PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, December 31, 2009

Sori... dah lima hari tak update blog ni.. Nak buat macam mana .. programme fulllllllllllll..

Salam .. Du`at sekelian...

Huuu ... penuh .. tak dan langsung .. nak belek belek .. tulisan dalam blog pun tak dan.. apatah lagi nak tulis .. lagi la tak dan.. nak pikiag ..lepas tu.. buat research sikit.. baru tulis ... badan pun kekadang tu letih ya amat.. tak dak mood nak tulis.. Jadi kepada kekawan semua .. sori loh...

30 hb Dis 2009.. hari Rabu.. Sepagi aku buat kerja luag.. pi SP.. hantar barang kat HPA... bayar duit kereta wa punya bini (sapa tak sayang bini oooiii).. lepas tu bawa anak pi makan kat Radix Oriental Cuisine (lama dah tak makan luag).. solat asar kat Masjid TBI.. lepas tu pi gunting rambut.. rambut panjang sikit..tak leh.. pening kepala.. pukul 6.45 ptg .. pedeghas pi Padang Bandaraan MPSP di Butterworth.. ada perarakan chingay .. anjuran kerajaan Pulau Pinang.. pi sembahyang maghrib atas padang... YB Us Saleh Man jadi imam.. sebelum mula belarak.. Ni pun penting jugak .. Syiar tu.. UMNo mana boleh buat macam ni... Balik sampai rumah pukul 10.30 malam.. Ni kira .. paling awai .. biasanya pukul 2-3 pagi...

Hari Jumaat minggu lepas 25 hb Dis 2009.. pukul 11 pagi .. angkut beras dan beg sekolah .. ke dewan Penaga.. siap2 untuk program sebelah petang.. 140 kampit beras dan 140 beg sekolah.. penat jugak tu.. Lepas solat Jumaat.. pukul 3 ptg .. program `langkah pertama di awal tahun`.. aku puas hati sungguh dengan program ni.. boleh dikatan 95% penerima bantuan beras dan beg sekolah hadir .. dan daripada riak muka depa .. depa puas hati dengan sokongan PAS kepada mereka.. Aku bagi ucapan supaya .. sama2 ambik berak pasal kebajikan sesama kita umat Islam..

Lepas tu aku solat Maghrib di Kg Lembah Raja.. aku ada kuliah bulanan di sini.. Yaang syoknya.. malam tu .. kuliah Tafsir fi Zilal aku bermula.. aku harap semua jemaah puas hati dengan penerangan aku dalam kuliah tu... Lepas isya`.. ada klinik Darussyifa` di surau Taman Bertam Indah plak.. berubat oranng .. malam tu ramai pulak pesakit..

Lepas tu lebih kurang pukul 11.00 malam.. aku menghadiri program I`tikaf dan Qiyamullail anjuran urusan Ulamak kawasan aku.. yang mana aku cakap sikit kemudian di sambung oleh Us Zawawi dan YB Us Firdaus Jaafar.. Pukul 12.30 .. pi layan us Firdaus makan di kedai tom yam ..kesian kat dia.. di mai jauh2 untuk program kita.. Pukul 1.30 pagi ..pi sambung i`tikaf di Masjid TBI..

Keesokannya 26 hb Dis ...hari Sabtu.. bangun awal .. dah tidog kat masjid.. qiyamullail bersama Us Fahmi Abu Bakar.. kuliah subuh... lepas tu ada makan sikit.. pukul 10 pagi menghadiri program bantuan beg sekolah kepada 50 orang di kawasan Kg Permatang Tiga ..anjuran JKKKN Pajak Song .. berucap sikit dalam program tu.. Lepas Zohor lebih kurang pukul 3 ptg .. bergerak ke Lata Daun , Sg Tengas.. menghadiri program Mukhaiyyam anjuran Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.. Daripada pukul 4.30 ptg samapai lepas Maghrib .. aku berprogram sekali dengan pemuda.. Alhamdulillah aku diminta bercakap sedikit lepas maghrib ..pasal BPPNPP.. aku bagi sikit motivasi kat pemuda.. Aku puas hati... Balik malam tu .. singgah plak dengan SU LTP aku us Taufik di restoran dalam kampung di Kg Pelet.. pekena plak kambing salai.. sampai rumah pukul 1 pagi.. aku puas hati...

Pada 27 hb Dis .. Ahad.. Mesyuarat BPPNPP.. pukul 9 pagi tepat bermulalah usrah BPPNPP yang pertama setelah didesak sejak sekian lama.. berjaya diadakan.. Alhamdulillah.. Naqib, Us Syuib Mad Amin sebagai naqib.. seramai 29 orang hadir... Pukul 10 pagi barulah bermula mesyuarat negeri.. tamat waktu zohor..panjang sungguh mesyuarat kali ni... sebab mungkin banyak agenda yang dibincangkan sebab.. la ni kan dah perintah negeri.. (betul ke).. Sebelah malamnya ..aku sampaikan ceramah Ma`al Hijrah di Kg Baru Alma...

