PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Thursday, December 04, 2008

Idola, Ikon PENYESAT Aqidah Ummah

Idola, Ikon PENYESAT Aqidah Ummah


Salam perjuangan.... Pendakwah yang dihormati..



Alhamdulillah, puja puji hanya berhak dan layak dipersembahkan kepada Allah Taala, Pencipta dan Pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga, para sahabat serta mujahidin mujahidat yang telah berjuang untuk menegakkan cara hidup Islam di dalam segenap segi kehidupan mereka.



Sidang pembaca yang dirahmati Allah, pada kali ini mari kita melihat betapa bahayanya ` penyesatan-penyesatan bentuk baru` yang berligar serta berkisar dalam masyarakat ummah dewasa ini. Istilah-istilah seperti idola, ikon dan sebagainya yang sering digunapakai generasi kini, tanpa menyedari dan mengetahui hakikat sebenar istilah tersebut atau hanya terikut-ikut telah memerangkap dan mengundang ke arah tergelincirnya aqidah ummah dan generasinya. Kalimah idola diambil daripada ‘idol’ istilah bahasa Inggeris yang bermakna patung, berhala, pujaan, di mana ‘idola’ ialah seseorang atau sesuatu yang disanjung berlebihan, dipuja dan didewa-dewakan.



Idola membawa maksud ‘manusia sembahan’ generasi kini, idola suatu kalimah ‘jahat’ yang tidak bertanggungjawab dan tidak terikat dengan tuntutan mengikut kebaikan. Ia adalah ucapan yang terbit daripada runtunan hawa nafsu dan perasaan menyanjungi, mendewa-dewakan atau terlampau menyukai seseorang samada penyanyi, pelakon, pemerintah yang berkuasa atau bangsa-bangsa yang sesat ( yang dianggap maju) hatta tok-tok guru dan alim ulama’ sendiri. Lantas idola itulah menjadi ikutan ataupun tempat menggantung harapan tanpa menoleh adakah kebaikan atau keburukan, kebenaran atau kebatilan yang dipersembahkan. Sesungguhnya mereka ini akan menyesatkan pengikutnya, pemujanya dan penyanjungnya tetapi mereka akan berlepas diri apabila berhadapan dengan pengadilan Allah SWT di akhirat nanti.



Hakikatnya kalimah ini telah diperangi oleh Islam lebih 1400 tahun yang lalu daripada menguasai pemikiran, perasaan dan aqidah ummah ketika itu di mana pada masa itu mereka menjadikan berhala, patung, batu, orang bangsawan, pemimpin kenamaan dan sebagainya sebagai ‘idola’ sembahan dan pujaan. Sedangkan di dalam Islam, Rasulullah SAW sendiri yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT bukanlah diangkat untuk menjadi manusia pujaan (pujaan hanya untuk Allah) dan idola ummah bahkan Baginda adalah qudwah atau uswah (bukan disebut idola ), sumber suri tauladan yang mulia menjadi petunjuk kepada jalan kebenaran dan pemberi peringatan kepada semua manusia supaya mengingkari sebarang penyembahan dan pemujaan kepada selain daripada Allah.



Sesungguhnya ‘trend’ pemujaan idola terutamanya artis-artis dikalangan remaja dan muda-mudi Islam seluruh dunia sudah termaklum dan amat membahayakan kepada aqidah dan akhlak generasi ummah. Ia bukanlah satu kebetulan , tetapi ia adalah perancangan jahiliyyah antarabangsa bagi menyesatkan dan melalaikan ummat Islam seluruh dunia dengan mewujudkan idol-idol peringkat global atau tempatan - Malaysian idol, Indonesian idol hatta Afghanistan yang beberapa tahun baru ‘dimerdekakan’ oleh jahiliyyah telah berjaya meraikan kelahiran idol Afghanistannya beberapa bulan yang lalu dengan disaksikan oleh berjuta muda-mudi ‘generasi baru’ walaupun idol wanitanya masih lagi tidak dapat melepasi benteng ummah. Bukan idol peringkat dewasa sahaja yang dicungkil dan diukir bintangnya bahkan di peringkat kanak-kanak pun tidak ketinggalan dengan bintang kecil atau idola cilik dan sebagainya. Siapakah yang kita akan harapkan menangani permasalahan yang meruncing dan menyesakkan dada ibu bapa muslim hari ini…???????



