PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Wednesday, December 10, 2008

Radio ERA.. masjidku.. Sarjan Junaid.. korban.. dan aku

Ini lembu korban Radio ERA

Dapat baju free daripada ERA,, riuh sekampung

begitu berhati-hati


Inilah Sarjan Junaid!!!!



Aku.. semasa memberi ucapan sempena solat Adidil Adha.


  • Assalamua'laikum para Du'at sekelian.... Salam A'idil Adha semua...

  • Bagiku sambutan ibadah korban pada tahun ini amat bermakna sekali kerana aku diamanahkan untuk menyelenggarakan seekor lembu korban di Qaryah tempat tinggalku, Taman Bertam Indah (TBI), Kepala Batas. Pada mulanya dengar khabar dari Pengarah Korban TBI 2008, Sarjan Junaid Ad-Dusuni As-Sikki, hanya 7 ekor lembu yang akan dikorbankan, sehingga aku sendiri terpaksa mengalah dengan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam ibadah korban di TBI, tapi akhirnya 2 hari sebelum 10 Zulhijjah (hari Isnin), terdapat tambahan lagi 2 ekor lembu sumbangan daripada RADIO ERA dan pihak luar . Sarjan Junaid dah pening kepala takut-takut tak terdaya nak mengendalikan ibadah korban yang pertama kali beliau diberi tanggungjawab sebagi pengarah. Manalah tahu kot-kot tak jadi ibadah kot. Jadi benda lain nanti. payah pulak.
  • Sarjan Junaid dan AJKnya bertungkus lumus hingga ke titisan darah lembu yang ke 9. Hebat Jen. Kami semua tabik dekat mu Jen. Dahlah mu jadi pengarah, lepas tu boleh jadi tukang sembelih pulak tu, tukang lapah pun boleh, pendek kata mu semua boleh,. Tahun depan sekali lagi Jen. Boleh jadi pengarah korban Jen. OK tabik semua pada Jen. Kami respect pada mu Jennnnnnn. Ok, jatuh tangan. Lama2 lengoh.
  • Bila tiba pagi hari raya, lebih kurang pukul 8 pagi terpacak, aku dah berada dalam masjid At Taqwa TBI bertakbir bersama ahli Jemaah yang lain. Jam 8.20 pagi, aku sebagai mewakili pengerusi Qaryah memberi sedikit ucapan dan beberapa pengumuman penting kepada ahli Jemaah Aidil Adha pagi tu. Antara lain aku menyeru kepada semua Jemaah untuk sama2 menghayati perkataan 'ADHA' yang tersembunyi di belakangnya satu tuntutan pengorbanan yang tinggi dalam kehidupan ini yang serba sementara ini. Aku juga meminta ahli Jemaah supaya terlibat dalam penyelenggaraan lembu korban selepas selesai sahaja solat A'idil Adha pada hari itu.
  • Tepat jam 9.20 pagi lembu pertama tumbang dengan pisau tajam Sarjan Junaid dengan diiringi laungan takbir. Allahhhhu Akbar.... Allahhhhu Akbar...Lepas tu satu.. satu... lembu tumbang. Boleh dikatakan para petugas setiap lembu tu hebat-hebat belaka. Aku je yang rasa macam 'terkebelakang' sedikit. Memang pun aku tak biasa langsung dengan kerja2 macam ni walaupun jiran belakang rumah di kampung dulu bela lembu tapi habuk pun tarak tau pasal ilmu' lembu' ni.
  • Aku pula tanpa pengetahuanku telah diamanahkan untuk mem'proses' lembu no 8 yang disumbangkan oleh RADIO ERA RENTAK MUZIK TERKINI. Ketuaku sdr Bang Mie AlBalinji dan ahli lain yang aku ingat Hj Johari Omar, Aman, Pak Long import, Hj Ezam dan 4 yang lain yang aku tak ingat nama. 10 orang pelekoh sekoq lembu. Mampuih. Nak buat macam mana. Semua semi Amatur. Aku pun tak tau macam mana aku kena proses lembu ERA. Ada kawan2 kata, Hang ketua P..... TBI, macam mana ni.... Aku jawab, aku tak kira... lembu sapa pun.. aku rembat... aku nak proses sampai selesai.. Aku nak belajag daripada Sarjan Junaid pasal lembu...
  • Selepas sahaja lembu ERA ni tumbang jam 10 pagi, bermulalah episod tarik menarik lapah melapah takek menakek tetak menetak . Aku kena lapah bahagian belakang. Ada bahagian2 tertentu aku tak berani nak pegang. Tak tau pasai apa. Pisau pulak pisau hiris bawang aje yang aku guna. Hj Jo pun sama jugak. Aku enjoy sungguh, diselang seli pulak dengan usik mengusik kekawan yang menjadi penonton setia melihat gelagat kami . Wakil2 ERA pun tolong sama termasuk 2 orang 'puteri' yang sentiasa mengambil 'photo' candid kami semua. Sambil melapah sambil berposing. Berposing sakan depa. Depa la aku tak. Aku tak kisah. Aku buat kerjaku. Aku dan kekawan sentiasa sedar kami melaksanakan satu ibadah yang dituntut oleh agama. Kami sentiasa terbayang bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A'lahimassalam.
  • Dipendekkan cerita, yang aku respect kat kekawan group aku tu, tepat pukul 11.30 pg dah clear hanya tinggal kulit kat tempat sembelihan. Kulit pun tak la terkoyak tercarik macam group lain. Elok aje.. (masuk bakul angkat sendiri). nak buat macam mana orang lain tak puji. Komponen2 lain dah diangkat ke bawah khemah. Aku dan Hj Jo rasa cukup lega dan puas hati dan kami pun pi pekena pulut ikat kering dan ayag teh. Rasa puas sungguh raya korban tahun ni. Lepas tu, aku sambung balik kerja, bahagi daging, tulang untuk diagih-agih kepada mereka yang berhak. Wakil ERA lepas tu, bagi 'cenderahati' pulak kat group kami. Kumpulan lain jangan jeolous ye... Kami dapat dua helai baju T hari tu. Satu masjid bagi satu lagi ERA bagi. Nak buat macam mana .. Rentak Muzik Terkini . Lebih kurang pukul 12.30, semua dah selesaai, kami pekena pulak nasik merah daging kambing aqiqah cucu Pak Ak, Tok Siak Masjid.
  • Di sebalik cerita ini aku kena belajar banyak lagi perkara-perkara yang ada kaitan dengan kerja2 sosial.... Maklumlah... Anak bapak... Aku juga kagum dengan aktiviti2 masjidku sehinggakan RADIO ERA ter'hingin' memilih masjidku antara 5 masjid di Malaysia bukan di Kepala Batas tau, untuk dilaksanakan ibadah korban... Hebat Masjid At Taqwa... Masjidku...
  • Sekian .... Wassalam...

