di atas...
  • Belilah.. ubat gigi HPA.. kopi Radix.. makan di kedai Radix Fried Chicken (RFC).. urutlah minyak urut HPA.. pakailah minyak rambut HPA.. belilah ayam herba HPA..
  • Semua aktiviti di atas adalah salah satu usaha kerdil kita semua untuk memastikan diri kira sendiri terlibat dalam jihad memerangi kezaliman Israel dan Yahudi.... Bukan cakap sahaja... komplen sahaja... maki Israel saja kot...merungut sahaja... tapi tangan dok sentiasa berkepit dengan rokok buatan syarikat yang menaja serangan Israel ke atas umat Islam di Palestin....
  • Tak kan nak jadi macam monyet seperti gambar di atas.. manusia jahat sumbat rokok kat mulut dia... dia pun hisap.. semata-mata nak tarik perhatian dan keuntungan yang sedikit sahaja kepada tuannya...
  • UMAT ISLAM TIDAK AKAN MASUK LUBANG UNTUK KALI KEDUA... FIKIR-FIKRKANLAH..
  • Wassalamm....

Wednesday, January 07, 2009

H.A.K PULAU PINANG.. MR PALESTIN ?..MRS PALESTIN?...TAHUN BARU... MA`AL HIJRAH... ISU HUDUD... BY ELECTION KUALA TERENGGANU...





Mr Ong... dua dari kiri.. orang kuat Sekretariat Hubungan Antara Kaum JPN PAS PP



Salam perjuangan.. Du`at sekelian....




Alhamdulillah... kita telah berada dalam tahun baru Hijriah dan Miladiah... agak lewat untuk saya ucapkan dan nukilkan melalui tulisan saya kepada sahabat-sahabat yang melawat blog saya ini... nak kata sibuk.. tak juga.. tapi tak sempat untuk saya menulis berkaitan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini... sebab tu mungkin pelawat blog ini berasa hairan kenapa tidak ada artikel baru ditulis oleh saya sejak seminggu lalu.. Tapi sebenarnya saya tak menulis artikel baru adalah kerana saya nak dapatkan beberapa pandangan dan komen daripada pelawat2 mengenai artikel yang berkaitan dengan Pinjaman Mikro Kredit.. Alhamdulillah selain daripada komen dalam blog ini yang saya terima.. saya juga menerima banyak pandangan dan komen daripada kekawan melalui email saya.. Terima kasih kepada anda semua....






Du`at sekelian.. gambar di atas adalah pejabat SEKRETARIAT HUBUNGAN ANTARA KAUM (HAK) JABATAN PILIHANRAYA PAS NEGERI PULAU PINANG yang terletak di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar .. Saya telah diamanahkan untuk menerajui Sekretariat ini dengan dibantu oleh Mr CJ Ong yang merupakan Timbalan saya yang juga seorang kaunselor. Anda boleh singgah di sini yang berfungsi sebagai `ONE STOP CENTRE` hal ehwal kebajikan dan permasalahan rakyat Pulau Pinang .. Mai la jangan tak mai..

Gambar di atas pulak.. semua kita telah mengetahui dan... maklum dah... di seluruh alam nyata dan alam ghaib bahawa beliau adalah penjenayah ber`lesen besag` di atas muka bumi ini... `Mangkok` dan`Mangkaq` ni lah punya angkara yang meletuskan peperangan di Palestin.. dalam bulan `haram` pulak tu... tak hormat langsung pada orang Islam ... Awal Muharram dicemari dengan peperangan... dicemari dengan pembunuhan... dicemari dengan kezaliman berterusan.. Hamas menang dalam pilihanraya `acuan mereka`... tapi tak di`appreciate` langsung oleh puak-puak `haram jadah ` ni..




Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan `lesen besag`... Bila ada orang kata kat kita `Hang jangan buat apa-apa kat dia.. dia tu ada `lesen besag`... kalau hang pukoi dia ka.. katok dia ka... walaupun dia buat salah.. nanti polis akan heghet hang bukan heghet dia` Bila ada ungkapan seperti ni... semua orang telah `ma'ruf` dan `mafhum` bahawa orang yang ada lesen besag ni adalah orang gila ... Jadi orang gila kalau dia bunuh orang.. dia terlepas daripada hukuman sebab dia gila... Jadi Bush ni adalah orang gila kerana dia ada lesen besag... Dia kata apa pun semua betoi belaka... Dia buat macam mana pun kitak boleh buat apa2 sebab dia gila... Dia kata Israel betul kerana menakluki semenanjung Gaza... Hamas salah walaupun menang dalam pilihanraya... Orang2 di keliling dia kata betul... sapa bagi kat dia lesen tu... tuan-puan sendiri pun dah tahu.... Antaranya negara-negara Arab sendiri... Sedih kita tengok Negara Arab yang kaya-kaya yang `melengkaq` di sekeliling negara haram Israel tu...




Kalau Bush dikenali sebagai Mr Palestine...`Penyangak Lelaki` Palestin... sapa pulak Mrs Palestine??? `Penyangak Perempuan` Palestin... Sapa lagi kalau tak.....

Menteri Luar Negera Israel sekarang ni... Tzipi Livni disebut-sebut sebagai calon kuat pengganti Perdana Menteri Ehud Olmert. Livni disebut-sebut akan dipilih sebagai calon PM Israel dari Parti Kadima. Beliau akan beranding dalam pilihanraya parlimen Israel Knesset pada 10 hb Februari 2009. Kelak jika terpilih sebagai Perdana Menteri, maka Livni akan mengikuti jejak Golda Meir yang memimpin Israel lebih dari 3 dekad sebelum ini. Perempuan ni yang berusia 50 tahun ini berpendirian amat keras, meskipun gaya bicaranya lembut. Livni pernah menjadi tentera berpangkat Kapten dan pernah pula bekerja sebagai ahli Mossad.

Perempuan energik ini pernah pula menjadi pengacara. Livni adalah ibu kepada dua anak lelaki. Beliau mulai aktif terjun ke politik 9 tahun lalu, membantu PM Ariel Sharon. Reputasinya sebagai orang yang pragmatis sangat terkenal. Begitu lantang dan tak suka berunding di belakang tabir. Livni pernah menjadi menteri 6 kali, menduduki jawatan menteri luar negeri, kehakiman dan imigrasyen. Beliau pernah menjadi wakil perdana menteri dan banyak menangani perundingan dengan Palestin.

Dalam 100 Daftar Perempuan Berkuasa versi Forbes, Livni berada di peringkat ke-52. Salah satu lawan yang akan dihadapi Livni dalam perebutan kerusi PM Israel adalah Menhan Ehud Barak.
Jadi para pendakwah sekelian .. Antara sebab berlakunya serangan demi serangan ketika ini di Semenanjung Gaza oleh tentera Israel adalah kerana pilihanraya Israel pada bulan Februari ini. Livni tried to gain supports. Jadi tak hairanlah roket Hamas pertama yang singgah di Israel adalah di Pejabat Tzipi Livni di Kementerian Luar Negeri Israel... Perempuan jahanam..


Baru-baru ni saya diarahkan untuk menghadiri demonstrasi aman membantah kekejaman Israel di Sungai Petani.. Lebih kurang seribu para demonstrator hadir menzahirkan isi hati mereka kepada kekejaman Israel kepada rakyat Palestin...

JAHANAM... JAHANAM... ISRAEL...JAHANAM

ZALIM...ZALIM...ISRAEL... ZALIM

MAMPUS...MAMPUS... ISRAEL... MAMPUS

HIDUP...HIDUP... ISLAM ...ALLAHU AKBAR.. ALLAHU AKBAR...

عش كريما امت شهيدا... جيش محمد سوف يعود.....

