PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, December 30, 2008

Draf Konsep Mikro Pinjaman PAS untuk Perbincangan

Sesebuah Organisasi Islam perlu mempunyai kewangan yang kukuh untuk membantu mereka yang amat memerlukan bantuan

Salam Mesra... Pendakwah sekelian..

Di bawah ini satu draf kertas kerja berkaitan dengan bagaimana kita nak mengukuhkan kewangan organisasi kita dan pada masa yang sama kita dapat membantu mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan kecil-kecilan... Tujuan saya masukkan dalam blog ini adalah untuk mendapat komen membina dan feedback daripada anda semua untuk perlaksanaan dengan lebih efisyen lagi... Tak menjadi satu kesalahan untuk anda gunakan kertas kerja ini untuk diaplikasikan dalam mana-mana organisasi... sama-sama kita berkongsi pandangan.. Kertas kerja ini dihasilkan oleh anak buah usrah PAS TBI Kepala Batas...

Draf Konsep Mikro Pinjaman PAS untuk Perbincangan

Muqaddimah

Selaras dengan Islam sebagai agama yang sejahtera, PAS sebagai parti politik yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan adalah bergerak membangunkan masyarakat/rakyat kepada kehidupan yang syumul dan bahagia. Oleh yang demikian PAS cawangan Taman Bertam Indah mengambil satu usaha untuk memberikan peluang dan bantuan kepada masyarakat setempat yang mempunyai masalah kekurangan punca pendapatan untuk menjana peningkatan pendapatan isi rumah masing-masing. Projek Mikro Pinjaman PAS Taman Bertam Indah atau “MPP” adalah suatu usaha untuk membantu masyarakat melalui kemudahan pinjaman modal kepada golongan berpendapatan rendah yang boleh dibangunkan melalui perniagaan kecilan dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup isi rumah-isi rumah tersebut.

2. Kumpulan Sasar

MPP bercadang agar projek ini dijadikan usaha untuk membantu menaik taraf pendapatan isi rumah. Oleh yang demikian, kumpulan sasar MPP adalah memberi fokus kepada golongan berpendapatan bawah RM1500, kerana pendapatan pada kategori tersebut adalah rendah dan mungkin golongan ini telah mempunyai usaha-usaha sampingan untuk menampung keperluan hidup masing-masing. Pada masa yang sama MPP juga akan memberikan perhatian kepada golongan yang bernasib malang atau ditimpa musibah yang menyebabkan kehilangan punca pendapatan.

3. Sumber Dana MPP

MPP akan bergerak berdasarkan dana sumbangan daripada masyarakat terutamanya anggota PAS dan warga Bertam Indah yang ingin membuat amal jariah. Untuk permulaan, adalah dicadangkan supaya hal ini diwar-warkan kepada anggota untuk menyumbang sebanyak RM1000 setiap seorang yang mampu. Target untuk memulakan projek adalah mengumpul sebanyak 100 orang penyumbang atau RM100,000. Sumber dana ini akan bergerak berterusan.



4. Asas-asas MPP

Falsafah “Islam Membantu” akan menjadi asas utama MPP agar manfaat pinjaman dapat dimaksimakan sepenuhnya oleh peminjam. Oleh yang demikian, tiada sebarang kadar faedah atau yuran atau caj yang akan dikenakan kepada peminjam. Peminjam juga akan diberi kaunseling, nasihat kewangan, dan nasihat umum perniagaan supaya peminjam dapat membayar balik pinjaman untuk manfaat orang lain yang senasib. Bagaimanapun tiada had masa tertentu yang dicadangkan kerana motif utama projek ini adalah untuk membantu golongan bermasalah dalam tahap pendapatan.

a. Keutamaan Pemohon

Walaupun projek ini terbuka kepada golongan berpendapatan rendah, oleh kerana sumber dana yang sangat terhad, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan peningkatan pendapatan yang terdesak oleh kerana tanggungan berat yang mereka terpaksa pikul selama ini dan sebagainya. Pendekatan yang digunakan di dalam menentukan keutamaan adalah berasaskan kepada pendapatan isi rumah pemohon atau individu sasaran.

b. Penggunaan Dana MPP

MPP menyedari bahawa terdapat kemungkinan golongan sasaran terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan atau sampingan demi menampung tangungan hidup yang terus mencabar. Pendekatan MPP adalah untuk meningkatkan (scale-up) pendapatan sampingan atau tambahan sedia ada di dalam isi rumah tersebut dengan menyediakan modal untuk membesarkan kegiatan sampingan atau tambahan tersebut. Melalui pendekatan ini, dana MPP boleh digunakan untuk apa saja kegiatan halal yang meningkatkan pendapatan tambahan atau sampingan golongan sasaran.

c.Syarat Pinjaman

MPP tidak akan mengenakan sebarang cagaran mahu pun jaminan di dalam urusan pinjaman. Apa yang penting adalah cadangan pinjaman yang bernas berlandaskan punca pendapatan sampingan atau tambahan yang berdaya maju (Viable), komitmen yang tinggi dan usaha gigih peminjam untuk menambah pendapatan isi rumah.

d. Tatacara mendapat Dana MPP

MPP akan menyediakan borang yang bersesuaian dan mereka yang berminat untuk mendapatkan kemudahan MPP, atau mereka yang dikenalpasti sebagai layak dibantu, dikehendaki mengisi borang ini.