Hari Isnin .. 28hb Dis.. Sebelah siang .. macam biasa kerjalah bang oooiiii... pukul 6 ptg ... jumpa wartawan Sinar harian yang baru bertugas di SPU ni.. namanya.. Othman.. Lepas tu bergerak ke Kg Mtg Rawa di Bukit Mertajam.. lepas Maghrib.. memberi kuliah di situ.. Lepas Isya` lebih kurang pukul 9.45 malam berada di Kg Tok Bedu, mengadakan usrah dengan ahli2 PAS cawangan.. Alhamdulillah.. berjalan dengan baik... Selesai sahaja usrah tu.. lebih kurang pukul 12.30 tgh malam bergerak ke Kuala Lumpur dengan Su Darussyifa` dan seorang sahabat lagi untuk menghadiri program rawatan Datuk Harun Din, keesokannya..

Hari Selasa.. 29hb ... sampai di Bangi .. Darussyifaa` .. bertindak sebagai pembantu kepada Datuk Harun.. ketika Datuk Harun merawat pesakit2.. nak ambil pengalaman sebenarnya... Pukul 2 tgh barulah selesai dan terus bergerak balik ke Utara... Singgah di R & R Gurun ..solat Asar.. qasar jama` Zohor.. pukul 7 mlm ..sampai Alor Setar.. jumpa YB Us Firdaus Jaafar.. nak pi ceramah penerangan di DUN Sg Siputeh.. punyalah jauh ..dekat2 sempadan dengan Perlis dah... Aku ditugaskan dengan Us Taufik berceramah di UPU Batas Bengkok... Pukul 11 malam .. barulah selesai.. Lalu bergerak balik ke Bertam .. sampai .. pukul 1.30 pagi..

Wassalam... begitulah rutin kerjaku dalam minggu ini...



MEREKA IRIHATI KESATUAN DALAM PAKATAN RAKYAT


Salam ... pendakwah sekelian...

Baru-baru ni saya berjumpa dengan seorang sahabar lama yang juga seorang political analyst yang bertauliah .. maksudnya dia seorang pensyarah sains politik di sebuah IPT awam di negara kita ni... Tak leh subutlah siapa nama dia.. Kesian kat dia.. sebab Malaysia ni lain.. tak sama macam negara lain yang subur dengan amalan demokrasi yang sebenar..

Kalaulah saya sebut namanya ..macam2 lah yang akan berlaku kat dia.. tak naik pangkatlah.. dikacau oleh SBlah.. ditukar departmentlah.. macam2lah yang dia akan kena kalau dia bagi statement yang bercanggah dengan kerajaan atau menentang kerajaan... Nak buat macammana.. Malaysia Boleh .. Boleh.. kena kat depa..

Apa yang saya nak sebut di sini... ialah.. statementnya memanglah `menentang kerajaan` apatah lagi ia agak sulit dan merbahaya... Katanya pada saya... SB , sekarang ini telah diarah supaya berperanan sungguh sungguh melalui apa cara sekali pun untuk memporak porandakan Pakatan Rakyat sehingga kemuncaknya ialah PAS keluar daripada Pakatan Rakyat..

Apa yang saya nak kaitkan dalam tulisan kali ini ialah kejadian demo yang berlaku di Selangor baru-baru ini yang dikatakan ahli atau penyokong tegar PAS berjumlah 20 orang sahaja yang mendesak supaya PAS keluar daripada PR atau Pakatan rakyat ini..

Bagi saya.. demonstasi yang berlaku ini menyerlahkan kebenaran kata2 sahabat saya ini yang sentiasa mengikuti perjalanan dan perkembangan politik semasa sejak 40 tahun yang lalu.. bahawa demo ini adalah mainan SB atau mereka yang tidak bertanggungjawab yang didalangi oleh UMNO di peringkat tertinggi sekali...

Mari kita lihat kebenarannya satu persatu...
  1. Jurucakapnya yang bernama Wan Hilman bukan ahli PAS .. statement daripada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar daan YB Salahudin Ayub.. walaupun beliau mengatakan beliau adalah ahli PAS Gombak.. tetapi ternyata tiada rekod di Pejabat Agung PAS..
  2. Kumpulan tersebut juga tidak berani membuat repot polis balas selepas Pemuda PAS Selangor membuat laporan Polis mengenai dakwaan mereka PAS diperalatkan oleh DAP dan PKR.. atau mereka diperlatkan oleh UMNO...
  3. Ucapan2 yang yang dilaungkan juga tak melambangkan ucapan seorang yang terlibat dalam perjuangan PAS yang kebiasaannya mendahulukan Islam daripada segalanya yang lain...
  4. Kelibat mereka yang bersama-sama berdemo tidak kelihatan langsung bercirikan ahli-ahli PAS, malah sepanduk yang mereka gunakan juga berbau perkauman dan lebih kepada ke'UMNO'an. Salah satu daripada sepanduk yang digunakan seperti'SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI' lebih sinonim dengan UMNO...
  5. Sepanduk yang berbunyi .. PAS mesti keluar daripada Pakatan Rakyat.. juga bagi saya pelik... ajaib.. aneh... kenapa PAS??? kena bukan PKR??? yang ada juga melayu dalam PKR...
Jadi saya berkeyakinan puak2 yang tak bertanggungjawab ini yang di belakangnya adalah UMNO terlalu irihati dan cemburu kepada kekuatan PAS yang menjadi nadi.. penggerak utama.. tulang belakang Pakatan Rakyat .. Apatah lagi PAS mempunyai kekuatan daripada penggerak2 di akar umbi masyarakat/rakyat..

Inilah yang ditakuti oleh UMNO kepada PAS... daripada PKR dan DAP .. Bagi mereka PKR atau DAP keluar daripada Pakatan Rakyat tidak menjejaskan Pakatan Rakyat .. Tetapi kalau PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.. ia boleh menjejaskan PR..

Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menggagalkan kesatuan pari2 komponen dalam Pakatan Rakyat ini yang telah mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia...

Wassalam...

Mereka yang terdesak..


Ahli-Ahli Pendesak....



Tahun 2009 hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan tahun 2010...Bagi kita, pertukaran tahun menandakan semakin hari semakin hampir kita kepada kematian, pertukaran tahun bermakna umur kita semakin lanjut dan masa kita semakin suntuk untuk kita melakukan amalan soleh. Pun begitu, perjuangan harus diteruskan , penentangan kita menentang kezaliman pemerintah sekarang ini harus diteruskan.

Namun, baru-baru ini bertempat di perkarangan PAS Selangor, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya. Kumpulan ini yang hampir berjumlah 20 orang sahaja mengaku mereka merupakan ahli Pas Selangor dan bertindak mengikut kehendak semasa agar PAS menilai kembali kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat yang kononnya tidak memberi apa-apa faedah langsung kepada Pas.

Kumpulan yang mendesak ini berkemungkinan besar didalangi pihak-pihak tertentu (UMNO) memandangkan keadaan PAS Selangor yang sedikit bergolak baru-baru ini. Mereka yang cuba melaga-lagakan PAS dengan DAP dan PKR akan terus memainkan pelbagai isu yang diada-adakan untuk menunjukkan kerapuhan ikatan Pakatan Rakyat. Walhal, PAS melalui Presiden Parti telah menyatakan pendirian PAS untuk terus bekerjasama bersama PKR dan DAP berganding bahu menentang segala bentuk kezaliman yang didalangi UMNO/BN.

Tidak dapat dinafikan lagi sejak kebelakangan ini, UMNO telah cuba pelbagai cara untuk menjatuhkan ikatan tali perpaduan Pakatan Rakyat. Terdahulu, taktik yang hampir serupa juga didalangi UMNO berlaku di Shah Alam, kumpulan perarakan kepala lembu berkesudahan dengan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dan memandangkan PAS sebuah parti yang menjadi tunjang Pakatan Rakyat negeri, UMNO dengan sisa-sisa perjuangan mereka yang ada telah kembali cuba menjolok rakyat mendesak PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat. Apa yang cuba dibuat UMNO walaupun cuba dinafikan mereka telah dapat dihidu rakyat dari jauh lagi. Kelibat mereka yang bersam-sama berdemo tidak kelihatan langsung bercirikan ahli-ahli PAS, malah sepanduk yang mereka gunakan juga berbau perkauman dan lebih kepada ke'UMNO'an. Salah satu daripada sepanduk yang digunakan seperti
'SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI' lebih sinonim dengan UMNO.

UMNO mungkin berpendapat mereka akan berjaya dengan taktik kotor ini untuk mengheret rakyat kedalam perangkap mereka , namun rakyat bukannya dapat diperdaya dengan mudah. Rakyat semakin hari semakin sedar akan helah dan perancangan buruk oleh UMNO dan BN dan tidak mudah lagi untuk terpedaya dengan tohmahan mereka. Langkah UMNO ini mungkin juga bertujuan untuk cuba mengalih pandangan rakyat dari pelbagai isu yang melanda negara sekarang ini seperti kehilangan enjit jet F-5E , salah guna dana rakyat dan juga kemelut kepimpinan salah satu parti komponen BN iaitu MCA.

Mereka - mereka yang berdemo baru-baru ini lebih realistik jika dipanggil kumpulan yang 'TERDESAK'.

Friday, December 25, 2009

MAHFUZ OMAR.. SIVAKUMAR.. MANIKUMAR.. nama dan kulit hampir sama.. di dada kamu ada bulan...

Salam... Du`at sekelian...

Alhamdulillah ceramah anjuran pemuda PAS Kawasan Kepala Batas malam ini di Penaga begitu berharga sekali untuk saya.. bukannya apa.. pertamanya.. senarai penceramahnya ialah Mahfuz Omar dan Sivakumar, speaker Perak yang sah.. cuma Manikumar dari PKR Kedah yang tiada.. tapi.. berceramah di sebelah Kota Kuala Muda, Kedah bersebelahan dengan Penaga di sebelah Kepala Batas... tempat ceramah yang diadakan...

Bukannya apa ..dalam intro.. uacapan aluan saya ..saya sebut begitu.. semua nama penceramah ... ada `mar` mar` di belakang.. Mahfuz Omar .. Sivakumar.. Cuma saya yang tiada `mar` di belakang nama saya.. Tapi yang syoknya...kulit kami semua yang berceramah pada malam ni lebih kurang sama saja .. kelabu2 asap.. he .. he .. he.. nak tergelak jugak..

Yang keduanya .. isu-isu yang disebut oleh saya secara bersahaja disambut dan di peghendang dengan begitu baik sekali oleh Mahfuz Omar dan Sivakumar...