BOIKOT...BOIKOT... KFC.. BOIKOT

BOIKOT...BOIKOT... TESCO... BOIKOT.. NOKIA.. ROKOK (betul ke ni.. Insya Allah mereka yang merokok akan meninggalkan amalan jijik ini)


  • Nabi SAW pernah bersabda bahawa umat Islam akan terikut ikut dengan budaya Yahudi dan Nasoro sejengkal sejengkal sehasta demi sehasta sehinggakan sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekali pun kita akan ikut mereka.... Maksudnya .. dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara kita telah mengikuti budaya Yahudi ini... Kemungkinan besar dalam tubuh kita pun ada makanan keluaran Yahudi.. Dalam poket kita pun ada barangan dan product syarikat yang sponsor Yahudi untuk menyerang Palestin.... Jadi macam mana ni... Sehinggakan kalau kita nak tinggalkan handphone NOKIA kita yang kita guna berbelas-belas tahun... terasa amat-amat-amat susah dan... kekok bila kita guna handphone jenis lain... sampai ke tahap macam tu pengaruh Yahudi membentuk tingkah laku umat Islam....

  • TEPUK DADA TANYA IMAN KITA .... ADAKAH AKU MASIH MEMILIKI PRODUCT YAHUDI DALAM TUBUH...DALAM RUMAHKU.... ADAKAH AKU SANGGUP MENYUMBANG DANA UNTUK YAHUDI MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN..... KASIHANILAH MEREKA......


  • Du`at sekelian.... isu hudud timbul semula... Saya naik `lemas perut` bila Syariat Islam dipermainkan... Hudud timbul semula kerana `politik tak matang` yang sedang berlaku di Malaysia.. Bermula dengan cabar mencabar di antara Khairi menantu Pak Lah dengan Husam Musa dalam debat baru-baru ni di Kelantan... AMAT MEMALUKAN.. Saya amat mengharapkan kepada semua pimpinan dan ahli pendokong ISLAM supaya jangan termakan atau terpedaya dengan taktik `budak-budak kecik` yang amat memualkan seperti ini..
  • Bagi saya hudud sepatutnya bukan satu isu yang boleh dipermainkan oleh sesiapa sahaja.. hudud bukan satu isu yang boleh datang dan pergi begitu sahaja.... Bila ada pilihanraya ... ada hudud... bila tak ada pilihanraya ... tak ada hudud... Apa ni... Hampa ingat hudud... cekelat ka..gula-gula ka... sampai tahap nak tabog banyak-banyak masa pilihanraya.... Hampa ni tak takut kat ALLAH ka...
  • Hudud adalah salah satu daripada Hukum Jenayah Islam yang disebut dalam Al Quran secara qatie... Semua umat Islam mesti perjuangkan untuk melaksanakan semua jenis Syariat Islam di atas muka bumi ini termasuk UMNO dan Khairi... Beranikah Khairi kata hudud bukan hukum Islam ... Beranikah kita sebagai umat Islam mengatakan hudud tiada dalam kotak fikiran kita untuk diperjuangkan dan dilaksanakan... Apatah lagi... Beranikah kita mengatakan hudud zalim tak bertamadun outdated tak sesuai dan sebagainya....
  • Hukum Hudud adalah hak Allah.. bukan hak PAS .. bukan hak UMNO... nak cakap ikut sedap mulut saja... Sapa-sapa pun tak boleh ubah dan pinda dan main-main kerana dikhuatiri boleh menjejaskan Aqidah kita... Na`u billah min zalik.... Kita semua patut rasa bangga dengan hukum hudud yang merupakan hukum Islam ... Sepatutnya Kita kena kata ` Aku amat berbangga dengan diriku kerana aku berada dalam jemaah yang ingin memperjuangkan perlaksanaan hukum Islam termasuk hudud kepada orang Islam dalam sistem pentadbiran negara Malaysia walaupun mendapat halangan perlembagaan dan UMNO`.
  • Alhamdulillah ... sampai juga hajat di hati ini untuk menulis berkaitan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita di awal tahun ini... sebenarnya sebagai peringatan kepada diri saya terutamanya untuk terus konsisten dengan kerja-kerja dakwah ini... memperbetulkan kesilapan lalu.. prihatin dengan product Yahudi... menambah ilmu dari masa ke semasa.. memperbaiki tingkah laku.. memperbanyak amalan soleh.... membikinkan apa yang dikata... memberi sumbangan kepada Palesti dengan apa cara sekali pun.. harta atau nyawa... Insya Allah sama-samalah kita menginsafi diri kita yang serba kekurangan ini... Apa lagi... jom pi Kuala Terengganu.. Jangan pi melancong aje...

Sekian Wassalam.....