PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Monday, December 08, 2008

DI SEBALIK WAJAH EIDUL ADHA ITU....

Assalamua'laikum.... Pendakwah yang dikasihi sekelian...
Dua tahun yang lalu, ketika umat Islam di Malaysia menyambut ibadah Eidul Adha, aku berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina, menunaikan haji. Berada di sana, tak terasa sangat sambutan seperti mana di Malaysia. Hanya memikirkan rukun2, sunat2 dan amalan haji sahaja. Satu persatu diteliti hingga aku menyelesaikan rukun Islam yang ke lima itu dengan sempurna. Moga-moga aku mendapat haji yang mabrur. Aminnnn.
Saat dan tika ini aku berada dengan kekawan dan sesahabat di Taman Bertam Indah bersama-sama meraikan sambutan Eidul Adha 1428H/2008M . Ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan diberi perhatian oleh kita semua sebagai pendakwah dalam kita melalui EIDUL ADHA sebagai ibadah yang terbaik disisi Allah Azzawajalla.
  1. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terkenang kepada kisah pengorbanan yang maha hebat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A'laihimassalam dalam menunaikan perintah Allah 'Azzawajalla.
  2. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terbayang-bayang dalam kotak fikiranku perjuangan maha hebat Rasul rasul Allah berhadapan dengan kaum mereka sendiri dalam menegakkan Aqidah Islam di Atas muka bumi ini. Nabi Hud dengan kaum 'Ad. Nabi Syuiab dengan kaum Madyan di pinggiran negeri Syam. Nabi Saleh dengan kaum Tsamud. Nabi Ibrahim berhadapan dengan Raja Namrud. Nabi Lut berhadapan dengan kaumnya sendiri yang bernama Sadum. Nabi Musa berhadapan dengan kerajaan Firaun Ramsis II. Nabi Muhammad SAW sendiri berhadapan dengan tentangan puak Quraisy dan Munafiqin Madinah.
  3. Di sebalik wajah Eidul Adha, itu terpancar wajah-wajah berseri sahabat2, tabien2, Itbau'ttabien, Safussaaleh dan A'lim Ulamak yang berjuang demi menegakkan Islam dalam kehidupan manusia. Cintanya mereka kepada Islam ini melebihi segala2nya.
  4. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terkenang kepada umat Islam lampau yang bertungkus lumus memepertahankan negara mereka daripada terus dijajah oleh golongan Mustakbirin yang terdiri daripada British, Sepanyol, Itali, Perancis, Belanda dan sebagainya.
  5. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terbayang bagaimana Alim Ulamak di Malaysia ini dengan kudrat yang ada menubuhkan sekolah2 pondok sebagai tempat pengajian Islam dan menerapkan ilmu agama dalam kehidupan mereka.
  6. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, tergambar bagaimana datuk nenek moyang kita di Malaysia yang terpaksa berkampung di atas kapal Malaysia Raya berbulan-bulan untuk ke Mekah menunaikan haji.
  7. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, teringat bagimana umat Islam terdahulu menabung bertahun-tahun lamanya mengumpulkan perbelanjaan dengan berbagai cara yang halal semata-mata ingin menyahut panggilan Baitullah.
  8. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, takbir berkumandang selama 5 hari bermula 9 Zulhijjah lagi iaitu hari ketika umat Islam wuquf di Padang A'rafah.
  9. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, seorang daripada ahli keluarga rumah kita akan melaksanakan ibadah korban.
  10. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, ribuan binatang an'am dikorbankan di Malaysia ini.
  11. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, daging korban diagih-agih kepada fakir miskin, jiran tetangga dan sanak saudara.
  12. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, perjuangan menegakkan Islam dalam kehidupan di Malaysia mesti diteruskan.
  13. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terdapat kumpulan mungkar dan biadap yang tak habis-habis cuba mencari pasal dengan pembawaan budaya dan fahaman liberal mereka.
  14. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terbayang betapa perlunya kesatuan yang jitu di kalangan pendokong Islam di Malaysia ini dalam menegakkan sebuah masyarakat yang sentiasa beramal dan meyakini Islam adalah way of life.
  15. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, masih ramai di kalangan umat Islam yang masih buta agama.
  16. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, masih ramai Umat Islam yang tidak mengerjakan solat, tidak tahu membaca Al Quran yang tidak menghargai Islam yang ada pada mereka.
  17. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, terasa gementar hati ini apabila melihat suasana jenayah yang semakin hari semakin bertambah.
  18. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, rasanya macam nak menangis terkenang kepada nasib pemuda/i dan remaja/i dewasa ini yang jauh daripada Islam.
  19. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, pemimpin negara masih bermain-main dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
  20. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, hukuman Allah bukan kepada anak cucu kita pada masa akan datang tetapi sebenarnya hukuman Allah adalah berbentuk cash kepada kita yang melakukan maksiat.
  21. Di sebalik wajah Eidul Adha itu, sebenarnya wujud satu pengorbanan (tadhiah) yang maha maha tinggi dalam mengharungi hidup yang serba sementara ini.

Maka , di sebalik perkataan 'adha' itu yang terdapat pada hari raya 'korban' itu, tersembunyi 'tadhiah' yang tinggi daripada anda semua sebagai pendakwah yang sentiasa merasai sedang ditarbiyah.

Sekian buat kali ini... Wassalam...

2 comments:

insan said...

ziarah pagi aidill adha. doaku enta terus komited dengan dakwah demi menghapuskan dakyah.

rosidi hussain said...

Terimakasih INSAN yang memberi tazkirah kepada ana di pagi Aidil Adha. Insya Allah sama2 kita bekerja untuk kehidupan 'beragama' di dunia ini dan kehidupan 'selesa' di akhirat nanti walaupun mungkin di lapangan wadah yang berbeza.