Saya sebut pasal enjit jet F5E hilang .. mula2 satu ..kemudian jadi 2 enjin.. bukan setakat tu ..kedengaran pulak parts lain pun hilang.. bukan hilang baru2 ni... nu .. 2 tahun yang lalu... tahun 2007 nu.. la ni baru dihebahkan.. pasai apa.. Enjin yang bernilai RM50 juta satu boleh hilang... dua .. jadi RM 100 juta duit rakyat melayang .. Yang peliknya hilang dalam pelukan dakapan penjaga dia.. hilang dari gudang ATM.. bukannya hilang dalan perjalanan ka.. dalam latihan ka... dalam laut ka.. Lepas tu Mahfuz Omar dan Sivakumar.. sambut...sambut.. dan ulas dengan terperinci lagi...

Saya sebut pasal perangai UMNO dan Bee End yang bersikap sejak dahulu lagi .. `divide and rule`.. lepas tu Alhamdulillah Sivakumar cerita pasala betapa teruknya UMNO dan BN mengamalkan sikap pecah-pecah dan perintah-perintah ini.. seperti yang berlaku di Perak... mula2 3 katak hilang... akhirnya terbentuk negeri Perak yang ditadbir oleh MB Haram dan Speaker haram ...

Saya juga sebut pasal peranan JKKKN yang menjadi nadi mata telinga kaki tangan UMNO dan BN sebelum ini terkubur sama sekali sehingga menyebabkan UMNO tidak berupaya untuk bergerak di peringkat akar umbi dan UMNO kelihatan begitu lemah teramat amat lemah sekali.. Sebab itulah UMNo terpaksa menggunakan SB dan majlis keselamatan negara untuk membantu UMNO yang begitu lemah dengan cara meng`highlight`kan berita2 remeh temeh dan kecil sahaja di dada akhbar arus perdana negara supaya UMNO kelihatan kuat dan PR kelihatan porak poranda.. Perkara ini juga diulas dengan begitu baik sekali oleh penceramah lain...

Mereka cuba untuk memecahkan perpaduan dan kesatuan parti komponen PR sehingga sampaai ke kemuncaknya yang menjadi target mereka ...ialah.. PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.... Inilah perangai penjajah ..pecah dan perintah.. divide and rule..

Yang ketiganya ialah... Saya mengumumkan dan mengisytihar dalam ceramah ini .. JKKKN Pinang Tunggal yang diketuai oleh saudara Md Akhir, NYDP saya.. telah memenangi tempat pertama .. nombor wahid.. JKKKN terbaik seluruh negeri Pulau Pinang... anjuran kerajaan negeri.. Takbir.. Saya pun tumpang seronok ... JKKKN pas boleh bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.... Saya tumpang sekakilah Md Akhir oooiii....

Yang keempatnya saya juga cerita pasal teruknya parti komponen BN ini.. masing2 ada masalahnya sendiri... UMNO cara UMNO .. MIC cara MIC... MCA ..pakat letak jawatan habih... Gerakan bergaduh dengan UMNO di Penang.. Teruk puak2 ni.. sedangkan parti2 dalam PR sedang bergerak untuk mengukuhkan kesatuan dan perpaduan yang jitu.. di antara satu sama lain.. perkara ini jugak di sambut dan di ulas dengan lebih mendalam lagi oleh kedua2 penceramah yang hadir itu...

Alhamdulillah... Terima kasih kepada semua ... Mahfuz Omar ... Sivakumar... Manikumar... di dada kamu ada bulan...

Wassalam.....


Wednesday, December 23, 2009

KHALIFAH UMAR YANG ZUHUD.. MENINGGAL DUNIA PADA AWAL MUHARAM 24H..

Salam,

Pada Awwal Muharram 24 Hijri, Kahalifah Umar Al-Khattab telah ditikam semasa solat di Masjid oleh Abu Lo'lo', seorang Majusi dari Iran. Kecederaannya amat serius sehingga darah mengalir tidak henti. Umar meninggal pada hari yang sama dan telah disimpan bersebelahan Abu Bakar Al-Siddiq. Ia adalah hari yang sedih bagi Umat Islam setelah 10 tahun beliau memerintah.

Umar diangkat sebagai khalifah oleh Abu Bakar dengan persetujuan dikalangan sahabat. Apabila Umar tidak mahu menerima perlantikannya, Abu Bakar terpaksa gertak, " Kau berani membantah Khalifah Rasulullah. Bawa pedang pada aku.". Barulah beliau terima lantikan.

Nyata penduduk Madinah takut padanya. Hari-hari yang berikutnya, kebanyakannya penduduk Madinah bersembunyi di dalam rumah kerana takutkan Umar. Namun ketakutan mereka berubah menjadi aman dan nyaman setelah beberapa hari berikutnya, bulan dan tahun. Malahan menjadi zaman paling aman dan paling sejahtera untuk Umat Islam.

Sebelum Islamnya, Umar dikenali sebagai orang yang sangat bengis dan ditakuti oleh semua lapisan di Makkah. Setelah Islamnya, Umar adalah di antara orang paling tawaddu' dan rendah diri. Beliau berkata, " Aku adalah orang yang bengis tapi menjadi lembut hati dengan berkat asuhan Nabi Muhammad dan Abu Bakar".

