PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Sunday, December 28, 2008

Senyumlah...Senyumlah...Ahai...Cek Mek Molek...Kenapa perlu senyum.. manis muka.. dan ceria sokmo???

  • Salam juang...Du'at sekelian...
  • Senyumlah..Jangan tak senyum.. Selalulah senyum.. Wahai para Du'at sekelian.. senyum tu kan satu sedekah... Jangan berduka.. Be Happy.. Not too sad!!! .. Jangan selalu bersedih.. Ini gambar seorang `'orang tua` Cina di Beijing... Walaupun tak ada gigi.. tapi mampu tersenyum.. Umurnya melangkah melebihi seratus tahun...
  • Bertitik tolak daripada hadith Nabi SAW... meminta kita sentiasa senyum, berwajah ceria dan manis sebagai satu sedekah kepada orang lain, saya ingin melihat lebih jauh daripada itu iaitu kenapa kita perlu sentiasa senyum, bermanis muka dan selalu ceria??????
  • Berikut di bawah ini adalah beberapa kelebihan yang boleh kita semua, sebagai pendakwah kontemporari perolehi hasil daripada senyuman , manis muka dan selalu ceria...:
  • 1. Senyum mampu menjadikan penampilan kita lebih menarik. Orang yang banyak tersenyum memiliki daya penarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang di sekitarnya tenteram dan tenang. Orang yang selalu merungut, mengerutkan kening dan masam mukanya bukanlah sikap dan penampilan terbaik seorang pendakwah.. hasilnya orang-orang di sekeliling berasa tidak nyaman. Dipastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman dan sahabat.
  • 2. Senyum mampu mengubah perasaan jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan anda menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum mampu menguasai tubuh badan kita sehingga perasaan kita secara automatik berubah.
  • 3. Senyum akan membuat suasana menjadi lebih riang dan gembira. Orang di keliling kita pasti akan terikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.
  • 4. Senyum menghilangkan stress.. tension.. gelabah.. tekanan jiwa... Stress ini boleh dilihat di wajah muka. Senyuman boleh menghilangkan reaksi muka yang sedih dan bosan. Ketika anda stress, ambil waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stress dan membuat fikiran lebih jernih dan lapang.
  • 5. Senyum meningkatkan daya imunisasi iaitu ketahanan diri. Senyum membuat sistem imunisasi bekerja lebih baik. Fungsi imunisasi tubuh kita akan aktif semaksimumnya semasa seseorang itu merasa rileks. Menurut kajian, selesema dan batuk boleh hilang dengan senyum.
  • 6. Senyum menurunkan tekanan darah...Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah ketika anda tersenyum . Tekanan darah anda tersenyum pasti lebih rendah.
  • 7. Senyum boleh menghilangkan rasa sakit anggota tubuh badan.. Kalau tak percaya cuba lukakan jari anda kemudian senyum sorang-sorang tentu tak sakit jari anda itu... Cubalah buat..
  • 8. Senyum menjadikan anda awet muda... Senyuman menggerakkan banyak otot . Akibatnya otot wajah terlatih dengan sendirinya sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan banyak tersenyum anda akan dilihat lebih awet muda. Ehemmmm...
  • 9. Senyum membuat anda kelihatan ceria dan sukses sokmo....Orang yg tersenyum dapat lihat lebih mempercayai diri sendiri, terkenal, dan sentiasa kelihatan `gerinci`...
  • 10. Senyum membuat orang berfikir positif. Cuba lakukan sebegini... Fikirkan perkara buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika anda tersenyum, tubuh mengirim signal kepada otak “hidup adalah baik”.
  • 11. Senyum melanjutkan usia anda.... Insya Allah.... Senyumlah... Senyumlah.. Ahai.. Cek Mek Molek.... Walllauhua'lam... Wassalam...

2 comments:

gandasura said...

Salah satu email mie-mie dalam Jebat. Kalau senyum orang kata sindir.... terlebih senyum macam kerang busuk...semua orang kata yang tak elok ...tang elok tak ada.....macam mana generasi melayu nak elok...

rosidi hussain said...

betul tu Roes... memang macam tu sifat manusia.. kalau kita tak senyum pun orang kata jugak.. orang kata kita sombong .. nak rai semua orang memang tak boleh .. semua tak betul belaka ...

Saidina Ali kata .. kalau tak mau bagi orang kata kat kita .. ambik tanah sumbat kat mulut orang yang kata kat kita tu.. maksudnya bukan sumbat betul2.. bila dia mati barulah dia tak kata kat kita sebab mulut dia dah penuh ngan tanah...

As A Daie... we have to put on smile as a means of dakwah . So always be smile.. Jangan dok pikiaq apa orang nak kata kat kita.. At least kita dapat pahala bersedekah...

Selamat berjuang di perantauan...