2 comments:

Anonymous said...

salam...satu pertanyaan...blehkan sesebuah organisasi menjalankan ibadah korban??? Mcamana Radio Era tu nak niat????

ingin tahu.....

rosidi hussain said...

Wa'alaikum salam... Bagus soalan ni... seorang wakil yang telah diamanahkan oleh sesuatu organisasi mestilah bertindak bagi pihak organisasi tersebut.... di bawah konsep wakalah ...

Ada 2 keadaan dlm kes ERA ini...

1)Radio ERA sendiri telah hantar wakil berurusan dengan AJK korban masjid... Tukang sembelih telah memanggil wakil tersebut untuk melafazkan niat korban semasa pegang tali di leher lembu...Ada wakil ERA hadir pada hari tu..

2) ERA telah menerima wakil daripada orang yang terlibat dalam aktiviti korban tersebut dan mereka menyerah kepada ERA untuk membahagikan daging korban tersebut, maka ERA pun melantik wakilnya untuk melafazkan niat bagi pihak mereka yang masuk korban dengan ERA...

Apa pun niat adalah dalam hati sahaja.. hanya lafaz niat sahaja dizahirkan... kalau wakil tidak niat bagi pihak ERA atau bagi pihak 7 orang tersebut .. maka ia tak jadi korban ERA .. ia akan jadi sembelihan biasa...

Terima kasih ' Fas alu 'aladzikr In Kuntum La Ta'lamun...'

Wallahua'alam...