Namun beliau tetap mendidik hatinya berterusan sehingga ke akhir hayat. Di waktu beliau nazak, anaknya memangku kepala. Umar berkata, " Biarkan kepala ku ditanah. Biarkan kepalaku ditanah. Aku takut pada hukuman Allah.". Walhal beliau telah dijamin syurga.

Semasa hidupnya adalah Khalifah dari Rom sehingga ke Parsi dan sedang maju berkembang besar segenap arah. Namun pemakaiannya tidak pernah berubah sejak menjadi Khalifah. Beliau hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal tempat yang koyak sehingga berbelas tampalan.

Setiap tahun, Umar hanya mengambil 2 pasang pakaian baru dari Baitul Mal. Sehelai untuk dipakai, dan sehelai lagi dibasuh untuk dipakai esok. Begitulah berterusan memakai yang sama sehinggalah ke tahun hadapan. Jika koyak tampal lagi. Puas sahabat-sahabat dan ahlul bait memujuknya untuk memakai pakaian lebih baik, namun Umar enggan. Dia memperingatkan mereka bahawa Rasulullah dan Abu Bakar juga hidup dalam zuhud dan miskin semasa memerintah.

Semasa hidup Umar, dia dan ahli keluarganya tidak pernah menjamah lebih dari 2 hidangan. Roti cicah minyak zaitun atau roti cicah mentega. Jika beliau ingin makan daging, beliau akan tangguhkan sehingga setahun. Di zaman itu, orang miskin pun tidak larat nak makan makanan seperti Umar. Apabila menemui delegasi kenamaan dari luar dan dalam, mereka diberi makanan yang sesuai tetapi Umar tetap dengan makanan 2 hidangnya. Beberapa tahun sebelum beliau meninggal, Umar berpuasa sepanjang tahun kecuali hari haram berpuasa.

Umar melakukan Haji setiap tahun semasa pemerintahannya. Beliau tidak akan berlindung dari matahari di dalam keadaan paling panas sekalipun. Jika perlu berihat, beliau akan ikat sekeping kulit kambing pada pokok sebagai pelindung dan tidur di atas tanah. Kadang-kadang, orang akan melihatnya memikul kantung air besar dan berat yang dibuat dari kulit kambing. Apabila ditanya, " Aku menghukum nafsu ku apabila ia inginkan sesuatu yang lebih ".

Setiap malam, Umar akan berjalan-jalan seorang diri di merata tempat di Madinah. Beliau meninjau keadaan masyarakat dan mendengar perbualan-perbualan yang langsung dari rakyat. Beliau sentiasa mencari-cari yang perlukan bantuan. Siang hari, beliau biasa melawat pasar-pasar dan menegur sesiapa yang beli daging, " Ingat pada orang miskin. Kurangkan makan daging. Ingat pada orang miskin. "

Jika beliau berceramah di masjid, yang juga dihadiri wanita, beliau akan mengistihar, " Jika aku terpesong dari jalan Rasulullah dan Abu Bakar, tegorlah aku. ". Respon yang paling beliau suka dan menyebabkan senyuman berpuashati ialah, " Ya Umar, kalau engkau terpesong, aku akan penggal kepala engkau. ". Beliau telah pun dijamin syurga oleh Rasulullah tapi tetap takut melakukan kesilapan dan sangat suka ditegur. Satu kali seorang wanita tua menegur beliau, " Sedangkan Rasulullah kata mas kahwin dan apa saja kepunyaan wanita tidak boleh diambil sewenang-wenangnya oleh kaum lelaki, kau jangan pandai-pandai, Ya Umar. " Umar respon, " Telah terbukti bahawa wanita ini dan tuan-tuan yang hadir adalah lebih bijak dari saya."

Sempena Awwal Muharram ini, kita berniatlah untuk berhijrah sikap. Untuk berhijrah sikap, ubatnya ialah usaha kearah bertaqwa kepada Allah . Umar telah membuktikan kepada kita semua, beliau telah behijrah.

Jika bengis, berubahlah untuk menjadi sopan dan santun
Jika gopoh, berubahlah untuk menjadi penyabar.
Jika angkuh, berubahlah menjadi rendah diri
Jika malas, berubahlah untuk menjadi rajin
Jika lokek, berkongsilah dengan orang lain
Jika ada hasad, ubahnya menjadi ghibtah
Jika kurang pandai, tuntutlah ilmu sehingga pandai
dan seterusnya tukarlah apasaja sikap negatif kepada positif.

Semoga sahabat semua mendapat barakah dalam hidup, kefahaman dalam ilmu, dan dikurnia kebijaksanaan memilih akhlak yang terbaik sehingga akhir hayat.

Wassalam

BUKAN SETAKAT PERAK.. MALAYSIA PUN DARUL KARTUN..

Salam .. Du`at sekelian..

Umno masih membangkitkan isu perkauman dalam usaha menarik sokongan rakyat walaupun membawa slogan baru 1 Malaysia.. Umno dan BN masih mencari pengaruh dan sokongan daripada Cina dan India dengan slogan tersebut walaupun ia bercanggah dengan semangat perjuangan UMNO sejak ditubuhkan lagi dengan slogan hidup melayu nya.. penin..penin.. puak -puak ni..