MPP akan mengendalikan prosesan secepat mungkin dengan membuat lawatan dan perbincangan dengan bakal peminjam demi memastikan projek pinjaman dapat menjana peningkatan pendapatan yang sewajarnya.

e. Jumlah Pinjaman

MPP akan berusaha untuk menepati keperluan modal kepada peminjamnya tertakluk kepada dana terkumpul dan pengagihan kepada sebanyak peminjam yang termampu. Jumlah pinjaman juga akan ditentukan oleh kegunaan modal dan skala operasi. Oleh kerana MPP akan mensasarkan kepada perniagaan kecil atau membantu perniagaan sedia ada atau scale-up, maka keperluan modal adalah tidak tinggi. Sekiranya dana dapat dikumpul sebanyak RM 100,000, MPP dijangka dapat membiayai sehingga 20 peminjam saja jika purata pinjaman adalah RM5000 setiap peminjam. Jumlah pinjaman yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun peminjam selepas diijabqabulkan oleh MPP.

f. Birokrasi

MPP akan melalui beberapa proses yang mudah untuk mengelak masalah birokrasi tetapi memerlukan penyeliaan tertentu yang direkabentuk di beberapa peringkat utama bermula dengan permohonan, prosesan, perlaksanaan projek pinjaman, pemantauan projek, bayaran balik dan kesinambungan pinjaman.

g. Kos Operasi

MPP akan meminimakan kos yang terlibat kerana jawatankuasa PAS yang sedia ada akan diguna sepenuhnya untuk menjadi jawatankuasa MPP dan memantau projek. Sekiranya perlu tambahan orang yang kompeten, sukarelawan yang kompeten sahaja yang dijemput. Oleh itu kos yang mungkin ditanggung mungkin sangat terhad seperti kos mencetak borang dan alat tulis sahaja.

h.Perlindungan Takaful

MPP boleh mendapatkan skim perlindungan diri peminjam dan pengusaha bagi mengurangkan risiko ke atas diri dan baki pinjaman agar projek ini menjadi lebih baik.

i. Kaedah Bayaran Balik Pinjaman MPP

MPP membolehkan beberapa cara bayaran balik samada mingguan, dua minggu sekali mahu pun bulanan. Peminjam digalak memilih cara yang paling cepat dan ringan kerana bayaran balik dapat dipusingkan kepada pinjaman baru.

Bagi tempoh bayaran balik pula, MPP memberikan kelonggaran mengikut keupayaan dan turn-over urusniaga.

j. Ukuran kejayaan:

Sekiranya MPP dapat memulakan bantuan kepada peminjam pertama ianya adalah kejayaan pertama kerana motif asal adalah membantu peningkatan keselesaan hidup seperti kemampuan membiayai kos sara hidup dan pendidikan anak-anak dan mengecapi keperluan asas kemanusiaan. Semua ini dapat dilakukan dengan membantu mereka menjalankan perniagaan dan berdikari. Ini juga bererti bahawa peminjam akan mendapat kemudahan pinjaman berulang-kali agar matlamat tercapai. Kejayaan seterusnya ialah kejayaan melangsungkan dana MPP samada melalui sumbangan berterusan ataupun melalui kaedah bayaran balik yang memudahkan peminjam. Kejayaan ketiga ialah projek ini dapat membentuk suatu hubungan imej antara peminjam dengan PAS. Kejayaan keempat ialah dakwah dan taqwa kepada Allah SWT.

4 comments:

Anonymous said...

ustaz......jgn sampai org ambik kesempatan dah la....orang kita suka sngat benda2 pree nie....

rosidi hussain said...

terima kasih ..tolong peghingat...

hj atan said...

Salam..bila dana dah ada elok sangat ada satu team yg pi tengok,mau dok ulang dua tiga kali tengok kesungguhan,masa beri nasihat kat dia..melawan balik dak..banyak benda la nak kena periksa..baru tengok apa yg boleh dibantu drp dok bagi tolong atas dasar nak bantu dan dakwah.dah la dana tu kecik dan free pulak..nanti dia mai beratur tak cukup baris pulak botak kepala tuan.

rosidi hussain said...

terima kasih Hj Atan...

Bagus komen enta.. ana dok tunggu macam ni la... Insya Allah kalu semua terima dengan perubahan2 tertentu semasa perlaksanaan nanti... enta boleh jadi ketua team tu....sbb rambut pun pelan tak dak dah...( lawak aje)