PERSEKITARAN POLITIK `GHAIRU SOLEHAH` MENYERLAHKAN MINDA KOLOT PEMERINTAH MALAYSIA

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG

BEZA PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL SEMASA MEMERINTAH PULAU PINANG
lu pikir la sendiri...

NAK CEPAT.. KLIK ARTIKEL DI BAWAH

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..

PROGRAM I`TIKAF DAN QIAMULLAIL DI MASJID AT TAQWA.. PADA 26 HB MAC 2010 NI.. JANGAN LUPA..
Program anjuran Urusan Ulamak PAS Kawasan Kepala Batas bertujuan untuk menyemarakkan suasana mahabbah dan ukhuwwah di kalangan ahli jamaah Islam...stiap Jumaat minggu ke 4.. sama2lah kita semua memberi sumbangan...

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH

SETIAP AHLI PAS PERLU MENJADI AHLI USRAH
Jommmmmmmmmmmm join usrah..

APE CITE NI

APE CITE NI
Hati yang tenang dan tenteram dipenuhi dengan amalan zikir ilallah yang berterusan..

Tuesday, December 02, 2008

BIJAKNYA MEDIA MELINDUNGI RUMAHTANGGA UMNO YANG HURU HARA


lambang kerajaan Malaysia
UMNO cawangan Lindungan Raja? Perpecahan UMNO dilindungi oleh media?




Assalamu`alaikum... pendakwah yang dihormati sekelian...

Maaf.. dah beberapa hari saya tak menulis.. Tak tahulah.. nak kata sibuk.. tak jugak.. nak kata tak cukup masa.. tak kan kot.. Allah bagi kat kita 24 jam sehari tak cukup lagika... Aku buat apa-apa tiap-tiap hari.. Walaubagaimana pun memang aku sebok baru-baru ni... La ni dok tengah cari mood balik nak menulis.


Media hari ni cerita macam-macam pasal rumahtangga orang-orang yang terkenal termasuk artis-artis yang bergolak. Diceritanya masalah rumahtangga artis dan pelakon bersahaja yang saya ingat namanya hanya Bell bercerai tapi nak rujuk balik. Masalah penulis lirik yang bernama Seri Bayu yang ditinggalkan isterinya yang masih muda trang tang tong kalau dicompare dengan umur Seri Bayu sendiri. Paper hari ni masih lagi highlight lagi masalah perselisihan mereka berdua. Masalah perkahwinan Aziz M Osman yang dikatakan berkahwin tidak sah.


Di celah-celah tu cerita nenek bersuami dua di Pantai Timur sana. Suami pertama minta difasakhkan perkahwinan kedua nenek tu dengan Mat Pakistan mana pun tak tau. Masalah Norman dengan Ebby sampai masuk siaran langsung dalam TV. Tak habih-habih. Masalah penyanyi satu ketika dulu Fairus tuntut nafkah dan mut`ah hampir RM 200,000.00 dan juga 4 banglo mewah di kawasan KL. Dipendekkan cerita, masalah rumahtangga orang memanglah menjadi hot topic media massa kita di Malaysia ni. Bukannya ada apa pun , depa nak bagi laku paper depa saja dengan cara mensensasikan masalah rumahtangga orang.


Tapi yang peliknya, lagi ajaib, kenapa pihak media ni tak nak membongkarkan satu lagi masalah rumahtangga yang bergolak hebat sekarang ni. Tahukah anda rumahtangga sapa? RUMAHTANGGA UMNO la sapa lagi dulu kini dan selamanya la... Yang ni media Malaysia tak berperanan aktif dan membongkar rahsia di belakang tabir pergolakan Umno ni. Awat hampa takut kot.


Sekarang ni setakat yang ingat mari kita bongkar satu persatu masalah rumahtangga UMNO yang sepatutnya amat perlu disensasikan ole pihak media untuk melariskan jualan newspaper mereka.



  1. UMNO dan rasuah macam bayang-bayang. Di mana ada UMNO di situ ada rasuah. Di mana ada rasuah di situ ada UMNO. Dah terbukti. Macam Saiful Apek daaa. Politik wang tu rasuah la. Tun Mahathir pun kata Umno atau Najib sendiri pun bila berkuasa nanti tak akan boleh rasuah daripada UMNO. Dah sebati dah. Macam isi dengan kulit. Anda boleh baca tulisan saya sebelum ni pasal virus politik wang UMNO dan kisah kakak penjual makanan Lebanon, ada kaitannya.