Umno masih beramal dengan prinsip `devide and rule` yang merupakan amalan penjajah yang diwarisi oleh pemimpin mereka.. Najib menyedari bahawa UMNo tidak kuat pada ketika ini.. maka dikerahkan pasukan SB dan juga majlis keselamatan Negara untuk berperanan dengan lebih aktif lagi supaya dapat memecah belahkan Pakatan Rakyat.. Mereka diarahkan supaya cuba sedaya upaya untuk mnegeluarkan PAS daripada Pakatan Rakyat.. Mereka merasakan apabila PAS tiada dalam Pakatan rakyat maka PR tidak kuat di kala PKR berhadapan dengan kekurangan `grassroot` atau ketiadaan pekerja parti yang ramai.. dan kes2 di mahkamah melibatkan DSAI yang masih belum selesai.. manakala DAP pulak adalah parti Cina pada pandangan mereka.. tidak boleh menjadi pemimpin negara no 1.. Mereka tersangat irihati kesatuan yang wujud dalam Pakatan Rakyat ini..

Umno terus juga diasak dengan isu-isu dan masalah dalaman mereka serta termasuk parti2 dalam BN. MCA dengan maslahnya yang tersendiri.. tak selesai selesai lagi .. dah berpuluh-puluh anggota CC nya telah meletakkan jawatan dengan harapan akan adanya EGM semula.. Ada juga anggota CC nya yang enggan letak jawatan.. Ini semua boleh menjahanamkan MCA dan sokongan rakyat kepada MCA terutamanya kaum Cina .. apatah lagi rekod MCA dalam PRU 12 yang lalu ..teramat buruk.....

PPP begitu jugak.. Murugiah dan Kayveas bercakaran.. MIC tenggelam diam tanpa sebarang kata.. Dey.. Samy .. you ada mana ha.. tikijut lagi ka.. kalah di Sungai Siput.. Gerakan bercakaran dengan UMNO Pulau Pinang... bukan nak berlagak tapi nak tergelak..kah..kah..kah.. UMNO Penang nak jawatan pengerusi BN Negeri.. lawaknya... Apa pasai nak jawatan tu.. sebab apa tak nak ambik jawatan Ketua Menteri sejak dulu lagi .. wahai UMNO Penang..

Hampa pun sama .. YDP MAIPP pun hampa nak.. dok jaja merata kata hampa dapat sokongan orang Melayu Penang.. jadi MAIPP elok kena bagi kat hampa.. piiiiraaaahhhhh.. Pemikiran sempit...pemikiran mundur.. pemikiran hampa yang dah ketinggalan zaman.. masih tak berpijak di bumi yang nyata... Ni cek nak bagi tau.. Islam bukannya hak eksklusif orang melayu tau.. Islam dan MAIPP hak semua bangsa samada yang beragama Islam . Jadi untuk menjaga amanah ini .. hubungan MAIPP dan kerajaan negeri mesti baik.. Hampa perlu sedar hampa tu pembangkang di Pulau Pinang.. Hampa masih dilanda sindrom pemerintah .. Ni bahananya terlalu lama memerintah .. Pembangkang berperangai macam pemerintah .. jenis tak tau malu kat Allah... Jenis gila jawatan termasuklah yang ustaz2 dalam UMNO pun sama...

Selain daripada tu.. la ni dok heboh pulak pasai enjin F5E hilang.. mula2 satu ..lepas tu dengar kata dua enjin hilang.. lepas tu dengar kata ada lagi kelengkapan dan barang2 tentera hilamg.. lawak-lawak sungguh.. Kalaulah enjin jet tentera yang tak bernyawa pun boleh hilang .. apatah lagi bini orang made in Monggolia yang bernyawa yang boleh lembek tengkok dengan pujuk rayu Mr playboy 1Malaysia .. lagi2 la boleh hilang... he ..he ..he .... lawak.. lawak.. lawak.. betullah bukan setakat Perak.. Malaysia pun sama... Malaysia Darul Kartun...

Alternatifnya adalah Pakatan Rakyat yang lebih menjurus kepada pembentukan sebuah negara Malaysia Baru yang mempunyai kesatuan Ummah yang lebih mantap dan telus..

Wasssalam...

PAKATAN RAKYAT TIRU RADIX FRIED CHICKEN???








Salam ..pendakwah sekelian...

Lebih kurang setahun setengah yang lalu.. saya pernah cadangkan kepada pihak HPA supaya menggunakan warna selain daripada warna merah ketika dalam proses untuk `set up` Radix Fried Chicken (RFC) .. bagi saya warna merah dah sinonim dengan KFC... saya cadangkan warna oren (jingga)... Untuk pengetahuan semua.. saya dengan HPA macam bayang-bayang.. Di mana ada saya di situ ada HPA.. Di mana ada HPA di situlah adanya saya.. Saya pernah diamanahkan untuk mengendalikan banyak kes-kes perundangan dan kepeguaman HPA..(sikit2 cukup la cerita pasal ni)

Saya juga pernah cadangkan supaya namakan restoran Islam pertama ala fastfood yang berteraskan makanan berherba ini dengan nama `Radix Chicken House`... untuk mengelakkan daripada terkeliru dengan KFC atau pun mungkin terpaksa berhadapan dengan `legal action` daripada pihak-pihak yang iri hati dengan perkembangan perniagaan Muslim yang berjaya seperti HPA atau RFC ini..