Kenapa perlu saya sebut di sini adalah kerana perkara yang lebih malang lagi, apabila budaya pemujaan terhadap idola ini telah menular dan meresap masuk ke dalam gerakan ummat Islam dewasa ini, di mana ahli-ahlinya telah dibiarkan terjurus kepada pemujaan pemimpin-pemimpin dan tok-tok guru atas dasarkekaguman, fanatik, taasub atau terlampau menyanjungi sehinggamenutupi dan mengaburi kebenaran.



Mereka tidak diajar untuk menggunakan aqal secara sihat dan berfikir secara terbuka dan matang, yang mereka tahu hanya menganjur program yang stereotaip, rasmi di sana potong riben di sini , jamuan makan dan sampaikan hadiah. Semuanya melali dan menidurkan aqal, natijahnya telah memberi kesan kepada perjuangan ummah yang selama ini diasas dan dibina atas dasar perjuangan Islam mudah terpesong dari landasannya kerana tuntutan ‘Islam sebagai agama nasihat menasihati’ dalam membina Hadharah Islamiyyah dan mengangkat katamadunan manusia tidak dapat dilaksanakan sebaiknya apabila perasaan ini telah menguasai sebahagian ahli dan pemimpinnya.



Kesan fenomena ini boleh kita lihat kepada 2 pihak yang terlibat, di mana pengikut atau golongan bawahan maupun pimpinan peringkat pelapis yang memuja dan menyanjung pemimpin mereka ini (samada secara ikhlas atau ada udang di sebalik batu) akan mewujudkan golongan yang berjiwa kerdil dan pengecut untuk menyatakan kebenaran, takut terlepas peluang dalam kepimpinan, takut disisihkan atau memberi alasan mudah wala’ kepada pemimpin maka akan terungkai dan terburailah pengharapan yang mutlak yang wajib digantungkan kepada Allah SWT dan pudarlah semangat mempertahankan hakikat perjuangan Islam. Ini terbukti apabila salah seorang kepimpinan pemuda yang bersuara lantang apabila ditanya tentang sikapnya terhadap pimpinan atasan apa yang dijawabnya mereka semua adalah idola saya. Jadi apalah yang boleh kita harapkan kepada mereka untuk menyelesaikan permasalahan ummah, aqidah, akhlak, pemikiran ummah yang diserang bertubi-tubi oleh jahiliyyah sekiranya mereka sendiri telah terperangkap oleh muslihat jahiliyyah.



Manakala di pihak yang menjadi idola pula, virus ini telah men‘zauq’kan (karam) pemimpin-pemimpin ini hingga terlupa diri di mana bumi sepatutnya dipijak tetapi terangkat kaki ‘terawang-awang’, sudah tidak pandai menghargai wala’ yang diberikan ummah, teraju perjuangan yang diamanahkan ummah dipermainkan apabila keputusan-keputusan yang diputuskan bukan untuk kemaslahatan ummah lagi, wadah perjuangan ummah dianggap seperti hak peribadi boleh mempersilakan keluar sesiapa sahaja yang tak berkenan dihati.

Malang sekali kepada perjuangan ummat Islam dan generasi ummah akan datang sekiranya perkara ini diizinkan berterusan ……Justeru itu ummah yang ada kesedaran perlulah bertindak membenteras gejala yang merosakkan aqidah serta akhlak ummah ini, sebarang ungkapan, kenyataan atau soalan berkaitan idola, ikon dan sepertinya ini perlulah dihentikan penggunaannya.



Inilah 3 faktor yang telah disebut oleh Sayyid Abul A’la AlMaududi Rahimahullah yang akan menyesatkan aqidah ummah iaitu :


1) Mengikut hawa nafsu atau kemahuan sendiri.

2) Mengikut adat kebiasaan tanpa berfikir.

3) Kepatuhan dan pemujaan kepada selain Allah SWT



Akhir sekali marilah saudara ummahku muslimin serta muslimat, kita gerakkan kembali hakikat perjuangan Islam dengan mengembalikan segala asas-asasnya dalam membina kehidupan kita, biarpun dibenci oleh hawa nafsu sendiri dan para tirani, bangunlah dari mimpi indah yang menipu dan memukau perasaanmu.



Sekian salam perjuangan dari Ummu el-Husna.


No comments: