PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, December 02, 2008

CIVIL COURT vs SYARIAH COURT : SATU SOROTAN RINGKAS KES-KES TERKINI..

Salam perjuangan.... pendakwah sekelian...
Sepuluh tahun kebelakangan ini, masyarakat kita dikejutkan dengan berita-berita dan kes-kes yang banyak berlegar di ruang udara Malaysia yang ada kaitan dengan sistem pentadbiran, perundangan, kehakiman dan penyelarasan undang-undang Islam di Malaysia. Di antara kes-kes itu ialah kes Kamariah Ali di Kelantan, kes Sulaiman Takrib dan Ayah Pin di Terengganu, kes Haji Kahar di Selangor, kes Lina Joy di Kuala Lumpur, kes Fatimah Tan di Pulau Pinang dan yang terbaru kes Latifah Md Zain berkaitan dengan hibah.
  1. Kamariah Ali adalah pengikut Ayah Pin telah mengaku murtad melalui surat sumpah. Dia dihukum penjara kerana enggan bertaubat. Dia merayu di Mahkamah Tinggi KB. Mahkamah Tinggi putuskan Mahkamah sivil (CC) tidak ada bidang kuasa untuk mengendalikan isu murtad kera murtad di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah (SC) kerana menurut Enakmen Pentadbiran Kelantan seksyen 102.. seseorang itu masih Islam sehinggalah mahkamah Syariah memutuskan sebaliknya. Jadi kes ini mestilah dibicarakan di Mahkamah Syariah. CC... 0 SC... 1.
  2. Kes Sulaiman Takrib yang juga merupakan pengikut Ayah Pin dituduh bersama berpuluh-puluh pengikut Ayah Pin yang lain atas tuduhan menghina pihak berkuasa agama negeri dengan melanggar fatwa yang mengatakan ajaran Ayah Pin sesat. Kes ini juga tidak mendapat tempat dalam mahkamah Sivil kerana mereka kesemuanya berasal daripada agama Islam. Jadi keputusannya CC... 0 SC... 2.
  3. Hj Kahar.. nabi Melayu terakhir di dunia juga mengalami nasib yang sama seperti kes Ayah Pin tadi. Beliau dituduh di mahkamah Syariah dengan lima tuduhan jenayah Syariah antaranya langgar fatwa Selangor. Dia tak puas hati. Dia bawa kes ini ke mahkamah Sivil. Mahkamah Sivil Persekutuan putuskan, berdasarkan peruntukan undang2, oleh kerana semua tuduhan kepada beliau adalah berkaitan dengan aqidah Islam maka Mahkamah Syariah yang paling sesuai untuk mendengar kes ini. Keputusannya CC... 0 SC.... 3.
  1. Kes Lina Joy yang murtad yang heboh baru-baru ini juga telah memenangkan Mahkamah Syariah. Masalah murtad adalah masalah umat Islam. Maka ia perlu dibicarakan dalam mahkamah Syariah. Jadi CC...0 SC... 4
  2. Kes Fatimah Tan Cina masuk Islam dan murtad pulak selepas ditinggalkan oleh suami dia seorang Iranian, memang telah terserlah dibicarakan di mahkamah Syariah Pulau Pinang. Jadi CC... 0 SC... 5.
  3. Dan yang paling latest sekali ialah kes Latifah Md Zain mengenai permasalahan hibah. Hakim Mahkamah Persekutuan Sivil memutuskan bahawa kes ini perlu dibawa di hadapan Mahkamah Syariah kerana telah tersebut dengan clear dalam Jadual kesembilan Perrlembagaan Persekutuan bahawa HIBAH di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jadi keputusan semuanya CC... 0 SC... 6

Jadi sebagai kesimpulannya.... berdasarkan kes2 terkini, enam kosong Syariah Court menang menewaskan Civil Court, apabila ada sahaje pertentangan di antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil berkaitan permasalahan umat Islam samada isu Aqidah, hukum hakam dan sebagainya, Mahkamah Syariah yang menang. SYARIAH COURT PREVAIL.

  • Walaupun begitu, umat Islam perlu menyedari bahawa masalah murtad terus berlaku.
  • Kita perlu sedar bahawa di belakang kes-kes yang disebut di atas, wujud peguam-peguam yang ingin membawa fahaman liberal dalam arus perdana masyarakat di Malaysia.
  • Mereka begitu iri hati dengan kemajuan pengurusan Islam di Malaysia.
  • Kita sebagai komuniti Syariah juga perlu bekerjasama dalam memastikan undang-undang Jenayah Islam dimartabatkan satu hari nanti.
  • Kita sentiasa berhadapan dengan musuh2 Islam dalam pelbagai bentuk dan wajah.
  • Kita mesti bersedia berhadapan dengan kes2 kontroversi seperti di atas yang kemungkinan besar sedang menunggu hari untuk difail dan dibicarakan di mahkamah di Malaysia.
  • Pihak pentadbiran Islam dan Mahkamah Syariah perlu sentiasa bersiap sedia dan mengemaskinikan segala kekuatan yang ada dalam meninggikan imej Islam di Malaysia. Jangan dok tawadhu` tak kena tempat.
  • Dan buat laymen, anda juga perlu mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan kes2 mahkamah seperti ini kerana kita khuatir yang amat sangat, Islam boleh dipijak2 melalui undang-undang buatan manusia yang dicipta oleh syaitan durjana yang bertopengkan manusia dan fahaman tertentu.

Allahu Akbar....

2 comments:

Anonymous said...

boleh dak kita anggap malaysia sedang menuju kepada undang-undang syariah apabila syariah court telah menang 6-0. ?

Berkat kepimpinan Islam Hadhari!!

rosidi hussain said...

Setakat hari ni mungkin kita boleh kata macam tu.. tapi jangan selesa sahaja dgn berpelok tubuh sahaja dan lebih awas lagi.. nak kata sebab kepimpinan Islam Hadhari.. bagi saya mungkin tidak... sebab kita yang berperanan sebagai komuniti Syariah pun jenoh kelepiag dok sentiasa menjadi kumpulan pendesak kepada mereka2 yang selesa berada di puncak sana.Pada masa yang sama jugak puak2 Liberal terus menerus menjadi penghalang kepada Syariah di Malaysia.

Bagi saya pihak eksekutif maksudnya pihak pentadbir (kerajaan) masih tidak mempunyai Islamic Political Will ke arah implementation of Islamic Law in malaysia manakala pihak Judiciary (kehakiman) telah menampakkan diri mereka dengan mengeluarkan diri mereka daripada sindrom 'penakut' atau'segheyau' dalam mentafsir undang-undang termasuk definisi Islam as a complete way of life. Sebab tu yang jadi 6-0 tu sebab hakim2 dah berani mengeluarkan pandangan mengenai Islam dalam erti kata yang sebenar.

Terima kasih kerana memberi komen anda di blog saya ini.