Alhamdulillah.. seberapa ketika selepas itu .. RFC samada bangunannya yang berada di Legenda Heights, Sungai Petani beserta cawangan2 lain di Laguna Merbok, Sp dan Di Alor Setar beserta segalanya yang ada kaitan dengan RFC telah terserlah wajah dengan warna jingga atau oren..

Perasaanku terlalu gumbira pada ketika itu pabila melihat warna oren ini.. kerana warna oren ni bagiku membawa banyak maksud.. pertamanya ia memang warna kegemaranku.. ia juga membawa maksud .. keikhlasan.. ketulusan.. ketelusan.. semangat juang tinggi.. tak pernah mengaku kalah...

Mengenai cadanganku supaya jangan diletakkan dengan nama RFC.. bagiku.. tiada masalah..mungkin ada alasan yang tersendiri HPA nak kan nama tu.. ada hikmahnya.. `Alakullihal.. hari ni.. Alhamdulillah .. bukan hanya RFC terus kukuh di persada industri fastfood Islam di Malaysia dan juga terus maju dengan jualan yang sentiasa meningkat dari hari ke hari... HPA melalui RFC sebagai pendorongnya telah mewujudkan Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC).. Radix Pizza House (RPH).. Radix Chicken Rice (RCR).. Radix Bakery dan banyak lagi yang lain...

Hari ini .. tika ini.. dan saat ini.. setelah berlakunya tsunami politik negara bermula Mac 2008 yang lalu .. maka terteralah satu bentuk barisan rakyat yang baru yang akan membentuk satu lipatan sejarah.. yang akan mengorak langkah bergaya sehingga satu landscape baru pemikiran politik rakyat Malaysia terhasil.. dengan pembentukan PAKATAN RAKYAT secara sah dan `legal` di persada politik Malaysia..

Apa yang menarik di sini.. walaupun mungkin sebahagian daripada pembaca mengatakan ia perkara remeh temeh.. tetapi bagi saya ia perkara yang besar dan hebat..iaitu.. warna yang menjadi `background` kepada simbol PAKATAN RAKYAT itu.. warna oren.... sama dengan warna RFC (lihat gambar di atas)

Saya begitu optimis di sini ..kalau sekiranya.. RFC begitu maju dan dinamik.. dalam masa yang amat singkat sahaja .. dapat menarik perhatian masyarakat.. maka Pakatan Rakyat juga Insya Allah akan sedemikian juga..

Warna oren yang melambangkan intergriti yang tinggi.. Hebat Hj Ismail HPA ni.. Insya Allah...

Wassalam.....

Monday, December 21, 2009

KITA BERSATU DEPA BERPECAH..


Salam Du`at sekelian..

Aku hadir mewakili BPPNPP dan juga kawasan Kepala Batas.. ye betul.. macam peserta yang lain.. hebat.. hebat .. konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama .. utuh.. mantap.. mampan.. titik persamaan walaupun satu sahaja ..kita berasatu.. kita berpadu.. moga-moga berkat .. ada barakahnya daripada Allah.. Insya Allah Pakatan Rakyat akan dapat menguasai Putrajaya pada masa akan datanng..

Tak pernah berlaku dalam sejarah sejak merdeka.. satu barisan yang lebih kukuh diwujudkan oleh pembangkang di Malaysia seperti Pakatan rakyat.. dasar2nya prinsip perjuangannya jelas dan mempu menambat hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum..

Pada masa yang sama .. berkat doa Tok Guru.. depa berpecah bukan main lai .. UMNO Penang cara UMNO Penang.. dok jolok sarang tebuan dengan Gerakan .. nak mintak jawatan pengerusi BN negeri dan nak mintak jugak2 jawatan YDP MAIPP.. nak jumpa dengan Agong.. MCA pulak nak buat EGM yang kedua.. pakat letak jawatan semua yang duduk di majlis tertinggi depa.. habih.. meghudum BN kali nampak gayanye.. PPP dok gaduh lagi.. MIC sepi lali sebab dok kena maki dengan sebangsa sendiri..

Insya Allah PR kena bergerak ..mengotakan apa yang dikata.. teruskan perjuangan suci ini ikhlas kerana Allah...


Sunday, December 20, 2009

TUNTUT KERUSI YDP MAIPP DAN PENGERUSI BN P. PINANG, UMNO MAKIN KURANG AJAR?


Semasa Pakatan Rakyat semakin menguat dan menawarkan alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, pada hari yang sama kita menyaksikan pergolakan dalaman Barisan Nasinal yang semakin parah dan semacam menambah luka yang memungkinkan tidak terubat lagi.

Media melaporkan Umno mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Dakwanya "Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Umno negeri semalam.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas.

Walaupun Zahid mengatakan hasrat UMNO itu adalah untuk menguatkan BN namun yang saya nampak ianya melemahkan dan menkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang. Nampaknya UMNO menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata perpatan "habis manis sepah dibuang". itulah perangai UMNO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lain.

Dalam masalah sekarang jasa Parti Gerakan yang selama ini menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin UMNO.

Sepatutunya UMNO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihanraya yang lepasa namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?

"Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang," katanya.

Semakin kurang ajarnya Zahid dan UMNO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah pakatan Rakyat. Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapkah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini.

Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat UMNO Pulau Pinang yang semestinya mesti ditolak secara total di Pulau Pinang di masa akan datang.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Selamat bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukanya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulai Pinang yang cukup kurang ajar !