  2. Skandal demi skandal. Macam-macam.


  3. Kalau di Pulau Pinang, Arif Syah ADUN Seberang Jaya disisihkan dalm politik UMNO Permatang Pauh.
  4. Penguasaan AJK masjid oleh ahli UMNO yang tak pernah nampak batang hidung di masjid.


  5. Terlalu kebendaan. Dalam Umno tak dak duit kerja tak jalan. No Money No Talk. La ni dekat-dekat Kuala Terengganu By Election ni.. Berapa juta lagi depa nak labog kat sana. Kalau depa tak tabog, habih bersembog habih.. lintang pukang depa. Apatah lagi nak berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dan kuat ni.


  6. Dalam UMNO dah ada kes pembunuhan kerana merebut jawatan


  7. Pak Lah dikatakan sokong Ali Rustam lawan Muhyuddin.. Bongkarlah.. baru laku paper hampa..


  8. Masuk UMNO semata-mata nak business dan nak cari makan.. Tapi undi bagi kat PAS..


  9. Baru2 ni kawan saya yang pernah bertanding dalam pilihanraya atas tiket BN tapi kalah kata, La ni hampa dah berkuasa di Kedah, pi la minta projek, dulu time kami, la ni time hampa. Hampa pi la ligan exco2 hampa tu minta projek kat depa. Apa yang saya nak sebut ialah ada orang UMNO masuk UMNO sebab nak projek.


  10. UMNO dah jadi parti korporat bukan lagi parti yang berjuang untuk memartabatkan bangsa melayu.


  11. Rasuah dikaitkan dengan Mat Taib yang layak saat-saat akhir untuk pertandingan jawatan timbalan Presiden UMNO.


  12. Kes-kes yang dikatakan sebagai gangguan atau campurtangan politik UMNO dalam pentadbiran negara seperti kehakiman, perundangan yang merendahkan martabat Malaysia di dunia.


  13. Akhirnya ada lagi 1001 masalah rumahtangga UMNO yang anda sendiri pun dah tahu yang sepatutnya boleh dihighlight dalam media.


Tapi pihak media kadang-kadang bersikap tidak matang....

Melalui isu fatwa Yoga... masalah rumahtangga artis-artis... masalah dalaman PAS atau PKR atau Pakatan Rakyat... perbezaan pandangan yang kecil sahaja di kalangan pemimpin PR... isu babi di Kedah dan Selangor... isu papan tanda banyak bahasa di Pulau Pinang... isu Nik Aziz didesak letak jawatan... dan banyak lagi isu yang sebenarnya bukanlah berita tetapi dijadikan satu berita untuk menutup dan melindungi keretakan rumahtangga UMNO yang semakin parah..


BIJAK.... BIJAK....


2 comments:

Anonymous said...

ALBERTAMI,
Memang tepat sekali ungkapan kalau nak tahu kebaikan seseorang tanya kawan, kalau nak kelemahan tanya lawan.

Sifat ni memang dah semula jadi dengan manusia, sejak Azali lagi....orang yang berakal dan dengan pegangan yang kukuh seharusnya tidak terbawa dengan ketaksuban kumpulan dalam menilai situasi, seharusnya lebih professional dalam menyalurkan berita yang tepat sekiranya kita orang "Berita".

Saya melihat hal ini bukan hanya datang dari media BN/Kerajaan, tetapi media dari mereka yang sepatutnya menyata yang benar itu benar, yang salah itu salah juga melaporkan dari perpekstif kumpulan masing-masing, tidak independent maka saya rumuskan TIDAK professional. Boleh dilihat dengan jelas laporan yang dibuat adalah biased kepada menegakkan kumpulan masing-masing. Ini berlaku termasuklah suratkahabar Keadilan dan Harakah sendiri!!

P/S

rosidi hussain said...

Terima kasih ..

Alhamdulillah ..
Saya cadangkan kita sama2 melanggan Sinar Harian dan Wasilah kerana beritanya dua dua ada..

`Alakullihal... sebagai seorang Islam berhati2lah dengan sebarang berita ..

Tq.. for your comment...