MELAYU PULAU PINANG PERLU TUNTUT HAK..



Demi ketuanan melayu umNO mesti dikekalkan. Demi melayu terus berkuasa umNO mesti dikekalkan. Jika umNO kalah, orang melayu akan ditindas dan dizalimi. Orang melayu akan menjadi hamba di tanahair sendiri. Tanah melayu akan tergadai. Bangsa asing akan menjadi pemilik tanah melayu. Hanya umNO harapan melayu… itulah antara ungkapan yang seringkali dialun umNO.

Semua ungkapan itu boleh diukur kebenarannya melalui skrip satu Malaysia dan apa yang terjadi di Pulau Pinang. Satu Malaysia adalah konsep kesaksamaan antara bangsa Malaysia. Ia satu konsep yang jelas bertentangan dengan melayu yang diperjuangkan umNO. Dr Mahathir telah membenarkan kenyataan ini apabila ia menentang agenda rombakan kurikulum BTN . DS Najib menyatakan kurikulum BTN ini perlu dirombak kerana ianya sudah tidak sesuai dengan perubahan semasa. Dr Mahathir pula menyatakan bahawa kurikulum yang bersifat kemelayuan itu mesti dikekalkan. Kenyataan Dr Mahathir disanggah oleh Nazri Aziz yang mensifatkan Otai umNO itu sebagai rasis.

Terbaru, Datuk Zahid Hamidi mencadangkan agar umNo memimpin BN Pulau Pinang . Ini kerana hanya umNO yang mampu mengekalkan kerusi DUN di PP. Baginya umNO lebih layak memimpin. Memang benar…. umNO memang sejak sekian lama telah layak memimpin BN PP. umNO mendapat kerusi lebih banyak dari Gerakan sebelum ini namun kerusi Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan. umNO terpaksa khianat dengan bangsa melayu yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada umNO. Kesannya…melayu di Pulau Pinang dipinggirkan… MELAYU umNO P PINANG PERLU TUNTUT HAK.

Pilihanraya ke 12 sekali lagi menyaksikan kaum lain menolak BN. Hanya kerusi umNo mampu bernafas di Pulau Pinang dan seluruh Negara. Kompenan Bn seperti Gerakan, MCA dan MIC yang selama ini menjadi penyelamat BN langsung tidak bermaya. Mereka tersungkur yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri. Di Perak sendiri hanya tinggal satu kerusi bukan melayu BN. Apabila rampasan kuasa oleh KUDETA Zamry… maka calon India yang kalah diangkat menjadi speaker walaupun umNO lah yang menentang kemasukan Sivakumar yang berbangsa India sebagai speaker. Harus diingat Siva menang kerusi DUN . umNO menjalankann hasutan betapa melayu hilang kuasa apabila tokong Hindu masuk ke bilik Speaker. Tak semena mena umnO melantik seorang India beragama hindu ( dilaporkan kaki mabuk) menjadi speaker walaupun kalah. Itulah hipokritnya umNO dalam membodohkan bangsa sendiri.

Cadangan Zahid Hamidi yang mengetuai umNO Pulau Pinang wajar diberi perhatian…bukan hanya oleh pemimpin umNO tetapi seluruh penyokong dan pengundi umNO seluruh Negara. Jika umNO yang mendominasi kerusi DUN walaupun sebagai pembangkang gagal mendapatkan kerusi pengerusi BN Pulau Pinang, ternyata umNO hanya terus bermimpi kononnya sebagai pembela melayu dan membodohkan serta mengkhianati orang melayu. Tiba masanya melayu berfikir berkali kali untuk meletakkan umNo sebagai pembela bangsa.

umNO begitu bersemangat menuduh DS Nizar sebagai tunggangan cina di saat beliau menjadi Menteri besar sedangkan dalam masa yang sama umNO Pulau Pinang terus dipimpin Gerakan yang langsung tiada kerusi berbanding umNO yang agak cemerlang berbanding rakannya itu. Tidakkah umNO malu berketuakan parti yang dah lumpuh dan hampir mati. Apakah ugutan Koh Su Koon yang tak bergigi di Pulau Pinang masih digeruni oleh pemimpin umNO yang kononnya begitu bersemangat membela melayu… kononnya seperti singa yang sedang mengaum. Lebih baik diam jika berdepan dengan orang yang lumpuh pun umNO masih tak mampu mengangkat kepala.

Kita nantikan apa komen blogger umNO dan pemimpinnya. Juga komen dari pejuang bangsa melayu atas nama berbagai NGO… Tidak ketinggalan komen Sohibus samahahhahhah DS Harussani Zakariya yang berdarah melayu… yang khabarnya berhujjah..”nanti kalau malaikat tanya- apa yang kamu buat untuk membela bangsa melayu…apa saya nak jawab”.. mungkin malaikarat yang akan tanya Harusani tentang melayu tuuu agaknya…

JIKA ANDA PENYOKONG umNO , APA PULA REAKSI ANDA???


Saturday, December 19, 2009

ASKAR WANITA DUNIA


Askar wanita dunia

Askar wanita yang jarang kita lihat.
Bersedia mempertahankan negara dari serangan musuh...BAGUS... macam-macam daaa.. JUST FOR YOUR KNOWLEDGE...